27.10.10

Dakwah kepada bekas ahli Black Metal

 Hari ini 28/10/2010 (Khamis), merupakan satu tarikh yang biasa-biasa sahaja buatku. Kuliah pada awal paginya, balik kailulah (tidur tengahari) di rumah Tambun, kembali ke IPG untuk tugasan sebagai seorang aktivis mahasiswa, bersosial pada waktu petang ,kembali ke rumah untuk bersiap-siap, kemudian datang semula ke IPG untuk melibatkan diri dalam program di Pusat Islam. Rutin ini berulang-ulang, hampir setiap hari.

Namun, sekarang aku cuba mengambil sedikit masa untuk mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester semakin dekat. InsyaAllah, moga dapat yang terbaik dalam hidupku.


Pada malam itu, aku meluangkan sedikit masa di pondok pengawal IPG. Sekadar bertanya khabar dengan beberapa pengawal keselamatan yang ada pada malam itu. Hubungan antara kami agak rapat, boleh bersembang, berkongsi masalah dan bertukar-tukar idea tentang sesuatu perkara terutamanya seorang pak gad yang aku panggil Abang Ji.

Dia banyak 'mengajarku' kehidupan masyarakat marhaen ; sikap anak muda sekarang terhadap isu agama, kejahilan yang menjadi barah dalam masyarakat muslim serta pendekatan berhikmah yang perlu diguna pakai oleh para aktivis dakwah dalam mengajar orang sepertinya ke dalam Islam secara keseluruhannya.

Persinggahan aku di pondok itu pada kali ini 'agak berbeza'.  Berbeza dari sudut topik perbincangan kami.

Tajuk perbincangan kami pada malam yang pada mulanya menyentuh isu-isu sosial dalam kalangan pelatih muslim yang semakin parah dan teruk berlanjutan sehingga menyentuh isu muzik keras : Black Metal, Heavy Metal dan agama.

Aku tersenyum apabila melihat reaksi wajahnya yang agak terkejut apabila mengetahui bahawa aku mengetahui beberapa nama gah dalam arena muzik metal underground. Sil Khannaz, Black Sabbath dan Langsuyr. Bahkan aku mengetahui serba sedikit istilah-istilahdalam muzik underground : zine, gig,
underground, mainstream. ritual biasa dalam sesebuah koalisi Black Metal itu.

Semuanya hasil pembacaanku dalam internet, majalah underground ROTTW (Rottwailer) , Mastika dan GALAXIE. Kajianku tentang aliran muzik ini akhirnya berbaloi untukku mengajak seorang lagi bekas pemuzik ini mengenal Allah.

Kami berbincang panjang lebar berkaitan muzik ini dan perkembangannya, namun yang lebih berharga apabila dia mengakui bahawa gologan sepertinya itu perlukan dorongan dalam melakukan perubahan.

"Ilmu yang Zhafran ada ni bagus. Bagus kerana niat nak mengubah orang yang terlibat dalam muzik black metal ni ada. Bukan apa Zhaf, ramai anak muda sekrang ini terikut-ikut dengan muzik ni: menelan bulat-bulat muzik ni samapai menghina agama. Mereka dah terpesong," Dia memberikan serba sedikit komentar.

"Abang Ji seronok kawan dengan Zhaf ni, tahu tentang benda ni. Bolehlah lain kali kita sembang. Kita satu kepala. Tetapi, insyaAllah Abang  syukur dapat kenal Zhafran ni. Abang harap kita ni rapat dan boleh tegur antara satu sama lain. Abang harap Zhafran boleh bimbing Abang Ji dalam agama ni,"

Ayat ni membuktikan peri pentingnya kita para aktivis dakwah ini agar sama2 bersifat membumi dalam menyebarkan risalah Islam (dengan bijak sana).



"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik." (Surah al-Nahl, ayat 125) 


Alhamdulillah.

Membawa orang jahil ke dalam agama lebih mudah berbanding membawa alim ulama menghayati agama. Itulah antara pemahamanku dalam bidang dakwah ini.

No comments: