27.2.11

Kehidupanku di Kuale...

Praktikum 3 

Alhamdulillah.

Hari ini (27/02/2011) kiranya dekat sebulan aku berpraktikum di Kuala Kangsar, Sekolah Kebangsaan Bendang Kering. Praktikum ke 3 ini akan mengambil masa 12 minggu untuk diselesaikan.



Sekolah yang terletak di Sayong ini merupakan sekolah katogeri luar bandar dengan jumlah murid 178 orang. Murid-muridnya terdiri daripada Melayu kecuali 25 orang Asli suku kaum Temiar.

Setiap tahun hanya ada sebuah kelas dengan jumlah murid bagi setiap kelas lebih kurang 24 - 28 orang.

Aku ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris bagi Tahun 2 dan Matematik bagi Tahun 4.

Guru Besar di sekolah ini sangat komited dengan tugasan. Guru Besar Cemerang yang pernah membawa sekolah lamanya di Chemor mendapat pengiktirafan ISO merupakan seorang yang tegas dengan pendirian dan agak sosial orangnya. Seorang yang akrab dengan jemaah Masjid Bendang Kering, Masjid Sayong dan Masjid Ridzwaniyah merupakan seorang yang pandai masak dan mempunyai pemikiran dan cita-cita yang kadang-kadang sukar difahami oleh guru-guru di sini. Namun aku menghormati beiau sebagai satu juzuk watak dalam pembentukan diriku sebagai seorang guru.


3.2.11

Antara Tuan Guru dan Maha Guru

Celoteh si kerdil menyatakan
Manakah lebih berharga
Antara Tuan Guru dan Maha Guru
Aku berkata
"Apakah bezanya?"
Jawabnya
"Banyak bezanya"
Aku menung
Mengenangkan maksud beliau itu

Tuan Guru
Seorang pemerintah adil
Mentadbir sebuah negeri kecil
Di Timur sana itu
Menjadi khalifah yang menerapkan kefahaman Islam
Dalam pemerintahan dan jiwa nurani rakyat
Beliau dikagumi kerana kefahaman agamanya
Bukan penguasaan bahasa Inggerisnya
Bukan janji-janjinya
Bukan penampilannya
Dia adalah insan mulia
Menterjemahkan al-Qur'an dan Sunnah dalam hidupnya
Mengamalkan seluruh prinsip Nabi dalam pemerintahannya
Bijak mentadbir menggunakan pendekatan Sunnah
Dia jujur dengan Tuhannya

Maha Guru
Dia seorang berfikiran jauh
Meranduk serta mencambuk
Menggunakan kudrat untuk berkuasa
Menguasai wilayah dengan kata-kata
Dipuji kerana ketangkasan akal
Namun
Agak suka menekan
Memaksa rakyat menanggung kesan
Fikirannya agak kelam tentang agama pilihan
Baginya kaumnya adalah bangsa pilihan
Diangkat Tuhan diantara semua kaum di dunia
Tidak faham

Antara keduanya manakah pilihanmu
Tanyalah dirimu sendiri

(Ditujukan khas buat Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Kisah di Mesir bukan Sejarah

Kisah di Mesir bukanlah sejarah
Sekadar mengulangi kisah-kisah silam
Pemerintah digulingkan

Rakyat menggulingkan
Sekadar cetusan hati rakyat yang ingin melihat
Agama didaulatkan pemerintahan diislahkan


Terusan Suez ini menjadi saksi
Kezaliman tidak terperi
Pemerintah yang boyot dengan harta makar
Melalui hari-hari dengan senyuman
Tika sana kanak-kanak kelaparan
Kota Kaherah menjadi saksi penderitaan mereka

Hancur sudah pemerintahan baath
Nasionalis Arab bertunjangkan kemegahan Firaun
Sekadar peringatan buat semua pemerintah
Tolak Islam semuanya melarat


Beberapa ketika dahulu
Anwar Sadat pernah mewarnai dunia ini
Dibunuh digantikan dengan si petualang yang satu ini
Memerintah negeri ini dengan penuh kenistaan
Membolot kekayaan dan pengaruh setempat
Ingin melihat negeri ini tidak tergugat

Al-Azhar ini menjadi saksi
Sheikh mereka disekat dan dikekang
Ilmu mereka hanyalah kepada hukum ahkam akhirat
Tiada berani disentuh hal ehwal setempat
Punca al-Qaradhawi disambut hangat di Qatar
Mempertahankan ketinggian ilmu daripada disebat
Si bathil bernama Hosni Mubarak

Kisah di Mesir bukanlah sejarah
Sekadar mengulangi kisah-kisah dalam kitab
Menceritakan semula perjuangan ikhwah akhawat
Ikhwanul Muslimun nama keramat
Membawa panji Islam menenggelamkan baath
Menjadi penangan buat di pengkhianat agama
Menekan Hamas dan Gaza melalui sekatan
Gaza
Mesir akan mendakapimu



Kemenangan Islam kian hampir
Tidak atau suka kena terima hakikat
Dunia ini adalah perjuangan
Dunia ini adalah sementara
Islam adalah matlamat
Islam adalah hakikat
Islam adalah agama benar
Bukannya baath

Berkuburlah nasionalis Mesir
Kamu akan melihat berbangkitnya al-Banna kedua
Bangkitnya Syed Qutb ketiga
Enkau akan lihat bukan satu, dua atau tiga
Bahkan seluruh masyarakat adalah orang yang tegar
Bangkit menyatakan pendirian
Bangkit menyatakan kebenaran
Bangkitlah Islam bersama-sama roh para syuhada
Doa seluruh muslimin mengiringimu
Mesir bumi al-Azhar dan anbia

Marhaban ya Islam
Marhaban ya Ikhwan
Marhaban ya syababul Islam
Marhaban ya pendamba Ma'thurat
Marhaban ya Misr
Islam kian bangkit
Menerjah ke pelosok hati ke bumi
InsyaAllah
Salam ke atasmu
Para syuhada

Aku akan mengiringimu kemudian...