21.4.11

Antara Perniagaan Muslim dan Tanggung Jawab Ummah!

"Barang keluaran umat Islam ini agak mahal harganya," kata seorang teman.

Aku tersenyum. 


Teringat ubat gigi HPA berharga RM5.00 berbanding ubat gigi Colgate yang berharga RM4.50 dengan tambahan tulang haiwan (kalsium) lagi. 'Tambahan' 50 sen untuk 'perisa tambahan'.

"Ana rasa ana nak buat perniagaan yang boleh memberikan umat Islam ini sumbangan dari sudut mengurangkan harga jualan produk halal," katanya lagi.

Baguslah cadangan tu.



Menepati nas-nas berikut :

“Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara” (Surah al-Hujurat ayat 10). 
Daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: “Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun, 'agak kurang seronok' apabila mendengar pandangan produk muslim ini mahal dan terus dihukum sedemikian rupa - "Produk Muslim ini mahal".
Mahal ada banyak faktornya. Murah pun ada banyak faktornya. Ayam tak sembelih yang dijual  peniaga Siam di Tanah Merah, Kelantan dahulu berharga RM4.00 sekilo berbanding harga semasa RM8.00 sekilo.
Kedai pembuatan Mi yang dimiliki oleh pengusaha Cina sangat menjijikkan,dan diragui kebersihannya. Bolehlah nak bagi harga murah. 
Pengusaha Islam dari sudut putaran modal, tekanan pembekal bahan2, risiko perniagaan, bahan berkualiti, bahan halal dan sebagainya - berbaloilah tinggi RM1 atau RM2 tu untuk makanan halal dan baik.


"Itu belum ana tunjukkan produk keluaran Islamic Manifactured Practice (IMP) lagi. Mesti 'mengujakan' ko," kataku sambil menunjukkan produk2 Halal lagi baik keluaran Bumiputera ini. Rata2 produknya berharga RM5.00 ke atas, hatta seketul sabun kecil pun.


"Mak aih, mahalnya!," katanya membelek produk tersebut.


"Ya, mahal untuk perjuangan ummah!," balasku tegas.
Apakah nak berkira sangat 50 sen berbanding pada nilai agama dalam membantu umat Islam?

No comments: