24.8.10

Syukran Wahai Saudara...

Syukran wahai saudara...
Nta telah membantu ana mengenal erti kehidupan ini
Mengenal erti suka duka dalam menempuhi ranjau berduri
Mengenal erti hakikat duniawi
Mengenal erti hakikat perjuangan menegakkan kalimah suci ini
Dan mengenal erti ragam manusia yang sungguh unik ini
Syukran wahai saudara...

Syukran wahai saudara
Kerana dikaulah peneman kepada diri musuhku
Tatkala aku diterjah badai fitnahan dan momokan
Engkaulah antara yang mengerti
Tanggung jawab engkau adalah untuk menyebarkannya
Bukanlah bersama-samaku mengharungi suka duka orang yang diuji

Syukran wahai saudara
Aku pernah diuji dengan wanita
Engkau telah membantuku dengan menyebarkannya
Bahkan hatimu yang mulia itu telah mengeluarkan kata-kata nista
Bersenda untuk mempersenda
Syukran kerana bersama-sama mempersenda

Syukran wahai saudara
Tatkala aku diuji dengan teman-teman seperjuangan
Engkau ada disampingku
Turut menekan dan mempersendaku
Pada hakikatnya aku tahu engkau pun mengerti
Teman-teman seperjuanganku itu bukanlah nabi
Membentuk kelompok terasing
Mengamalkan assabiyah diri
Tetapi syukran kerana bersama-sama mereka cuba memujukku
Untuk meninggalkan jalan juang yang suci ini

Syukran wahai saudara
Aku pernah diuji dengan teman daripada Sungai Petani
Fitnahan dan nistaan dihamburkan
Aku berbangga kerana memilikimu teman
Kerana engkaulah antara penjilat beliau
Mempercayai dan membawa berita itu ke seluruh alam
Menjadi agen kedamaian
Menyebarkan fitnah yang binasa
Dan engkaulah yang setia menyebarkan berita itu sepanjang masa

Syukran wahai saudara
Kerana sedia membebatkanku
Disamping melukakan pula hatiku
Tatkala ku diuji dengan kepanasan yang tinggi
Di musim H1N1
Batuk, demam dan selesema
Kau sentiasa berada di sisi
Tiada kata semangat yang dilontarkan
Ku percaya ku akan dapatnya andai aku tidak mengenalimu
Syukran wahai saudara

Syukran wahai saudara
Kerana besarnya sumbanganmu dalam Islam
Menidakkan perananku dalam bersama-samamu
Menggerakkan tarbiyah ruhiyah ahli
Aku tidak tahu kenapa
Peranan murni engkau untuk menidakkan perananku itu
Diberikan alasan "Takpe, ana bergurau sahaja"
Itu merupakan satu alasan yang terbaik
Kepada orang yang mempunyai banyak kelebihan menjilat
Tidak berpendirian
Mencemarkan namaku di hadapan ketua yang kusegan
Menidakkan tahajud, buah fikiran dan sumbangan masa yang kuberikan
Untuk membawamu kembali menghayati tanggung jawabmu itu
Menggerakkan tarbiyah ahli

Syukran wahai saudara
Kerana banyak memberi dorongan kepadaku
Tatkala ku diuji dengan mama kesayanganku yang gering
Engkau di sini
Bermasam muka tidak mengerti
Kepulanganku di kampung halaman meninggalkan tugasanku itu
Difahami engkau sebagai satu kebaikan
Untuk menunjukkan reaksi wajah yang seumpama Abu Jahal
Engkau mengerti
Bahawa aku bukanlah perlu untuk difahami
Walau pun mama kesayanganku itu terpaksa kupapah sepanjang masa
Itulah amanahku di rumah
Terhadap kedua ibu bapaku
Terlalu rendah nilainya kepada orang yang berkepentingan

Syukran wahai saudara
Ujian kegagalan dalam peperiksaan bukanlah satu impian
Menerbitkan satu perasaan gagal dalam dalam diri
Terima kasih teman kerana sentiasa di sisi
Di sisi orang lain yang boleh memberikanmu tuntunan nafsu nafsi
Sedangkan jiwaku meronta
Mengharapkan motivasi dan taujihad teman sejati
Bersama-sama mencari keredhaan Ilahi
Tetapi maaf saudara
Engkau tidak pernah berkata "Takpe, teruskanlah usaha"
Tetapi engkau tega berkata "Malam ni ada meeting, jangan tak hadir pulak,"
Hebat benar engkau teman
Hebat benar ukhuwwah kita
Kurasakan lebih baik sikit daripada ukhuwwah Ibn Saba dan Ali a.s.
Hebat benar ukhuwaah kita

Syukran wahai saudara
Aku diuji lagi dengan wanita bukan Islam
Engkaulah penyelamatku
Menasihati diriku untuk kurangkan wajahku di hadapan
Menegakkan amar makruf nahi mungkar
Besarnya jasamu pada Islam ya akhi

Syukran wahai saudara
Aku diuji dengan beberapa siri kemalangan
Syukran kerana menjadi agen penyebar
Musuh-musuh dakwahku saban waktu menggelakkanku
Sedangkan kau bermasam muka kepadaku tatkala aku tidak menyenangi tindakanmu itu
Keaibanku terserlah
Kata-kata hinaan terserlah
Hebat dirimu itu
Agak sukar bagiku untuk menyatakan betapa pandainya dirimu itu

Syukran wahai saudara
Aku baru sahaja kehilangan moyang tercintaku
Sangat-sangat kucintai
Allahyamah sangat berbakti kepadaku
Mengajarku erti fadilat Yaasin
Bukan sekadar bacaanmu di malam Jumaat itu
Tetapi sunnah untuk si sakit dan si mati
Lebih baik daripada amalanmu itu
Namun kukorbankan masaku untuk mengabulkan permintaanmu
Sedangkan aku sangat inginkan dia di sisi
Melihat wajahnya buat kali terakhir
Akhir kata
Tiada satu pun ungkapan takziah yang didapati
Hebat ukhuwwah kita akh
Sangat bertentangan dengan akhlak sahabat nabi
Sangat bertentangan
Aku sangat mengerti engkau lebih mengerti

Besarnya sumbangan dirimu kepada diriku
Mengajarku erti nifak dan ukhuwwah bathil
Mengajar diriku erti kerosakan andai agama sekadar di bibir
Bukan di hati bukan di dalam diri
Mengajar diriku bahayanya agama andai berada di tangan individu
Sangat bahaya
Teman
Terima kasih atas segalanya
Izinkan aku mengundurkan diri daripada penulisan ini
Kerana aku tahu engkau bukanlah jenis yang suka mengerti
Syukur Allah tidak bersifat manusia
Kita akan dihisab di akhirat nanti
Kita akan dinilai nanti
Ingatlah teman aku nasihati
Ketepikanlah kepentingan dirimu
Kerana aku risau ujub yang ada pada dirimu
Mengangkat dirimu setinggi Tuhan yang esa
Ingatlah teman
Aku doakan agar kita akan diberikan hidayah
Dan taufiq dalam menggapai redha-Nya
Selamat berjuang

10 comments:

Anonymous said...

nampaknya en zafran sedang kesedihan.

kuatkan semangat.

cuma, tak baik mengungkit keburukan yg org buat pada kita.

nabi pun tak pernah ungkit kejahatan yg orang buat pada dia.

jg disimpan dendam, tapi berikan kemaafan.

maaf salah silap, sekadar pandangan insan yg lemah.

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

"Tak baik" itu adalah pada pandangan pihak yang terkena dengan penulisan itu. Saya percaya anda mungkin salah seorang daripada mereka. Keburukan yang dibangkitkan ini adalah sekadar untuk merefleksi keburukan yang telah sama-sama kita lakukan supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya percaya istilah "tidak baik" itu hanyalah pada pandangan encik, bukan pada pandangan pihak lain yang tidak mempunyai kepentingan berkaitannya. Insaflah, tak baik berpura-pura. Nabi memaafkan tindakan musuh terhadap dir baginda, namun, coretan sejarah banyak menceritakan tentang kisah musuhnya. Nabi ramai pembela, saya yakin tiada siapa yang berada di sisi untuk membela kecualilah saya memiliki pengaruh yang hebat. Maka, ramai orang yang berkepentingan (mungkin salah seorang daripadanya saudara) akan berada di sisi. Percayalah, zaman dan tempat berubah, namun karekter Abdullah bin Ubaiy tetap ada walau pun orang yang berbeza.

Anonymous said...

Nabi tidak mengungkitkan kesalahan masyarakat kafir terhadapnya? Mungkin benar. Mungkin juga silap. Ingat peristiwa fitnah terhadap isteri baginda dalam hadithul ifki? Begitu juga kisah Perang Tabuk terhadap kaum Yahudi Bani Quraizah? Nabi terus jalankan hukuman bunah kepada pihak yang menyebarkan fitnah itu secara kolektif. Baca balik. Ana risau telahan saudara itu kurang tepat.

Anonymous said...

Sapakah yang enta maksudkan dalam sajak ini?

Anonymous said...

x sangka abu umawiy ni seorang yg menyimpan d _ _ _ _ _

satu masa ia meletup

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Terasa ke? Sekadar luahan perasaan. Tegur dalam mesyuarat atau liqa', yang bersalah orang yang menegur, bukan yang ditegur. Dendam? nta hbat sgat ke smpaikan ana rasa berdendam dengan nta? Iga sape yang angkt kita, sape yg bersma2 kta saat suka atau duka. Namun, demi ksinambungan politik, manusia mudah lupa diri. Tak rasa malu pada Allah taala ke?

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Bagi ana, ana memahami kelemahan kita semua. Namun, tanpa tguran, sampai kiamat pun kita mugkin tak berubah.Tguran daripada sorag shbt kpd shbt yang lain. Bkan kata2 pak angguk yang sentiasa menyeru nta ke arah kehancuran. Insaflah. Cukup2lh. Kat kampus pun sape kenal rapat tahu mslh yg nta ctuskan, kalo nta brkhdmt pringkat tggi lgi, ana tak tahu blehkh org spti nta yg ska berpura2 ini akn pgang kpimpinan Islam dgn baik.

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Ana maafkan kita semua. Nmun, andai prkara ini terus berulang dan berulang lagi, brapa rmai lagi pggerak dkwah sini harus 'futhur' dlm jn dkwh ni disbabkn kpntingan individu trtntu? Igat bkas amirah kita? Igt bndahari kita? Sape lagi lepas ni? Ana?

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Ana maafkan kita semua. Nmun, andai prkara ini terus berulang dan berulang lagi, brapa rmai lagi pggerak dkwah sini harus 'futhur' dlm jn dkwh ni disbabkn kpntingan individu trtntu? Igat bkas amirah kita? Igt bndahari kita? Sape lagi lepas ni? Ana?

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Kelemahan utk diperbaiki, bukan utk diprtahankn. Semua org ada kelemahan, kita raikan atas ama prbezaan pndgn. Nmun, bkan dri aspek pgurusan orgnisasi ni. Kita bwa agama Allah, bukan nama mana2 individu.

Maaf andai penulisan ini berunsur provokasi, tetapi ini adlah realiti.