
Ikhwanul Muslimin dibentuk dan dipimpin oleh beliau. Harakah ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan kejelasan tujuannya dan kesyumulan pemikirannya. Begitu juga keistimewaan perencanaan dan penganalisaan keadaan semasa. Juga telah dipadukan di antara kedalaman pemikiran dan kefahaman Islam dan pembentukan akhlak dengan amal politik.

1. Konsep Syamilah: yang merangkumi realiti yang hendak diubahnya. Satu konsep yang mencukupi untuk menentukan segala faktor yang menyebabkan keruntuhan dan keemahannya.
2. Konsep Kesedaran: terdapat jalan dan uslub yang bersinar di dalam amal dan usaha perubahan. Konsep ini menentukan falsafah aqidah dan segala prinsip perbaikannya.
Di atas sinar konsep ini, untuk merealisasikan amal Islam dan segala tuntutannya, harakah Islam telah melukiskan garis perjalanannya dan pembahagian tiga marhaah, tiga tahap:
1. Marhalah al-ta’rif (memperkenalkan dan memberi kesedaran): dengan mengembangkan fikrah Islam, menjelaskan hakikatnya dan menerangkan segala tujuannya dan menyeru manusia kepadanya.
2. Marhalah al-’dad wa takwin (persediaan dan pembentukan): dengan memilih anasir yang baik yang memikul bebanan dan membentuknya. Kemudian mempersiapkannya selaras dengan tanggungjawab yang menunggunya.
3. Marhalah al-tanfiz (perlaksanaan) : dengan merubah realiti yang ada dan merealisasikan realiti yang dicita-citakan menurut garis yang telah disemaikan.
No comments:
Post a Comment