28.10.10

Dakwah kepada Bukan Muslim

Pengenalan 


Firman Allah yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125).


Sheikh al-Sabuni ketika menafsirkan ayat itu, menjelaskan pengertian berdakwah dengan hikmah bermaksud menyeru dan mengajak manusia kepada agama Allah dan syariat-Nya yang suci secara bijaksana, berlemah-lembut dan beradab, sehingga dapat memberi kesan seterusnya diterima dengan sukarela.

Ulama dakwah mengklasifikasikan hikmah kepada beberapa jenis, iaitu hikmah mengenal status manusia, memilih masa sesuai, mencari titik pertemuan sebagai tempat bermula untuk maju secara sistematik.



Melayu atau Islam?


Melayu itu Islam. Seperti mana termaktub dalam perlembagaan. Merujuk kepada akta 160 perlembagaan Malaysia, takrif Melayu ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. 


Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-galanya termasuk maruah dan keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri. Itulah Melayu berdasarkan perlembagaan negara.


Namun, ISLAM TIDAK SEMESTINYA MELAYU. Diulangi, Islam tidak semestinya Melayu. 


Kadang2 sentimen "Melayu itu Islam" sangat mengganggu gugat gerakan dakwah kepada bukan Melayu kepada Islam. Imej Melayu yang tercalar dari sudut gejala sosial, perpecahan politik, akhlak buruk, rasuah, dan sebagainya ini seolah-olah menjadi dinding penghalang antara orang bukan Islam dengan Islam disebabkan Islam itu 'sinonim' dengan Melayu walau pun Melayu itu ramai tak solat.


Pengalaman Peribadi


Teringat masa 'muda' semasaku belajar di SIC (Sultan Ismail College), Kota Bharu, Kelantan dahulu. Aku agak rapat dengan seorang rakan sekelasku, seorang Hindu. Dia seorang pelajar yang pandai, banyak membaca dan banyak mengkaji. Suka mengemukakan persoalan dan mengutarakan pandangan merupakan antara hobi masa lapangnya. Selalu menjadi mangsanya adalah aku. Banyak persoalan agama dikemukakan. Aku hanya menjawab perkara yang aku tahu, banyak juga yang aku tak tahu jawapannya ketika itu. Aku tersenyum mengenangkan teletahnya. Semoga dia diberi hidayah oleh Allah untuk menerima Islam.


Teringat juga kepada teletah Ng, Teng, dan Rama di sekolah yang sama yang mesra berjabat tangan , dan kadang-kadang memberikan salam kepadaku apabila kami bertemu di tempat-tempat terbuka. Suasana mahabbah (kasih-sayang) terasa walau pun berbeza kaum dan agama.


Teringatku akan satu ayat dalam surah al-Hujurat, ayat 13 : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”


Teringat pula pengalamanku semasa belajar di MRSM Beseri, Perlis semasa berada di Tingkatan 4. Rakan sekelasku, Vallerie namanya, seorang yang suka mengkaji dan mendalami agama-agama di dunia. Ironisnya, aku banyak bersembang dia berkaitan kepercayaannya kerana dia, walau pun seorang penganut Kristian yang taat, namun tidak mengetahui mazhab-mazhab lain selain Katholik, Methodist, dan Angelican. Bahkan, dia sendiri tidak memahami hakikat agamanya sehinggakan aku terpaksa memberikan naskah bibble King James-ku kepadanya.


"Awak belajar dahulu agama awak, barulah kita akan berbincang lagi tentang agama Islam. InsyaAllah,"


Coretku pada sehelai kertas sebelum majlis perpisahan terakhir kami. Aku telah membungkus bibble itu dengan sehelai kertas surat khabar, dimasukkan di dalam plastik dan ditulis nota tersebut. Aku tidak mengetahui adakah bibble pemberianku itu 'selamat' sampai kepadanya.


Itulah sedikit pengalamanku semasa di bangku sekolah menengah dahulu. Kini, setelah berada di IPG ini, aku cuba mengaplikasikan serba sedikit pengalaman yang ada untuk cuba mengajak bukan Islam mendekati Islam. Namun, pada waktu yang sama aku sama sekali tidak akan melupakan tanggung jawabku untuk menyeru orang Islam sendiri ke dalam Islam. Pelik bukan? Mengajak orang Islam ke dalam Islam. InsyaAllah. Akan aku ulas dalam penulisan yang akan datang.





27.10.10

Dakwah kepada bekas ahli Black Metal

 Hari ini 28/10/2010 (Khamis), merupakan satu tarikh yang biasa-biasa sahaja buatku. Kuliah pada awal paginya, balik kailulah (tidur tengahari) di rumah Tambun, kembali ke IPG untuk tugasan sebagai seorang aktivis mahasiswa, bersosial pada waktu petang ,kembali ke rumah untuk bersiap-siap, kemudian datang semula ke IPG untuk melibatkan diri dalam program di Pusat Islam. Rutin ini berulang-ulang, hampir setiap hari.

Namun, sekarang aku cuba mengambil sedikit masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester semakin dekat. InsyaAllah, moga dapat yang terbaik dalam hidupku.


Pada malam itu, aku meluangkan sedikit masa di pondok pengawal IPG. Sekadar bertanya khabar dengan beberapa pengawal keselamatan yang ada pada malam itu. Hubungan antara kami agak rapat, boleh bersembang, berkongsi masalah dan bertukar-tukar idea tentang sesuatu perkara terutamanya seorang pak gad yang aku panggil Abang Ji.

Dia banyak 'mengajarku' kehidupan masyarakat marhaen ; sikap anak muda sekarang terhadap isu agama, kejahilan yang menjadi barah dalam masyarakat muslim serta pendekatan berhikmah yang perlu diguna pakai oleh para aktivis dakwah dalam mengajar orang sepertinya ke dalam Islam secara keseluruhannya.

Persinggahan aku di pondok itu pada kali ini 'agak berbeza'.  Berbeza dari sudut topik perbincangan kami.

Tajuk perbincangan kami pada malam yang pada mulanya menyentuh isu-isu sosial dalam kalangan pelatih muslim yang semakin parah dan teruk berlanjutan sehingga menyentuh isu muzik keras : Black Metal, Heavy Metal dan agama.

Aku tersenyum apabila melihat reaksi wajahnya yang agak terkejut apabila mengetahui bahawa aku mengetahui beberapa nama gah dalam arena muzik metal underground. Sil Khannaz, Black Sabbath dan Langsuyr. Bahkan aku mengetahui serba sedikit istilah-istilahdalam muzik underground : zine, gig,
underground, mainstream. ritual biasa dalam sesebuah koalisi Black Metal itu.

Semuanya hasil pembacaanku dalam internet, majalah underground ROTTW (Rottwailer) , Mastika dan GALAXIE. Kajianku tentang aliran muzik ini akhirnya berbaloi untukku mengajak seorang lagi bekas pemuzik ini mengenal Allah.

Kami berbincang panjang lebar berkaitan muzik ini dan perkembangannya, namun yang lebih berharga apabila dia mengakui bahawa gologan sepertinya itu perlukan dorongan dalam melakukan perubahan.

"Ilmu yang Zhafran ada ni bagus. Bagus kerana niat nak mengubah orang yang terlibat dalam muzik black metal ni ada. Bukan apa Zhaf, ramai anak muda sekrang ini terikut-ikut dengan muzik ni: menelan bulat-bulat muzik ni samapai menghina agama. Mereka dah terpesong," Dia memberikan serba sedikit komentar.

"Abang Ji seronok kawan dengan Zhaf ni, tahu tentang benda ni. Bolehlah lain kali kita sembang. Kita satu kepala. Tetapi, insyaAllah Abang  syukur dapat kenal Zhafran ni. Abang harap kita ni rapat dan boleh tegur antara satu sama lain. Abang harap Zhafran boleh bimbing Abang Ji dalam agama ni,"

Ayat ni membuktikan peri pentingnya kita para aktivis dakwah ini agar sama2 bersifat membumi dalam menyebarkan risalah Islam (dengan bijak sana).



"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125) 


Alhamdulillah.

Membawa orang jahil ke dalam agama lebih mudah berbanding membawa alim ulama menghayati agama. Itulah antara pemahamanku dalam bidang dakwah ini.

Pidato Mahasiswa IV

Dua dunia bercambah tega
Membunutkan berjuta keterampilan
Agar susah mudah dikenang
Si anak muda dongak mencapah

Seluruh hidupku di tangan Tuhan
Membara jiwaku dengan tekad dan harapan
Menyatu tenaga dengan fikiran
Akulah penguasa jiwa yang dahaga
Jadi raja bagi insan yang tenat

Namun
Kini kurasakan diriku selama ini hanya mimpi
Mencurahkan keringat pada sesuatu yang ku dah tak peduli
Mencari diriku semula
Penat dalam pelayaran
Tenat dalam kepahitan
Kemilau dunia bukanlah apa-apa bagi dirku lagi
Ku ingin sendiri
Ku ingin menyendiri
Melarikan diriku daripada insan yang hipokrit
Mencari diri
Mencari erti dalam hidup ini
Di bawah naungan Ilahi…. sendiri

Ku Tatap Wajah Nenda

Nendaku di sana tersenyum menyapa
Menyatakan rindu buat anak keturunan yang setia

Dalam samar keheningan maya persada
Dalam titis keringat pagi yang mendamaikan
Dalam bauan tumbuhan yang menghijau
Dalam suara mengaji yang sayup kedengaran

Nendaku tegar di sana
Seakan menarik fikiran ke memori yang silam
Indah tak terkata
Masa muda yang telah lama berlalu itu
Seakan bermain-main di panggung fikirannya itu
Tersenyum dia di situ
Menghitung hari dalam untaian tasbih
Menanti denyut nadi terhenti
Di balik keikhlasan yang abadi

Dia Hipokrit

Dia hipokrit
Dia membawa berita palsu
Dia membawa risalah bathil itu
Dia berjaya menelanjangkan maruahnya
Kerana dia hipokrit

Orang Siyasah, Orang Tarbiyah


Ada orang kata engkau orang siyasah
Engkau juga kata engkau orang siyasah
Hidup siyasah
Makan siyasah
Minum siyasah
Kerja siyasah
Kencing berak pun siyasah


Ada pula orang kata dia itu orang tarbiyah
Dia tidak pula berkata begitu
Ada orang yang berkata
Hidup tarbiyah
Makan tarbiyah
Minum tarbiyah
Kerja tarbiyah
Buang air pun tarbiyah!



Rasulullah orang tarbiyah dan siyasah
Tak mengasingkan kedua-duanya
Tidak juga mengenepikan kedua-duanya
Baginda contoh terbaik buat manusia sejagat

Tetapi
Aku juga macam mana?
Bagaimana pula dengan diriku?

15.10.10

Huraian Bajet 2011


Projek Pembangunan Infrastruktur
  1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
  2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
  3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  4. RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
  5. RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
  6. Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
  7. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
Projek Bantuan Rakyat
  1. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  2. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
  3. Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
  4. Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
  5. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
Cukai Perdagangan & Perkhidmatan
  1. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
  2. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  3. Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
  4. Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
  5. Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
Multimedia & Komunikasi
  1. RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
  2. Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
Pelaburan
  1. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
Projek Pembangunan R&D
  1. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  2. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
Projek Pendidikan
  1. Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
  2. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
  3. RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
  4. Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
  5. RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
  6. RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  7. Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
  8. Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
  9. Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
  10. Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
  11. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
  12. Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
Penubuhan Koalisi Kerajaan
  1. Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
Am
  1. RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
  2. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
  3. Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
  4. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
  5. Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  6. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  7. RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  8. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
  9. Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
Isu Kepenggunaan
  1. Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
  2. Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
  3. Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
Pelancaran Dana
  1. Melancarkan Dana Pencen Swasta.
Amanah Saham
  1. Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
Tol
  1. Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
Kebankrapan
  1. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
Kewarganegaraan
  1. Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
Kemudahan Kesihatan
  1. Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
Pembangunan Orang Asli & Pribumi
  1. Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
  2. Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Intipati Bajet 2011

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini:
  1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
  2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
  3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  4. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  5. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  6. RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
  7. RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
  8. Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
  9. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
  10. RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
  11. engecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  12. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  13. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  14. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  15. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  16. Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
  17. Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
  18. Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
  19. Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
  20. Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
  21. RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
  22. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2 bagi perbelanjaan pembangunan.
  23. Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
  24. Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untuk perbelanjaan lain.
  25. Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  26. Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  27. RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  28. Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
  29. Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratus daripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
  30. Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
  31. RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
  32. Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
  33. RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
  34. RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
  35. Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
  36. Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
  37. Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, mempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
  38. Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
  39. Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
  40. Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
  41. Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
  42. Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
  43. Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
  44. Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
  45. Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
  46. Melancarkan Dana Pencen Swasta.
  47. Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
  48. Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
  49. Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
  50. Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
  51. Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
  52. Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
  53. Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
  54. Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
  55. Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli. - BERNAMA

11.10.10

Pidato Mahasiswa III






Arena ini menjadi saksi
Berdirinya sebuah legasi mahasiswa terpuji
Tidak dikongkong dengan mimpi-mimpi
Mendabik dada menegakkan sebuah panji suci

Berdirinya dia di hadapan
Membawa impian dan harapan
Sebuah sketsa masyarakat yang terbilang
Itulah pemuda harapan terbilang
Membawa watan ke medan harapan

Sama sekali dia tidak akan ampuh
Jauh sekali runtuh
Tegar mempertahankan prinsip-prinsip jagat
Membela masyarakat berdaulat
Memerah keringat
Perit kelat terpahat di liang lahad
Menjulang tinggi keadilan sejagat
Membawanya jauh ke medan akhirat

Berdirinya dia di pentas ini pada tika ini
Dengan bulat tekad
Gempur semangat
Mencetuskan era baru marhain melarat

Dia tega
Dia tekad
Tidak mudah diperdagangkan perjuangannya itu
Tidak dilacur dengan pangkat si penjahat
Tidak mudah lupa khianat si keparat
Tidak mudah tenggelam di balik khalayan yang sesat

Engkaulah mahasiswa pemberani
Menggempur gagah si tirani
Menokok prinsip keadilan dalam khalayak
Engkaulah mahasiswa terbilang
Usah dipeduli siapa yang datang
Engkau pasti menentang
Pasti jua menatang
Kerana engkaulah generasi harapan
Seorang mahasiswa yang jauh melangkah ke hadapan

Usahlah kauragu
Usahlah kautunggu
Teruskanlah mengobarkan jiwa yang sepi
Membangunkan ummah yang lemah ini
Kerana engkaulah seorang mahasiswa
Berdirilah teman!
Kerana kau harapan ummah
Ayoh!
Megahkanlah langkahmu
Menyusuri onak beribu batu
Kerana engkaulah seorang mahasiswa
Bangkitlah berjuang!
Engkaulah pemuda harapan
Buat umat akhir zaman

Kerana engkau adalah seorang mahasiswa

Kenapa Jadi Bodoh?

Kenapa jadi bodoh?
Kau telah membohongi penggerak dakwah semua
Adakah kau ingat noda yang kaulakukan dalam gerakan ini
Mampu dileraikan dengan pembohongan singkat kau di hadapan
Membohongi si jahil dan Tuhan jalla wa azza
Adakah kau tidak takut Tuhan Yang Maha Esa?
Yang selalu melihat perilaku hamba-Nya
Kenapa kau jadi bodoh?
Menipu para jundullah dengan penuh kebatilan
Kenapa jadi bodoh?
Adakah agama yang ada pada dirimu hanya sekadar di bibir

Kita akan tengok kelak siapakah yang ikhlas atau tidak
Kitab amalan akan dibentangkan di hadapan 
Bersedialah
Walau pun kebatilanmu terserlah di hadapan khalayak
Bukti di mata menjadi saksi
Kebatilan perkataanmu itu
Tengoklah
Andai dunia kau berjaya
Akhirat kau akan lihat
Namun 
Kini kedua-duanya seolah-seolah tidak berjaya
Itulah penanda aras bagi kebatilan perkataanmu itu

Bertaubatlah
Mengucaplah
Jangan jadi hipokrit
Jangan jadi bacul
Untuk mengakui kelemahan diri
Mempertahankan kekurangan 
Ubahlah
Tak terlambat untuk perubahan ini.
Bertaubatlah

Aku Kian Mengerti

Aku kian mengerti bahawa dunia ini sementara
Aku kian mengerti bahawa dunia ini luas
Aku kian mengerti bahawa kehidupan ini sementara
Aku kian mengerti bahawa manusia itu beraneka ragamnya

Suka duka dalam kehidupan
Mungkin sebagai asam garam dalam kehidupan
Mendidik manusia mengenal akar manusia
Mungki juga sekadar perencah berbahaya dalam hidup
Mungkin juga hanya pewarna sahaja

Namun perjuangan ini
Bukanlah apa-apa
Bukanlah mana-mana
Bukanlah siapa-siapa
Yang penting perjuangan dalam kehidupan ini ialah
"Siapa aku dalam dunia ini?"

Aku kian mengerti hakikat diri
Peranan dalam kehidupan 
Aku sudah semakin mengerti dunia ini
Sekadar singgahsana sementara 
Menuju singgah sana yang abadi
Di akhirat nanti

7.10.10

Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) : Suatu Pengenalan Ringkas

Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) merupakan satu koalisi gabungan mahasiswa yang tinggal di sekitar Mulong, Kota Bharu, Kelantan.


Diasaskan 10 tahun lepas (sekitar tahun 2000) oleh Ustaz Fattah Jaafar, Pengerusi 2 Markaz Siswazah Kelantan (MSK) yang juga penceramah bebas, dibangkitkan semula pada tahun 2009 oleh beberapa orang anak muda yang belajar di kampus luar negeri Kelantan di Kg Nilam Puri, Mulong.Sekarang legasi GMM ini dipimpin oleh Saudara Ahmad Zhafran bin Md Noor dari IPG Kampus Ipoh.

Keahlian GMM generasi baru ini sekarang baru sahaja melebihi 10 orang. Keahlian dibuka hanya kepada mahasiswa yang masih menuntut yang tinggal atau belajar di kawasan Mulong. 

Antara program yang pernah dianjurkan oleh gabungan ini ialah "Ceramah Palestin : Mana Cakna Kita?"  "Ceramah Gejala Sosial & Remaja" dan Lawatan Muhibbah Majlis Pertunangan salah seorang ahli gabungan tersebut.

Pusat bagi gerakan mahasiswa ini ialah di Masjid Ibadussalihin, Kg. Nilam Puri.

Antara program yang bakal dianjurkan oleh GMM pada waktu yang akan datang ialah Program Dakwah Turun Ke Lapangan, Kem Motivasi Anak Muda, Malam Seribu Malam dan sebagainya.

Setiap ahli GMM akan dihubungkan terus kepada Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dan Pemuda Kawasan Kubang Kerian. InsyaAllah, akan datang gabungan ini akan cuba mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk bantuan dana dan penganjuran program

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Setiausaha GMM, Abu Mukhtar di talian 019-4554508 atau emel ukhwahfillah_zafruddin88@yahoo.com.

"Kebangkitan Pemuda Islam Menguasai Ummat! Salam Mahasiswa"

Bila Si Ruwaibidhoh Berbicara

Bila si Rawaibidhoh itu berbicara
Semua manusia kagum akan tutur bicaranya
Kagum akan susunan prosa katanya
Tunduk akan pengakuan setianya
Lenyap kata bicara
Kerana menyambutmu wahai si Ruwaibidhoh

Orang benar dianggap dusta
Pendusta juga dianggap benar
Orang amanah dianggap khianat
Orang khianat dianggap amanah
Itulah alamat akhir usia dunia ini
Sebelum qiyamah atau pun sang dajjal al-Masih turun

Maka
Ketika itu lahirlah segolonganmu
Si Ruwaibidhoh
Sang lekeh yang cuba membicarakan hal orang awam

Si Ruwaibidhoh
Bilangan engkau banyak di akhir zaman ini
Cuba memimpin ummah sedangkan engkau tidak mampu
Cuba memberikan sesuatu ilmu sedangkan engkau tidak tahu
Cuba memberikan sumbangan jasa mempengaruhi manusia
sedangkan engkau tidak layak
Engkaulah si Ruwaibidhoh yang dijanjikan Allah
Melalui lidah Nabi pilihan
Bersedialah kami ummat Muhammad
Akan tanda akhir zaman ini
Membawa masyarakat rosak
Dengan kalam fatwanya yang sesat
Keinginannya untuk emnguasai masayarakat
Sangat melucukan sangat menghairankan
Berbicara bagi orang yang tidak selayaknya

Maka
Kembalilah manusia mengenal dirinya
Insafi diri muhasabah peribadi
Mungkin hadith ini mengenai kita sendiri
Ubahlah diri
Agar kita tidak digelar si Ruwaibidhoh
Yang fatwanya merosakkan masyarakat
Iaitu orang masyhur atau tidak memberikan pandangan batil
Inilah dunia hakiki
Dunia realiti
Akhir zaman ini

Nabi yang Ummi

Nabi yang ummi
Nabi yang yatim
Nabi yang dikasihi
Nabi yang membawa erti

Nabi ini namanya Ahmad
Nabi ini jasanya tingginya amat
Membawa manusia ke jalan selamat
Membawa manusia mengenal daulat
Menuntun manusia mengenal akhirat

Nabi yang ummi ini mungkin bersedih
Melihat dirinya disembah manusia mutakhir
Nabi yang ummi ini hanyalah manusia biasa
Cuma diletakkan wahyu di lidahnya
Diletakkan ilmu hakikat di dadanya
Disucikan keturunannya
Diberikannya hidayat
Itulah hakikat
Itulah makrifat
Buat ummat dijadikan tauladan
Bukan untuk disembah
Bukan untuk disembah
Bukan untuk disembah
Tetapi untuk diikuti sebagai manusia berkat

3.10.10

Kelayakan dalam Kepimpinan

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:

          "Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." *1

          Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain : Daripada Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."


Huraian

          Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuh. Abu Zar adalah seorang sahabi yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabah layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.

          Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.

          Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.

          Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya.

Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.

Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:

          "Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". *2

Firman Allah

(maksudnya) "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia hendaklah kamu berhukum dengana `adil." *3

          Kata al-Imam al-Qurtubi : "Ayat ini adalah pusat segala hukum-hakam yang mengandungi seluruh isi agama dan syara'." Katanya juga: "Yang sebenarnya ayat ini adalah umum untuk semua manusia, ianya menyentuh para pemerintah mengenai amanah yang mereka tanggung dalam membahagikan harta-harta, menolak segala kezaliman dan adil dalam pemerintahan. Demikian juga, ayat ini juga menyentuh golongan yang selain mereka.." *4
         
          Itulah titah perintah Allah, agar posisi penting di dalam kepimpinan umat hanya diberikan kepada yang benar-benar layak menyendalikannya sehingga tidak berlakunya kepincangan, kecacatan dan kezaliman. Persoalan amanah merangkumi setiap aspek hidup, terutamanya persoalan kenegaraan. Termasuk dalam rangkaian amanah persoalan pentadbiran rumahtangga, pejabat, kampung, sekolah dan seumpamanya. Namun huraian para ulama banyak tertumpu kepada persoalan sistem politik dan negara kerana natijah kerosakan adalah besar jika amanah mengenainya diabaikan. Sekiranya pemimpin yang dipilih berkelayakan maka sejahteralah seluruh rangkaian di bawahnya. Sekiranya cacat maka cacatlah seluruh rangkaian dibawahnya.

          Di atas nama amanah maka seseorang dituntut membuat pemilihan dan perlantikan yang tepat dengan tuntutan jawatan yang ada. Sekiranya tidak, maka dia dianggap pengkhianat.
Apakah ciri-ciri yang jika seseorang melandasinya maka dia tidak dianggap khianat dalam perlantikan?

          Secara umumnya pemilihan yang bertanggungjawab berteraskan dua ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu ciri al-Quwwah dan al-Amanah.

Allah menyebut di dalam al-Quran menceritakan kisah Musa a.s.:

(maksudnya) "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)." *5

          Maka tugasan yang diberikan kepada seseorang wajar dilihat pada dua ciri utama yang disebut di dalam nas di atas. Ini seperti yang dihuraikan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam as-Siyasah asy-Syar`iyyah fi Islah ar-Ra`i wa ar-Ra`iyyah iaitu:

Pertama: Al-Quwwah iaitu kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas.

Ciri-ciri al-Quwwah atau kemampuan merujuk bidang tugas yang diberikan. Contohnya, jika jawatan berkenaan berkaitan ekonomi konsep al-Quwwah merujuk kepada kemahirannya dalam pengurusan ekonomi. Bagi bidang kehakiman maka al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam persoalan hukum-hakam. Dalam bidang ketenteraan merujuk kepada persoalan kepakaran medan perang, semangat juang dan keberanian.

Kedua: Al-Amanah iaitu bersikap amanah atau bertanggungjawab.

          Ini merujuk kepada tiga perkara utama iaitu: Takutkan Allah, Tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk mendapat habuan dunia dan tidak takutkan manusia. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: "Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Ini seperti yang Allah firmankan:

(maksudnya) "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah."

Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s. :

(maksudnya) "Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai" *6

Firman Allah dalam menyifatkan Jibril:

(maksudnya) "Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy. Yang ditaati (di alam malaikat) lagi dipercayai) *7

          Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah lagi: "Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kemampuan dalam berbagai jenis peperangan. ... al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah:

(maksudnya): "Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir) [Surah al-Maidah: ayat 44] *8

          Oleh itu sesiapa yang melantik atau memilih seseorang bagi mengendalikan sesuatu urusan yang berkait dengan umat tanpa diteliti persoalan al-Quwwah dan al-Amanah atau persoalan kemampuan dan amanah bererti telah menyerahkan urusan bukan kepada ahlinya. Perbuatan itu mengundang kemurkaan Allah.

          Timbangan yang telah digariskan oleh al-Quran dan dihuraikan as-Sunnah serta dibahaskan oleh sarjana-sarjana atau para ulama Islam yang seperti Ibn Taimiyyah, dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam mengatur urusan pentadbiran dan kehidupan dalam semua aspek. Di mana pun posisi seseorang, sama ada pemimpin negara di peringkat negara atau negeri atau apa sahaja, maka setiap tugasan yang bakal diserahkan kepadanya berpandukan konsep al-Quwwah iaitu kemampuan untuk melaksanakan dan al-Amanah iaitu perasaan takutkan Allah dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. Sekiranya dua perkara ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kekusutan masyarakat tidak akan timbul.
 
          Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua orang atau jenis kelompok sahaja, seorang atau satunya daripadanya memiliki al-Quwwah atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi satu kelopok lagi memiliki ciri amanah iaitu solih dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan, siapakah yang patut dipilih?

          Dalam hal ini maka para `ulama al-siyasah al-syar`iyyah menyatakan pemilihan dalam keadaan sebegini hendaklah dilihat kepada jenis atau keadaan jawatan yang hendak diserahkan, kemudian menilai siapakah yang paling boleh memberi manfaat dan paling kurang mudharatnya apabila menduduki jawatan tersebut. Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kepada kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang solih ataupun tidak baik peribadinya. Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan maka hendaklah didahulukan yang amanah walaupun ada kelemahan dalam pengurusannya.

          Di atas sebab ini maka Rasulullah s.a.w. memilih Khalid bin al-Walid r.a. mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabah yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi s.a.w. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Sekalipun Rasulullah s.a.w. pernah menegur beberapa tindakan Khalid yang tidak disetujui oleh baginda. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam" *9

          Maka dalam perlaksanaan pembahagian tugas atau perlantikan jawatan, hendaklah dipastikan perkara berikut:

Pertama: Melantik individu atau tokoh yang memenuhi ciri al-Quwwah dan al-Amanah,

Kedua: Sekiranya berlaku kekurangan tokoh yang berlayakan melainkan setiap orang memiliki kecacatannya yang tersendiri, maka hendak dibandingkan kelemahan yang ada dengan tugas yang bakal dipikul. Ini dilihat siapakah yang paling bermanfaat dan paling kurang mudarat untuk tugasan tersebut.

          Oleh itu usaha untuk mewujudkan kelompok manusia yang memiliki dengan sempurna kedua-dua ciri ini adalah tanggungjawab besar umat agar terpeliharanya kita daripada golongan yang khianat dan merosakkan masyarakat. Perlu disedari, apa ertinya jika generasi pakar teknologi atau ilmu-ilmu lain yang tanpa amanah atau dalam kata lain perasaan takutkan Allah yang akan menyebabkan mereka menggunakan kepintaran dan kecekapan untuk merosakkan tanggungjawab, melanggar hukum-hakam Allah sekaligus merosakkan umat. Pun begitu kita juga tidak mahu menyerahkan tugasan kepimpinan umat kepada suatu kelompok manusia yang baik, salih atau pandai agama tetapi jahil tentang selok belok pentadbiran dan perlaksanaannya sehingga mudah ditipu oleh golongan musuh dan pengkhianat yang menyebabkan kelemahan dan kelembapan perjalanan urusan umat.

Maka menjadi tanggungjawab umat mencari pemimpin yang solih lagi takutkan Allah dengan melaksanakan seluruh arahan dan meninggalkan seluruh tegahanNya di samping pakar dan cekap dalam mengendalikan pentakbiran dan urusan.

---------

1.    Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab al-Imarah..

2.    Riwayat al-Bukhari.

3.    Surah an-Nisa': ayat 58

4.    Al-Jami` li Ahkam al-Quran, 5/256, cetakan Dar al-Fikr, Beirut

5.    Surah al-Qasas ayat: 26

6.    Surah Yusuf: ayat 54

7.    Surah al-Takwir ayat 19-21

8.    Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah ar-Ra`i wa ar- Ra`iyyah,m.s.27-28. Ctk. Dar al-Arqam, Kuwait

9.    Ibid, m.s.29