31.5.10

Pengenalan Firqah Bathil : Islam Liberal

Waspada Jaringan Islam Liberal


Oleh KAMARUDIN HAMZAH

pengarang@utusan.com.my

BESUT 30 Mei – Umat Islam di negara ini diminta lebih berwaspada dengan gerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang boleh mengancam pendekatan sederhana yang diamalkan selama ini.

Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, gerakan itu yang sudah bertapak dan berkembang di beberapa negara telah membawa banyak masalah kepada orang Islam.

‘‘Paling ketara pendekatan itu mewujudkan sifat ekstrem dan umat Islam pula bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam sehingga ia menjadi satu cabaran besar kepada mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, pendekatan sederhana atau wasatiyyah yang dilaksanakan oleh kerajaan telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu dialog dengan ulama sebelum ini.

‘‘Pendekatan wasatiyyah ini tidak ekstrem dan tidak juga terlalu longgar,” katanya.

Sebanyak lapan guru KAFA menerima anugerah kecemerlangan pada majlis itu yang dianjurkan oleh Persatuan Guru-guru KAFA Negeri Terengganu (Perkat) dan turut dihadiri oleh lebih 1,000 guru Kafa di negeri ini.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, pendekatan sederhana itu dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diharap dapat membendung JIL dan mampu membawa kemajuan kepada umat Islam dan negara.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, komitmen guru-guru KAFA seharusnya dipuji kerana walaupun menerima elaun yang kecil, mereka masih terus menyumbangkan khidmat tanpa jemu.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ciri-ciri Utama Ajaran Sesat : JAKIM

Pendahuluan


Suatu ancaman besar kepada agama dan umat Islam di Malaysia masa kini ialah penyebaran ajaran-ajaran sesat dikalangan umat Islam yang terus berjalan dari masa ke semasa. Ajaran-ajaran ini dapat bertapak apabila saja ianya diperkenalkan. Sehingga kini hampir seluruh pelusuk rantau negara ini diresapi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran sesat, yang datang dari berbagai-bagai tempat. Sebilangan daripada ajaran-ajaran tersebut terang-terang boleh mengheret pengikutnya keluar dari akidah dan syariah agama Islam tetapi tidak disedari oleh pengikutnya putus hubungan dengan saudara-saudara Islamnya yang lain di dalam masyarakat. Ada pula ajaran-ajaran di mana pengikutnya sanggup keluar dari agama Islam kerana mempercayai bahawa ajaran itu betul, dan pula yang sanggup menceraikan isteri, meninggalkan rumahtangga dan seterusnya melakukan kekejaman ke atas orang lain dan kadang-kadang melakukan pembunuhan.

Keadaan-keadaan beginilah yang benar-benar mengancam agama dan keselamatan umat Islam di negara ini dan amat sukar diatasi sekiranya tindakan yang betul-betul berkesan tidak diambil dengan segera.



Latar Belakang

Sejarah kelahiran ajaran sesat atau penyelewengan akidah Islamiah ini bukanlah suatu perkara baru tapi ianya telah bermula sejak sebelum wafat Nabi Muhammad s.aw di mana telah lahir beberapa orang mendakwa dirinya sebagai Nabi selepas Rasulullah s.a.w. dan menyebarkan ajaran-ajarannya kepada umat Islam pada masa itu seperti Musailamatul Kazab, Talhah al-Asady dari Kabilah Bani Asad dan al-Aswad al-Anusi di Yaman.

Pada masa ini di negara kita sudah banyak terdapat ajaran-ajaran sesat yang muncul dari semasa ke semasa di mana hampir keseluruhannya tidak dapat dihapuskan oleh pihak-pihak tertentu. Jika ditinjau masalah ajaran sesat ini ianya bukan sahaja lahir dalam masyarakat umat Islam sahaja bahkan semua agama dan semua bangsa menghadapi cabaran dengan kelahiran ajaran yang menyeleweng daripada ajaran asal seperti tragedy Guyana di mana pengikut-pengikutnya seramai 912 orang telah sanggup membunuh diri dengan meminum racun di bawah pimpinan Jim Jones.

Di kalangan umat Islam Malaysia ajaran-ajaran sesat yang telah dikesan dan dipercayai paling lama usianya ialah ajaran Taslim yang telah diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Matahari pada akhir abad ke-17 di Kampung Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang. Setelah Haji Ahmad Matahari meninggal ajaran ini dipimpin oleh anaknya dan setelah meninggal ia telah dipimpin oleh cucunya dan setelah cucunya juga meninggal maka ia telah dipimpin oleh orang-orang kanannya hingga ajaran ini merebak ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Takrif Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang didakwanya berdasarkan kepada ajaran Islam, tetapi sebenarnya ajaran atau amalan tersebut adalah berlawanan dengan akidah dan syariah Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah.



Bentuk-bentuk Ajaran Sesat

Pada masa ini terdapat beberapa jenis ajaran sesat yang dapat dibahagikan kepada tiga bentuk utama iaitu:


Bentuk Ajaran

Ajaran ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh seorang guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama atau pengamalan tertentu.

Bentuk Tarikat

Melalui bentuk tarikat ini biasanya mereka menggunakan nama-nama tarikat yang masyhur di kalangan umat Islam kerana tarikat ini telah pun diamalkan oleh ulama-ulama yang mana mereka ini mengamalkan amalan-amalan tarikat ini dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ini meraka menggunakan nama-nama tarikat ini seperti Ahmadiah, Naqsyabandiah Sazaliah, Samaniah, Qadariah, Muffaridiah dan berbagai-berbagai lagi. Kadang-kadang nama-nama tarikat ini diciptakan mengikut ajaran tarikat ini.

Walaupun terdapat nama-nama yang bersamaan antara tarikat-tarikat yang direka dengan tarikat asal tetapi ternyata daripada ajaran-ajaran yang diamalkan oleh mereka dan konsep yang terdapat dalam ajaran tarikat itu terdapat unsur-unsur ataupun bahan-bahan yang boleh membawa penyelewengan akidah Islamiah dan boleh membawa pengikut-pengikutnya terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.


Melalui kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubungan dengan amalan mistik dan kultus
Bentuk kepercayaan ini telah menjadi satu perkara lumrah dikalangan orang-orang Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat:


a. Pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat.



b. Pemujaan kepada orang-orang yang dianggap wali dan mempunyai kelebihan.



c. Kepercayaan kepada kuasa-kuasa kesaktian melalui amalan-amalan seni mempertahankan diri dan sebagainya.


d. Kepercayaan terhadap dukun-dukun atau bomoh-bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan daripada mimpi-mimpi atau orang-orang halus (bunian ataupun sampingan) melalui amalan cara menurun dan sebagainya.



Jika dilihat daripada bentuk-bentuk yang disebutkan di atas adalah menunjukkan bahawa orang-orang Islam di negara ini masih mencampuradukkan di antara pola-pola kepercayaan tradisi mereka dengan unsur-unsur agama Islam dan sekiranya pola-pola yang sedemikian tidak dapat dipisahkan dengan kepercayaan umat Islam pada hari ini, maka krisis akidah umat Islam makin meruncingkan.





Penjelasan Ciri-Ciri Utama Ajaran Sesat


i. Mempercayai orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.

Ada terdapat amalan tarikat yang mempercayai bahawa gurunya yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.


Ulasan

Semua manusia dan makhluk yang hidup di atas muka bumi ini akan mati. Manusia yang mati itu tidak akan dihidupkan kembali melainkan di hari Kiamat untuk menerima pembalasan. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan melalui firman-Nya:


Maksudnya :
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.”

( Surah Ali-Imran:185)

Firman Allah lagi .

Maksudnya:

“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian akan dikembalikan kepada Kami ( untuk menerima balasan ).

(Surah al-‘Ankabuut:57)


Kehidupan dan kematian manusia tidak boleh dipisahkan. Kematian itu akan dialami oleh semua orang apabila sampai tempohnya. Kemudian seseorang itu tidak boleh dipercepatkan dan tidak juga boleh diperlambatkan, ditunda ataupun diganti. Dalam hal ini, Allah telah menegaskan bahawa kematian seseorang itu tidak boleh ditangguhkan walat sesat. Firman Allah bahawa dalam al-Quran:

Maksudnya:

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”

Daripada ayat di atas, Allah mengaitkan orang yang telah mati itu dengan pembalasan di hari Kiamat. Allah tidak mengaitkan orang yang telah mati itu dengan orang yang masih hidup. Oleh itu, manusia yang masih hidup tidak boleh mengaitkan mereka dengan orang yang telah mati. Ini kerana apabila seseorang itu mati, maka badannya sudah tidak berperanan lagi, yang ada hanya roh sahaja. Roh itu pula tidak dapat diketahui hakikatnya oleh manusia. Hakikat roh itu pula tidak boleh difahami apatah lagi untuk mengetahui peranan-peranannya atau untuk memohon pertolongan daripadanya. Dalam keadaan seperti itu, firman Allah dalam al-Quran jelas menunjukkan:

Maksudnya:

“Dan mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang Roh, katakanlah “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku” dan kamu tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

(Surah al-Israa’:85)


Berpandukan kepada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia tidak mampu untuk menerokai hakikat roh, ianya hanya berada dalam pengetahuan Allah sahaja. Oleh itu manusia tidak mungkin memperolehi pertolongan daripada apa yang tidak diketahui hakikatnya. Dengan itu juga menunjukkan bahawa manusia tidak mungkin memperolehi pertolongan daripada roh orang yang telah mati.

Apabila jelas menunjukkan roh orang yang telah mati boleh memberi pertolongan kepada orang yang masih hidup, maka dakwaan orang yang mengatakan bahawa seseorang itu mendapat pertolongan daripada orang yang telah mati adalah tidak benar. Sekiranya ada bukti dalam dakwaan mereka itu, maka bukti itu tidak boleh disandarkan kepada pertolongan roh. Bukti itu menunjukkan bahawa pertolongan tersebut datang daripada sumber lain seperti pertolongan daripada syaitan. Ini kerana Allah telah menjelaskan bahawa manusia itu boleh berkawan dan memperhambakan syaitan. Firman Allah:

Maksudnya

“Dan sesiapa (yang mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.”

( Surah an-Nisa’:38 )


Begitu juga, dakwaan yang mengatakan bahawa pertolongan daripada roh orang yang telah mati boleh memberi rezeki kepada orang yang hidup tanpa bekerja adalah tidak benar. Ini kerana Allah sendiri menjanjikan bahawa setiap usaha diberi balasan. Dalam hal ini tidak sepatutnya orang yang tidak bekerja dan tidak berusaha tetapi mampu mendapat rezeki dengan hanya memohon pertolongan daripada orang yang telah mati.

Firman Allah:

Maksudnya

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (Balasan) bagi seseorang melainkan (Balasan) apa yang diusahakan

(Surah an-Najm:39)

Penjelasan dalam hal ini hanya boleh diselesaikan oleh al-Quran dan al-Sunnah sahaja. Dalam konteks ini, seseorang hamba hanya boleh memohon pertolongan daripada Allah sahaja. Sesungguhnya Allah itu hampir kepada hamba-hamba-Nya. Allah Juga sentiasa memperkenankan permohonan orang-orang yang berdoa.

Firman Allah:

Maksudnya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu.”

(Surah al-Baqarah:186)

Dengan ini, nyatalah bahawa tidak ada pertolongan yang diperolehi dari menyeru nama orang yang telah mati. Pertolongan yang sebenarnya datang daripada Allah. Kepada Allahlah kita sembah dan kepada-Nya jua kita minta pertolongan.

Firman Allah :

Maksudnya:

“Engkau sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.”

(al-Fatihah:5)
ii. Bersumpah merahsiakan ajaran yang diikutinya.

Kebanyakkan ajaran sesat mensyaratkan pengikut-pengikutnya menyembunyikan ajaran yang dipelajari dari diketahui oleh orang lain kecuali pengikut-pengikut sahaja”.


Ulasan
Perkara tersebut amat berbeza sekali dengan kehendak Islam kerana Islam adalah satu agama yang menghendaki umatnya menyeru untuk menyampaikan perkara kebaikan kepada manusia sejagat secara terus terang dan tidak bersembunyi-sembunyi.

Firman Allah:

Maksudnya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku menyeru manusia semuanya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata.”
(Surah Yusof: 108)



Islam berkembang melalui method dakwah iaitu dengan jalan menyeru dan meyampaikan ajaran-ajaran Islam kepada manusia seluruhnya justeru itu kalau ditinjau sejarah pengutusan Rasul-rasul, kita akan dapati bahawa tugas utama mereka ialah menyeru dan menyampaikan risalah Allah S.W.T. dalam setiap zaman dan generasi. Maka sebab itulah tugas para Rasul ialah menyampaikan, bukan menyembunyikan. Mustahil bagi seseorang Rasul itu menyembunyikan risalah Allah yang diamanahkan kepadanya untuk disampaikan atau disebarkan. Jelas di sini bahawa menyampai atau mengajar sesuatu ilmu atau ajaran yang baik itu adalah dituntut oleh Islam.

Di dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat yang menggesa agar menyampaikan ajaran-ajaran yang baik kepada orang ramai. Firman Allah:


Maksudnya:

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu."

(Surah al-Maidah :67)



Allah berfirman:

Maksudnya:

“Bukankah tanggungjawab Rasul-rasul semuanya menyampaikan (Kehendak dan hukum Allah) dengan cara yang jelas dan nyata?”

(Surah an-Nahl: 35)


Firman Allah lagi :

Maksudnya:

“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)”.(Surah As-Syura: 48)


Berdasarkan ayat-ayat al-Quran di atas dapat disimpulkan bahawa tujuan utama pengutusan Rasul ialah untuk menyampaikan ajaran Allah kepada seluruh umat manusia. Dalam konteks masa kini, tanggungjawab untuk berdakwah atau menyampaikan seruan Islam adalah terpikul di atas bahu setiap umat Islam.

Dalam hal ini, Rasullulah s.a.w. telah bersabda:

Maksudnya:


“Sampaikanlah dariku walaupun satu perkataan.”

Seperti yang telah dijelaskan, bahawa setiap individu muslim bertanggungjawab untuk menyampaikan risalah Islam, iaitu dengan kata lain menyeru melakukan kemungkaran. Adalah berdosa sekiranya kita menyembunyikan ajaran-ajaran atau ilmu-ilmu Islam.” Allah S.W.T melarang kita menyembunyikan ajaran-ajaran atau ilmu-ilmu tersebut. Dalam hal ini Allah menegaskan dengan firman-Nya:

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu):” Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya”. Kemudian mereka membuang (perjanjian sesat) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (kalamullah dan janjinya) itu”.

(Surah Ali-Imran: 187)


Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran kepada sesiapa yang menyembunyikan ilmu atau ajaran yang baik. Sabda baginda:


Maksudnya:

“Sesiapa ditanya mengenai dengan ilmu, kemudian dia menyembunyikannya, ia akan di kekang di hari Kiamat dengan tali kekang dari api neraka.” (Sahih at-Tarmizi Juzuk ke-10, halaman 118)

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan, jelaskan bahawa menjadi tanggungjawab kepada setiap individu muslim untuk menyampaikan ajaran-ajaran yang diredhai Allah, sebaiknya Islam melarang umatnya daripada menyembunyikan ilmu-ilmu atau ajaran-ajaran yang telah diperolehi khususnya ilmu-ilmu Islam.





--------------------------------------------------------------------------------



iii. Mengagung-agungkan keturunan Yahudi

Ada guru ajaran sesat yang mengaku dirinya sebagai keturunan Yahudi dan mendakwa menerima wahyu daripada Allah dan menganggap bahawa keturunan Yahudi paling agung di dunia ini.

Ulasan

Sikap mengagung-agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum atau bangsa yang paling baik, yang perlu diikuti adalah salah satu cirri kesesatan di dalam Islam. Ianya tanda-tanda sesat di dalam pegangan agama Islam kerana al-Quran telah menerangkan sikap orang Yahudi di dalam surah al-Maidah : 82.

Maksudnya:
“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik……..”


Orang-orang Yahudi yang tidak menerima agama Islam telah menganggap bahawa agama mereka sahajalah yang betul. Keadaan ini menjadikan mereka menolak agama Islam dan tetap berpegang dengan agamanya. Mereka terus berusaha mengekalkan kesinambungan atau penerusan agama mereka. Mereka memperkenankan bahawa pegangan merekalah yang betul serta terbaik di sisi Allah. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran sural al-Baqarah: 135.


Maksudnya:

“Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan dapat petunjuk.”


Allah S.W.T. telah menganggap orang Yahudi sebagai golongan yang sesat merupakan kaum yang mempunyai akhlak yang buruk. Jadi sesiapa yang mengikuti jejak kaum Yahudi adalah digolongkan serupa dengan mereka.

Sifat mereka disebutkan di dalam al-Quran sebagai kaum pandai membuat muslihat terhadap apa yang dirasakan oleh menguntungkan mereka. Allah menyatakan kaum Yahudi adalah seloba-loba manusia kepada hidup (yang lanjut masanya) melebihi kaum kafir musyrik. Mereka suka kiranya boleh hidup seribu tahun.


Kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengamalkan sihir dan menggunakannya dengan sewenang-wenangnya.

Orang Yahudi masih berpegang dengan sikap mereka tidak menurut perintah Allah, tidak menerima kerasulan dan ajaran daripada Nabi-nabi selepas Nabi Musa, iaitu Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w. Meraka menganggap apa yang mereka pegang itulah sahaja yang benar. Lalu mereka putarbelitkan kebenaran untuk mempertahankan pegangan mereka.

Allah menceritakan sikap mereka di dalam al-Quran sebagai kaum yang keras hati, lebih keras daripada batu di dalam hal menerima kebenaran dan keimanan. Selepas itu mereka tutup hati mereka daripada menerima Islam dan mengisytiharkan bahawa mereka adalah anak-anak Allah yang sangat disayangi Allah. Bahkan mereka mendakwa bahawa syurga dan akhirat adalah hak istimewa mereka sahaja. Pada hal mereka adalah sebagai orang yang tidak mempunyai agama selagi mereka tidak beriman dengan Kitab Taurat yang membawa mereka percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sikap mengagung-agungkan kaum Yahudi ini sebagai tanda-tanda terkeluar daripada ajaran Islam kerana sikap ini adalah bertentangan dengan tuntutan al-Quran. Di dalam al-Quran Allah memperingatkan orang Islam tentang sikap orang Yahudi terhadap agama lain. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Islam mengikuti jejak mereka. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menjayakan cita-cita itu sepertimana disebutkan oleh Allah di dalam surah al-Baqarah: 120 iaitu:

Maksudnya:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang hati (reda) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang terpesong itu).”



Orang Yahudi memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukkan mereka sebagai kaum pilihan Allah atau kaum yang istimewa. Mereka mengambil pengalaman datuk nenek mereka mempengaruhi dunia. Antaranya mereka bersatu dengan golongan Nasrani dan cuba menekan agama Islam di sebalik tabir akademik atau pengetahuan moden yang dianggap saintifik dan rasional. Mereka dengan angkuh dan lantang menolak kekuasaan Tuhan dengan teori seperti The Law of Nature, Teori Evolusi dan sebagainya.

Kebanyakkan mereka adalah daripada keturunan Yahudi kemudian mereka menerapkan pengetahuan itu kepada dunia khasnya orang Islam yang mereka jajahi selepas perang dunia kedua, misalnya orang-orang Islam memuja dan menyanjung pengasas teori-teori tersebut dan berbangga dengan penemuan pengetahuan tersebut tanpa menyedari kesan daripada segi akidah dirinya, contohnya teori penilaian semua sumber rujukan agama dan penggunaan angka-angka di dalam menafsir al-Quran adalah diasaskan oleh seorang yang berbangsa Yahudi bernama Abd. Havy Ibn Akhtab. Beliau telah disanjung oleh segelintir orang Islam seperti Rasyad Khalifah dan pengikut-pengikutnya yang dianggap telah cuba menyelewengkan ajaran Islam.


Dengan sebabnya itu peringatan Allah kepada orang beriman tentang perhubungan dengan orang Yahudi adalah sangat tepat seperti yang tersebut di dalam surah al-Maidah: 51:


Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”


Oleh kerana itu sesiapa yang mengikuti jejak langkah mereka dianggap sebagai orang yang menzalimi diri mereka iaitu menjadikan diri mereka juga tidak beriman atau terpengaruh dengan cara orang-orang Yahudi itu seperti yang disebutkan di dalam surah an-Nisa’89:

Maksudnya:

"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah kafir, maka (dengan demikian) jadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (Islam).”

Allah melarang orang beriman mencontohi orang Yahudi ialah kerana dibimbangi akan terikut-ikut dengan perlakuan orang-orang Yahudi. Keadaan ini telah dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim iaitu:

Maksudnya:

“Daripada Abi Said al-Khudri telah berkata ia, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Kamu akan mengikut sunnah orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka itu melalui lubang biawak pun kamu akan mengikutnya. Kami bertanya Ya Rasulullah s.a.w.! Yahudi dan Nasrani.?”

(Sahih Muslim Juzuk Ke-16, halaman 219)


Kesimpulan

Cara hidup kaum Yahudi telah dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah sikap mereka mengubahsuaikan agama mengikut selera dan nafsu mereka. Mereka suka mengamalkan ilmu sihir untuk mencapai kehendak mereka.

Secara tidak disedari oleh orang Islam, mereka mengolah sumber-sumber hokum dan doktrin agama atas alas an ilmiah dan cuba menafsirkan al-Quran melalui angka-angka yang telah digunakan oleh kaum Yahudi sebagai sumber ilmu sihir. Apa yang diperolehi itu terus dibanggakan dan menganggap teguran ke atas sikapnya itu adalah negatif, tidak mahu kepada pembaharuan dan kemajuan sedangkan bagi umat Islam, contoh dan ikutan yang paling baik dan benar ialah Rasulullah s.a.w. dan sunnah sahabat-sahabatnya. Mereka yang mengikuti selain daripada sunnah Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya adalah sesat.
--------------------------------------------------------------------------------



iv. Mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi
“Untuk menyakinkan pengikut, ada guru-guru ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu dan mengaku sebagai Nabi”.


Ulasan

Agama Islam telah menetapkan bahawa Allah S.W.T. telah mengutuskan seramai 25 orang Nabi dan Rasul kepada umat manusia dan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan syariatnya kepada umat manusia. Segala hukum-hukum dan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan syariat yang terakhir dan tidak ada lagi wahyu yang diturunkan selepasnya.

Kalau ditinjau dalam sejarah Islam orang-orang yang mengaku mendakwa menjadi nabi sesudah Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah sangat ramai sehingga ke zaman kita hari ini. Pada permulaan wafatnya Junjungan Besar Muhammad s.a.w. telah muncul tiga orang yang mendakwa dirinya menjadi Nabi, iaitu Muhammad Kazab di Yamamah Al-Aswad Al Unusi di Negeri Yaman, dan Talhah Al Asadi dari Kabilah Bani Asad.

Kesudahannya mereka ini telah mati terbunuh di tangan askar-askar pejuang Islam yang dipimpin oleh Jeneral Khalid Ibni Walid, setelah beliau diutus khas oleh Khalifah Islam Syaidina Abu Bakar r.a. untuk menghapuskan golongan yang mendakwa menjadi Nabi palsu itu. Pada tahun 11 Hijrah Talhah Al Asadi telah bertaubat dan kembali kepada Islam di akhir hayatnya.

Mengikut iktikad dan fatwa ulama-ulama dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah bahawa hukuman bagi orang-orang yang mengaku dirinya atau gurunya sebagai Nabi sesudah Nabi Muhammad s.a.w. adalah terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu golongan-golongan yang mendakwa menjadi Nabi selepas wafatnya junjungan Nabi Muhammad s.a.w. telah diperangi oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Walaupun fahaman golongan ajaran sesat sudah nyata menyimpang dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar, tetapi ada juga orang-orang Islam yang masih percaya dan menjadi pengikut kepada guru-guru ajaran sesat itu. Mereka masih buta hati dari mencari kebenaran, walaupun sudah ada keterangan-keterangan yang jelas al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Untuk menjelaskan dimanakah letaknya kesalahan fahaman kaum Nabi baru ini, maka di sini kita cuba menjelaskan kepada masyarakat dengan tujuan untuk membendung dan mengelakkan umat Islam daripada tertipu oleh propaganda dan diayah-diayah palsu yang didakwa oleh Nabi-nabi baru itu.

Sebelum itu elok kita lihat tentang apakah hukuman dalam syariat Islam terhadap perkara ini, ianya adalah seperti berikut:-

a. Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi akhir zaman, tidak ada lagi Nabi sesudah beliau dan juga tidak ada lagi Rasul sesudah Muhammad s.a.w.

b. Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah syariat yang paling akhir yang diturunkan kepada manusia oleh Allah S.W.T. daripada Syariat Samawiah bahkan, syariat-syariat yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. telah memansuhkan syariat-syariat sebelumnya.

c. Barangsiapa yang mendakwa di dunia menjadi nabi atau rasul atau gurunya sesudah Nabi Muhammad s.a.w. maka hukumnya ia terkeluar daripada agama Islam kerana ia telah mengingkari segala keterangan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. mengikut pendapat ulama-ulama daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah sesiapa yang menentang al-Quran dan hadith-hadith yang sahih maka hukumnya orang itu terkeluar dari agama Islam.



Dalil-dalil dari Al-Quran

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab ayat 40 yang menunjukkan kebenaran Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi yang terakhir adalah seperti berikut:







Maksudnya:



“Bukankah Nabi Muhammad itu (Dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”



Daripada ayat yang tersebut di atas nyatalah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. “Khattama al-Nabiyyin” yang beerti Nabi yang paling akhir.





--------------------------------------------------------------------------------



v. Mengakui Dirinya Memiliki Barang-barang Peninggalan Rasulullah s.a.w.



“Ada setengah guru ajaran sesat yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. bertujuan untuk menyakinkan pengikut bahawa ajarannya itu benar daripada Rasulullah s.a.w.”



Ulasan

Dakwaan ini bertujuan untuk menunjukkan kehebatan seseorang itu sahaja dan juga untuk mempengaruhi orang lain dengan menggunakan nama Rasulullah s.a.w. Perlu diingat bahawa barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. tidak mempunyai apa-apa kelebihan pun malah ianya sama seperti barang-barang lain.



Dakwaan ini menjadi lebih meragukan lagi jika seseorang yang mendakwa memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak mempunyai hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. yang memberi peluang seseorang itu untuk menerima barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. secara langsung.



Taraf keistimewaan sahabat adalah kerana ilmu dengan dan amalannya sahaja. Oleh itu sesiapa sahaja sama ada di zaman Rasulullah atau sekarang ini mempunyai keistimewaannya disebabkan oleh ilmu dan amalannya sahaja bukannya berpandukan kepada jauh dan dekatnya seseorang itu dengan Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:







Ertinya : Tidak ada perbezaan di antara orang-orang biasa dengan orang-orang Arab melainkan melalui taqwanya kepada Allah.







Oleh itu jelaslah bahawa mengagung-agungkan barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. itu tidak dituntut oleh agama Islam malah ditakuti jika terlampau diagung-agungkan, akan membawa kepada syirik kerana Allah menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang manusia biasa yang serupa dengan manusia lain dari segi kejadiannya.



Malahan perlu diingat bahawa dakwaan mempunyai barang-barang peninggalan Rasulullah s.a.w. ini pada dasarnya ialah untuk menunjukkan kehebatan diri semata-mata.









--------------------------------------------------------------------------------



vi. Mempercayai Semua Ajaran Adalah Sama.







“Untuk meyakinkan pengikut supaya mempelajari sesuatu ajaran salah, guru-guru ajaran salah mengatakan bahawa semua ajaran adalah daripada Allah dan menuju ke syurga.”







Ulasan

Setiap manusia normal mempunyai naluri yang baik dan sentiasa inginkan perkara-perkara yang baik di dalam hidupnya. Naluri itu mengerakkan tabiat manusia kepada mencari jalan untuk hidup aman dan damai. Atas keperluan itu menjadikan manusia secara langsung mempunyai fitrah (bakat) hidup beragama. Dengan sebab itu apabila Allah mengarahkan manusia berpegang kepada agama Allah sebagai landasan cara hidup yang selamat dan diredhaiNya diterima oleh manusia sehingga ke hari ini. Walaupun begitu terdapat manusia yang tidak menerima hidayah (petunjuk) daripada Allah, mereka terus mencari malah membentuk doktrin (prinsip) dan method (cara) tersendiri sebagai pegangan hidup untuk memenuhi fitrah semula jadi itu. Masing-masing cuba mempertahankan keyakinan dan pegangan mereka. Di dalam keadaan begitu ada pula golongan yang mempercayai semua agama adalah sama, mereka percaya bahawa semua agama menuju ke syurga. Pendapat ini adalah penyelewengan terhadap ajaran Islam juga merupakan salah satu ciri-ciri utama ajaran sesat.







Sejarah Agama Menurut Al-Quran

Sejarah agama manusia di dunia pada mulanya adalah satu sahaja iaitu agama Allah yang satu. Ini ada dijelaskan di dalam ayat 92 surah al-Anbiya:







Maksudnya:



“Dan sesungguhnya Agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Allah Tuhan kamu Maka sembahlah kamu akan daku.”



Di dalam surah al-Mukminun: 52







Maksudnya:



“Dan sesungguhnya Agama Islam ini ialah agama kamu, agama yang satu asal pokoknya dan Allah Tuhan kamu. Maka bertaqwalah kamu kepadaKu.”







Firman Allah Taala ini ditujukan kepada umat manusia seluruhnya. Iaitu agama Islam, agama Tauhid, ialah agama semua manusia yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul silih berganti semenjak Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. dan asas agama Tauhid ialah menyembah Allah yang Maha Esa, kerana Allah jualah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dan Dialah sahaja yang berhak disembah.







Seruan pertama dalam semua perutusan-perutusan Allah ialah menyuruh manusia menjadikan agama Allah sebagai agama mereka untuk memperingatkan kembali apa yang telah manusia akui dengan Tuhan semasa di alam roh sepertimana telah dijelaskan di dalam al-Quran surah al-A’raf, ayat 172:







“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil bertanya dengan firman-Nya): “Bukankah Aku Tuhan Kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi.”







Dengan sebab itu Allah utuskan Nabi dan Rasul bersama kitab-kitab suci untuk memberi ingat kepada manusia seluruhnya tentang perjanjian lama agar mereka tidak lalai atau menyeleweng daripada agama Allah.







Gejala-gejala Berlaku Kesesatan





Fenomena berlaku kesesatan atau perpecahan agama telah dijelaskan Allah di dalam al-Quran di antaranya disebutkan di dalam surah Al-Baqarah 213:







Maksudnya:







“Pada mulanya manusia ialah umat yang satu (menurut) agama Allah yang satu tetapi setelah mereka berselisih maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagaipemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan



syurga), dan pemberi amalan (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka), dan Allah menurunkan, bersama Nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang benar), untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang yang telah diberi kepada kitab-kitab suci, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran-kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka yang derhaka itu), dengan izin-Nya dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul lurus (menurut undang-undang peraturan-Nya).”







Sepertimana dijelaskan di dalam ayat di atas, keseluruhan umat yang sesat telah pun diperbetulkan oleh Allah dengan kebenaran dan petunjuk melalui Rasul dan kitab-Nya. Akan tetapi manusia terus sesat kerana ada golongan yang telah menyembunyikan kebenaran daripada Allah. Ini telah diceritakan Allah di dalam ayat 174, surah Al-Baqarah:







Maksudnya:







“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan memberi dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya…”



Bermula dari perasaan dengki sesama sendiri, manusia sanggup menyembunyikan kebenaran dan mereka-rekakan hujjah untuk mempertahankan pegangannya. Sikap ini terus diwarisi oleh generasi turun-temurun sehingga menjadi hak keluarga.



Walaupun Allah telah membangkitkan dan menurunkan kitab yang memimpin manusia ke arah kebenaran di sisi Allah, tetapi masih terdapat lagi manusia yang sesat kerana masing-masing ingin mempertahankan pegangan mereka. Mereka berbangga dengan apa yang menjadi pegangan mereka. Keadaan ini telah diceritakan Allah di dalam surah al-Mu’minun: 53.







Maksudnya:



“Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.”



Sikap berbangga dan cuba mempertahankan keyakinan menjadikan mereka terus mempertahankan pegangan mereka kepada anak cucu, sebagai warisan dan kepada jiran dan kenalan mereka.



Di dalam usaha itu, masing-masing cuba mengatakan kelebihan dan keistimewaan yang akan diperolehi bila berpegang dengan kepercayaan mereka. Maka untuk menyelesaikan polemik, lahir pula kumpulan yang mengemukakan bahawa semua agama adalah sama, semua menghendaki kebaikan dan menjaminkan syurga kepada yang berpegang teguh dengan ajaran agama tersebut. Jadi tidak perlu setiap orang bergaduh dan berperang untuk mempertahankan pegangan atau berdakwah kepada orang lain kerana semua mereka dengan mengatakan bahawa semua agama itu adalah sama.



Hasil daripada kepercayaan tersebut, wujud golongan yang akan mencari kesesuaian antara agama-agama manusia universal. Iaitu satu agama yang dibentuk daripada resolusi atau intisari yang dianggap baik daripada agama-agama di dunia atas tujuan menyatu-padukan manusia dan menyelesaikan krisis di antara penganut agama-agama serta memajukan lagi kehidupan beragama manusia.



Kepercayaan bahawa semua agama adalah sama, semua menuju ke syurga juga memberi implikasi kepada semua penganut agama-agama masing-masing terus berpegang dengan kepercayaan mereka. Jadi tidak perlu lagi berdakwah dan tidak perlu lagi bertukar agama walaupun agama yang dipegang itu adalah jelas bercanggah dengan fitrah dan akal mereka.



Kedua-dua keadaan tersebut adalah bercanggah dengan tuntutan agama Islam dan fitrah manusia yang sejahtera. Usaha mewujudkan agama universal bukan menyatukan agama tetapi menambahkan senarai agama-agama di dunia. Sedangkan keseluruhan agama adalah masing-masing menekankan cirri-ciri keistimewaan tersendiri dan mengarahkan penganutnya mengajak orang lain menerima agama tersebut. Dengan cara tidak langsung setiap agama ada sikap tersendiri terhadap agama-agama lain.







Kedudukan Agama-agama Di sisi Islam







Kedudukan agama-agama di dunia pada pandangan Islam adalah jelas dan tegas. Semua agama adalah tidak sama. Ini telah dijelaskan oleh firman Allah di dalam surah Al-Kafirun: 6.







Maksudnya:



“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.”



Semua agama tidak sama dengan agama Islam. Kelainan agama Islam berbanding dengan agama lain ialah dari sudut keyakinan secara Tauhid (kepercayaan kepada Allah Yang Esa) melalui yang ditauhidkan (dikuatkan dengan pengakuan Syahadah) dan amal (cara hidup atau amal) dengan anggota secara langsung kepada Allah berdasarkan syariat yang dibawakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Berdasarkan al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama dengan hati ikhlas kepada Allah tanpa sebarang perantaraan sepertimana disebutkan di dalam surah al-Baiyinah ayat 5:







Maksudnya:







“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”







Allah menekankan hanya Islam sahaja agama yang benar diterima dan diredhai Allah seperti di dalam surah Al-Imran: 19.







“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam….”



Maka sesiapa yang memilih lain daripada Islam adalah tidak diterima oleh Allah. Segala amalan dan kebajikan yang dibuat atas urusan agama lain daripada agama Islam tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah, malah akan diseksa. Jadi mereka tergolong bersama orang-orang yang rugi di akhirat nanti. Ini telah dijelaskan Allah di dalam surah Al-Imran, ayat 85:











Apabila Allah menyatakan hanya agama Islam sahaja yang diterima dan tidak menerima selain daripadanya, yang maka secara langsung agama dapat dibahagikan kepada dua, iaitu agama Allah dan bukan agama Allah.



Konsep Syurga Di Dalam Doktrin Agama



Fitrah agama ialah berkehendakkan kehidupan yang teratur semasa hidup di dunia dan selepas mati. Peraturan ini dilaksanakan supaya manusia membuat kebaikan maka diberikan janji ganjaran syurga, dan janji neraka kepada yang mengingkarinya.



Konsep syurga dan neraka di dalam agama Islam adalah termasuk di dalam rukun Iman iaitu mempercayai kewujudan segala yang didengar (sami’yyat) dan membenarkan Nabi s.a.w. tentang apa yang dikhabarkannya. Syurga wujud sebagai makhluk Tuhan untuk tempat tinggal orang yang beriman kepada Allah. Mereka yang berjaya ke syurga mestilah memenuhi syarat:



1. Beriman kepada Allah



2. Taqwa kepada Allah



3. Menunaikan kewajipan (tanggungjawab) sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.



4. Menjauhkan diri dari perbuatan yang dilarang atau diharamkan Allah.



5. Menjaga diri daripada menghabiskan masa dengan sia-sia.



6. Membersihkan hati dan mendisiplinkan diri daripada gangguan nafsu syahwat.



7. Mencari rezeki yang halal tanpa melupai Allah.



8. Mengorbankan harta benda dan masa pada jalan Allah.



9. Membebaskan diri daripada pengabdian selain dari Allah.



Seandainya kesemua syarat-syarat tersebut tidak dapat diamalkan maka harapan seseorang itu untuk mendapatkan syurga adalah terserah kepada Allah yang berkuasa. Manusia, sebagai makhluk-Nya mesti berserah kepada-Nya dengan membuat apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarang. Oleh yang demikian kita tidak boleh berpegang kepada pendapat; iaitu setiap orang yang beragama akan ke syurga.





--------------------------------------------------------------------------------







vii. Mengaku Dirinya Sebagai Wali Atau Mempunyai Keramat.



Ulasan



Antara kelebihan Allah kepada makhluk di bumi ini ialah dengan adanya wali-wali dan ianya merupakan rahsia Allah yang telah diberikan kepada makhluk. Pada umumnya telah diketahui ramai bahawa wali-wali yang sebenar adalah sukar untuk diketahui kecuali kepada para wali itu sendiri. Taraf kewalian ini adalah merupakan kurniaan dan pangkat yang dikurniakan oleh Allah kepada makhluk (manusia) di bumi belum lagi di akhirat. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 62-64:







Maksudnya:



“Ketahuilah! Sesungguhnya para Wali Allah itu, mereka tiada takut dan tiada berdukacita. Iaitu mereka yang beriman dan juga bertaqwa kepada Allah. Mereka diberikan kegembiraan di penghidupan dunia dan akhirat.”



Para wali adalah mereka yang mengikut jejak langkah para Rasul dari apa yang diturunkan oleh Allah. Mereka ini menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan apa yang disyariatkan dan menjauhi apa yang dilarang dan dimurkai-Nya. Di dalam Islam tidak adanya istilah orang suci seperti yang didapati di dalam setengah-setengah agama lain. Walaupun begitu agama Islam mengiktiraf adanya wali sebagaimana yang telah diterangkan oleh Allah dengan terang di dalam ayat-ayat al-Quran seperti di atas. Meskipun demikian tidak terdapatnya ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa wali-wali tersebut mempunyai kelebihan-kelebihan istimewa yang mencapai taraf orang suci yang mempunyai kekuasaan untuk mengampunkan dosa dan berupaya melakukan sesuatu yang mengikut kebiasaannya tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa.



Para wali Allah adalah seorang yang berperibadi mulia, mukmin, soleh dan berakhlak mulia. Melaksanakan amalan-amalan wajib dan amalan-amalan sunat, meninggalkan yang haram dan perkara-perkara yang makruh. Ianya seseorang yang zahid, tidak haloba menuntut keduniaan seperti pangkat kebesaran dan sebagainya.



Di dalam perkembangan ajaran salah kedapatan orang-orang yang mendakwa dirinya dan pengikutnya sebagai wali Allah. Untuk membuktikan bahawa seseorang tokoh itu telah mencapai maqam (kedudukan) yang tinggi maka dilahirkan perbuatan luar biasa yang selalunya disebut sebagai karamah (keramat) seperti mengeluarkan air dari jari, kitab al-Quran yang digantung berpusing sendiri, jari-jari disilangkan antara satu dengan yang lain melekat dan tidak dapat dibuka. Pada umumnya perbuatan luar biasa ini adalah perbuatan yang boleh dipelajari kerana ianya berbentuk sihir ataupun silap mata dan mempunyai teknik-teknik tertentu. Oleh itu jika kedapatan orang-orang yang mendakwa sebagai wali Allah dengan menunjukkan perbuatan-perbuatan luar biasa seperti tersebut di atas, adalah merupakan penyelewengan kepada akidah Islam demi untuk keuntungan diri dan kepentingan peribadi semata-mata. Wali Allah yang sebenar tidak pernah mendakwah kewaliannya dan amat jauh untuk mempengaruhi manusia untuk menjadikannya ketua atau memujanya dengan mengakui sebagai wali Allah dan menonjolkan “karamah” yang dimilikinya.









--------------------------------------------------------------------------------







viii. Mempercayai Gurunya Boleh Memberi Syafaat Di Akhirat



Ada antara guru ajaran sesat yang mendakwa ianya sebagai guru mursyid dan dapat memberi syafaat di hari Akhirat kelak.



Ulasan



Syafaat bukanlah suatu perkara dakwaan. Seseorang itu tidak boleh mendakwa dirinya atau mempercayai gurunya atau orang-orang tertentu boleh memberi syafaat kepada orang lain di akhirat kelak. Allah telah menjelaskan bahawasanya manusia tidak berhak mendapat syafaat dan memberi syafaat kepada orang lain kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta diizinkan oleh Allah S.W.T. Ketentuan seseorang itu dapat memberi syafaat dan menerima syafaat adalah kehendak Allah S.W.T. sahaja sebagaimana firman-Nya:







Maksudnya:



“Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya.”



(Surah Maryam: 87)







Mengenai pengertian syafaat di atas, Ahmad Mustafa Al-Maraaghi di dalam tafsir Al-Maraaghi menjelaskan bahawa pemberi syafaat di akhirat kelak hanyalah kepada Nabi-nabi, ulama-ulama dan para-para Syuhada’ di atas kadar apa yang mereka ikut.



Firman Allah:







Maksudnya:



“Pada hari itu tidak ada berfaedah syafaat (dari dan kepada sesiapa pun) kecuali dari orang yang diizinkan oleh Allah yang melimpah-limpah rahmat-Nya dan kepada orang yang diredhai perkataannya.”



(Surah Toha: 109)







Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa pemberi syafaat adalah terdiri daripada orang-orang yang diizinkan oleh Allah iaitu terdiri daripada Nabi-nabi, Ulama-ulama dan para syuhada’. Oleh itu adalah menjadi satu kesalahan dan kesesatan sekiranya ada orang-orang tertentu yang mendakwa dirinya atau gurunya dapat memberi syafaat di akhirat kelak.







Kesimpulannya orang yang berhak mendapat syafaat ialah orang Islam dan hak menentukan siapa yang boleh memberi syafaat adalah hak Allah S.W.T. dan Allah juga berkuasa menentukan siapakah yang diizinkan menerima syafaat, manakala dakwaan yang mengatakan orang-orang tertentu boleh memberi syafaat di akhirat adalah dakwaan yang palsu.





--------------------------------------------------------------------------------







viv. Meninggalkan Sembahyang Jumaat Kerana Bersuluk



“Ada antara guru-guru ajaran sesat yang mengharuskan pengikut-pengikutnya meninggalkan sembahyang Jumaat ketika bersuluk.”



Ulasan



Mengharuskan kewajipan sembahyang Jumaat semasa bersuluk beerti mengharuskan sesuatu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T.Mengikut syarak, hokum sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain bagi setiap yang mukallaf.



Firman Allah:











Maksudnya:



"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah….”



(Surah al-Jumu’ah: 9)



Walau bagaimanapun syarak juga telah memberikan pengecualian dan kelonggaran ke atas sesetengah golongan dan ini tidak termasuk golongan mereka yang sedang bersuluk.



Sabda Rasulullah s.a.w.:







(Riwayat Abu Daud)



Maksudnya:



“Sembahyang Jumaat adalah hak kewajipan ke atas setiap orang Islam yang ditunaikan secara jemaah kecuali empat: hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.”







Di dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda











(Riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi)



Maksudnya:







“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat maka diwajibkan ke atasnya Sembahyang Jumaat kecuali ke atas wanita atau musafir atau hamba atau orang sakit.”







Di dalam Islam amalan bersuluk bukanlah satu kewajipan yang mesti ditunaikan oleh setiap umat Islam, tetapi hanyalah satu peraturan yang diwujudkan dalam sesuatu tarikat.



Bagi golongan tarikat mungkin mentafsirkan bahawa mereka yang sedang bersuluk itu adalah dalam keadaan sakit yang sedang diubati. Sekiranya ia keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat nescaya dirinya akan terdedah kepada alam sekeliling yang boleh memberi kesan ke atas diri dan jiwanya yang sedang sakit.



Tafsiran seumpama itu tidaklah tepat dengan pengertian sakit yang dimaksudkan di dalam hadith di atas.



Walaupun tujuan utama bersuluk adalah untuk membersihkan jiwa dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T., tetapi konsep sembahyang yang diwajibkan itu telah terkumpul tujuan berkenaan. Oleh yang demikian amalan bersuluk hanyalah satu cirri ibadah sampingan kepada yang wajib dan ianya tidak boleh mengatasi yang wajib.



Dalam hal ini Allah berfirman:





Maksudnya:



“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.”

(Surah al-Ankabut: 45)

Sumber :

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/ajaransesat.html

Kenali Firqah Bathil : Mutasyabbih

Pengenalan

Pada zaman Salaf, golongan ini memutuskan tidak merubah makna asli ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mutasyabihat kepada makna lain (takwil). Setelah beberapa lama, timbul fahaman-fahaman salah yang menafsirkan ayat-ayat mutasyabihat ini sewenang-wenangnya. Lantas, muncul golongan Khalaf yang dipelopori oleh Abu Hassan al-Asy’ari dan Muhammad bin Muhammad al-Maturid memperbetulkan salah faham ini dengan mentakwil berdasarkan logik akal dan bahasa tanpa menyimpang daripada pemahaman al-Quran dan Sunnah.


Pada fasa salah faham ini, terdapat golongan yang menyerupakan atau menyamakan Allah dengan makhluk berdasarkan zahir ayat-ayat al-Quran dan hadis yang mutasyabihat. Kemudian mereka terus meletakkan makna itu sama seperti yang ada pada makhluk. Mereka bertindak berani dengan menyatakan, “Tuhan yang disembah itu mempunyai rupa yang ada sebahagian anggota tubuh sama ada rohani atau jasmani. Seseorang hamba yang kuat beribadah dan mujahadah dipercayai dapat berjabat tangan dengan Tuhan. Dia dapat bersentuh dengan Tuhan, boleh melihatnya di dunia malah boleh menziarahinya.”

Salah seorang pengikut fahaman ini, Daud al-Hawarizmi berkata, “Tuhan yang disembah itu berjisim, mempunyai darah dan daging, mempunyai anggota tangan, kaki, kepala, lidah dan dua mata.”

Mereka menguatkan hujah-hujah dan bukti-bukti mereka kepada hadis-hadis palsu yang sengaja direka dan mengaitkan nama Nabi Muhammad. Hakikatnya, kebanyakan hadis-hadis itu diambil daripada orang-orang Yahudi yang menganut ajaran yang sama.


Golongan
Golongan mutasyabihat terbahagi kepada dua jenis:
Pertama: Mereka yang menyamakan zat Allah dengan zat makhluk. Antara golongan yang menganut fahaman ini adalah al-Saba’iah, al-Bayaniah, al-Hululiah, Hilmaniah dan al-Azafirah.
Kedua: Mereka yang menyerupakan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk. Ada yang menyamakan kehendak Allah dengan kehendak makhluk. Mereka adalah golongan Muktazilah Basrah dan al-Karramiah. Ada juga yang menyamakan percakapan Allah dengan percakapan makhluknya begitu juga dakwaan Allah mempunyai suara, berhuruf dan bersifat baharu. Sebahagian lain menyamakan pengetahuan Allah itu dengan pengetahuan makhluk. Mereka mewajibkan sifat mengetahui tetapi cara Allah mengetahui itu menurut kepercayaan mereka baharu seperti ilmu makhluk.


Aliran-aliran
Aliran-aliran yang terdapat dalam ajaran al-Musyabihat:
al-Saba’iah:

Mereka adalah pengikut Abdullah bin Saba’ yang dibincangkan dalam mazhab Syiah yang melampau tetapi mengikut fahaman Musyabihat.

al-Mughiriah:

Mereka adalah pengikut Mughirah bin Suwaid al-Ajali, seorang ahli sihir bermazhab Syiah. Dia mendakwa malaikat Jibril dan Mikail pernah melafazkan sumpah setia kepadanya di sisi Kaabah iaitu antara Kaabah dan makam Ibrahim. Dia mendakwa Allah menghidupkan 17 lelaki yang diberikan huruf daripada Asma’ Allah al-A’zam (Nama-nama Allah yang Agung). Oleh itu mereka dapat mengalahkan musuh dan memiliki bumi.

Apabila ajarannya sampai ke pengetahuan Khalid bin Abdullah al-Kasri, beliau memerintahkan supaya menangkap dan menghukum bunuh Mughirah dan pengikut-pengikutnya.

Selepas mughirah meninggal dunia, pengikut-pengikutnya yang masih hidup bertelagah sesama sendiri. Ada yang menyatakan Mughirah masih hidup dan menunggu kelahiran semula. Ada pula yang menyatakan, “Kita tunggu sahaja kelahiran Imam Muhammad al-Nafsi al-Zakiah.”

 
al-Mansuriah:


Mereka adalah pengikut Abu Mansur al-Ajali yang mengaku menjadi imam dan mengajak orang ramai mengikut ajarannya.

Akhirnya Abu Mansur ditangkap dan dibunuh oleh Yusuf bin Umar as-Saqafi, Gabenor Iraq pada zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik. Selepas dia meninggal dunia, pengikutnya yang masih hidup berpecah kepada dua mazhab:

Al-Husainiah:

Pengikut al-Husain bin Abu Mansur


Al Muhammadiah:

Yang mendakwa menjadi pengikut Muhammad bin Abdullah (al-Nafsi al-Zakiah).


Al-Khattabiah:

Pengikut Abu al-Khattab Muhammad bin Abu Zainab al-Asadi al-Ajda’. Akibat daripada ajarannya sesat dan menyesatkan itu, Imam Jaafar al-Sodiq menjauhkan diri daripadanya walaupun Abu al-Khatab mengaku sebagai pengikutnya.Saad al-Qummi berkata dalam kitabnya al-Maqalat wal-Firaq, golongan Khattabiah ini berpecah kepada empat pendapat:


Penyelewengan
Pendapat pertama; mereka berkata Jaafar as-Sodiq itu tuhan dan Abu al-Khatab itu rasulnya.

Pendapat kedua; mereka yang berkata al-Sirri al-Aqsam diutuskan oleh Jaafar as-Sodiq lalu mereka bersembahyang, berpuasa dan menunaikan haji kerana Jaafar.

Pendapat ketiga; mereka yang berkata Jaafar itu Allah dalam bentuk cahaya. Dia masuk ke dalam tubuh orang yang diwasiatkan menjadi peggantinya. Orang yang dimasuki cahaya itu adalah Jaafar. Kemudian cahaya itu keluar dan masuk pula ke dalam Abu al-Khatab. Jaafar ketika itu bertukar menjadi malaikat.

Pendapat keempat; mereka yang menyamakan Bazigh seperti Abu al-Khatab. Dia juga diutuskan menjadi rasul dan berkongsi dengan Abu al-Khatab dalam pangkat nabi dan rasul.

Apabila ajaran Abu al-Khatab berleluasa, Gabenor Kufah menggerakkan bala tenteranya pada tahun 38 Hijrah bagi menghapuskan Abu al-Khatab dan pengikut-pengikutnya. Abu al-Khatab dan pengikut-pengikutnya menentang bala tentera Gabenor Kufah dengan menggunakan pisau, seligi dan batu-batu. Akhirnya Abu al-Khatab berjaya ditahan dan dibawa ke Kufah. Dia dijatuhkan hukuman bunuh bersama beberapa pengikutnya. Mayat-mayat mereka disula dan dipertontonkan kepada orang ramai.


Al-Muamariah:

Pengikut seorang yang bernama Muamar, mereka menyembahnya seperti menyembah Abu al-Khatab.


Al-Bazighiah:

Pengikut Bazigh bin Musa. Dia mendakwa Imam Jaafar as-Sodiq itu Tuhan yang menjelma dengan rupa makhluk.

Al-Ujailiah:

Pengikut Umair bin Banan al-Ujaili. Pengikutnya mendakwa Umair adalah pengganti Abu al-Khatab. Walau bagaimanapun, mereka menerima kematian berbeza dengan al-Muamariah yang mendakwa mereka berpindah ke alam malakut. Akhirnya ketua mereka dijatuhkan hukuman bunuh oleh pemerintah Islam pada zamannya.


Al-Kayyaaliyyah:

Pengikut Ahmad bin al-Kayal. Dia dianggap sebagai salah seorang Imam yang tersembunyi. Peringkat awal dia mengaku menjadi imam sehingga pada suatu hari dia mendakwa mampu “berdiri dengan sendirinya” (menjadi Tuhan).


Al-Nusairiah:

Pengikut Muhammad bin Nasir yang mendakwa sebagai pengikut Imam Husain al-Askari. Dia adalah imam yang ke sembilan daripada mazhab Syiah Imamiah. Dalam ajarannya sering membincangkan perkara Syiah. Mereka adalah golongan pelampau Syiah.



Sumber : http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=43

Kenali Firqah Bathil : Halajiah

Pengenalan

Pengikut Husain bin Mansur al-Halaj. Menurut ahli sejarah, dia berasal dari Parsi dan menganut agama Majusi. Kemudian, dia menganut Islam dan menyertai ahli Tasauf. Dia pernah berguru dengan Abu al-Kasim al-Junaid. Dia kemudian pergi ke Mekah dan tinggal di sana selama setahun. Apabila dia mengemukakan pendapat maka Amru bin Ustman al-Makki menuduhnya menentang al-Quran dan mengancam untuk membunuhnya. Mendengar ancaman itu dia melarikan diri ke Khurasan.

Selepas lima tahun dia datang lagi ke Mekah. Kemudian dia pergi ke Baghdad dan merantau ke India. Di India, dia mempelajari ilmu sihir sebelum kembali semula ke Mekah. Selepas itu dia pergi ke Baghdad dan Qom, Iran.


Dia mengaku mengetahui rahsia hati dan mengeluarkan kata-kata yang boleh ditafsirkan dengan makna baik dan makna buruk. Kadang-kadang kata-katanya seperti Syiah dan kadang-kadang seperti Ahli Sunnah.


Kebatilan Firqah

Pada zaman pemerintahan al-Muhtadir al-Abbasi, dia mengucapkan kalimah-kalimah yang mendakwa Tuhan meresap ke dalam dirinya. Kadang-kadang dia memakai pakaian sarjana Islam berserban besar lalu mengemukakan pendapat-pendapat yang bercanggah dengan hukum syariat. Antaranya:

  1. Mengharuskan haji ke tempat yang lain daripada Mekah asalkan dia dapat membina bangunan empat persegi rumahnya atau bilik yang tidak kena najis dan bertawaf mengelilingi pada musim haji, memberi makan 30 orang anak yatim dan memberi pakaian kepada mereka dengan menganggap perkara-perkara itu menepati ibadah haji.
  2. Mengharuskan berbuka puasa di bulan Ramadan kepada orang yang berpuasa selama tiga hari tiga malam.
  3. Harus meninggalkan sembahyang kepada orang yang bersembahyang dua rakaat daripada awal malam sehingga akhirnya.
  4. Mengeluarkan kata-kata yang mengelirukan seperti, “Ana al-Haq (Akulah Tuhan).” Sesiapa yang mendidik dirinya supaya mengerjakan taat dan bersabar dengan kelazatan dunia dan menurut nafsu nescaya jiwanya meningkat sehingga mencapai tahap muqarabin (orang yang dekat dengan Tuhan). Tahap ini boleh meninggi sehingga hatinya bersih daripada sifat manusia. Apabila tidak ada lagi sifat itu, roh Tuhan dapat memasuki dirinya seperti penciptaan Nabi Isa.

Terdapat perselisihan dalam kalangan sarjana ilmu al-Kalam, pakar fikah dan ahli tasauf daripada segi menghukum al-Halaj. Sebahagian sarjana mengkafirkannya seperti majoriti sarjana ilmu kalam dan sebahagian daripada pakar-pakar fikah dan ahli tasauf. Hujah mereka adalah ajaran al-Halaj termasuk dalam akidah al-Hululiah. Sebahagian lagi berhujah dan menafsirkan ucapannya dengan takwil.

Walau bagaimanapun pihak pemerintah Abasiah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas al-Halaj kerana pegangan dan ucapannya yang sangat mengelirukan. Namun, sebahagian pengikutnya mendakwa al-Halaj tidak mati. Orang yang dibunuh adalah orang yang menyerupainya. Walau bagaimanapun, ramai orang berbelah bahagi. Ada yang mengkafirkannya dan ada yang memujanya kerana perselisihan sarjana Islam menafsirkan ucapan Halaj itu.

Perkara yang membahayakan adalah fahaman dan aliran pemikiran al-Halaj dirakam dalam beberapa kitab tasauf. Lebih membahayakan apabila orang awam membaca tanpa mengkaji secara mendalam dan teliti.


Sumber : http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=41

Kenali Firqah Bathil : Hululiyah

Pengenalan

Mereka adalah golongan yang mendakwa roh Tuhan itu menjelma di dalam diri seseorang dan menganggap sebagai Tuhan. Mereka menghalalkan yang haram dengan mentakwilkannya. Ajaran ini meresap ke dalam beberapa golongan Syiah dan mazhab-mazhab yang lain yang disebut sebelum ini. Antaranya adalah al-Syaibaiyah, al-Bayaniah, al-Jahaniah, al-Khattabiah, al-Syari’iah, al-Numairiah dan al-Rizamiah. Disamping itu ada pula mazhab-mazhabnya yang berasingan. Antaranya ialah:
Al-Muqannaiah:

Pengikut seorang yang bernama Ata’ al-Muqanna’. Dia adalah ahli sihir yang buta. Dia mengaku dirinya bersifat ketuhanan dan menunjukkan sihirnya sehingga kelihatan satu bulan yang lain di langit. Dia mendakwa dapat melihat objek dari jarak dua bulan perjalanan.


Al-Hilmaniah:

Pengikut Abu Hilmani al-Damsyiqi yang berasal dari Parsi dan membesar di Halab, Syiria. Dia kemudiannya menyebarkan ajarannya di Damsyik.


Al-Azafirah:

Mereka adalah pengikut Abu al-Azafir Muhammad bin Ali al-Syalamaghani.



Sumber : http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=40

TG Haji Hadi Awang
Kuliyah Jumaat 15 Jun 2007

Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Kenali Firqah Bathil : Murjiah

Pengenalan

Golongan ini diberi kepada mereka merujuk makna perkataan irjak dari segi bahasa. Irjak mempunyai dua makna iaitu:


Pertama; ta’khir iaitu menangguhnya. Kedua; ialah memberi harapan. Mereka diberi nama Murji’ah kerana merujuk makna yang pertama iaitu ta’khir. Ini kerana mereka menangguhkan amalan daripada niat dan qasad (maksud atau tujuan). Apabila merujuk makna yang kedua, mereka berkata maksiat tidak memberi mudarat kepada iman sebagaimana taat tidak membawa mudarat kepada kufur. Kadang-kadang mereka memberi harapan pahala kepada pelaku maksiat.

Terdapat golongan yang lain di kalangan Murji’ah yang memberi penekanan kepada masalah iman, irjak dan qadar. Golongan ini berpecah kepada beberapa aliran seperti berikut:



Al-Najariah:

Adalah pengikut Hasan bin Muhammad al-Najar.


Al-Jahamiah:

Pengikut Jaham bin Safuan yang lahir di Khurasan dan membawa ajaran sesat di sana.


Al-Bakriah:

Adalah pengikut Bakar bin Abdul Wahid. Menurut pengarang al-Mizan, Bakar bin Ziad al-Bahali, antara kejahatannya adalah mencipta hadis palsu dengan menyandarkannya kepada Abdullah bin al-Mubarak.


Al-Dhirariah:

Pengikut Dhirar bin Amru.


Al-Karramiah:

Pengikut Abdullah bin Muhammad bin Karram al-Naisaburi al-Sajistani. Pada zahirnya, dia dilihat sebagai orang yang warak dan ahli pidato yang memberi nasihat kepada orang ramai. Sebaliknya dia menjadi pemimpin besar ajaran sesat yang dikenali dengan nama al-Karramiah.


Al-Ubaidiah:

Pengikut Ubaid al-Kumait.


Al-Solihiah:

Pengikut Soleh bin Amru al-Solihi.


TG Haji Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Kuliyah Jumaat 08 Jun 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Kenali Firqah Bathil : Qadariah

Pengenalan

Mereka adalah golongan yang menyatakan perbuatan itu daripada hamba bukannya daripada Allah. Fahaman ini muncul apabila mereka menyeleweng hadis Nabi Muhammad yang berpesan supaya jangan terlalu banyak membicarakan mengenai qada’ dan qadar sehingga dipengaruhi oleh syaitan. Apa yang dipesan oleh Nabi Muhammad itu benar. Selepas Nabi Muhammad meninggal dunia, sebahagian kecil umat Islam membincangkan perkara itu lalu mereka dipengaruhi oleh anasir-anasir bukan Islam. Faktor lain yang mempengaruhi pemikiran umat Islam adalah hasil percampuran umat Islam dengan umat lain dan galakan menterjemahkan buku-buku asing tanpa batasan.


Menurut para sarjana sejarah Islam, antara orang pertama yang menimbulkan fahaman Qadariah adalah:

Ma’abad al- Juhani

Al-Zahabi menyebut di dalam bukunya Mizan al-Iktidal, pada peringkat awal, Ma’abad adalah sarjana tabiin yang dipercayai. Namun, dia membawa ajaran yang terpesong kerana menjadi orang yang pertama menyeleweng mengenai qadar.


Ghilan al-Dimasyqi

Dia mengikut fahaman ini dan meneruskan penyebarannya selepas Ma’abad iaitu pada zaman Umar bin Abdul Aziz. Mendengar fahaman Ghilan, kalifah Umar memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’ i. Akhirnya dia menyerah kalah dan berkata kepada khalifah, “Wahai Amirul Mukminin, saya datang dalam keadaan sesat lalu kamu menunjukkan kepada saya jalan yang benar. Saya datang dalam keadaan jahil lalu kamu mengajar saya, demi Allah saya tidak mahu bercakap lagi perkara itu.”

Namun, selepas khalifah Umar meninggal dunia, dia kembali semula menyebarkan ajarannya. Khalifah Hisyam bin Abdul Malik memanggilnya supaya berdebat dengan Imam al-Auza’i. Kali yang kedua dia menyerah kalah. Walau bagaimanapun, dia berdegil menyebarkan ajarannya. Dengan berani dia berkata, “Qadar baik dan jahat itu daripada hamba.” Akhirnya, khalifah Hisyam memerintah supaya dia ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Fahaman ini tidak mati dengan matinya Ghilan. Ia masih terus disebarkan di tengah-tengah masyarakat Islam dan berkembang bebas.

Ibnu Nabatat menyebut dalam bukunya Syarah al-Ubun, “Orang yang pertama bercakap dengan fahaman Qadariah adalah orang Nasrani yang memeluk agama Islam dari negeri Iraq. Kemudian dia murtad (keluar Islam) dan kembali pada agama Nasrani.


Golongan Qadariah

Fahaman Qadariah berpecah kepada dua golongan, mereka adalah:
Al-Khabitiah:

Mereka adalah pengikut Ahmad bin Khabit. Pada mulanya dia adalah pengikut fahaman Muktazilah sebelum beralih kepada fahaman Qadariah. Fahamannya melampau sehingga membawa fahaman tansukh (berpindah roh) dan bertuhankan Nabi Isa. Antara ajarannya adalah:

Menyatakan alam ini ada dua pencipta. Pertama adalah qadim, iaitu Allah dan yang kedua adalah makhluk, iaitu Nabi Isa. Alasannya Nabi Isa digelar Rahmatullah. Pendapat ini juga diikut oleh Fadhlu al-Hadisi.

Mereka juga sependapat dengan Fadlu al-Hadisi yang menyatakan maksud Nabi Isa adalah anak Allah bukan bermaksud beliau diperanakkan. Nabi Isa juga akan menghitung manusia pada hari kiamat nanti, dia datang dengan diiringi oleh para malaikat.

Setiap jenis haiwan itu adalah satu umat dan setiap umat itu ada rasul masing-masing dari kalangan jenisnya.

Menganut fahaman tanasukh iaitu berpindahnya ruh kepada jasad yang lain. Ia adalah ajaran yang berasal daripada agama Hindu, Greek dan kemudian mempengaruhi agama Kristian.

Apabila mereka menganut dan berpegang dengan fahaman yang disebut di atas maka para sarjana Islam menghukumkan mereka keluar daripada agama Islam.


Al-Hamariah:

Golongan ini pada mulanya menjadi pengikut Jaafar as-Sadiq semasa al-Hasan yang menjadi salah seorang imam mazhab Imamiah masih hidup. Tidak lama kemudian mereka meninggalkan al-Hasan dengan menyatakan, “Kami menguji Hasan dan kami dapati dia tidak mempunyai ilmu. Kami mengikut Hasan tanpa pengetahuan dan makrifah. Oleh itu maka kelayakannya menjadi imam terbatal.” Seterusnya mereka menganut fahaman Qadariah dengan menafikan qadak dengan qadar daripada Allah. Selain itu, mereka juga menganut beberapa fahaman yang lain. Antaranya adalah:

Mereka mengambil fahaman Abad bin Sulaiman al-Damari yang berkata, “Golongan yang Allah laknat menjadi kera dan babi terus kufur selepas berlakunya kejadian itu.”

Mengambil fahaman al-Ja’d bin Darham yang menyatakan berfikir itu mewajibkan makrifat. Mereka beralasan makrifat itu adalah perbuatan yang tiada pembuatnya.

Menyatakan manusia itu boleh menciptakan haiwan. Caranya adalah mengambil daging kemudian membiarkannya di tengah cahaya matahari atau ditanam kedalam tanah. Apabila daging itu menjadi ulat, mereka mendakwa mereka yang menciptanya.
 
 
TG Haji Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
 
Kuliyah Jumaat 18 Mei 2007

Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

Sumber : http://mazhab.sementoji.net/v1/?p=37

30.5.10

Kenali Firqah Bathil : Syiah


Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. 

Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. 

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"].

Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini 

1. TUJUAN

1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar 

1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya. 


2. LATAR BELAKANG

2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia1.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:

i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

ii. Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

iii. Syiah Ismailiyah

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
 

i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

(1 Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. 

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. 
 
c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya: 
 
i) Kasyf al-Asrar
Oleh: Ayatullah al-Khomeini 
 
ii) AI-Hukumah al-Islamiah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini 
 
iii) Al-Sabah Min al-Salaf
Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi 
 
iv) AI- Usul Min al-Kaft
Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H) 
 
v) Tahrir al- Wasilah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini 
 
vi) Al-Murajaat
Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi 
 
vii) Peshawar Nights
Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin 
 
viii) Mafatih al-jittan
Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi 
 
ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)
Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
 
x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?
Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
 
xi) Al-Sahabah
Oleh: Haidar 
 
xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed 
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang. 
 
Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah: 

i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran. 
 
ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah 
 
iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah 
 
iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik. 
 
v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya. 
 


3. PENYELEWENGAN FAHAMAN SYIAH

Ajaran dan fahaman Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara khususnya di Malaysia. 

Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Malaysia berdasarkan beberapa percanggahan yang terdapat di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut akidah, syariah dan pelbagai penyelewengan umum yang lain.

3.2.1 PENYELEWENGAN DARI SUDUT AKIDAH.

i. Khalifah Diwasiatkan Secara Nas

Syiah mempercayai imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasul-Nya secara nas. Ini dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh ulama Syiah iaitu Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 78:
Terjemahannya:

Akidah Kami Tentang Imam Itu telah Sabit Secara Nas.
Kami (Syiah) beriktikad bahawa imam-imam seperti nabi tidak berlaku melainkan dengan nas daripada Allah S. W. T atau lisan Rasul atau lisan imam yang dilantik secara nas apabila ia hendak menentukan imam selepasnya. Hukum Imamah sama seperti nabi, tidak ada perbezaan. Orang ramai tidak boleh membuat hukum lain terhadap orang yang telah ditentukan oleh Allah, sebagaimana mereka tidak mempunyai hak penentuan, pencalonan dan pemilihan kerana orang yang telah dilantik, telah mempunyai persediaan yang cukup untuk menanggung bebanan Imam dan memimpin masyarakat yang sudah pasti tidak boleh diketahui, kecuali dengan ketentuan Allah dan tidak boleh ditentukan, melainkan dengan ketentuan Allah. Kami mempercayai bahawa Nabi s.a.w. pernah menentukan khalifahnya dan imam di muka bumi ini selepasnya. 

Lalu baginda menentukan sepupunya Ali bin Abu Talib sebagai Amirul Mukmin pemegang amanah terhadap wahyu dan imam kepada semua makhluk di beberapa tempat. Baginda telah melantiknya dan mengambil baiah kepadanya untuk memerintah orang-orang Islam pada hari Ghadir, Ialu baginda bersabda: " Ketahuilah bahawa sesiapa yang aku telah menjadikannya ketua maka Alilah yang menjadi ketuanya. 

Wahai Tuhan, lantiklah orang yang menjadikan Ali sebagai pemimpin dan musuhilah orang yang memusuhinya dan tolonglah orang yang menolongnya dan hinalah orang yang menghinanya. Berilah kebenaran kepada Ali di mana ia berada".

 
Syiah mempercayai wasi Rasulullah s.a.w. ialah Saidina Ali. Kemudian Saidina Ali mewasiatkannya pula kepada anaknya Hasan dan Hasan mewasiatkannya pula kepada Hussain sehinggalah kepada Imam Dua Belas AI-Mahdi AI-Muntazar. la merupakan sunnah Allah kepada semua Nabi-nabi bermula daripada Nabi Adam sehinggalah kepada Nabi yang terakhir. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 136:
Terjemahannya:
Maka kita hendaklah kembali kepada menyempurnakan hadith yang dipegang oleh Syiah Imamiah. Maka kami berkata, sesungguhnya Syiah Imamiah mempercayai bahawa Allah S. W. T tidak mengosongkan dunia daripada hamba yang dapat berhujah daripada kalangan nabi atau orang yang memegang wasiat yang nyata masyhur atau yang hilang tersembunyi. Nabi s.a.w. telah menentukan dan mewasiatkan kepada anak Saidina Ali iaitu Hasan dan Saidina Hasan mewasiatkannya pula kepada saudaranya Husain dan demikianlah kepada Imam Dua Belas iaitu Mahdi al-Muntazar. 

Ini merupakan sunnah Allah kepada semua nabi-nabi daripada Adam sehinggalah nabi yang terakhir.
ULASAN
Tidak terdapat nas dari al-Quran atau Hadith-hadith sahih yang j elas maksudnya bahawa Saidina Ali itu ditentukan sebagai khalifah selepas wafat Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itu, para sahabat telah bersetuju melantik Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yang pertama sebaik sahaja wafat Rasulullah s.a.w. dan Saidina Ali pun sendiri telah bermubaya'ah dengan Saidina Abu Bakar.

ii. Imam adalah maksum

Syiah meyakini bahawa Imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak sehinggalah meninggal dunia. Kedudukan mereka sama seperti Nabi-nabi. Pada iktikad mereka, Imam-imam tidak melakukan kesalahan dan tidak lupa. Imam adalah pemelihara syariat dan melaksanakan hukum-hukum. Perkara ini dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh besar Syiah di dalam kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhamad Jawad Mughniah di dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan hal. 38.
Terjemahannya:
Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat dan kesalahan, di mana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak bersifat demikian nescaya ia tidak berhak mendapatpujian dan balasan. Dengan lain perkataan, yang dimaksudkan dengan maksum itu ialah mencapai had ketaqwaan yang tidak boleh dicapai oleh syahwat dan nafsu dan telah mencapai ilmu syariat dan hukum-hukumn a dan sampai ke martabat yang tidak mela'Kukan kesalahan sama sekali. Syiah Imamiah mensyaratkan dengan makna tersebut kepada imam-imam secara seinpurna sebagaimana disyaratkan kepada wali.

Syeikh Mufid berkata di dalam kitab Awail al-Maqalat babperbincangan mengenai Imam-imam itu maksum. Imam-imam yang memiliki sifat-sifat maksum itu adalah sama dengan makam nabi dalam melaksanakan hukum-hukum dan menegakkan hudud dan memelihara syariat dan mendidik masyarakat. Mereka itu maksum sepertimana nabi yang bersifat maksum yang tidak harus melakukan dosa besar dan kecil dan tidak harus bagi mereka bersifat lupa terhadap sesuatu berhubung dengan agama bahkan mereka tidak lupa sesuatu tentang hukum. Sifat ini wujud kepada keseluruhan mazhab Syiah Imamiah, kecuali sedikit sahaja yang bersifat ganjil daripada mereka.
Hal ini juga dinyatakan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 72:
Terjemahannya:
Akidah Kami Tentang Imam itu MaksumKami mempercayai bahawa imam-imam itu sepetti nabi-nabi, ia wajib maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang buruk dan keji yang nyata dan yang tersembunyi, semenjak daripada kecil sehinggalah mati, sengaja atau lupa sebagaimana merekajuga terpelihara daripada sifat lupa, tersalah dan lain-lain. Kerana imam-imam itu merupakan pemelihara syariat dan orang-orang yang menegakkan hukum syariat. 

Keadaan mereka seperti nabi. Bukti yang mendorong kami berpegang bahawa Imam itu maksum ialah dalil yang mengatakan nabi-nabi itu maksum. Tidak ada perbezaan (di antara nabi dan imam).
ULASAN
Jelas terdapat dalam al-Quran dan Hadith-hadith sohih menyatakan bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan anbia' sahaja. Oleh itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah, memerlukan kepada dalil-dalil yang qat'ie. Ini dijelaskan oleh ayat-ayat al-Quran seperti berikut yang bermaksud: 

"Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. "
(An-Najm ayat 3 - 4) 
 
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" 
(AI-Ahzaab ayat 21) 
 
"la memasamkan muka dan berpaling, kerana ia di datangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad). Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran Ugama yang didapatinya daripadamu). Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfa'at kepadanya."
(Surah Abasa ayat 1-4)

iii. Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia (al-Bada')

Dari segi bahasa al-Bada' bermaksud lahir sesudah tersembunyi. Menurut akidah Syiah, al-Bada' ialah Allah mengetahui sesuatu perkara setelah berlaku peristiwa berkenaan yang sebelum itu dianggap tersembunyi daripada-Nya. Perkara ini j elas menganggap Allah itu j ahil atau tidak mempunyai ilmu yang meliputi. Ini amat jelas seperti yang disebutkan oleh al-Tabatabai dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal 146.Terjemahannya: 
 
"AI-Bada" ialah zahir perbuatan yang tersembunyi disebabkan ternyata tersembunyi ilmu kerana adanya maslahah. Kemudian diluaskan penggunaannya, maka kami maksudkan dengan al-Bada' itu ialah lahirnya setiap perbuatan yang sebelumnya itu adalah tersembunyi (daripada Allah S.W.T)".
 
Mengikut akidah Syiah, ilmu Tuhan itu akan berubah dan bersesuaian dengan fenomena baru. Tuhan akan berubah kehendak-Nya terhadap sesuatu perkara sesuai dengan keadaan yang berlaku. Hal ini dijelaskan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi, oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 146: 
Terjemahannya;
 

Bab al-Bada'
Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhamad bin Isa, daripada al-Hajjal daripada Abu Ishak Tha'labah daripada Zararah bin Ayun daripada salah seorang daripada keduanya a.s. katanya, "Tidak ada ibadat yang paling utama seperti al-Bada'. Di dalam riwayat daripada Ibn Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abdullah a.s., "Tidak ada perkara yang paling agung di sisi Allah seperti al-Bada'.
 
Ali bin Ibrahim daripada bapanya daripada Ibnu Abu Umar daripada Hisham bin Salim dan Hafs bin al-Bukhturi dan selain dadpada keduanya daripada  Abu Abdullah a.s. katanya mengenai ayat ini maksudnya; "Allah menghapuskan apa yang ia kehendaki dan menetapkan apa yang Ia kehendaki".
 
Sebagai contoh kepada pengertian al-Bada', An-Naubakhti menyebut bahawa Ja'far bin Muhammad Al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam secara nas semasa hidupnya lagi. Tetapi ternyata kemudiannya Ismail meninggal dunia, sedangkan bapanya Ja'far bin Muhammad al-Baqir masih hidup, katanya: 
 
Terjemahannya: 
 
"An-Naubakti menyebut bahawa Jafar bin Muhammad al-Baqir telah menentukan anaknya Ismail sebagai imam semasa beliau masih hidup. Tiba-tiba Ismail mati Iebih dahulu daripadanya, maka Jafar berkata, "Tidak ternyata kepada Allah mengenai sesuatu perkara sebagaimana tersembunyi kepada-Nya mengenaiperistiwa anakku Ismail".
(Kenyataan ini dipetik daripada kitab Fatawa Min Aqaid al-Syiah oleh Muhamad Umar Ba Abdillah hal. 15)

ULASAN

Pendapat yang mengatakan ilmu Allah berubah-ubah mengikut peristiwa yang berlaku kepada manusia adalah bertentangan dengan al-Quran al-Karim yang menyebut bahawa Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh sepertimana yang dijelaskan oleh ayat-ayat berikut yang bermaksud: 

"Allah mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang. Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati."
(Surah al-Mukmin ayat 19) 
 
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepada-Nya sesuatupun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit". 
(Surah A-li Imran ayat 3) 
 
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daunpun melainkan In mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata."
(Surah al-An'am ayat 59) 
 
"Demi TuhanKu yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu. Tidak tersembunyi datipengetahuan-Nya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi dan tidak ada yang lebih kecil day! itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. "
(Surah Saba'ayat 3) 
 
"Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"
(Surah al-Ikhlas ayat 2)

iv. Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan (ar-Raj'ah)

Mengikut akidah Syiah bahawa golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah S.W.T. akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahdi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman. Mereka terinasuk para sahabat Rasulullah seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah dan lain-lain. Fakta ini dijelaskan dalam Kitab Aqaid al-Imamiah oleh al-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal. 83.
Terjemahannya;
Akidah Kami Tentang Raj'ah"Sesungguhnya pendapat Syiah Imamiah tentang Rajlah itu ialah kerana mengambil daripada Ahli Bait a.s., di manaallah S. W. E akan mengembalikan sesuatu kaum yang telah mati ke dunia ini di dalam bentukyang asa4 Ialu sebahagian daripada golongan memuliakan satu puak dan menghina satu puak yang lain dan ia menunjukkan mana golongan yang benar dan mana golongan yang salah dan menunjukkan golongan yang melakukan kezaliman. 

Peristiwa ini berlaku ketika bangunnya Mahdi keluarga Nabi Muhammad s.aw. dan tidak kembali ke dunia ini kecuali orang yang tinggi darjat imannya ataupun orang yang paling jahat. Kemudian mereka akan mati semula. Begitulah juga dengan orang-orang yang selepasnya sehinggalah dibangkitktin semula dan mereka akan menerima pahala atau siksaan. Sebagaimana Allah S.W.T menceritakan dalam al-Quran al-Karim, di mana orang-orang yang akan dikembalikan di dunia ini bercita-cita untuk kembali ke dunia, 
sedangkan mereka itu tidak boleh kembali lagi ke dunia ini. 

Mereka akan mendapat kemurkaan Allah bahawa mereka akan kembali ke dunia ini kali ketiga dengan harapan mereka dapat berbuat kebaikan."
 
Firman Allah yang bermaksud.. 
 
" Mereka berkata, wahai tuhan kami engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami, maka adakah jalan keluar (daripada neraka?)"
(Surah al-Mukmin ayat 11)

ULASAN

Konsep raj'ah Syiah ialah mereka mempercayai Allah akan menghidupkan semula Ahli Bait dan Imam-imam mereka untuk menghukum para sahabat Rasulullah s.a.w. yang dianggap telah melakukan kezaliman. Kemudian mereka mempercayai orang-orang yang telah dihukum ini akan mati semula dan akan menerima pembalasan daripada Allah S.W.T. Ini berdasarkan firman Allah surah al-Mu'min ayat 11 yang bermaksud: 

"Mereka menjawab; Wahai Tuhan kami Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?"
 
Sebenarnya ayat ini menjelaskan dialog di antara orang-orang kafir dengan Allah S.W.T. di akhirat di mana mereka ingin mencari jalan keluar daripada seksaan api neraka dengan memohon kepada Allah supaya diberi peluang hidup semula ke dunia, mereka mengaku dan insaf terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan dahulu. Pengertian ini diperkukuhkan melalui firman Allah yang bermaksud: 
 
"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir) kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia memati;L-an kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak), akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah al-Baqarah ayat 28) 
 
Kebangkitan dan hukuman di padang Mahsyar adalah hukuman Allah yang akan dikenakan kepada semua orang, bukan hukuman para Imam, ini telah dijelaskan oleh surah-surah berikut: 

"Dan (ingatlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata, dan Kami himpunkan mereka (dipadang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."
(Surah al-Kahfi ayat 47) 
 
Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum ."
( Surah al- Waqiah ayat 49) 
 
Di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa dalam ayat tersebut tidak ada konsep raj'ah iaitu menuntut bela dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas Ahli Bait. 

Fahaman ini jelas menunjukkan golongan Syiah salah memahami ayat al-Quran tersebut dan salah memahami terhadap ayat-ayat al-Quran boleh membawa kepada penyelewengan akidah.

v. Berpura-pura (al-Taqiyyah)

Menurut akidah Syiah, al-Taqiyyah ialah menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali di dalam masalah arak dan menyapu dua khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku al-Usul Min al-Kafi, juzu' 2 oleh Abu Ja'far Muhammad bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, hal. 217:Terjemahannya: 

Daripada Ibnu Abu Umair daripada Hisham bin Salim daripada. Abu Umar al-A'jami katanya Abu Abdullah a.s. berkata kepadaku "Wahai Abu Umar, Sesungguhnya sembilan persepuluh daripada agama itu terletak pada Taqiyyah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak mempunyai Taqiyyah dan Taqiyyah itu ada pada tiap-tiap sesuatu, kecuali dalam masalah arak dan menyapu dua khuf".

ULASAN

Menurut al-Tusi di dalain kitab al-Tibyan, al-Taqiyyah ialah menyatakan dengan lisan yang 
menyalahi hati kerana takut kemudaratan diri walaupun yang disembunyikan itu, perkara yang benar. Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sifat ini perlu dijauhi kerana ia mempunyai ciri-ciri sifat nifaq berdasarkan firrnan Allah yang bermaksud: 

" Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan), yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri kepada sesuatu bahaya yang ditakuti datipihak mereka (yang kafir itu).....
(Surah A-li Imran ayat 28) 
 
Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menetima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dadallah dan merekapula beroleh azab yang besar.
(Surah al-Nahl ayat 106) 
 
Tidak ada Taqiyyah seperti ini dalam ajaran Islam, yang ada di dalam Islam ialah masalah rukhsah, umpamanya jika seseorang itu dipaksa dan diugut dengan kekerasan supaya melafazkan kata-kata kafir, maka waktu itu diharuskan orang itu melafazkannya, tetapi hatinya tetap dengan iman yang sebenar, tidak ada ragu sedikit pun sebagaimana yang berlaku kepada Ammar bin Yasir, sehingga Allah menurunkan ayat 106 Surah al-Nahl memperakui kebenaran beliau, firman-Nya yang bermaksud: 
 
"Kecuali orang-orang yang dipaksa (melakukan kafir) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman."

vi. Konsep al-Mahdiah iaitu Kepercayaan kepada Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi al-Muntazar.

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Muhammad bin Hassan al-Askari adalah imam yang ditunggu-tunggu yang telah hilang dan akan muncul semula untuk memerintah dan menghukum orang-orang yang melakukan kezaliman. Beliau telah menghilangkan diri selama 65 tahun mulai tahun 260H hingga 329H. Pada masa ini orang Syiah boleh menghubungi imam mereka melalui wakil-wakilnya seramai empat orang iaitu Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman dan Husain Ibnu Ruh serta Ali Ibnu Muhammad al-Samiri. 

Zaman ini dikenali sebagai Ghaibah Sughra

Manakala Ghaibah Kubra pula bermula selepas tahun 329H hingga lahirnya Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Dalam tempoh ini, sesiapapun tidak boleh menghubungi Imam Mahdi walaupun melalui wakil-wakilnya. 

Sekiranya boleh dihubungi ia dianggap sebagai pendusta. Perkara ini dijelaskan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira'Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu' oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 61: 

Terjemahannya; 

Syiah Imamiah mempercayai bahawa Imam Hasan al-Askari itu ialah imam yang kedua belas bagei Syiah. Ketika wafat tahun 260H, beliau mempunyai seorang anak yang 
bernama Muhammad berumur lima tahun, dialah Imam Mahdi al-Muntazar. Di sana terdapat beberapa riwayat yang lain menyatakan bahawa Imam Mahdi itu lahir selepas wafat bapanya Imam al-Askari. Sekalipun berkeadaan begitu, maka sesungguhnya Imam Mahdi tetap menerima jawatan imam selepas ayahnya dan telah ditentukan oleh ayahnya kepadanya. Kekallah ia tersembunyi selama 65 tahun. Golongan Syiah sentiasa berhubungdengan Imam Mahdi dalam tempoh ini melalui wakil-wakil yang telah ditentukan bagi tujuan ini. Wakil-wakil itu ialah Uthman Ibnu Said al-Umri dan anaknya Muhammad Ibnu Uthman, Husain Ibnu Ruh dan akhirnya ialah Ibnu Muhammad al-Saimiri.

Kesemua wakil-wakil yang empat ini digelar sebagai wakil-wakil khas. Tempoh ini diberi nama "Ghaibah Sughra". Dalam tahun 229H sebelum wafat Ali Ibnu Muhammad al-Samiri beberapa bulan, sampailah secebis surat kepadanya yang ditandatangani oleh Imam Mahdi yang tertera di dalamnya "Sesungguhnya telah berlaku ghaibah yang sempurna. Maka ia tidak akan muncul kecuali dengan izin Allah, maka sesiapa yang telah mendakwa melihatku maka dia adalah seorang pendusta lagi penipu". 
 
Tahun inilah bermulanya "al-Ghaibah al-Kubra". Semenjak daripada masa itu terputuslah perhubungan golongan Syiah dengan imam secara langsung. Sehinggalah apabila ada berlakunya dakwaan seperti itu, maka Syiah menganggap perkara itu dustadengan sebab nas dengan sebab nas yang terdapat di akhir surat yang datang daripada imam Mahdi itu. Ini adalah ringkasan akidah Syiah Imamiah berhubung dengan Imam Mahdi al-Muntazar.
ULASAN
Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud: 
"Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah"
(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim) 

Sabda baginda lagi yang bermaksud, 
"Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas 
dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun".
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) 

"Daripada Abdullah bin Mas'ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.
(Riwayat al-Tirmidhi) 

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: 
"Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun."
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim) 

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.

vii. Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali

Syiah menyanjung Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga ia disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min Kafi oleh al-Kulaini, jld. 1 hal.197:
Terjemahannya;
Saidina Ali ra. telah berkata: "Akulah pembahagi ahli syurga dan neraka bagi pihak Allah, akulah pembeza yang Maha Besar dan akulah Pemegang Tongkat Nabi Musa dan Pemegang seterika (dapat membezakan di antara orang mukmin dan munafik, seolah-olah ia boleh menyelar dahi orang yang munaftk). Sesungguhnya para malaikat dan jibril telah memberi pengakuan terhadapku sebagaimana mereka telah memberi pengakuan te.rhadap Nabi Muhammad s.a.w. senditi, dan sesungguhnya Allah telah mempertanggung-jawabkan ke atasku sama sepertimana yang telah dipertanggungiawabkan ke atas Nabi Muhammad untuk mendidik umat manusia. Nabi Muhammad dipanggil, diberi pakaian dan disuruh bercakap. Lalu ia pun menyeru, memakai pakaian dan bercakap. Dan sesungguhnya aku dibeilkan beberapa sifatyang tidak diberikannya kepdda seseorang sebelumku. Aku mengetahui kematian dan bala, keturunan dan percakapan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Tidak luput kepadaku apa yang telah Ialu. 

Tidak hilang daripadaku apa yang ghaib, aku diberi khabar gembira dengan izin Allah dan aku melaksanakan daripada Allah. Kesemuanya itu diberi kedudukan yang tinggi kepadaku dengan izin Allah.
ULASAN
Tidak terdapat di dalam al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah apatah lagi lebih daripadanya. Dengan kepercayaan yang keterlaluan terhadap Saidina Ali ini adalah amat menyeleweng dan satu khurafat yang sangat nyata. Nama Saidina Ali tidak terdapat di dalam al-Quran, kerana beliau bukan seorang nabi atau seorang Rasul, tetapi hanya sebagai sahabat dan menantu Rasulullah s.a.w. yang dijamin masuk syurga. Namun Nabi Muhammmad s.a.w. sendiri tidak disanjung-sanjung dan dipuja-puja oleh para sahabat secara berlebih-lebihan sehingga melampaui batas. Ini bertepatan dengan hadith: 

Al-Zuhri berkata; Urwah bin al-Zubair memberitahuku datipada al-Miswar bin Makhramah bin Urwah berkata " Wahai kaum, demi Allah sesungguhnya aku diutuskan kepada raja-raja dan aku sendiri diutuskan kepada raja Kaisar Kisra dan raja Najasyi, demi Allah jika engkau lihat, seseorang raja sahaja yang disanjung oleh rakyatnya, tetapi para sahabat Nabi Muhammad s.a. w. tdak menyanjung Nabi Muhammad s.a.w."
(RiwayatAhmad)

viii. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah s.a.w.

Golongan Syiah ini mempercayai bahawa selepas wafat Rasulullah s.a.w. semua sahabat murtad kecuali Ahlul-Bait dan beberapa orang sahabat terrnasuk Abu Dzar, Miqdad bin Aswad, Salman al-Farisi dan Ammar. Perkara ini disebutkan dalam Kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi juz. 27, hal 64-66:

Terjemahannya; 

Kebanyakan para sahabat adalah munafik, tetapi cahaya nifaq mereka tersembunyi di zaman mereka. Tetapiapabila wafat nabi s.a.w ternyatalah cahaya nifaq mereka itu melalui wasiat nabi dan mereka itu kembali secara mengundur ke belakang, dan kerana ini Saidina Ali berkata; " Semua manusia murtad selepas wafat nabi s.a.w. kecuali empat orang sahaja iaitu Sulaiman, Abu Zar, Miqdad dan Ammar, dan perkara ini tidak ada masalah lagi".

ix. Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai Empat Berhala Quraisy Serta Pengikut-pengikut Mereka Adalah Musuh Allah
Golongan Syiah menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy. Ini dinyatakan dalam Kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain hal.330. dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi hal. 11 6.

Terjemahannya; 

Daripada Abu Hamzah al-Thumali, Abu Jafar a.s. berkata " Wahai Abu Hamzah sesungguhnya yang beribadah kepada Allah ialah mereka yang mengenal Allah. Maka adapun mereka yang tidak mengenal Allah seolah-olah ia menyembah selain Allah. Perbuatan sedemikian adalah sesat." (Aku)Abu Hamzah menjawab; "Semoga Allah memberikan kebaikan kepada engkau." Apakah yang dimaksudkan dengan mengenalallah itu? Jawab Abu Jafar; "Membenarkan Allah dan Membenarkan Nabi Muhammad Rasulullah tentang perlantikan Ali dan menjadikannya sebagai imam dan imam-imam yang mendapat pertunjuk selepasnya dan berlindung kepada Allah daripada musuh-musuh mereka". 

Demikianiah juga dengan pengenalan terhadap Allah. Kata Abu Jafar lagi, aku (Abu Hamzah) bertanya lagi; "Semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau". Apakah sesuatu yang apabila aku amalkannya pasti aku dapat menyempurnakan hakikat iman?. 

Jawab Abu Jafar, "Hendaklah engkau melantik wali-wali Allah dan memusuhi musuh-musuh Allah dan hendaklah engkau bersama orang-orang yang benar, sebagaimana Allah memerintahkan engkau 't Aku (Abu Hamzah) bertanya lagi, siapakah waliallah dan siapakah musuh Allah itu? Lalu ia menjawab, "Wali-wali Allah ialah Nabi Muhammad RasuluIlah, Ali, Hasan, Husin dan Ali bin al-Husain. Kemudian berakhirlah perkara itu tentang wali-wali kepada kami, kemudian dua anak lelaki Ja'far, Ialu ia mengiakan (dengan keadaan menganggukkan kepala) kepada Abu Ja'far dalam keadaan duduk. 

Maka siapakah yang melantik mereka? "Allahlah yang melantik mereka dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah."

Aku bertanya lagi, "Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau." Iajawab, "Empat berhala." Ia bertanya lagi "Siapa empat berhala itu"? Ia menjawab, "Abu Fusail (Abu Bakar) Rama' (Umar) Nathal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini (wali Allah), maka sesungguhnya ia telah memusuhi musuh-musuh Allah."

ULASAN

Terdapat di dalam al-Quran dan Hadith yang menjelaskan tentang keadilan dan sanjungan terhadap para sahabat yang membersihkan mereka daripada sebarang tuduhan yang tidak benar. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 

"Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia serta la menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah kemenangan yang besar".
(Surah al-Taubah ayat 100) 

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (Malaikat) yang kamu tidak melihatnya."
(Surah al-Taubah ayat 40) 


"Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang betiman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiah), maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati meraka, Ialu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
(Surah al-Fath ayat 18) 

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)."
(Surah al-Nur ayat 11) 

Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata."
(Surah al-Ahzab ayat 58) 

Sabda Nabl s.a.w. yang bermaksud: 

Daripada Abu Hurairah ra. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: " Jangan kamu mencaci sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaan-Nya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat ".
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: 
"Daripada Jabir katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak masuk neraka orang-orangyang telah melakukan bai'ah semasa di bawah pokok ."
(Riwayat al-Tirmidhi) 

Sabda Nabi s.a.w. lagi yang bermaksud: 
"Daripada Ibnu Umar ra. katanya kami memilih memilih para sahabat di zaman Nabi s.a.w., Ialu kami memilih Abu Bakar, kemudian Umar bin al-Khattab, kemudian Uthman bin Affan ra.."
( Riwayat al-Bukhati) 

x.    Hanya Ali dan Para Imain sahaja yang Menghafal dan Menghimpun AI-Quran Dengan Sempurna.
Golongan Syiah menganggap bahawa tidak ada sahabat yang menghimpun, memahami dan menghafal al-Quran dengan sempurna kecuali Ali sahaja. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Khulaini, juzu' 1, hal. 228.

Terjemahannya; 

Tidak Menghimpunkan al-Quran Kesemuanya kecuali Imam-imam a.s. dan Sesungguhnya Mereka itu Mengetahui Ilmu al-Quran Kesemuanya.

"Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Mahbub dadpada Amru bin Abu al-Miqdam daripada Jabir berkata; " Aku mendengarabu Ja far a.s. berkata, " Tidak ada sesiapa di kalangan manusia yang mendakwa bahawa ia telah menghimpun al-Quran secara sempurna sebagaimana yang diturunkan, melainkan pendusta dan tidak menghimpun, menghafaz sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kecuali Ali bin Abu Talib dan imam-imam selepasnya a.s."

Muhammad bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhamad bin Sinan daripada Ammar bin Marwan daripada al-Munakhkhal daripada Jabir daripada Abu Ja far a.s. Bahawasanya ia berkata, "Seseorang tidak boleh mendakwa bahawa di sisinya ada keseluruhan al-Quran zahir dan batinnya selain dadpada para wasi."

Golongan Syiah juga mendakwa mempunyai mashaf Fatimah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini Juzu' 1 hal. 238 - 240.
Terjemahannya:
Abu Abdullah berkata,Kami mempunyai mashaf Fatimah dan mereka tidak mengetahui apa dia mashaf Fatimah itu. Abu Basir bertanya, "Apakah dia mashaf Fatimah itu? Abu Abdullah menjawab, " Mashaf Fatimah sama seperti al-Quran kamu ini. Tiga kali ganda besarnya. Demi Allah tidak ada satu huruf pun seperti al-Quran kamu ini." Abu Basir berkata lagi demi Allah sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Abu Abdullah berkata; "Sesungguhnya Allah itu mengetahui, tetapi tidaklah yang sedemikian itu. (tidak seperti al-Quran Ahli Sunnah Wal Jamaah)

Kemudian Abu Abdullah diam sebentar, kemudian dia berkata, "Sesungguhnya kami mempunyai ilmu yang telah berlaku dan yang akan berlaku sehingga kiamat" Abu Basir bertanya, "Aku jadikan tebusan engkau ini, demi Allah sahaja yang mengetahui. Abu Abdullah menjawab, "Sesungguhnya Allah sahaja mengetahui, tetapi tidaklah seperti yang demikian."

 Yang dimaksudkan dengan Abu Abdullah ialah Ja'far bin Muhammad al-Sadiq.
Abu Basir berkata lagi, Aku jadikan tebusan engkau, maka apakah yang dimaksudkan dengan ilmu itu? Abu Abdullah menjawab, "Apa yang b~ di waktu malam dan siang, terjadi sesuatu perkara selepas sesuatu perkara sehinggalah hari kiamat."
Beberapa orang daripada sahabat kami dadpada Ahmad bin Muhammad daripada Umar bin AbdulAziz daiipada Hammad bin Uthman, katanya, "Aku pernah men-dengar Abu Abdullah berkata, "Orang-orang Zindiq akan muncul tahun 128H. Ini berdasarkan bahawa aku pernah melihat dalam mashaf Fatimah a.s. " Hammad bertanya, "Apakah yang dimaksudkan dengan mashaf Fatimah itu?" Abu Abdullah menjawab, "Sesung-guhnya Allah S. W. T apabila ia mengambil nyawa nabi s.a. w, terdengar sesuatu di telinga Fatimah yang ketika itu merasa dukacita di atas kewafatan nabi s.a.w yang tidak diketahui melainkan Allah S.W.T Lalu Allah mengutuskan seorang malaikat kepadanya yang dapat menghiburkan kedukaannya." Lalu Fatimah mengadu perkara yang demikian kepada Amirul Mukminin Ali, Alipun berkata, "Apabila engkau merasai demikian dan engkau mendengar suara demikian, maka beritahulah kata-kata itu kepadaku. Maka akupun diberitahu yang demikian. Lalu Amirul Mukminin a.s. pun menulis setiap apa yang ia dengar, sehinggalah menjadi satu mashaf ." Kemudian Hammad berkata, Abu Abdullah berkata, "sesungguhnya tidak ada sesuatu pun di dalam mashaf itu perkara yang halal dan haram, tetapi terdapat di dalam mashaf itu ialah mengenai ilmu yang akan berlaku."

Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Husain Ibnu Abu 'Ala' katanya, aku mendengar Abu Abdullah berkata, 'Bersamaku ialah al-jafr al-Abyad ",,Abu 'Ala'bertanya, "Apakah yang ada di dalam al-jafr al-Abyad?". Jawabnya, "di dalamnya ada kitab Zabur Nabi Daud, Taurat Nabi Musa, Injil Nabi Isa, Suhuf Nabi Ibrahim a.s. dan hukum halal haram dan mashaf Fatimah dan tidak terfikir terdapat di dalamnya al-Quran (tak ada), malah di dalamnya terdapat apa saja yang diperlukan oleh manusia sehingga kami tidak perlu lagi kepada seseorangpun, walaupun satujildah atau setengah atau seperempat atau sekecil-kecil perkara."

Diriwayatkan juga terdapat mashaf Ali (mashaf Fatimah) dimana ayat Al-Quran mengandungi 17,000 ayat, tiga kali ganda daripada mashaf Uthmani. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Usul Kafi, Itikadi, Ijtimai, Akhlakhi, Wa - ilmi oleh al-Kulaini hal 443-446

Terjemahannya: 

Muhammad bin Yahya daripada Muhammad bin al-Hussain daripada Abdul Rahman bin Abu Hashim daripada Salim bin Salamah katanya;

"Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan Abu Abdullah a.s (Ja'far bin Muhammad al-Sadiq), sedangkan aku (Salim) mendengar huruf-huruf al-Quran (yang dibacanya) itu bukanlah sepertimana yang lazim dibaca oleh orang ramai. Lalu Abu Abdullah a.s. berkata; 

Berhentilah daripada membaca Al-Quran ini, (sebaliknya) bacalah al-Quran sepertimana orang ramai membacanya. Sehingga munculnya Imam Mahdi al-Muntazar a.s. Apabila telah muncul Imam Mahdi al-Muntazar a.s. ia akan membaca kitab Allah (al-Quran) mengikut yang sebenarnya, Ialu ia (Abu Abdullah) pun mengeluarkan Mashaf yang ditulis oleh Ali a.s. sambil berkata; Ali a.s. telah menunjukkan kepada orang ramai ketika beliau selesai (menulis mashaf tersebut). Sambil berkata kepada mereka. Inilah dia kitab Allah (al-Quran) sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesungguhnya aku telah mengumpulkannya daripada dua lauh. Lantaran itu mereka berkata; Inilah dia di sisi kita, mashaf yang mengandungi di dalamnya al-Quran yang kami tidak perlu lagi kepada al-Quran tersebut. (mashaf Uthmani) Lalu Saidina Ali berkata; Demi Allah tidaklah kamu akan melihatnya selepaa hari kamu ini selama-lamanya. Hanya sesungguhnya menjadi tanggungiawabku untuk memberitahu kamu semua ketika aku mengumpulkannya supaya kamu dapat membacanya."
Ali bin al-Hakam daripada Hisham bin Salim daripada Abu Abdullah a. s. katanya;
"Sesungguhnya al-Quran yang dibawa oleh jibrail kepada Nabi Muhammad s.a.w. mengandungi 17,000 ayat."
ULASAN
Golongan Syiah menganggap hanya Ali dan para Imam sahaj a yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempuma. Perkara seumpama ini jelas bertentangan dengan al-Quran, Firman Allah yang bermaksud: 
"Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu danaku telah cukupkan nikmatku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu".
(Surah al-Maidah ayat 3) 

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya"
(Surah al-Hijr ayat 9) 

Mashaf yang ada pada hari ini telah dikumpul di zaman para sahabat dan sampai kepada tabi'in dan atba' tabi'in dengan cara mutawatir. Para sahabat telah ijmak menerimapakainya dengan sebulat suara. Dalam masa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak menolak penyusunan al-Quran atau membuat sebarang tokok tambah dan perubahan yang ada pada zaman sahabat itu. Malah beliau menerima dan memperakuinya, serta beliau menyuruh Abu Aswad Ad-Duali meletakkan baris dan titik pada huruf al-Quran mashaf Uthmani untuk lebih mudah membacanya.

xi. Menghalalkan Nikah Mut'ah.

Golongan Syiah menghalalkan nikah Mut'ah. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih oleh Abu Ja'far Muhammad b. Ali b. al-Husain Babawaih al- , Juzu' 1 hal. 358:
Terjemahannya:
Adapun mut'ah maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya dan tidak mengharamkannya sehinggalah baginda wafat.Abu Ja'far al-Baqir meriwayatkan dalam kitab Man La Yahduruhu al-Faqih Oleh Abu Ja'far Muhamad bin Ali bin al-Husain, hal: 358

Terjemahannya: 

"Bukan dari kami orang yang tidak mempercayai AI-Raj'ah dan tidak menganggap halal mut'ah kita".

Mengikut ajaran dan fahaman Syiah, perkahwinan Mut'ah tidak memerlukan saksi, wali dan perisytiharan. Kenyataan ini disebutkan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad b. al-Hasan b. Ali al-Tusi, hal. 489:

Terjemahannya: 

"Adapun saksi dan pengisytiharan nikah kedua-keduanya bukan dapipada syarat-syarat mut'ah dalam apa keadaan sekalipun. Kecuali jika seseorang itu dituduh berzina, maka disunatkan pada ketika itu ia mengadakan dua orang saksi ketika akad."
ULASAN
Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadith-hadith sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadith tersebut ialah Saidina Ali sendiri. Antara hadith-hadith tersebut ialah: 
Daripada Ali bin Abu Talib katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan melarang juga memakan daging kaldai jinak".
(Riwayat Ibn Majah dan al-Nasai) 

Daripada al-Rabi' bin Sabrah daripada bapanya katanya, kami keluar bersama-sama Nabi s.a. w. semasa haji Wida' di mana Baginda bersabda: "Wahai manusia sesungguhnya aku telah mengizinkan kamu melakukan mut'ah (tetapi) ketahuilah, sesungguhnya Allah S. W. T telah mengharamkannya sehinggalah hari kiamat, sesiapa yang masih ada perempuan mut'ah di sisinya, maka hendaklah ia melepaskan kehendaknya dan janganlah kamu mengambil sesuatu yang kamu telah memberikannya.
(Riwayat Ibnu Majah) 

Daripada Ibnu Umar katanya, ketika Saidina Umar dilantik sebagai khalifah, beliau telah berkhutbah kepada orang ramai dengan katanya, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah mengizinkan kami bermut'ah sebanyak 3 kali kemudian baginda telah mengharamkannya. Demi Allah, tidak aku mengetahui seseorang yang melakukan nikah mut'ah sedangkan ia muhsan (telah berkahwin) melainkan aku merejamkannya dengan batu, kecuali ia dapat membawa kepadaku empat orang saksi yang menyaksikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menghalalkannya setelah baginda sendiri telah mengharamkannya."
(Riwayat Ibnu Majah) 

"Daripada Rabi' bin Sabran daripada bapanya bahawasanya Nabi s.a.w. telah mengharamkan nikah mut'ah."
(Riwayat Abu Daud) 

xii. Menambah Syahadah.
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad s.a.w. Perkara ini dinyatakan di dalam Kitab al-Usul Min al-Kafi oleh al-Kulaini, Juzu' 1, hal. 441:

Terjemahannya: 

Sahal bin Ziad daripada Muhammad bin al-Walid katanya aku mendengar Yunus bin Yaacob daripada Sinan bin Tarif daripada Abu Abdullah a.s. katanya Abu Ja'afar berkata, "Sesungguhnya kami ialah Ahli Bait yang pertama yang disebutkan oleh Allah nama-nama kami. Sesungguhnya Allah menciptakan langit dan bumi. Ia menyeru malaikat lalu ia menyeru "Asyhadu alla ilaha illAllah" tiga kali  "wa asyhaduanna Muhammadan rasulullah" sebanyak 3 kali.

ULASAN 

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah. Perkara ini jelas bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah yang menyebut bahawa syahadah hanyalah kepada Allah dan Rasul-Nya sahaja, tidak kepada Saidina Ali. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 

"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad) mereka berkata, "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah". Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya serta sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta."
(Surah al-Munaftqun ayat 1) 

Nabi Muhamad s.a.w. ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).....
(Surah al-Fath ayat 29) 

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, 

Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakatt, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan"
(Riwayat Ahmad, al-Bukhati, Muslim, Tirmidhi dan al-Nasai) 

Sabda Nabi lagi bermaksud: 

"Daripada Umar ra. katanya Rasuluilah s.a. w. ditanya tentang Islam Ialu baginda menjawab,"Islam ialah engkau menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika engkau berkemampuan. Ia berkata "Engkau benar... "
(Riwayat Muslim) 

Jelas daripada hadith-hadith di atas bahawa tidak ada langsung penambahan nama SaidinaAli selepas nama nabi Muhammad s.a.w. 
Oleh yang demikian menambah nama Saidina Ali di dalam syahadah, tidak boleh diterimapakai di dalam ajaran Islam. 

xiii. Menolak Hadith Yang Diriwayatkan Oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadith Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadith yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadith itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada Hadith yang diriwayatkan oleh Ahlul Bait sahaja. Pegangan ini disebut di-dalam buku Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita' halaman 149:
Terjemahannya:
Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Jafar al-Sadiq daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah s.a.w. (Allah meredai mereka semua).
Syiah juga tidak menerima hadith-hadith Yang diriwayatkan oleh para sahabat terrnasuklah khalifah al-Rasyidin (kecuali Saidina Ali) dan para sahabat agung yang lain seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin al-Hakam, Imran bin Hathan al-Khariji dan Amru bin al-As. Apa yang mereka terima ialah hadith-hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali dan Ahli Bait. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab Aslu al-Syiah Wa-Usuluha oleh Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita', hal. 149:

Terjemahannya: 

Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu Jundub, Marwan bin al-Hakam dan Umran bin Hattan al-Khariji dan Amru bin al-As dan orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diktiraf walaupun sekadar seekor nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu disebut-sebut. Mejoriti Ulama Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang buruk ini.
ULASAN
Syiah meyakini para sahabat telah murtad, dengan demikian kedudukan mereka sebagai perawi hadith adalah tidak adil. Perkara ini bertentangan dengan al-Quran dan Hadith-hadith sohih kerana al-Quran sendiri telah menyebut para sahabat adalah adil dan diberi pujian yang tinggi. Oleh yang demikian segala periwayatan yang dibawa oleh mereka hendaklah diterimapakai dan dihayati oleh seluruh umat Islam sepanjang zaman.

3.2.2 PENYELEWENGAN DARI SUDUT SYARIAT

i. Menolak ljmak Ulama

Golongan Syiah tidak menerimapakai ijmak ulama, buktinya mereka menolak perlantikan khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman, malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka ada kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-lthna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-lmam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 5 1.
Terjemahannya: 

Adapun ijmak ia juga adalah batil, kerana ia merupakan hujah yang tidak ada asalnya. Bahkan ini disebabkan kata-kata imam maksum terkandung di dalamnya. Perkara ini adalah berdasarkan kata-kata imam maksum dan bukannya ke atas ijmak itu sendiri.
Kemaksuman imam dan perlantikan mereka adalah sabit samada dengan perkhabaran imam itu senditi atau perkhabaran imam maksum yang lain. Sesungguhnya perkara yang ini telah jelas dan begitulah ijmak generasi Islam yang pertama dan kedua iaitu sebelum berlakunya perselisihan di kalangan umat, juga tidak diambil kira, kerana mereka telah berijmak di atas perlantikan Abu Bakar sebagai Khalifah, haram kahwin mut'ah, menyelewengkan al-Quran, menegah nabi daripada menerima pesaka, merampas tebusan daripada perawan dan selepas berlaku perselisihan di kalangan umat dan perpecahan di kalangan mereka, bagaimana ijmak boleh berlaku lebih-lebih lagi dalam masalah khilafiah yang perlu kepada hujah yang pasti.
ULASAN
Golongan Syiah tidak menerima pakai ljmak Ulama, buktinya mereka tidak menerima kesohihan perlantikan Saidina Abu Bakar, Umar dan Uthman, sedangkan para sahabat termasuk Saidina Ali sendiri mempersetujuinya. 
Begitu juga telah ljmak Ulama tidak berlaku penyelewengan terhadap al-Quran. Mereka menolak ljmak kerana Imam-imam mereka maksum. Dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ljmak Ulama dan Qias adalah termasuk di dalam sumber perundangan Islam selepas al-Quran dan hadith nabi s.a.w. Kedua-dua sumber tersebut boleh dijadikan sebagai dalil untuk berhujah bagi mensabitkan sesuatu hukum syarak. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulnya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya"
(Surah AI-Nisa'ayat 59) 

Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: 
" Sesungguhnya Allah S. W. T tidak menyetujui Umatku atau umat Nabi Muhammad bersepakat di atas kesesatan"
(Riwayat al-Tirmidhi) 

Menolak sesuatu yang telah diijmakkan oleh sahabat, sedangkan Saidina Ali sendiri telah mengakuinya, ini bererti menolak kewibawaan dan kesiqahan Saidina Ali sendiri sebagai imam mereka yang didakwa sebagai maksum. 

Abdullah bin Mas'ud berkata: 
.... Sesuatu yang baik yang disepakati oleh orang-orang Islam, maka ianya di sisi Allah adalah baik dan begitulah sebaliknya.

ii. Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias, kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Al-Husain Ali Kasyif al-Ghita', hal. 149: 
Terjemahannya: 

Diantaranya bahawasanya Syiah Imamiah tidak beramal dengan Qias dan sesungguhnya ia telah menjadi mutawatir di sisi imam-imam mereka. Sesungguhnya syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama dan boleh mendedahkan kerosakan amal dengan menggunakan qias itu dan ia memerlukan kepada keterangan yang lebih lanjut yang tidak muat ruangan di sini.
ULASAN
Golongan Syiah tidak beramal dengan Qias kerana Imam-imam mereka berpendapat bahawa syariat apabila diqiaskan akan merosakkan agama. Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan ijmak ulama'. 
Permasalahan dalam kehidupan dunia ini adalah sangat luas dan akan berkembang dari satu masa kesatu masa. Oleh yang demikian sekiranya tidak boleh menggunakan Qias akan menyebabkan agama menjadi jumud dan sempit. Justeru itu qias amat perlu sebagai salah satu kaedah di dalam mengeluarkan hukum syarak. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 

"Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan dan kecemasan, mereka terus menghebahkannya, padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Uli'I-Amti (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka. Tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang- orangyang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka......
(Surah al-Nisaa' ayat 83) 

Ini bertepatan dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, 

"Daripada Anas ra. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Tiga perkara yang sesiapa memilikinya nescaya ia akan memperolehi kemanisan iaitu bahawa Allah dan rasulNya lebih dikasihi kepadanya daripada yang lain, dan bahawa ia mengasihi seseorang kerana Allah semata-mata serta ia benci kalau sekiranya ia kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan di dalam api neraka."
(Riwayat al-Bukhari) 

Hadith mengenai kisah Muaz bin Jabal sangat jelas tentang perakuan nabi s.a.w. berhubung penggunaan Qias, sabdanya yang bermaksud, 

"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mengutus Muaz ke Yaman, Ialu Baginda bertanya: Bagaimana engkau hendak menghukum? Ia menjawab, aku menghukum berdasarkan kitab Allah (al-Quran). Baginda bersabda, sekiranya tidak terdapat di dalam kitab Allah. Ia menjawab; menghukum berdasarkan Sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda bertanya lagi; sekiranya tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah, la menjawab; aku berijtihad dengan fikiranku. Baginda pun bersabda; Alhamdulillah (segala pujian bagi Allah) yang telah memberikan tauftk kepada utusan Rasulullah s.a.w."
(Riwayatal-Tirmidhi)

iii. Mengamalkan Nikah Mut'ah

Golongan Syiah masih meneruskan amalan nikah Mut'ah yang pemah diharuskan diperingkat awal Islam di dalam keadaan dan masa tertentu. Mereka masih mengamalkan nikah ini sehingga sekarang. Dengan ini menunjukkan bahawa mereka menolak permansuhan syariat tersebut. Mereka berpendapat bahawa nikah Mut'ah adalah diharuskan di dalam syariat Islam. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhamad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal. 489:
Terjemahannya: 

Nikah mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam sebagaimana kami menyebutnya daripada akad seseorang lelaki ke atas seorang perempuan mengikut tempoh yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu.

Ciri-ciri nikah Mut'ah ialah akad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut'ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan atau setahun atau sehari. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far bin Muhammad bin AI-Hassan bin Ali AI-Tusi. hal. 491:

Terjemahannya: 

Adapun tempoh nikah mutah ialah mengikut keredaan pasangan kedua-duanya sama ada sebulan atau setahun atau sehari.

Nikah mut'ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari atau semalaman. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 266:

Terjemahannya: 

Muhammad bin Yacob daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Faddhal daripada Abu Bukair daripada Zararah katanya Aku (Zararah) bertanya kepadanya (Abu Jayar) adakah harus seorang lelaki bermutah dengan seorang perempuan sejam atau dua jam. Jawabnya; "Satu atau dua jam tidak terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh dilakukan sekali atau dua kali, sehari atau dua hari dan semalaman dan seumpamanya."

Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad hendaklah disebut mahar dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan bin Ali AI-Tusi. hal. 490 - 491 dan kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 254:

Terjemahannya: 

"Tidak mengapa bermut'ah dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan makruh bermutah dengan perempuan Majusi, tetapi ianya tidak dilarang".

"Muhammad bin Ahmad bin Yahya daripada Abbas bin Ma'arof daripada Sadan bin Muslim daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah katanya, "Tidak mengapa mengahwini anak dara apabila ia redha walaupun tanpa izin kedua ibu bapanya".

"Tidak mengapa bermutah dengan perempuan pelacur kecuali lelaki itu menghalangnya daripada pelacuran setelah akad dilakukan."

"Apabila hendak berakad hendaklah disebut mas kahwin dan tempoh yang diredai oleh pasangan dan sekurang kurang mas kahwin ialah semangkuk gula atau setapak tangan makanan atau seumpama yang demikian itu."

Dalam nikah mut'ah tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut'ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja' far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. juzu' 1, hal. 259:
Terjemahannya:
Daripada Ubaid bin Zararah daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya, disebutkan kepadanya tentang mutah adakah dihadkan kepada empat orang sahaja? Jawabnya "Kahwinlah perempuan-perempuan itu walau sampai seribu orang kerana mereka itu merupakan perempuan-perempuan yang disewakan".

ULASAN

Nikah mut'ah ini sebenarnya telah dimansuhkan oleh ayat-ayat Al-Quran yang bermaksud seperti berikut: 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)"
(Surah al-Mu'minun ayat 1-4) 

Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu), hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (iika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada ditinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
(Surah al-Talaq ayat 1) 

" Dan bagi kamu seperdua dati harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya, wasiat-wasiatyang tersebut hendaklah tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar."
(Surah al-Nisaa'ayat 12) 

"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hail. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syara '). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah ayat 234) 

Orang-orang Islam di zaman itu telah ijmak bahawa nikah Mut'ah telah dimansuhkan dan haram melakukannya. Nikah tersebut dimansuhkan oleh ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. 
Nikah Mut'ah bukan suatu pernikahan dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah. Dengan itu perempuan yang dinikahkan mut'ah bukanlah isteri atau hamba, tidak boleh mewarisi, tidak sabit nasab dan tidak wajib nafkah. Nikah mut'ah amat jelas bertentangan dengan al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w dan ljmak Ulama. Di mana para sahabat tidak mengingkari kata-kata Saidina Umar yang akan merejam dengan batu orang yang melakukan nikah mut'ah. Beliau berkata, " Nikah Mut'ah merosakkan konsep nikah, talak, iddah dan pesaka. ((3) AI-lmam al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, juzu 10, cetakan ke 11 Dar al-Kutub al- Ilmiah, Tehran hal. 50.) 
4) Alauddin Ali bin Muhamad bin Ibrahim al-Baghdadi, al-Syahir bi al-Khazin, Tafsir al-Khazin, al-Musamma Lubab al-Ta'wil Fi Maami al-Tanzil, Wa Bihamisyihi Tafsir al-Baghawi al-Ma'ruf Bi Maalim al-Tanzil, Juzu 1, Dar al-Fikr, Beirut Lubnan hal. 506-507. 
5) Ibid. Hal. 507

3.2.3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM.

i. Menziarahl Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga
Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-lrsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:

Terjemahannya; 

"Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya nescaya ia akan memasuki syurga"

ULASAN

Tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadith sahih Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga. Tetapi yang jelas di dalam hadith nabi s.a.w yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur nabi s.a.w. akan pasti mendapat syafaatnya. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w yang bermaksud, " Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dengan tulus ikhlas, nescaya aku akan menjadi saksi dan pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."
( Riwayat al-Baihaqi) 

ii) Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 98:

Terjemahannya:

Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Husain. 
Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan. Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala'  hingga sampai kepada bait ini iaitu:

"Berapa ramai orangyang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh."

Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa Imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati syahidnya Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. dan kelebihan-kelebihan mereka.

ULASAN

Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud, 
"Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Di dalam Islam telah ditentukan adab sopan ketika menziarahi jenazah iaitu dengan membanyakkan doa ke atas simati supaya diampunkan dosanya. Dilarang meraung-raung ke atas kematian seseorang, tetapi dibolehkan menangis tanpa suara yang kuat. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w. yang bermaksud, 

"Daripada Ibn Umar ra., bahawasanya Rasulullah s.a. w. telah menziarahi Saad bin Ubadah bersama-sama baginda ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas dan Abdullah bin Mas'ud, Ialu Rasulullah s.a.w. menangis. Maka apabila orang ramai melihat Rasulullah s.a.w. menangis, merekapun menangis, lalu Baginda bersabda, " Tidakkah kamu mendengar bahawasanya Allah S. W. T tidak akan menyeksa (mayat) kerana air mata dan kesedihan hati, tetapi Allah S. W. T menyiksa atau merahmati seseorang kerana ini, lantas Baginda menunjukkan lidahnya."
(Riwayat al-Bukhail dan Muslim) 

ii. Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.

Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tuhfah al-'Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain. hal. 330:
Terjemahannya: 

"Ya Allah, laknatlah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Thagut, dua pendusta, dua anak perempuannya yang mana mereka berdua menyalahiperintah engkau, mengingkari wahyu engkau, mengingkari nikmat engkau dan menderhaka terhadap wahyu engkau dan mengubah ugama engkau dan menyelewengkan al-Quran dan mencintai seteru engkau dan mengingkati nikmat batin engkau dan menggagalkan perkara perkarafardhu engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamba engkau. Ya Allah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka berdua dan wali-wali mereka dan penyokong-penyokong mereka, kekasih-kekasih mereka. Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian."

ULASAN 

Isteri-isteri Nabi adalah Ummahatul Mukminin. Merekajuga adalah tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang adil. Oleh itu haram bagi orang mukmin menikahi mereka selama-lamanya, selepas wafat Rasulullah. Mereka wajib dihormati dan tidak boleh dicaci dan dicela rnereka. Ini dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud, 

"Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada dial mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka........
(Surah al-Ahzab ayat 6) 

Firman Allah S.W.T. lagi yang bemaksud, 

... Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
(Surah al-Ahzab ayat 53) 

Merekajuga merupakan orang yang bekerjasama dengan Nabi s.a.w. dalam meyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam kepada masyarakat di zaman mereka. 

iv. Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) hal. 36:

Ja'fari: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zohor dan 'Asar, Maghrib dan 'Isya' sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebarang sebab.

ULASAN

Mengamalkan sembahyang jamak tanpa sebab secara berterusan adalah beitentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam syariat Islam, kedudukan hukum dipandang melalui kemudahan atau kesulitan melaksanakannya iaitu yang disebut Azimah dan Rukhsah. Azimah ialah sesuatu hukum yang kekal dengan hukum asalnya. Ia tidak berubah dengan adanya sebab-sebab seperti sembahyang lima waktu dikekalkan jumlah rakaat mengikut waktunya. Manakala Rukhsah ialah suatu hukum yang diharuskan kepada orang Islam melakukannya disebabkan adanya sebab-sebab keuzuran dan kesulitan dan sekiranya tanpa sebab-sebab di atas, haram berbuat demikian, seperti sembahyang jamak dan qasar diharuskan pada masa musafir (6)
v. Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas
Golongan Syiah mendakwa Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 145-146:

Ja'fari: Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.

ULASAN

Pendapat ini hanyalah rekaan semata-mata, sedangkan di dalam Islam jelas menyatakan bahawa rukun Islam hanyalah lima perkara sahaja. Ini adalah berdasarkan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud, 
"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a. w. pesuruh Allah, menditikan sem-bahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan "
(RiwayatAhmad, al-Bukhati,Muslim, Tirmidhi dan al-Nasai)

vi. Sembahvang Duha Adalah Bid'ah

Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha adalah bid'ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terj emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 31:
Ja'fari: Sembahyang Duha adalah bid'ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah s.a. w. yang ditiwayatkan oleh al-Humaidi di dalam al-Jami'Baina al-Sahihain daripada Marwan al-'Ajali, dia berkata : Aku berkata kepada Ibn Umar, "Anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab, tidak. Aku pun bertanya lag4 Abu Bakr? Dia menjawab: "Tidak, " Aku bertanya lagi: Nabi s.a.w.? Dia menjawab: "Tidak." Humaidi pula meriwayatkan datiaisyah di dalam MusnadAisyah, dia berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata, "Sembahyang Duha adalah bid'ah dati segala bid'ah. "

ULASAN

Pendapat di atas bertentangan dengan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang pensyariatan sembahyang Duha ini. Antara hadith-hadith tersebut ialah: 
"Daripada Abu al-Darda'ra. katanya Nabi Muhammad s.a.wtelahmenasihatkankutentang3perkarayangaku tidakpernah meninggalkannya selama aku hidup iaitu berpuasa 3 hail bagi tiap-dap bulan, sembahyang Duha dan aku tidak tidur kecuali aku telah mengerjakan witir".
(Riwayat Muslim Abu Daud dan al-Nasai) 

"DaripadaAbu Hurairah ra. katanya: Telah menasihati daku oleh kekasihku s.a.w. dengan berpuasa tiga hari bagi setiap bulan, sembahyang dua rakaat Duha dan aku mengeilakan sembahyang witir sebelum aku tidur".
(Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi) 

"Daripada Abu Zar r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Setiap pagi setiap anggota kamu bersedekah, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh dengan kebaikan adalah sedekah dan menegah daripada kemungkaran adalah sedekah dan memadailah dengan yang sedemikian itu dengan menditikan sembahyang Duha dua rakaat".
(Riwayat Muslim) 

vii.  Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji

Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi.Ibrahim hal. 55:

Ja:fari:  Islam bukanlah syarat wajibnya haji. 

ULASAN 

Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith. Telah jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: 
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah',"

Ayat ini dengan jelas menyatakan perintah Allah kepada orang-orang yang beragama Islam sahaja dan tidak ditujukan orang-orang yang bukan Islam. Sementara hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: 

"Wahai manusia, ambillah (daripadaku) cara-cara mengerjakan haji kamu, maka sesungguhnya Aku tidak mengetahui kerana berkemungkinan aku tidak dapat lagi mengerjakan haji lagi selepas tahun ini."
(Riwayat al-Nasai) 

Hadith ini ditujukan kepada para sahabat Nabi yang beragama Islam sahaja. Sementara hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 

"Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu, mengucap dua kalimah syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."

Jelas hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa antara ciri-ciri seorang Islam itu ialah mengerjakan haji, sedangkan mengerjakan ibadat haji bukanlah menjadi amalan orang-orang bukan Islam. Sementara ibadat haji yang dilakukan oleh orang-orang musyrik di zaman Jahilliyyah dahulu adalah dengan cara bertela ' niang. Apakah cara mengerjakan haji seperti itu sesuai diamalkan di zaman sekarang ini dan berhujah mengatakan Islam bukan syarat wajib haji, sedangkan perbuatan seumpama itu tidak diterima Allah dan tidak boleh diterima pakai di zaman ini. Sudah jelas apabila datangnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., dengan sendirinya amalan-amalan di zaman Jahiliah itu telah ditolak oleh Islam. 

viii). Wajib Menyapu Kedua Dua Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.

Golongan Syiah mendakwa wajib menyapu kedua-kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, ter . emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13 - 14: 

Ja'fari: Wajib menyapu kedua kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua duanya. Ini juga adalah pendapat sebahagian para sahabat, tabiin seperti Ibn Abbas, Iktimah, Anas, Abu al-Aliyah dan al-Syabi.

ULASAN

Pendapat ini adalah bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para Qurra' dan Ahli-ahli Tafsir yang muktabar. Jelas dinyatakan di dalarn hadith Nabi bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh termasuklah kaki. Sebagaimana sabda Baginda yang bennaksud, 
"Dari Humran, bahawa Uthman bin Affan r.a. (minta dibawakan kepadanya) air untuk mengambil wuduk, Ialu ia berwuduk iaitu (mula-mula) ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air kehidung serta meng-hembuskannya, kemudian ia membasuh mukanya tiga kali, kemudian ia membasuh tangan kanannya meliputi siku tiga kali, kemudian tangan kirinya seperti itujuga, kemudian ia menyapu sedikit dari kepalanya, kemudian ia membasuh kaki kanannya meliputi buku lali tiga kali, kemudian kaki kirinya seperti itu juga. Setelah itu ia (Saidina Uthman) berkata; " Aku melihat Rasuluilah s.a.w. berwuduk, sepertimana wuduk ku itu ."
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


PENUTUP

Rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia adalah rantau yang hening dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebarang usaha untuk memasukkan fahaman selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah terutama Syiah di kalangan penduduk rantau ini pasti akan menggugat keharmonian masyarakat. 
Negara-negara yang mempunyai penganut Syiah, telah menimbulkan ketidakstabilan rakyat dan pentadbiran di negara tersebut. Penganut Syiah akan selama-lamanya cuba mengembang dan mempengaruhi pegangan mereka ke atas pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak mahu tunduk kepada pemerintahan dan pentadbiran Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam yang bersidang pada 3 Mei 1996 telah membuat keputusan iaitu: 

Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Akidah, Syariah dan Akhlak. 

Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah 
bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa aj aran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. 

SENARAI RUJUKAN

1. Abu Ja'afar bin Ya'kub bin Ishak al-Kulaini al-Razi, al-Usul Min al-Kafi, Jilid 1, Cetakan ke 3, th.1388H Dar al-Kutub al-Islamiyyah,Tehran, Baz Sultani. 

2. Muhammad bin Muhammad bin Nu'man al-'Askibri al-Baghdadi al-Mulaqqab Bi al-Syeikh al-Mufid, al-lrsyad, Penerbit Muassasah al-A'lami Lil Matbu'at, Beirut, Lubnan, t.t. 
 
3. Ad-Duktur Musa al-Musawi, al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira' Baina al-Syiah Wa al- Tasyayyu', th. 1978. 
 
4. Muhammad al-Husain Ali Kasyif al-Ghita', Aslu al-Syiah Wa Usuluha, Penerbit al-Syed Murtadza ar-Radhwi al-Kasymiri, Matba'ah al-Arabiyyah, Qahirah, t.t. 
 
5 . Shah Abdul Aziz al-lmam Waliyyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, Mukhtasar al-Tuhfah al-lthna Asyariyyah, cetakan dan penerbit: al-Riasah al-'Aammah Lil Idarat Wal-Buhuth al-Ilmiah Wal Ifta'Wad Dakwah Wal Irsyad, Riyadh, al-Mamlakah al-Arabiah al-Saudiah, t.t. 
 
6. Abi Ja'far Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Babawaih AI-Qummi, Kitab Man La Yahduruhu al-Faqih, juzu' I,
Terbitan: Jamaah al-Mundarrisin fl al-Hauzah al-llmiah Fi Qum al-Muqaddasah, t.t. 
 
7. Abi Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi, Tahzib al-Ahkam, Juzu' 1, th. 1390, Penerbit: Dar al-Khutub al-Islamiah, Tehran. 
 
8. Muhammad Jawad Mughniah, al-Syiah Fi al-Mizan.t.t. 
 
9. AI-Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, Aqaid al-Imamiah, cetakan ke8, th. 1973, al-Matbaah al-'Aalamiyyah Qahirah. 
 
10. Abi Ja'far Muhammad bin al-Hasan bin Ali al-Tusi, al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa, terbitan Intisyarat Quds Muhammadi Qum, t.t. 
 
11. Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim, Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad). Cetakan 1, th, 1993, Penerbit al-Wahdah Publications. 
 
12. AI-Syed Manzur Husain, Tuhfah al'-'Awam Maqbul, Lahore.t.t. 
 
13. AI-lmam al-Fakhr al-Razi, al- Tafsir al-Kabir, juzu 10, cetakan ke 11 Dar al-Kutub al-Ilmiah, Tehran. 
 
14. Alauddin Ali bin Muhamad bin Ibrahim al-Baghdadi, al-Syahir bi al-Khazin, Tafsir al-Khazin, al-Musamma Lubab al-Ta'wil Fi Maami al-Tanzil, Wa Bihamisyihi Tafsir al-Baghawi al-Malruf Bi Maalim al-Tanzil Juzu 1, Dar al-Fikr, Beirut Lubnan. 
 
15. Dr. Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz fil usul al-Fiqh, cetakan ke-6, Dar al-Arabiah, Baghdad th. 1977. 
 
16. Thiqah al-Islam Kulaini, Usul Kafi, Iktikadi, Ijtimai, Akhlaki Wa Ilmi, Juzu 4, Tehran, Khayaban Sa'di Janubi t.t. 
 
17. Tafsir Pimpinan ar-Rahman diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (sekarang JAKIM), Jabatan Perdana Menteri. 

Sumber : 

  1. http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html
  2. http://tenteradajjal.blogspot.com/