14.9.11

Sukarnya Menjadi Seorang yang Berpendirian

"Akhi...enta perlu tegas sikit terhadap ahli bawahan enta supaya mereka patuh kepada enta," kata seorang teman.

"InsyaAllah," balasku.

Minggu depan menjelma.

"Akhi, enta terlalu tegas terhadap ahli bawahan, takut mereka tertekan," kata teman tadi.

"Bahagian mana ana tegas?," balasku.

"Hmm....," ragu jawapannya.

"Ana diberi amanah oleh orang ramai dalam kepimpinan ini. Ana patut lakukan terbaik berdasarkan kemampuan ana," balasku.

"Ya lah. Tetapi tindakan enta menyebabkan ahli tertekan," jawabnya.

"Tindakan apa?," tanyaku.

"Tengok, belum habis jawapan lagi nak potong. Enta ni memang keras dan tak makan saman," katanya emosional.


4.9.11

Produk Muslim : Semakin Hilang Serinya?

Suatu Ketika Dahulu


"Alhamdulillah. Mujurlah ada kedai yang menjual produk halal buatan 100% muslim ni di sini. Jarang nak dapat ni," kata seorang pakcik tua semasa kami berbual di kaunter KOHALAL Medan Gopeng, Perak. Aku dan temanku, pekerja kedai itu tersenyum.


"Alhamdulillah. Ya, pakcik. Kita sampai peringkat wajib dah mengutamakan produk-produk muslim ini sementelah inilah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi membantu memantapkan ekonomi umat Islam di Malaysia kita ni," tambahku.


Temanku lantas menambah, "InsyaAllah pakcik, kalau begitu lain kali datanglah lagi ye,". Katanya tersengih-sengih.


"InsyaAllah," balas pakcik tadi tersenyum. Di sebelahnya mungkin isterinya dan dibawa juga anaknya yang dipanggil "Boy" itu.


Ya. Aku rasa sudah terlalu lama aku menyuarakan perkara ini kepada khalayak media baru (blog, facebook), namun aku rasa tidaklah banyak perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita kecuali terdapat tanda-tanda kemerosotan pencapaian korporat dalam kalangan industri produk muslim ini.



2.9.11

"Sukarnya nak Bawa Islam..."

"Sukarnya nak bawa (tegakkan) Islam..." keluh seorang pakcik tua di sebelahku.

"Ya, kenapa pakcik?," balasku seumpama ingin menyusup ke dalam hatinya.

"Itulah...pakcik tengok sukar nak bawak Islam ni. Kita tengoklah masyarakat kita la ni tak nak kepada Islam. Nak salah kepada deme (mereka) tak bleh juga pasal pemimpin pun kacau bilau...," bingkas pakcik itu seumpama seorang pemidato melontarkan hujahnya.

"Ya, pakcik. Tengoklah anak muda la ni. Yang datang ke kuliah ni pun tak ramai orang muda, (hampir) kebanyakannya orang yang berumur. Nilah negara kita pakcik....," telahanku sekadar menyatakan pandangan selain ingin menerka secara mendalam pemikiran pakcik ini.

"Isy, betul tu. Dunia...dunia....," geleng kepala pakcik itu. Keluar satu keluhan kuat dari dadanya membayangkan keperitan menjarah fikiran dan hati nuraninya tatkala memikirkan suatu persoalan ummah. Bukan apa dan siapa, dia orang tua. Perlu banyak berehat dan khatam Quran sekali dua lagi namun persoalan sebesar ini yang difahami dan dicerna oleh orang yang 'tak punya apa-apa'. Dia boleh saja menghabiskan masanya di pondok buruknya mengaji al-Quran atau pun mendodoikan cucunya di rumah yang serba indah, namun dia memilih untuk berpanas hujan di tempat ceramah ini semata-mata bagi menghindarkan dirinya tidak ketinggalan dalam isu-isu ummah.