22.4.11

Lemah Semangat

Lemah Semangat

 "Sheikh, ana lemah semangat sekarang ini...," kata seorang teman.


"Kenapa akhi?," soalku.


"Entahlah. Rasa lemah semangat,"


"Punca?," tanyaku.


"Entahlah, ana tak tahu," jawabnya.



Jawapan 'entahlah' itu merupakan jawapan yang pelik bagiku. Mustahil seseorang itu bermasalah namun tidak mengetahui punca masalahnya.


Seumpama seorang pesakit datang berjumpa dengan sang tabib, namun apabila ditujukan soalan oleh si tabib "Di mana dan bagaimanakah sakitnya?,", balas pesakit itu "Aku tidak tahu di manakah ku sakit dan macam mana sakitnya. Cuma kutahu aku hanya sakit!,"


Mungkin boleh dikatakan orang itu GILA!


Setiap penyakit ada puncanya. Begitu juga lemah semangat yang juga merupakan salah satu penyakit hati ini.  Seseorang itu perlu mencari punca 'penyakit' mereka sebelum cuba mencari penawarnya.


Jadi, tanpa ketahui punca, sukarlah untuk mencari penawarnya!


Punca Lemah Semangat


Banyak punca lemah semangat.


Ditekan. Ditindas. Dihalang. Bahkan mungkin kesenangan juga menjadi punca lemah semangat!


Bahkan dalam buku karangan Fathi Yakan, "Golongan yang Tercicir dari Jalan Dakwah" (terjemahan Dewan Pustaka Fajar) ada dinyatakan punca-punca gejala 'keciciran' atau 'futur' ini. Suka saya ingatkan bahawa 'lemah semangat' merupakan istilah umum bagi melambangkan seseorang itu 'cenderung ke arah 'keciciran'.


Punca keciciran berlaku ialah :


Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan

* Kelemahan sudut tarbiyyah
* Tidak meletakkan seseorang di tempat yang sesuai
* Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
* Tidak mengambil berat hal ahli
* Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
* Pertikaian dalaman
* Pimpinan tidak layak

Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

* Tabi’e/ perangai yang tidak tetap
* Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
* Melampau (eksrim/ghuluw)
* Bermudah-mudahan dan longgar
* Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
* Cemburukan orang lain
* Fitnah senjata


Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

* Tekanan ujian
* Tekanan keluarga
* Tekanan persekitaran
* Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
* Tekanan bermuka-muka



Huraian bagi semua ciri-ciri di atas boleh dirujuk kepada buku sepertimana judul di atas.




Kaedah Penyelesaian


Semuanya bergantung kepada individu. Dalam isu 'lemah semangat', 'futur' dan sebagainya ini perlu kita fikirkan dengan mendalam dan cuba tanganinya dengan penuh bijaksana. Seperti biasa, individu-individu yang mengalami masalah ini perlulah mendapat sokongan daripada teman-teman akrab terutamanya teman sefikrah dalam sesebuah jamaah supaya mereka (golongan yang lemah semangat) ini tidak akan lari daripada jalan Islam yang telah Allah s.w.t. gariskan selaku seorang Muslim.


Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (al-Baqarah : 214)




Ingatlah, Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah:286)

Cadangan penyelesaian ialah :
  1. Jagalah amal ibadat : solat fardhu, qiamullail, al-Ma'thurat, solat sunat dan bacaan Qur'an.
  2. Jagalah ilmu agama : banyakkan hadiri majlis2 ilmu, membaca buku2 agama dan sebagainya.
  3. Jagalah hati : supaya semuanya ikhlas kerana Allah semata-mata dan tidak mempunyai penyakit hati.
  4. Jagalah diri kita : daripada melakukan perbuatan yang munkar dan tidak melaksanakan ma'ruf.
  5. Jagalah sesama jamaah : umat Islam WAJIB berjemaah samada jemaah masjid, surau, persatuan, pertubuhan, unit dan sebagainya. Pelihara ukhwah dan kebajikan sesama sendiri, sentiasa mencari penyelesaian bagi segala permasalahan yang timbul. I'Allah akan berjaya dunia akhirat.



Penutup

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Al- Insyirah:5&6)


Ingat temanku. Allah itu Satu.


No comments: