30.12.09

Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi - Pandangan Ke-2

OLEH : MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI

Amat malang saudara-saudara kita di Palestin, dalam keadaan mereka dibunuh, disembelih, dicemar kehormatan dek tangan-tangan penjarah dan anjing-anjing neraka, Yahudi Laknatullah ‘alaihim ajma’in, saudara-saudara mereka di Malaysia dan lain-lain lagi sibuk menyambut perayaan yang membesarkan Tuhan selain Allah, membesarkan syariat selain syariat Islam, memuja ajaran kufur yang mengatakan Tuhan itu Tiga tapi satu satu tapi tiga.

Ya, saudara-saudara mereka pada malam ini akan menyambut Tahun Baru Masehi, perayaan yang padanya dizahirkan Syiar Agama Nasrani yang syirik yang dilaknat Allah s.w.t. Mereka melupakan saudara mereka yang ditindas, membiarkan mereka terkapai-kapai mencari pertolongan tetapi tidak diendahkan…Wang dan harta benda dibelanjakan untuk membesarkan ajaran Kristian sedangkan saudara se-Islam mereka memerlukannya untuk berjihad menjaga kesucian Baitul Maqdis, tempat Isra’ dan Mikraj Muhammad Rasulullah s.a.w.

Apakah Tahun Baru Masehi Itu?

Iaitulah sambutan keagamaan Kristian ‘alaihim laknatullah wa sukhtuh sebagaimana dinyatakan dalam Ensikolpedia Katolik :

For the Catholics in England Pius VI (19 March, 1777) established the following lists of feasts: Easter and Pentecost two days each, Christmas, New Year’s Day, Epiphany, Ascension, Corpus Christi, Annunciation, Assumption, Sts. Peter and Paul, St. George, and All Saints. [ http://www.newadvent.org/cathen/06021b.htm ]

Jelas daripada senarai perayaan kristian di atas menurut Gereja England, New Year’s Day adalah termasuk perayaan keagamaan.

Lebih daripada itu, tarikh 1 Januari sebagai tahun baru diakui sendiri oleh Kristian ianya berasal daripada agama Pagan atau Penyembah Berhala sebagai berikut :

Christian nations did not agree in the date of New Year’s Day. They were not opposed to 1 January as the beginning of the year, but rather to the pagan extravagances which accompanied it.

[ http://www.newadvent.org/cathen/11019a.htm ]

Apabila telah sabit akan hal ini maka diketahui secara daruri perayaan ini dilarang dalam Islam. Dalilnya adalah sebagai berikut :

Pertama : Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 72 apabila Allah Taala menceritakan sifat-sifat orang mukmin sejati dinyatakan :

وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya : “dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya Dengan cara membersihkan diri daripadanya”.

Menurut Ulama Tafsir, maksud al-Zur (Lihat tempat bergaris) adalah perayaan-perayaan orang kafir [Ibn Kasir, 6/130].

Jelas daripada ayat ini Allah melarang kaum muslimin menghadiri perayaan kaum muyrikin.

Kedua : Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w :

عن أنس بن مالك قال كان لأهل الجاهلية يومان في كل سنة يلعبون فيهما فلما قدم النبي صلى الله عليه و سلم المدينة قال كان لكم يومان تلعبون فيهما وقد أبدلكم الله بهما خيرا منهما يوم الفطر ويوم الأضحى

Maksudnya : Daripada Anas bin Malik katanya : Adalah kaum Jahiliah mempunyai dua hari dalam setahun untuk mereka bermain-main (berseronok) maka apabila Nabi s.a.w tiba di Madinah baginda bersabda : “Adalah kamu mempunyai dua hari (dalam setahun) yang kamu berlibur (berseronok) padanya dan Allah telah menggantikan keduanya dengan dua hari yang lebih baik iaitu Hari Raya Fitri dan Adha”. [al-Nasai, Sahih].

Daripada hadis ini, Rasulullah menyatakan bahawa Allah telah memansukhkan dan melarang Umat baginda merayakan perayaan Jahiliah dan sebagai ganti Allah Taala syariatkan dua perayaan dalam setahun iaiti Eidul Fitri dan Eidul Adha. Kaum Jahiliah adalah Pagan yakni penyembah berhala, maka sesuailah hadis ini melarang perayaan 1 Januari yang merupakan perayaan Pagan.

Ketiga : Hadis Sahih al-Bukhari dan Muslim berikut, sabda Rasulullah s.a.w :

إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا

Maksudnya : “sesungguhnya bagi setiap kaum (agama) ada perayaannya dan hari ini (Eidul adha) adalah perayaan kita”.

Berkata Imam Ibn Hajar al-Asqalani r.h dalam mensyarahkan hadis ini :

وَاسْتُنْبِطَ مِنْهُ كَرَاهَةُ اَلْفَرَحِ فِي أَعْيَادِ اَلْمُشْرِكِينَ وَالتَّشَبُّهِ بِهِمْ

Maksudnya : “Diambil daripada hadis ini ketetapan hukum dilarang melahirkan rasa gembira pada perayaan kaum musyrikin dan meniru mereka (dalam perayaan)”. [Fathul Bari, 3/371].

Syeikh al-Nasafi al-Hanafi r.h memberi fatwa bahawa sesiapa yang menghadiahkan sebiji telur kepada orang kafir pada hari perayaan mereka kerana memuliakan sambutan perayaan tersebut maka dia kafir. [Ibid].

Keempat : Ijmak Ulama

Imam Ibn al-Qayyim r.h menyatakan dalam kitab beliau, Ahkam Ahli Zimmah :

لايجوز للمسلمين ممالأة المشركين في إظهار شعائرهم

Maksudnya : “Tidak boleh (haram) kepada kaum muslimin menolong orang musyrik menzahirkan syiar agama mereka”. [Ahkam Ahli Zimmah, 156].

Lalu dia menyatakan lagi :

وكما أنهم لا يجوز لهم إظهاره فلا يجوز للمسلمين ممالاتهم عليه ولا مساعدتهم ولا الحضور معهم باتفاق أهل العلم الذين هم أهله

Maksudnya : “dan sebagaimana mereka (kafir) tidak boleh menzahirkan syiar perayaan mereka maka tidak boleh pula bagi kaum muslimin menolong dan membantu mereka (mengadakan perayaan dan menzahirkan syiar agama mereka) dan tidak boleh menghadirinya dengan sepakat ulama”. [Ibid].

Kata beliau lagi :

وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم فيقول عيد مبارك عليك أو تهنأ بهذا العيد ونحوه فهذا إن سلم قائله من الكفر فهو من المحرمات وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه .



Maksudnya: “adapun memberi tahniah kepada syiar-syiar kafir yang khusus dengannya maka adalah haram dengan ittifaq(ijma’) seperti memberi tahniah pada perayaan-perayaan mereka dan puasa mereka seperti dikata: “ ‘Eid Mubarak”(“Selamat Hari Raya”) atau “Tahniah dengan perayaan ini” dan seumpamanya. Jika pengucapnya selamat daripada iktikad kufur maka ianya haram (jika tidak, maka hukumnya kufur juga), ini kerana ucapan ini samalah seperti kita memberi tahniah atasnya kerana sujud kepada salib bahkan perbuatan ini lebih dahsyat daripada seseorang memberi tahniah kepada seseorang kerana meminum arak, membunuh, berzina dan seumpamanya”. [Ahkam Ahli Zimmah, 162].

Ulama telah ijmak, memberi ucapan selamat hari raya pun diharamkan, apatah lagi menyertai dan menyambutnya.

Berkata Ulama Hanafiah :

ويكفر بخروجه إلى نيروز المجوس والموافقة معهم فيما يفعلونه في ذلك اليوم وبشرائه يوم نيروز شيئا لم يكن يشتريه قبل ذلك تعظيما للنيروز لا للأكل والشرب وبإهدائه ذلك اليوم للمشركين ولو بيضة تعظيما لذلك اليوم

Maksudnya : “dan menjadi kafir seseorang muslim dengan dia menyertai perayaan kaum Majusi dan mengikuti apa yang mereka perbuat pada hari itu, dan demikian juga kafir dia jika dia membeli sesuatu pada hari Nairuz yang tidak pernah dibelinya pada hari lain kerana memuliakan hari tersebut bukan kerana dia memakan atau minum pada hari itu, dan jadi kafir dia dengan memberi hadiah walaupun sebiji telur kepada kaum musyrikin pada perayaan mereka kerana memuliakan hari itu”. [Majmak al-Anhar, 2/513]

Ulama Malikiah menyatakan :

أي أن اللعب في يوم النيروز وهو أول يوم من السنة القبطية مانع من قبول الشهادة وهو من فعل الجاهلية والنصارى

Maksudnya : “Yakni, berseronok dan bergembira (menyambut) pada perayaan Nairuz yakni awal Tahun Qibti menghalang daripada seseorang menjadi saksi (dalam mahkamah) kerana ia perbuatan orang-orang Jahiliah (Pagan) dan Nasrani”. [al-Syarhul Kabir, 4/181]

Jelas daripada kenyataan ini, menyambut perayaan kafir adalah dosa besar.

Berkata Abul Qasim Hibatullah al-Syafii :

ولا يجوز للمسلمين أن يحضروا أعيادهم لأنهم على منكر وزور

Maksudnya : “dan tidak boleh bagi muslimin menghadiri perayaan mereka (musyrikin) kerana mereka itu melakukan munkar dan dosa”. [Ahkam Ahli Zimmah,156]

Dalam al-Majmuk dinyatakan :

ويمنعون من اظهار الخمر والخنزير وضرب النواقيس والجهر بالتوراة والانجيل وإظهار الصليب واظهار أعيادهم ورفع الصوت على موتاهم

Maksudnya : “dan dilarang mereka itu (Ahli Zimmah yakni orang kafir yang hidup sebagai warganeraga negara Islam) daripada menzahirkan arak, babi, membnyi loceng, mengeraskan bacaan Taurat dan Injil, menzahirkan salib dan perayaan mereka serta menguatkan suara ratapan mayat”. [19/412]

Ulama Hanabilah menyatakan :

ويحرم شهود عيد اليهود والنصارى وغيرهم من الكفار

Maksudnya : “dan haram menghadiri perayaan Yahudi dan Nasrani dan selain mereka daripada orang kafir”. [Kaysaful Qina', 3/131]

Daripada kenyataan para ulama mazhab yang empat ini, menunjukkan semua mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah yang empat mengharamkan perayaan kafir sama ada menyertainya, memberi tahniah, atau membenarkan mereka mengadakan sambutan secara terbuka dalam negara Islam.

Kelima : Qaul Sahabat

قال عمر رضي الله عنه: “لا تعلموا رطانة الأعاجم ولا تدخلوا على المشركين في كنائسهم يوم عيدهم فإن السخطة تنزل عليهم”.

Maksudnya : “Berkata Umar r.a : Janganlah kamu belajar lenggok bahasa ajam dan jangan masuk kepada orang musyrikin di tempat ibadat mereka pada perayaan mereka kerana kemurkaan Allah sedang turun kepada mereka”. [al-Baihaqi, Sahih].

Kesimpulan

Oleh itu, sabit dengan pasti bahawa Syariat Islam melarang umatnya daripada menyertai apa-apa perayaan agama lain termasuk antaranya sambutan Tahun Baru Masihi.

Usaha sesetengah mereka yang mendakwa pertubuhan dakwah atau pejuang Islam menyambut perayaan syirik ini dengan dakwaan menyampaikan dakwah Islam tidak ubah seperti Paul yang sanggup mengadaptasi akidah syirik masuk ke dalam ajaran Nabi Isa a.s dengan dakwaan menarik mereka mengikut agama Tauhid yang akhirnya menjadikan ajaran Nabi Isa a.s berubah menjadi agama syirik iaitu Nasrani.Nauzubillah min zalik.

Hijrah Tahun Baru

Oleh NOORZIHAN MOHAMED YIN

PROFESOR Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berpendapat bahawa sambutan tahun baru dengan berhimpun beramai-ramai untuk mengira detik 12 malam tidak lagi sesuai sambil menambah pendekatan baru yang lebih bermakna tanpa meniru budaya barat amat diperlukan.

Pendapat beliau disokong Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim yang berharap sambutan tahun baru dapat disambut dengan pengisian aktiviti yang lebih berfaedah dan tidak melalaikan yang akan hanya mengundang perlakuan yang lebih buruk lagi terutamanya lepak dan seks bebas.

Kedua-duanya bersetuju bahawasanya acara sambutan tahunan yang diadakan ini adalah tidak bermakna dan mengandungi aktiviti yang tidak berfaedah dan tersasar dari budaya ketimuran yang mana akhirnya akan hanya mengundang kepada perlakuan sumbang dan keji para muda-mudi.

Pandangan-pandangan daripada tokoh-tokoh ini dilontarkan lantaran sambutan yang diraikan adalah bersifat stereotaip. Acapkali sambutan dihidangkan dengan persembahan para artis dengan hiburan dan konsert mega sehingga larut malam sambil menungu acara kemuncaknya iaitu percikan bunga api yang menjulang menerangi kepekatan malam.

Sambutan sebegini sudah menjadi pentas golongan muda-mudi bermandikan peluh maksiat lebih hebat daripada hari-hari biasanya. Pergaulan bebas tanpa batasan ditambah pula dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menganjurkan pesta terbuka dengan menu arak sebagai ‘minuman rasmi’ sambutan memudaratkan lagi keadaan.

Pergaulan bebas ini, ‘dihangatkan’ dengan pengaruh arak sudah pasti akan membawa kepada pesta seks bebas. Sambutan tahun baru juga tidak kurang dengan perlakuan muda-mudi yang bergelumang dengan najis dadah dan aktiviti menghidu gam yang dilakukan secara terang-terangan tanpa hadir rasa bersalah di atas perlakuan mereka itu.

Satu lagi kegilaan muda-mudi pada malam tahun baru adalah berlumba haram atau lebih dikenali sebagai ‘berempit’. Pelbagai aksi berani dipamerkan yang berupaya mengundang bahaya bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada pengguna jalan raya dan orang ramai yang berpusu-pusu pada malam sambutan tahun baru itu.

Justeru adakah kita masih tidak sedar bahawasanya sambutan tahun baru yang dirayakan dan dianjurkan saban tahun ada bahagiannya yang tidak selaras dengan kehendak Islam serta menyimpang daripada budaya dan adat kesopanan orang timur? Adakah kita mahu dan rela muda-mudi bangsa melalai dan merosakkan diri mereka sendiri setiap kali tibanya tahun baru?

Timbul juga persoalan bagaimana umat Islam menyambut tahun baru Hijrah (Awal Muharam)? Tidak dapat dinafikan, kalendar Gregorian lebih meluas penggunaan di seluruh dunia. Mahu tidak mahu, orang Islam terpaksa menerima penggunaan kalendar tersebut dalam setiap urusan seharian mereka.

Menyorot sejarah penggunaan kalender Gregorian hanya mula digunakan secara rasmi pada 1582 selepas melalui beberapa pengubahsuaian oleh Pope Greogory. Manakala Takwim Hijrah mula diperkenalkan ketika pemerintahan Khalifah Islam kedua, Saidina Umar Ibn al-Khattab. Takwim Hijrah dipilih bersempena penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan umat Islam dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawwarah.

Penekanan di sini adalah tidak kira sama ada menyambut Tahun Baru Miladiah (Tahun Baru) ataupun Tahun Hijrah (Awal Muharam), keduanya membawa satu penekanan iaitu setiap individu akan mengalami suatu proses penghijrahan dari satu tahun ke tahun yang berikutnya sama ada telah bersedia atau telah berjaya mencapai azam lalu ataupun tidak.

Tahun baru sepatutnya disambut dengan azam; penghijrahan untuk memperbaiki dan melestarikan nilai diri dan kehidupan dengan merenung kepada pencapaian tahun lalu. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (surah al-Hashr: 18).

Seperti peristiwa penghijrahan Rasullullah s.a.w, penghijrahan ini adalah suatu tuntutan agama yang berkehendakkan kepada umat Islam berhijrah daripada belenggu kejahilan, kemunduran, persengketaan dan permusuhan kepada kemuliaan, kemajuan dan persaudaraan. Ini selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w daripada Abdullah bin Habsyi yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.”

Manakala Saidina Umar pula mengungkapkan kata-kata yang bermaksud: “Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk dari hari semalam dan hari esoknya lebih buruk dari hari ini.” Celaan Saidina Umar ini memperlihatkan betapa umat perlu kepada penghijrahan dengan menilai setiap gerak geri dan perlakuan sehariannya agar tidak terarah kepada perkara-perkara yang lalai dan tidak berfaedah.

Justeru, pendekatan yang digunakan bagi menyambut tahun baru seharusnya dikaji dengan lebih teliti bagi memastikan ia senantiasa berada dilandasan agama dan budaya dan tidak hanya sekadar sambutan yang melalaikan tanpa diterapkan di dalam sanubari rasa keinsafan dan semangat baru bagi mengatasi pencapaian lalu.

Rasa keinsafan dan semangat baru ini hanya dapat diisi oleh mereka yang sanggup serta dengan penuh kesungguhan untuk berubah kerana Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib hamba-hamba-Nya jika mereka sendiri tidak mempunyai semangat dan iltizam untuk berubah. Dengan semangat sedemikian, nescaya berubahan yang dibawa, akan memberi makna yang besar bukan sahaja kepada diri, tetapi juga keluarga, bangsa, agama dan negara tercinta.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan ini hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanaman mengagum petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan daripada Allah serta keredaan-Nya dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid: 20)

Hukum Menyambut Tahun Baru Masihi

Soalan 
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?


Jawapan Ust Zaharuddin
 
Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identity Islam yang tersendiri. 
 

Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-
 
* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu. 
 
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah
 
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).
Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat
 
ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65) 
 
* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga. 
 
* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).
 
* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
 
Sekian

Soalan Sempena Tahun Baru Hijrah

Soalan: Adakah Nabi s.a.w mula berhijrah pada bulan Muharram seperti difahami oleh kebanyakan masyarakat awam di Malaysia ini?
 

Jawapan: Sebenar ahli-ahli sejarah meriwayatkan bahawa baginda s.a.w keluar dari rumah baginda menuju rumah Abu Bakar untuk berhijrah adalah pada bulan Safar. al-Syeikh Al-Mubarakfuri dalam buku sirahnya yang terkenal Al-Rahiq al-Makhtum mencatatkan bahawa pada 27 Safar bersamaan dengan 13 September tahun 622M. Kemudian di Gua Thur.
Pada hari pertama Rabiul Awwal bersamaan 16 September barulah baginda bergerak ke Madinah atau yang dikenali dengan nama Yasrib ketika itu. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan dengan 23 September barulah baginda sampai ke Quba. Baginda berada selama empat hari di Quba dan mengasaskan Masjid Quba. Kemudian pada hari Jumaat minggu tersebut barulah baginda memasuki Madinah.

Dengan ini, maka sangkaan sesetengah pihak bahawa Nabi s.a.w berhijrah pada bulan Muharram adalah tidak tepat. Sebaliknya bulan Muharram adalah bulan pertama dalam perkiraan Arab. Maka tahun hijrah dikira bukan kerana Nabi s.a.w berhijrah pada Muharram, tetapi kerana tahun berkenaan berlakunya peristiwa hijrah. Maka tahun peristiwa itu berlaku dikira sebagai tahun pertama. Adapun bulan Muharram sememangnya bulan pertama bagi tahun Arab seperti Januari bagi tahun masihi.


Soalan: Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan: Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin.
Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan.

Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w juga para sahabah baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu.

Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.


Soalan: Apakah kita langsung kita tidak boleh mengadakan sebarang majlis pada awal tahun hijrah?

Jawapan: Sambutan Hijrah ini tidak boleh buat atas asas ianya amalan khas agama ini. Ini kerana kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada mengada-adakan perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w. dalam soal ibadah atau menokok tambah agama sedangkan baginda bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan agama ini maka dia tertolak” Riwayat Muslim.
Namun majlis mengingatkan rakyat tentang tahun baru ini -pada pandangan saya- boleh diadakan atas adat negeri atau bangsa dengan tujuan mengingatkan rakyat tentang tarikh baru sesuatu tahun dengan itu lalu membolehkan mereka merancang aktiviti dan menimbulkan semangat kesepakatan serta kesungguhan.

Perhimpunan menggerakkan semangat pencapaian dan kerja adalah urusan kehidupan yang diboleh syarak selagi tiada dalil tentang keharamannya. Ia bukan ibadah khusus.
Di samping itu, seperti mana apabila kita melintasi sesuatu tempat atau negeri kita menyebut tentang sejarahnya, demikian apabila kita melintasi sesuatu tarikh kita menyebut tentang sejarahnya. Sebagai satu pengajaran dan proses pembelajaran. Ia dibolehkan.
Namun ibadah yang khusus sempena tarikh berkenaan tidak boleh dilakukan melainkan terdapat dalil yang sabit daripada baginda Nabi s.a.w.

Allah Lebih Mengetahui

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

27.12.09

Kenali Firqah Sesat : Syiah Rafidhah (Bahagian 2)

Sabda Baginda SAW ; "Ketahuilah ia (Dajjal) berada di laut Syam atau laut Yaman.. akan datang dari arah timur (lalu menunjukkan dengan tangan baginda).."[Riwayat Muslim]. 


Daripada Abi Bakr al-Siddiq r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan muncul ke bumi dari arah timur bernama KHURASAN." [Riwayat al-Tirmizi]. 


Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Baginda SAW, "Dajjal akan keluar dari kota Yahudi ISFAHAN (Khurasan, IRAN) bersama 70,000 penduduk ISFAHAN". [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]. 


Ibn Kathir berkata, Dajal pada mulanya akan muncul dari ISFAHAN dari sebuah kota Yahudi [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]. ISFAHAN adalah sebuah bandar terbesar YAHUDI di Iran dan pusat loji nuklear Iran pada masa kini. 


Pengalaman yang kualami bersama kelompok yang menggelarkan diri mereka 'Syiah' ini tidak kurang menariknya. Semasa menyertai satu demonstrasi membantah serangan Israel dan sekutunya terhadap Gaza di ibu negara tidak lama dahulu, aku 'dikejutkan' dengan kehadiran sekumpulan lelaki yang 'aneh'.


Perawakan mereka agak 'pelik' - mereka seolah-oleh cuba menonjol, berpakaian serba hitam, mempunyai lakaran wajah 'seseorang' di baju t mereka, selain memegang beberapa keping gambar yang kurasakan 'orang lebai' atau sekurang-kurangnya individu yang dihormati oleh mereka.


Barulah aku teringat tentang kuliah yang disampaikan oleh Maulana Asri,  seorang tokoh hadith daripada Kelantan berkaitan kelompok ini yang dipanggil ''Syiah Rafidah'' walau pun mereka lebih gemar dikenali sebagai ''Syiah Ja'fariyah'' atau ''Syiah Imamiyah Ithna Asy-'ariyah ini''.


Teringat pula video Youtube ritual di rumah ibadah mereka yang dipanggil Hauzah ar-Ridho, yang dikatakan terletak di Gombak selain pendekatan halus menyebarkan dakyah mereka melalui pentas ceramah politik dan televisyen.  



Ketika itu juga aku teringat tentang keberadaan beberapa individu yang agak berpengaruh  yang cuba menyebarkan dakyah Syiah di Malaysia. Individu tersebut ada dalam kalangan penulis novel, tokoh politik sebuah parti, penceramah-penceramah bebas dan penganalis politik. Kemudian terpacullah nama-nama seperti Ustaz Hassan Askari, seorang ahli Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) yang pernah berceramah di pentas PAS, selain Encik Zaini Zainul Abidin yang dikira sebagai penganalisis politik Timur Tengah yang pernah muncul dalam slot Berita Dunia yang pernah disiarkan di TV1;  selain beberapa individu yang tidak dapat saya sebutkan di sini atas sebab-sebab tertentu. Tokoh-tokoh masyarakat ini mungkin seseorang yang terkeliru tentang hakikat Syiah yang mendogmakan pencinta ahlil Bait (keluarga Rasulullah s.a.w.), namun ada juga yang sememangnya tegar dan sememangnya taat 100% pada prinsip aqidah Syiah.


Selain hadith yang aku mampu kemukakan di atas sebagai dalil 'keberadaan' mereka dalam kancah 'kekeliruan aqidah' yang amat berat ini, aku ingin mencadangkan beberapa laman web yang boleh dilayari oleh pengunjung blog ini:


5.


Diharap melalui laman web rujukan ini mampu memberi maklumat yang lebih utuh kepada pengunjung semua agar kita dapat mengenali tentang hakikat ajaran yang kian berkembang ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.
 

Sekitar Sambutan 10 Muharram masyarakat Syiah di seluruh dunia mengenangkan kematian Saidina Hussin dan rombongannya di Karbala, Iraq pada zaman Khalifah Yazid bin Muawiyah, pemegang takhta kedua Kerajaan Umaiyah.


Fatwa Kesesatan Syiah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam dalam keputusannya bertarikh 5 Mei 1996 telah mewartakan kesesatan Syi'ah dan mengharamkan pengamalannya di Malaysia. 

Antara negeri yang telah mewarta dan mengharamkan Syi'ah:

Selangor              : 19 Januari 1998
W. Persekutuan   : 3 April 1997
Terengganu          : 25 September 1997
P.Pinang              : 16 Januari 1997
N. Sembilan         : 12 Mac 1998

Kelantan               : September 1987 



Promosi Buku 


Mengapa Saya Keluar Dari Syiah? PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Pengendali Laman   
Saturday, 25 August 2007
Judul Asal : Lillahi Tsumma Li at-Tharikh (Untuk Allah Kemudian Untuk Sejarah)
Judul Buku : Mengapa Saya Keluar Dari Syiah?
Penulis : Sayid Husain al-Musawi
Penerbit : CV. Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur,August 2002
Pengedar : Pustaka Indonesia, Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

-------------------------------------------------------

Peristiwa di mana Ulama'-Ulama' besar Syi'ah keluar
dari aliran sesat ini memang sudah tidak asing lagi
malah ada di antara mereka yang disembelih dan
dicincang mayat mereka setelah mereka secara terbuka
bertaubat dari fahaman sesat lagi merbahaya ini.
Antara tokoh-tokoh Syi'ah yang bertaubat adalah
Ayatullah Uzhma Imam Sayid Abul Hassan al-Asfahani,
Sayid Ahmad al-Kasrawi, al-Allamah Sayid Musa al-Musawi,
Sayid Ahmad al-Katib, Abu al-Fadhl al-Burqui dan
lain-lain lagi.


Buku yang sedang diulas ini adalah
berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang
mujtahid dari alirang Syiah yang kemudiannya
mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat
dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau
mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari
kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Sayid Hussain al-Musawi dilahirkan di Karbala dan
mendapat pendidikan di kota ilmu (hauzah) di Najaf.
Beliau telah lulus dengan cemerlang di situ dan
dianugerahkan derajat Ijtihad oleh tokoh besar Ulama'
Syi'ah iaitu Sayid Muhammad Hussain Ali Kasyif
al-Ghita.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika
pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan
percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam
kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba
menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri
beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman
dan sedikit ilmu. Pernah beliau melontarkan keraguan
beliau kepada salah seorang tokoh di Hauzah dan tokoh
itu hanya menjawab "jauhkanlah keraguan itu dari
dirimu, kamu adalah pengikut Ahlul Bait AS, sedangkan ahlul
bait menerimanya (agama syiah) dari Muhammad SAW, dan
Muhammad SAW menerimanya dari Allah SWT." Beliau
merasa tenang sebentar namun perasaan berkecamuk
antara kebenaran dan kebathilan syiah sentiasa bermain
di jiwa beliau. Semakin mendalam pengajian beliau
semakin banyak permasalahan timbul dan semakin
bergelora perang batin dalam jiwa beliau. Setelah
tamat pengajian di Hauzah perang batin dalam jiwa
beliau berterusan.
Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau
mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang
komprehensif dan mengkaji ulang seluruh materi
pelajaran yang pernah beliau dapatkan. Beliau membaca
sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab
Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau
tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau
simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu
keputusan. Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi
dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang
bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah
seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa
masanya juga sudah tiba untuk beliau mengistihar
keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat
kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan
kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang
telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah
tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran
walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku
yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang
menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan
sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi
musuh-musih Islaam untuk melemahkan Islaam dari dalam
seperti musuh dalam selimut. Antara topik menarik yang
beliau kupaskan adalah seperti berikut :

a) Abdullah Ibnu Saba' satu individu fiktif/rekaan
yang dicipta oleh Ahlu Sunnah Wal Jamaah dalam rangka
untuk memburukkan Syi'ah. benarkah begitu? Apa kata
sumber Syi'ah sendiri mengenai Abdullah Ibnu Saba.

b) Kata-kata kecaman dari kalangan Ahlul Bait sendiri
terhadap Syi'ah. Beliau telah menurunkan kata-kata
kecaman dari Saidina Ali RA, Saidatina Fathimah RA,
Al-Hassan RA, al-Hussain RA dan Imam-Imam dari
kalangan Ahlul Bait terhadap Syi'ah. Benarkah Syi'ah
ini pembela Ahlul Bayt atau mereka sebenarnya
pemusnah/penghina Ahlul Bait? Kita lihat sendiri
Riwayat-riwayat syi'ah yang menghina Rasulullah SAW
dan Ahlul Baitnya. Apakah kaitan Syi'ah di Kufah
dengan tragedi pembunuhan Saidina Hussain RA?
Kesemuanya riwayat-riwayat tentang hal ini di ambil
dari sumber syi'ah sendiri!

c) Sayid Hussain al-Musawi juga membongkarkan
bagaimana Syi'ah menghalalkan perzinaan dengan
menggunakan Nikah Mut'ah, bagaimana perempuan
diperlakukan sebagai objek memuaskan hawa nafsu
atas nama Mut'ah. Sungguh menjijikan sekali.
Yang paling menggemparkan kisah Nikah Mut'ah
Ayatollah Khomeini al-Musawi dengan kanak-kanak
bawah umur dan apakah pandangan Ulama' syi'ah
akan hal ini? Bagaimana pula melakukan adengan
Homoseks dengan kanak-kanak lelaki yang masih belum
tumbuh janggutnya dan kumisnya. Beliau juga membawa
Riwayat dari Amirul Mukminin Saidina Ali RA yang
menyatakan bahawa Mut'ah telah diharamkan pada hari
Khaibar. Semua pendedahan ini diambil dari sumber
Syi'ah sendiri!

d) Bagaimana Harta Khumus (1/5 bahagian untuk Ahlul
Bayt) telah dipergunakan untuk kemewahan Ulama'-Ulama
Syi'ah.

e) Apakah pandangan mereka tentang al-Quraan? Adakah
al-Quraan yang ada pada kita hari ini lengkap?
Wujudkah al-Quraan yg lain selain dari apa yang kita baca hari
ini?

f) Apakah pandangan Syi'ah terhadap Ahlus Sunnah Wal
Jamaah. Siapakah yang berkata kalimah ini, "Mereka
(ASWJ) adalah orang-orang kafir yang najis berdasarkan
Ijma' ulama' Syi'ah Imamiyah. Mereka lebih jahat dari
Yahudi dan Nasrani."?

g) Pengaruh Yahudi, Majusi dan lain-lain dalam Syi'ah

h) al-Qaim (Imam Mahdi) menurut Riwayat Syi'ah yang
menyerupai watak Dajjal dan banyak lagi
perkara-perkara yang menggemparkan. Kesemuanya diambil
dari sumber rujukan Syi'ah sendiri.

Insya-Allah buku ini amat berguna sekali untuk mereka
yang telah terpengaruh dengan Mazhab Ahlul Bait /
Syi'ah di Malaysia ini dan juga untuk kita yang
mungkin akan didatangi oleh da'i-da'i Syi'ah. Syaikh
Mamduh Farhan al-Buhairi seoarang pakar tentang Aliran
syi'ah juga berkata sebagai kata Pengantar untuk buku
ini, "Ini (buku Lillahi Tsumma Li at-Tharikh) saya
kirimkan kepada orang-orang yang masih berbaik sangka kepada
Syi'ah dan yang menuntut agar menggauli mereka dengan
baik dan lemah lembut, akibat kebodohan mereka
terhadap al-Quraan dan sunnah Nabi SAW. Semoga mereka
diberi petunjuk oleh Allah dan mempelajari Islam lebih
dalam."



24.12.09

Kenali Firqah Sesat : Syiah Rafidhah (Bahagian 1)

Kebelakangan ini terdapat pelbagai firqah (golongan) yang dikategorikan sebagai melampau dari sudut iktiqad dan amalan ibadat.

Pada kali ini saya ingin membawa para pembaca mengenali satu firqah yang kian menyebarkan sayapnya di Malaysia kini iaitu Firqah Syiah Rafidhah atau Syiah Imamiyah Ithna Asy'ariyah atau Syiah Ja'fariyah ini. Saya tidak akan mengulas berkaitan Syiah yang agak 'sederhana' seperti Syiah Ismailiyah. Saya akan terus memfokuskan artikel ini kepada golongan Syiah yang pertama tadi iaitu Syiah Ja'fariyah atau Syiah Rafidhah.

Kesesatan mereka bukanlah dari sudut perbezaan fiqh dengan satu kelompok Islam yang terpelihara iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah, namun perbezaan itu adalah mendasar kerana kelompok ini sebenarnya menolak al-Qur'an dan Sunnah serta berpegang hanya kepada: (1) takwilan golongan 'ulamak' mereka yang sesat dan (2) fakta sejarah yang dicarik-carik dan dirobek-robek untuk membuktikan kebenaran firqah mereka.

Saya terpaksa menulis makalah ini adalah sekadar untuk memberi peringatan kepada masyarakat peri bahayanya agama yang dianut oleh Ayatullah Khomeini, Mahmood Ahmedinejad dan lain-lain ini yang kini cuba menyebarkan pengaruh mereka di Malaysia.

Pada keluaran kali ini, saya muatkan serba sedikit perbezaan mendasar antara Syiah Rafidhah dengan ASWJ untuk menentang dakyah Syiah yang mendogmakan diri mereka sebagai pejuang Ahlil Bait ini. Namun, sebagai menghormati keterbukaan masyarakat kita dalam meraikan golongan yang 'berunsur' Islam, saya akan mengulas isu ini dalam bentuk yang tidak keras dan boleh diterima khalayak ramai. Segala 'tuduhan' (jika boleh dianggap sebagai tuduhan) ini saya cungkilkan daripada beberapa buah kitab mereka yang 'muktabar' (pada pandangan Syiah Rafidhah)

Berikut ini adalah perbezaan yang sangat menonjol antara agama Islam dengan Syi’ah Rafidhah, yang dengannya mudah-mudahan kaum muslimin dapat mengetahui hakikat sebenarnya ajaran agama Syi’ah Rafidhah:



1. Pembawa Agama Islam adalah Muhammad Rasulullah.
1. Pembawa Agama Syi’ah adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba’ Al Himyari. [Majmu' Fatawa, 4/435]

2. Rukun Islam menurut agama Islam:
1. Dua Syahadat
2. Sholat
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji
[HR Muslim no. 1 dari Ibnu Umar]
2. Rukun Islam ala agama Syi’ah:
1. Sholat
2. Puasa
3. Zakat
4. Haji
5. Wilayah/Kekuasaan
[Lihat Al Kafi Fil Ushul 2/18]
 
3. Rukun Iman menurut agama Islam ada 6 perkara, yaitu:
1. Iman Kepada Allah
2. Iman Kepada Malaikat
3. Iman Kepada Kitab-Kitab
4. Iman Kepada Para Rasul
5. Iman Kepada hari qiamat
6. Iman Kepada Qadha Qadar.
3. Rukun Iman ala Agama Syi’ah ada 5 Perkara, yaitu:
1. Tauhid
2. Kenabian
3. Imamah
4. Keadilan
5. Qiamat

4. Kitab suci umat Islam Al Qur’an yang berjumlah 6666 ayat (menurut pendapat yang masyhur).
4. Kitab suci kaum Syi’ah Mushaf Fathimah yang berjumlah 17.000 ayat (lebih banyak tiga kali lipat dari Al Qur’an milik kaum Muslimin).[Lihat kitab mereka Ushulul Kafi karya Al Kulaini 2/634]

5. Adzan menurut Agama Islam:
(Allōhu akbar) 4 kali
(Asyhadu allā ilāha illallōh) 2 kali
(Asyhadu anna Muhammadan rōsulullōh) 2 kali
(Hayya ‘alash Sholāh) 2 kali
(Hayya ‘alal falāh) 2 kali
(Allōhu akbar) 2 kali
(Lā ilāha illallōh) 2 kali
5. Adzan Ala Agama Syi’ah:
(Allōhu akbar) 4 kali
(Asyhadu allā ilāha illallōh) 2 kali
(Asyhadu anna Muhammadan rōsulullōh) 2 kali
(Asyhadu anna ‘Aliyyan waliyullōh) 2 kali
(Hayya ‘alash Sholāh) 2 kali
(Hayya ‘alal falāh) 2 kali
(Hayya ‘alā khoiril ‘amal) 2 kali
(Allōhu akbar) 2 kali
(Lā ilāha illallōh) 2 kali

6. Islam meyakini bahwa sholat diwajibkan pada 5 waktu.
6. Agama Syi’ah meyakini bahwa sholat diwajibkan hanya pada 3 waktu saja.

7. Islam meyakini bahwa sholat jum’at hukumnya wajib. [QS Al Jumu'ah:9]
7. Agama Syi’ah meyakini bahwa sholat jum’at hukumnya tidak wajib. 

8. Islam menghormati seluruh sahabat Rasulullah dan meyakini mereka orang-orang terbaik yang digelari Radhiallohu ‘Anhum oleh Allah. [QS At Taubah:100]
8. Agama Syi’ah meyakini bahwa seluruh sahabat Rasulullah telah kafir (Murtad) kecuali Ahlul Bait (versi mereka), salman Al Farisi, Al Miqdad bin Al Aswad, Abu Dzar Al Ghifari. [Ar Raudhoh Minal Kafi Karya Al Kulaini 8/245-246]

9. Islam meyakini bahwa Abu Bakar adalah orang terbaik dari umat ini setelah Rasulullah, kemudian setelahnya Umar bin Al Khatthab, lalu Utsman bin ‘Affan, lalu ‘Ali bin Abi Thalib.
9. Agama Syi’ah meyakini bahwa orang terbaik setelah Rasulullah adalah Ali bin Abi Thalib, adapun Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab adalah dua berhala quraisy yang terlaknat. [Ajma'ul Fadha'ih karya Al Mulla Kazhim hal. 157].

10. Islam meyakini bahwa Abu bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggal Rasulullah.
10. Agama Syi’ah meyakini bahwa orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggal Rasulullah adalah Ali bin Abi Thalib.

11. Islam meyakini bahwa Abu Bakar adalah khalifah pertama yang sah.
11. Agama Syi’ah memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari ‘Ali bin Abi Thalib

12. Islam meyakini bahwa Mu’awiyah bin Abi Sufyan, ‘Amr bin Al ‘Ash, Abu Sufyan termasuk sahabat Rasulullah
12. Agama Syi’ah meyakini bahwa mereka pengkhianat dan telah kafir (Murtad) dari Islam.

Perhatian: Semua yang kami sampaikan ini bersumberkan dari kitab-kitab yang mereka jadikan rujukan dan sebagiannya dari situs resmi mereka.

22.12.09

Hubungan Yang Aneh

Aneh hubungan ini
Hubungan in sangat aneh
Pelik
Membingungkan
Membina seribu satu persoalan
Sangat memberi satu pertanyaan
Sangat sukar difahami dan dihadami
Ya!
Pelik dan tidak masuk akal
Tidak dapat dicerna oleh fikiran yang waras
Hatta agama pun kurasa tidak pernah meraikan

Seingatku keringatku ditumpahkan
Fikirnaku diletakkan di hadapan
Kemahuanku diletak di belakang
Kepentinganku bukanlah persoalan
Semuanya demi Islam kudahulukan
Perjuangan dinobatkan
Kegersangan hati diketepikan
Semata-mata ingin memikul beban kepimpinan ini

Aku tidak pernah mempertikaikan perjuanganku selama ini
Tanpa jemaah pun aku mampu berdiri berjuang
Satu perasaan yang pernah dan seang kurasakan kini
Berdakwah menggunakan sepenuhnya kudrat tanpa teman di sisi
Tiada dunia dengan pengampu di sisi
Sekadar menanti teman sejati yang mengerti
Perjuangan ini bukanlah untuk dinikmati
Akhirat adalah hakiki
Itulah matlamat nanti

Itu bukanlah persoalannya
Persoalannya adalah di mana teman setia
Di mana teman kepimpinan
Setelah segalanya yang kami lalui bersama
Di mana mereka di saat aku sangat memerlukan mereka
Memberi dorongan dalam mengatasi kelemahan jiwaku
Meruntun hati mengenangkan dugaan ini
Di manakah teman yang selama ini di sisi
Bermuka-muka?
Sudah mati?

Namun kulafazkan nukilan ini
Sekadar menyatakan perasaan hati
Teman sejati adalah teman yang memahami
Teman yang selalu di sisi
Bukanlah teman ketika mahu sahaja bekerja
Tersengih terkulat di sisi
Mengharapkan pertolonganku di sisi
Sedangkan ketikaku lemah
Mereka menjauh

Ini bukanlah teman sejati
Teringat kisah Nabi dan para sahabat
Jauh sekali dengan apa yang dihajati
Sangat jauh
Pelik tapi benar
Sekadar berkata
Ahli neraka juga tega berkata

Sekadar muhasabah diri
Sebuah jemaah Islam di mana setiap kebajikan ahli
Diperhati
Bukanlah dicemburui
Bukanlah dikhianati
Bukanlah tidak dirai
Bukanlah pula berdengki

Kuharus keluar daripada kekusutan ini
Mungkin jalan in yang perlu aku ambil....
Jalan yang pasti.

19.12.09

"Enta...kembalilah ke Pangkal Jalan..."

Aku seakan tidak mengerti dengan masyarakat kini. Agama difahami dan dihadami dengan bentuk yang jelik sekali. Mana-mana dalil al-Qur'an dan Sunnah yang tidak menepati jiwa ditolak ke tepi. Secara langsung atau tidak. Agama diletak di bawah 'adat dan kebiasaan'. Masyarakat kita terlampau kuat berpegang kepada adat-adat kebiasaan sehinggakan mana-mana pihak yang menentang amalan ini akan digelar 'Wahabbi'.

Kelakar!

Hari itu Malaysia digegarkan dengan kisah sejadah bersolat. Aku tertanya-tanya juga bagaimanakan 'caranya' sejadah bersolat itu. Fikiranku mungkinkan secara tiba-tiba sejadah itu mengangkat takbir , kemudian disusuli dengan rukun-rukun solat yang lain tanpa ada mana-mana pihak menggerakkannya (lebih kurang Asimo juga). Mungkinkah juga tiba-tiab sejadah itu mengeluarkan 'suara' takbir yang jelas disusuli kumat-kumit zikir Fatimah. Pelik! Gambar-gambar yang dirakamkan itu adalah statik; tiada mana-mana pihak menyatakan kejadian sepertimana terkaanku itu tadi. Pelikku bukan kerana sejadah solat, tetapi pelik kenapalah masyarakat kita mudah percaya dengan benda-benda 'pelik' seperti ini - khurafat namanya!

Tergelak Muniandy dan Ah Chong di kedai motor di Kota Bharu.

Kebiasaannya kerana menganggap sebarang kejadian 'pelik' itu sebahagian daripada kepercayaan agama. Kata-kata 'ustaz' dan 'ustazah' diambil kira untuk mengesahkan 'kehebatan' Allah s.w.t. itu. (peristiwa ini disahkan karut dan buatan budak-budak kemudiannya).

Nah, saudara renungilah ayat Allah dalam surah al-Jatsiyah, ayat 1 hingga 6:
  1. Haa Miim (Allah yang mengetahui maksudnya).
  2. Kitab Al-Qur'an ini diwahyukan oleh Allah Yang Maha Perkasa dan Bijaksana.
  3. Sesungguhnya pada semua petala langit dan bumi, terdapat dalil-dalil kekuasaan Allah oleh orang-orang yang beriman (Lihat pada keterangan ayat 5).
  4. Juga pada penciptaan dirimu dan penciptaan segala makhluk bergerak yang berkeliaran di permukaan bumi ini, terdapat pula dalil-dalil kekuasaan Allah untuk kaum yang meyakin(Lihat pada keterangan ayat 5).
  5. Lagi pula pada pertentangan malam dengan siang, pada hujan yang diturunkan Tuhan dari awan, lalu dihidupkan-Nya dengan hujan itu tanah yang sudah mati, dan pada perkisaran angin terdapat pula dalil-dalil kekuasaan Allah untuk kaum yang memikirkan. (Secara berurutan Tuhan menampilkan pada ayat 3,4 dan 5 tentang penciptaan langit dan bumi, penciptaan manusia dan semua makhluk yang bergerak, serta pergantian malam dan siang, hikmat turunnya hujan, perkisaran angin dan sebagainya. Jika manusia dapat memikirkan itu semuanya, tentu dia akan beriman kepada ke-Esa-an dan Kekuasaan Penciptanya, yaitu Allah. Dan manakala ia dapat meneliti atau membaca hasil penelitian tentang keadaan setiap benda sejak dari dirinya sendiri sampai kepada binatang yang bergerak di permukaan bumi ini apapun jenisnya, maka keimanannya tentu akan bertambah dengan keyakinan. Setiap kali ia meneliti sesuatu maka pengertian dan pemikirannya akan membawanya ke arah yang lebih maju lagi untuk memikirkan, meneliti penciptaan alam semesta. Bertambah luas pemikiran dan penelitiannya bertambah banyak manfaat yang diperolehnya dari alam itu, sesuai dengan kemampuan daya pikirnya. Kalau sudah sampai demikian, maka seluruh kenyataan itu seolah-olah berkata: Kami suruh kamu memikirkan dan meneliti hikmat-hikmat yang terkandung dalam penciptaan segalanya ini, tiada lain supaya kamu beriman kepada Penciptanya).
  6. Inilah dalil-dalil tentang kekuasaan Allah yang Kami bacakan kepadamu Muhammad, yang berisikan kebenaran itu. (Nah, dengan keterangan macam apa lagi, sesudah dalil-dalil tentang kekuasaan Allah yang dikemukakan kepada Rasul-Nya itu yang kiranya dapat mereka percayai?).
Kita tidak perlukan bomoh untuk menyatakan kehebatan Allah, kita tidak perlukan kata-kata seorang yang jahil tentang hakikat Islam untuk mengajar kita hakikat Islam. Islam bukanlah agama aneh yang memerlukan bantuan para 'penglipur lara' untuk mempromosikannya. Cukuplah sekadar kita merujuk al-Qur'an dan Sunnah dalam menerangkan hakikat Islam yang sebenar berpandukan ulama'-ulama' yang muktabar dan diiktiraf oleh ulama' di dunia.Seluruh maya ini merupakan lambang kekuasaan Allah s.w.t., bukanlah sekadar perkara yang dianggap 'pelik' dan 'aneh' oleh sesetengah goloingan masyarakat.


Kemudian, adat resam seperti bersanding dan menghias pengantin. Mungkin pengalaman menghadiri salah sebuah kenduri saudaraku tidak seberapa lama dahulu memberi serba sedikit terjahan di benakku bahawa masyarakat kita kian jauh daripada tuntunan Islam. Mungkin jahil, namun aku lebih cenderung menyatakan bahawa masyarakat kita amat pekat dengan adat resam, walau pun adat itu bertentangan dengan syara'.

Pasangan ustaz-ustazah itu telah mendirikan pelamin untuk dipertontonkan pengantin perempuan kepada khalayak umum. Selain itu mekap pengantin perempuan yang tebal membangkitkan satu istilah dalam fikiranku iaitu 'tabaruj'. Pelik! Walau pun peristiwa itu sudah agak lama berlaku, sehingga sekarang aku sukar untuk memahami segala perkara yang berlaku ini.

Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an –Nur ayat 31 yang bermaksud: 

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diektahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”

Menurut Ibnu Katsir, tabaruj berarti wanita yang keluar rumah dan berjalan/mempamerkan diri di hadapan laki-laki (tabaruj jahiliah). Menurut Bukhari, tabaruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain, dan menurut Muqatil tabaruj adalah wanita yang melepaskan jilbabnya, memperlihatkan kalung dan gelangnya. 

Aku berbaik sangka dengan mereka berdua dengan segala ilmu di dada. Mungkin kerana kehendak orang tua, maka majlis itu agak kurang dari sudut menepati kehendak Islam.Namun,suka kuingatkan bahawa tidak sepatutnya adat mempengaruhi hujjah Qur'an dan Sunnah. Bahkan, sepatutnya hujjah Qur'an dan Sunnahlah yang WAJIB mempengaruhi adat masyarakat. 

Sepertimana adat masyarakat Arab Jahiliah meraikan tetamu yang tidak bertentangan dengan nas, maka kita boleh dan Sunnah ikuti. Adat tilikan nasib menggunakan anak panah dan perkahwinan selepas penzinaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah yang bertentangan dengan Islam wajib kita tolak.

Bab persandingan dan hiasan pengantin masyarakat Melayu pun sepatutnya macam itu.

Teringat pula kisah seorang 'ustaz' menceritakan tentang fadilat-fadilat solat sunah Tarawih dan puasa Rejab. Aku dulu fahami dengan rasa 'takjub' atas 'kebesaran' fadilat yang ditawarkan. Tidak masuk akal! Kini kufahami hadith-hadith ini dikenali sebagai hadith maudhu' atau hadith palsu.
Sedangkan Nabi s.a.w. telah bersabda dalam satu hadith


“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir (lihat: Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)


Ada seorang teman yang menyatakan bahawa hadith dhaif boleh dipakai. Ya, hadith dhaif boleh dipakai, dibolehkan oleh sesetengah ulama' dalam situasi-situasi tertentu.

Sebagian ulama ada yang membolehkan menggunakan hadits dhaif untuk fadhailul a’mal (keutamaan amal). Tentang pemakaiannya untuk dijadikan dalil, terdapat perbezaan di antara Imam-imam Mujtahid, iaitu:


1. Dalam madzhab syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti dzikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.
2. Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.
3. Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.(Ustaz Azhar Idrus)



Aku menyatakan kalau hadith ini dhaif, kalau hadith ini hadith palsu? Dan sememangnya hadith ini hadith palsu. Menyebarkan hadith palsu tanpa mengemukakan hakikat kepalsuannya samalah ertinya berdusta atas nama Nabi Muhammad s.a.w.


Maka, aku  terus tersenyum. Hakikat umat Islam kini sangat pahit untuk kubicarakan sedangkan perjalanan hidupku masih jauh dalam berhadapan dengan masyarakat. Aku yang serba dhaif ini sekadar berbicara menyatakan bahawa perlunya satu pendekatan menyeluruh dari semua pihak terutamanya yang berpendidikan agama supaya kita dapat sama-sama mengembeling tenaga menyedarkan masyarakat peri pentingnya mengamalkan agama berpandukan tuntunan daripada Allah s.w.t. melalui Nabi Muhammad s.a.w



Secangkir Kasturi Buat Saudara III

Seakan hati kecilku menerka
Setiap persoalan yang mungkin tercatat dilipatan sanubari semua
Hilang
Kosong
Sayu diriku mengenangkan ummah
Kasihan
Jahil dalam pencarian
Lenyap dalam hakikat
Hilang dalam kegelapan
Kelam
Itulah perkara yang membayangi benakku

Teringat sang kecil tika kuusai solat di surau
Duduk melangu membataskan fikirannya
Mendatangkanku khabar kejahilannya
Bergerak tanpa tujuan
Hidup ibarat keparat
Tanpa matlamat

Aku tersenyum memberi salam
Menanyatakan khabar serta mengharapkan jawapan
Mudah sahaja jawapannya "Aku tidak solat lagi bang"
Tika itu aku tertanya-tanya di mana ayahnya
Ibunya
"Di rumah" katanya

Si anak kecil ini bebas berkeliaran
Sedangkan maghrib kian derita
Kemudian kulihat bukannya semata
Ramai di kelilingku anak-anak muda
Berpeleseran tanpa tujuan
Anak gadis tidak berpakaian
Kehebatan muslim sejati tinggal khayalan
Terpasak nota jahil di dahi

Nah, itulah hakikat Islam kini
Didokong oleh masyarakat yang jauh daripada Islam
Seakan mereka berada di lembah yang lain
Sedangkan Islam berada di lembah yang berlainan
Ya Allah
Beratnya bebanan meluruskan umat

Tidak kuberkata
Namun luahan hatiku berbicara
Adakah nilai thiqah terhadap Islam dalam masyarakat kini
Adakah nilainya sekadar belah mulut dan talkin semata?
Baca doa makan bagi majlis yang wanita diperdagangkan
Ya Allah
Ampunkanlah kami

Saat itu kumemandang dalam riak matanya
Berkerlipan tanpa pesona
Hatiku membuat penilaian

Memerhatikan seluruh butir bicaranya
Kosong
Buta mata hatinya
Sedangkan si tuanya dengan ibadahnya
Khusyuk dalam kemurkaan Tuhan
Tak peduli
Kenapa?

Kemudian aku meminta diri
Tersenyum meninggalkan si kecil anak Pak Imam 
Sengsara mengingatkan nasib umat
Setahu aku tempat ini ramai ulama'
Ramai khalifah
Kenapa dibiarkan azab kejahilan itu bertapak
Khurafat bertapak
Sejadah solat diangkat
Sirah batil Ibn Ishak dicetak
Berkhutbah menerangkan fadilat Rejab
Nama Nabi disiat-siat
Ummah lemah
Islam digenggam oleh orang berkepentingan
Islam seumpama barang dagangan
Islam dicanangkan kehebatannya oleh Sang Penglipur Lara
Menceritakan Sirah dengan hawa nafsunya
Al-Qur'an sekadar bacaan Qariah
Riwayat Bukhari diletak di penjuru tepi
Kenapa?
Kembalilah kepada al-Qur'an dan Sunnah

Semangatku kembali bertapak
Kugenggam tanganku berbulat tekad
Demi Islam tercinta seluruh anggotaku bertekad
Aku sebahagian anggota tentera menekan firqah sesat
Rafidhah (Syiah)
Murjiah
Khawarij
Qadariyah
Jabariyah
Muktazilah
dan sebagainya yang merosakkan roh Islam dalam umat

Ya Allah
Si kecil ini bersuara
"kembalilah kepada al-Qur'an dan Sunnah"
Senang bicara

16.12.09

Sekitar Program Dakwah Lapangan "Sayengi Sek-sek Kito"


KOTA BHARU 15 Dis - Sekumpulan anak muda seramai 13 orang lelaki dan 6 orang perempuan pelajar yang terdiri daripada para pelajar IPT tempatan dan sekolah menengah telah terlibat sebagai peserta program dakwah lapangan ini.

Program yang diadakan di Kompleks Membeli -Belah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan dimulakan dengan sesi taklimat kepaa para peserta pada pukul 10.00 pagi.

"Matlamat program ini adalah untuk menggerakkan anak muda yang mendapat tarbiyah di kampus masing - masing supaya berperanan dalam masyarakat setempat. Agak mengejutkan apabila mereka kurang berperanan dalam pembentukan biah solehah di Kelantan berbanding di kampus masing-masing. Matlamat gerakan dakwah tidaklah mahu melahirkan golongan retorik, yang hanya tahu bercakap tentang Islam di kampus,  tetapi penghayatan dari sudut kasih sayang terhadap ummah ini tidak menjadi perhatian utama. Kita berhasrat ingin melahirkan golongan yang ikhlas berdakwah kerana Allah, bukannya berdakwah untuk mendapat laba (habuan) dari sudut nama dan penghormatan manusia," ujar Mujahid Page selaku pengarah bersama program terbabit semasa sesi taklimat ringkas yang diadakan.

"Program ini merupakan inisiatif yang sangat baik terutamanya dalam menyediakan platform yang berguna kepada anak-anak muda yang mempunyai sikap cakna (ambil peduli) terhadap kebejatan sosial yang berlaku dalam masyarakat, tahniah kepada semua yang terlibat.," ujar Saifuddin Abdullah, Ahli Jawatankuasa Program merangkap pengerusi bersama program.


"Program ini diharap dapat diteruskan lagi pada waktu yang akan datang kerana memberi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan baru tentang dakwah kepada para peserta terhadap masyarakat sebenar terutamanya di tempat-tempat awam seperti di pasaraya ini. Saya seronok menyertainya," ujar Anuar, seorang peserta yang merupakan mahasiswa tahun pertama UniMas.  

"Program seumpama ini amatlah bermanfaat kepada seluruh para penggerak dakwah di IPT. Kami dapat mempraktikkan segala ilmu yang kami ada dalam menyebarkan Islam dalam masyarakat kita secara berhadapan. Pelbagai ragam dalam masyarakat dapat kita lihat. Program ini sangat memberi bantuan berupa pengalaman kepada kami dalam berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam ini," ujar Fifi, seorang mahasiswi di sebuah IPT tempatan.
 

Program yang diharap menjadi perintis kepada modul dakwah lapangan kepda mana-mana pihak yang berminat untuk memperkembangkannya di tempat masing-masing ini berakhir pada pukul 1.00 petang dengan sesi refleksi dan sola Zohor.

 Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program:


13.12.09

Peranan Pimpinan Islam dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun


"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." 

Agak sudah lama saya ingin menukilkan tentang permasalahan yang timbul dalam masyarakat massa. Gejala 'keruntuhan ummah' berlaku di mana-mana. Biarpun pelbagai nama diberi seperti 'gejala sosial', 'gejala keruntuhan moral', 'sesat' dan 'tidak menepati tuntutan Islam', namun puncanya hanya satu iaitu keruntuhan aqidah dalam kalangan ummah. Siapakah yang berperanan mengunbati keruntuhan ini?

Teringat kisah seorang teman yang sudah 4 kali terlanjur dengan teman wanitanya. Teringat pula tentang teman muslimah yang agak 'liar'. Apabila ditanyakan persoalan peribadi, dia pernah mengaku sepupunya pernah memeluknya ketika dia tidur.  Dia tidak melawan, bahkan terus membiarkan sepupunya melakukan perkara itu terhadapnya semalaman. Itulah dipanggil mukadimah zina. Semasa itu kami sama-sama berumur 20 tahun. Teringat pula kata-kata seorang anak usrahku yang menyatakan bahawa kawan wanita di IPG dia pernah beberapa kali mengajaknya untuk melakukan zina bersamanya! Itu tidak termasuk kebocoran gambar-gambar mengghairahkan sepasang pelatih guru sebuah IPG yang diambil semasa mereka sama-sama menghabiskan masa cuti hujung minggu mereka di Pulau Langkawi! Oh, rosak masyarakatku!

Teringat pula akan aksi beberapa orang kanak-kanak tahun 5  lelaki di sebuah sekolah rendah kampung di Mulong menunjukkan aksi hubungan seks lelaki perempuan di hadapanku semasa aku menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah tersebut, siap ada 'sound' lagi! Ini tidak termasuk data terbaru kes ROGOL dan ANAK LUAR NIKAH yang didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sudah menjangkau ribu-ribu angkanya.

Dalam TV pula banyak memaparkan tayangan filem tahyul selain pendoktrinan sekular melalui iklan-iklan yang menggunakan pelakon-pelakon wanita yang tidak menutup aurat. Bahkan sesetengah iklan seakan mempromosi batang tubuh wanita itu untuk diperdagangkan! Tidak termasuk kelembapan institusi agama yang dilihat sebagai golongan yang banyak berehat dan sekadar makan gaji. Pihak jabatan agama Islam negeri, JAKIM, YADIM, para mufti, mana peranan antum semua dalam memastikan pemimpin Malaysia kini benar-benar menjalankan tugas kepimpinan dengan adil?

Itu tidak termasuk institusi masjid dan surau di Malaysia yang kurang menarik dan sekadar 'tenang' menjadi komuniti 'Kelab Orang Pencen'.

Tak termasuk sistem pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kerajaan yang cuma sekadar mengajar seseorang itu sekadar menguasai fekah Mazhab Syafei, penekanan terhadap pelajaran fiqh sedangkan perkara-perkara berkaitan aqidah tidak pula ditekankan.

Serang Islam Liberal yang dipelopori oleh pihak yang berpenagaruh di Malaysia seperti Marina Mahathir, Nori Abdullah dan Zainah Anwar (sebagai penggerak Islam Libaeral), ditambah oleh kedajalan ulama' suu' dalam masyarakat seperti Astora Jabat dan beberapa lagi 'ulama' agama Melayu' yang tidak ingin kuberitahu, merupakan cerminan negara kita sebenarnya rosak!!! Hedonisme (pemujaan terhadap hiburan) berleluasa, serangan pemikiran oleh pihak Yahudi dan Kristian menjadi satu baja utama untuk menyuburkan anak bangsa. Rakyat banyak dicandu dengan isu perkauman, sedangkan kadang-kadang tiada beza antara orang Melayu dengan Cina; dari segi aurat, budaya berhibur, akhlak, penampilan. Isu perkauman usahlah dibangkitkan kerana pada pengamatan saya, biasanya mereka yang membangkitkan isu perkaumana ini merupakan seorang yang meraikan perresapan unsur Yahudi dan Kristian dalam masyarakat, namun menentang masyarakat 'ytang berbeza' atas nama warna kulit.

Itulah masyarakat kita.

Ramai 'cendekiawan' yang menyatakan bahawa punca keruntuhan ummah ini ialah akibat kurangnya didikan agama dalam masyarakat. Sesetengah pula mengemukakan pandangan bahawa puncanya ialah pengaruh rakan sebaya. Maka, ada pula yang 'agak cerdik' menyatakan bahawa puncanya ialah kepimpinan!

Maka, semua pihak saling tunding menunding jari menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan bahawa tiadalah gunanya pertengkaran itu selain menambahkan jurang perbezaan gerak kerja dan masa yang akan diambil untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul itu.

Terdapat beberapa perkara yang patut semua pihak renungi dan perhalusi dalam memastikan masyarakat kembali menghayati tuntunan agama ini iaitu:
  1. Pihak yang berkuasa (ulul amri) perlulah memainkan peranan yang progresif dalam memastikan kebajikan rakyat dari segi kefahaman tentang Islam itu berjaya diterapkan dalam masyarakat. Mereka perlulah bertindak dalam memastikan unsur-unsur aqidah tidak dicabuli serta diperkotak-katikkan oleh 'musuh-musuh Islam'.
  2. Alim 'ulama' memainkan tugasan yang besar sebagai penasihat kepada pihak yang berkuasa tadi. Barisan 'ulama' yang menganggotai 'sidang penasihat' ini mestilah seorang yang benar dalam perkataan, luas pandangan agama serta memahami peri penting peranan mereka dalam menjalankan amanah mereka.
  3. Pihak ibu bapa juga perlulah memberi didikan kepada anak-anak dari sudut pengamalan agama (disiplin,penegasan hukuman, kejelasan tindakan), penghayatan agama (ilmu dan amal berdasarkan tuntunan al-Qur'an dan Sunnah) serta pendidikan menggunakan Islam sahaja tanpa menyerap mana-man unsur pihak kuffar dan munafikin (ideologi, penghayatan fikrah dan sebagainya)
  4. Individu terbabit juga memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan bahawa mereka juga menjadi golongan yang 'berkehendak' terhadap sebarang usaha penambah baikan dalam beragama ini.

    Peranan yang sebenarnya adalah terpikul di bahu para pimpinan negara ini samada mereka ingin membawa negara ini menghayati Islam secara keseluruhan, menjadikan al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan dalam urusan seharian atau pun sekadar menjadikan al-Qur'an ini dibaca pada acara pembukaan sesuatu majlis yang bersifat 'keagamaan' tanpa memandang betapa tingginya kewajipan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini.

    Pengetahuan tentang peranan tersendiri ini penting bagi memastikan krisis yang membarah ini tidak akan terus menerus menjadi satu titik bingik dalam pembentukan masyarakat bertamadun berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah di negara yang bernama Malaysia ini.