27.4.10

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-kata

Pelbagai retorik dan ide-ide fasik melanda kebanyakan gerakan dakwah di kampus. Penilaian terhadap ke'thiqah'an seseorang kini bukan terletak pada akhlaknya pada Allah s.w.t. dan makhluk, tetapi merujuk kepada kepada sejauh mana hebatnya gerak kerja seseorang.

Zaman akhir ini, golongan yang menonjol akan diagung-agungkan termasuklah dalam kalangan 'orang agama'. Mereka disanjung dan dipuja oleh ramai orang sehinggakan dirinya dan masyarakat terlalu memujanya atas kelebihannya itu melebihi had yang sepatutnya.

Bahkan, seseorang itu dipuja melebihi pujian terhadap Tuhannya! Itulah realiti yang membekas dalam masyarakat termasuklah dalam kalangan masyarakat du'at di dunia.

Kesan akhlak yang teruk terhadap Allah s.w.t. ini ialah Islam hanyalah sekadar melahirkan golongan penghafal ilmu agama yang bodoh, tidak mengetahui ke mana arah ilmu yang dimiliki. Malah, mereka berbangga dengan kebodohan mereka itu dengan mempromosikan amalan-amalan bida'ah tanpa memahami perkara itu ditegah oleh syarak.

Termasuk juga kesan ini ialah masyarakat kian tidak jujur dalam mengamalkan seluruh prinsip Islam termasuklah dalam gerak kerja Islam dan ukhuwwah.

Kita lihat ramai dalam kalangan para du'at yang hebat bicara, lemah segala. Mungkin ianya seorang yang hebat mempengaruhi masyarakat dengan pidatonya yang segar dan isi ide yang bernaf, namun ianya merupakan seorang yang jauh daripada tuntunan Ilahi. Amalan fardhi dijadikan sekadarnya sahaja, tidak ditekankan. Amalan yang boleh menaikkan namanya, maka dia merupakan golongan yang terkehadapan dalam amalan ini. Kita boleh tanya mana-mana pimpinan Islam setempat dan kampus, berapa ramai yang menganggap amalan qiyamullail sebagai amalan 'perlu dan sangat dituntut'. Saya rasa tidak ramai yang menyatakan dengan pasti bahawa "Amalan di atas sangat-sangat dituntut". Tidak ramai, percayalah!

Begitu juga dalam pengamalan akhlak Islam yang laiin seperti ukhuwwah, adab berjemaah dan sebagainya. Kita dapat melihat banyak pihak berbantahan termasuklah pihak yang menyatakan bahawa mereka memperjuangkan agama. Di kampus, berapa ramai golongan mahasiswa yang mendakwa diri mereka sebagai 'ar-rijalud dakwah' ini mengamalkan akhlak Islam. Ikhtilat? Penyakit hati (hasad, dengki, 'ujub, riya', takabbur, ingat zina), amalan wajib, amalan sunnah dan sebagainya. Maka.

24.4.10

Amar Maaruf Tanpa Nahi Munkar

Pelbagai tanggapan yang mengelirukan berlegar-legar di sekitar kita berkaitan dengan topik 'dakwah'. Pelbagai tokoh Islam datang mengemukakan teori berkaitan kaedah dakwah yang berkesan, tersendiri dan dinamik (berhikmat).

Walau pun pendekatan yang diguna pakai adalah berbeza antara satu tokoh dengan tokoh yang lain, namun kita tidak dapat menolak hakikat bahawa segala pendekatan ini perlulah bersumberkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Segala perbezaan perlu dirai selagi berpandukan al-Qur'an dan sunnah.

Perbezaan ini adalah akbat daripada kefahaman yang berbeza terhadap nas-nas yang dikemukakan antara tokoh-tokoh itu.

Sebagai contoh, Hassan al-Banna banyak menggunakan pendekatan diplomasi dan politik dalam menggerakkan dakwahnya. Beliau banyak berinteraksi dengan masyarakat Mesir yang hilang arah tujuan dan para pemimpin Islam beraqidah sekular seperti Gamal Abdul Nasser semata-mata untuk membawa Islam dalam khalayak masyarakat yang ketandusannya.

Berbeza pula dengan pendekatan yang diguna pakai oleh Umar bin Abdul Aziz. Baginda, seperti mana khalifah-khalifah Islam yang lain (yang berpegang kepada manhaj al-Qur'an dan Sunnah) berjaya menyebarkan dakwah ke seantero alam dengan menggunakan pendekatan akhlak dan contoh perinbadi yang unggul sebagai penguasa sebuah kerajaan Islam ketika itu selain penguasaan tanah dan harta masyarakat redha, tunduk kepada kekuasaan Islam.

Pendekatan yang berbeza, namun matlamat dan sumber dakwah yang sama iaitu untuk mencari redha Allah dan menggunakan al-Qur'an dan sunnah sebagai pedoman.

.Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran : Ayat 110 :
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan ) manusia, kamu menyuruh (mengajak) manusia kepada makruf (kebaikan) dan kamu mencegah dari kemungkaran serta kamu beriman dengan Allah.

Begitu juga dalam ayat 104, surah yang sama:
Dan hendaklah ada di kalangan kamu, satu gulungan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf, melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beruntung.

Jadi, tuntunan untuk berdakwah ini, selain merupakan fardhu (wajib) bagi seseorang muslim, tuntutan ini juga dalam mendekatkan diri kita kepada redha Allah s..w.t.

Dalam satu hadith masyhur Riwayat Imam Muslim :
Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubahnya dengan tangan, jika tidak sanggup maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidah, dan jika tidak sanggup maka hendaklah ia merubahnya dengan hati, dan itulah keimanan yang paling lemah. Dan tidak adalagi keimanan di belakangnya, walaupun sebesar sebutir biji benih.

Jadi, tuntunan untuk berdakwah (menyeru kepada makruf dan mencegah kepada munkar) ini merupakan cerminan kita terhadap iman yang kita miliki dalam diri.


Andai kita memiliki keimanan yang mantap, kita tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan perkara ini kerana berdakwah ini merupakan satu kewajipan kepada setiap individu - bukan terhad kepada golongan tertentu (pegawai jabatan agama negeri) dan tempoh masa tertentu (contoh: zaman salafussoleh saja).

Terdapat peringatan daripada nabi s.a.w. berkaitan tuntunan dakwah ini iaitu dalam hadith riwayat Iman At Tarmizi :
Wahai manusia,sesungguhnya Allah memerintahkan kamu : Kamu sekalian serulah orang mengerjakan kebaikan, dan laranglah mereka mengerjakan kejahatan, sebelum kamu berdoa tetapi Aku tidak mengkabulkannya, dan kamu meminta apa-apa kepada – Ku tetapi Aku tidak memberikannya , dan kamu meminta pertolongan kepada- KU tetapi Aku tidak menolong kamu.

Begitu besar ertinya dakwah itu kepada kita orang-orang muslim. Umat Islam ini merupakan kelompok yang dipakejkan sekali dengan satu amanah berat iaitu amar makruf nahi munkar berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan di atas. Dalam satu hadith riwayat Ibn Majah :

Barang siapa yang menyembunyikan sesuatu ilmu, pada hal dengan ilmu itu Allah akan memberi manfaat kapada manusia dalam masalah agama, maka kelak di hari Kiamat ia akan dikekang dari api Neraka

Jadi, kita sewajar orang yang mengharapkan keredhaan Allah perlulah sedar bahawa tuntutan amar makruf (program-program tarbiyah di Pusat Islam) juga perlu disusuli dengan nahi munkar.

Persoalan : Adakah kita sanggup melihat sahaja pasangan kekasih berpelukan di hadapan mata kita, tanpa melakukan apa-apa sedangkan pada waktu yang sama pentas kritikan dan bingkisan ilmu kita hanyalah ditujukan kepada beberapa kerat orang tidak pernah terfikir untuk melakukannya di Pusat Islam?


23.4.10

Kewajipan Hadir Ke Pusat Islam al-Hidayah

KELAB ORANG-ORANG TUA

Aku rasa itulah nama yang selayaknya digelar kepada pusat-pusat ibadat Muslim (masjid atau surau) sekarang ini. Ya. Itulah hakikatnya. Pengunjung pusat ibat ini kebanyakannya adalah kelompok 'veteren' disamping anak-anak kecil sebagai peneman kepada ayah atau tok ki masing-masing.

Bertambah lucu apabila dikatakan pusat-pusat ibadat ini hanya 'dihadiri' tiang dan beberapa orang tua.

Itulah realitinya masyarakat Islam kini. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan serata dunia. Namun, harus diingat bahawa kehadiran hadirin ke pusat ibadat ini dilihat oleh penulis sebagai cerminan kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat. Andai masyarakat yang ada adalah masyarakat soleh, maka ramailah pengunjungnya. Andai sebaliknya berlaku, ya, kesan sebaliknya juga berlaku.




Kini, penulis sedang melanjutkan pembelajaran di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Ipoh. Situasi itu juga berlaku di Pusat Islam ini.

Hanya sekitar 10 % sahaja pelatih guru muslim yang hadir ke Pusat Islam ini. Penulis tergerak untuk merujuk kepada Akta 174 - satu akta yang berperanan memelihara kerukunan IPG, kolej matrikulasi, dan politeknik : 

4.Diwajibkan menghadiri sesuatu kuliah/tutorial, kelas, lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajian atau apa-apa aktiviti yang dijalankan dengan kebenaran institusi dan perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Eksekutif institusi sekirangnya tidak dapat mengikuti/menghadirinya.

Jadi, klausa ini sebagai contoh Akta 174 sebenarnya boleh membantu kita mengekalkan kehadiran pelatih guru muslim ke pusat ibadat (Pusat Islam) melalui kewajipan kehadiran ke Pusat Islam ATAU/DAN menghadiri program anjuran Biro Agama & Kerohanian.

Namun, pendekatan secara berhikmah perlu dilakukan, mungkin secara berperingkat-peringkat melalui kewajipan menghadiri program anjuran biro agama kepada pelatih guru muslim yang baru masuk ke IPG ini.

21.4.10

Akta 174 :Senjata buat Para Penggerak Dakwah Kampus

Akta 174 : Jadual II (Seksyen 6,22, dan 23), Kaedah-kaedah Institutsi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar), 1976, Bahagian II, K. 3 - 4 (Tatatertib Am) ada menyatakan :

3. Seseorang pelajar tidak boleh:

a) Berkelakuan yang boleh memudaratkan dan merosakkan kepentingan keselamatan, nama  baik dan ketenteraman institusi, kakitangan dan pelajar-pelajar lain.

b) Melanggar mana-mana peruntukan/ undang-undang bertulis samada di dalam atau di luar kampus.

Akta ini diguna pakai di beberapa institusi pengajian tinggi awam seperti Institut Pendidikan Guru (IPG), politeknik dan kolej matrikulasi di Malaysia.

 Jadi, kita sebagai generasi yang mengabdikan diri kepada Allah perlu menggunakan peruntukan yang sedia ada untuk dijadikan medium yang sesuai bagi menyebarkan dakwah di kampus masing-masing.

Penggunaan akta ini merupakan pemilihan terhadap pendekatan secara berhikmah untuk memantapkan gerak kerja dakwah di kampus masing-masing. Allah s.w.t telah berfirman :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
                                                                                                                                   (Surah an-Nahl :125)



Peraturan di atas sebenarnya boleh ditafsirkan berdasarkan kefahaman tersendiri dan boleh disesuaikan dengan persekitaran (waqi') kampus masing-masing.

Sebahagian orang menilai bahawa dakwah dapat membawa konflik antara agama kerana ajaran ini terkandung anjuran untuk menggantikan agama seseorang dengan agama yang lain, yakni Islam. Namun, Allah s.w.t telah berfirman :
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam): sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (Al-Baqarah: 250)

Ingatlah janji Allah dalam Surah Al- Hajj : Ayat 41 :

(iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat maaruf...
                                                                                                                           (Surah al-Hajj: Ayat 41)

19.4.10

Akhlak Pimpinan Kampus : Satu Penilaian

"Kepimpinan melalui tauladan" -ungkapan indah yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin berjiwa 'bahasa dan bangsa' ini merupakan satu ungkapan yang sudah lama terbiasa dalam masyarakat di negara kita.

Dalam surah al-Ahzab : ayat 21 ada menyatakan "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan kerdhaan Allah dan percaya kepada hari akhirat...,".

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dicetak oleh Allah s.w.t. untuk menjadi contoh unggul bagi manusia, sebagai contoh terbaik bagi ummah. Kebanjiran buku-buku bibliografi tokoh-tokoh dunia yang banyak berjasa kepada masyarakat tidak mampu menandingi jumlah kitab/buku sirah yang menceritakan seluruh aspek kehidupan Rasulullah.


Bahkan, keperibadian baginda yang luhur ini diungkapkan oleh al-Qur'an al-karim :

'Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung'. (al-Qalam: 4)
Juga firman-Nya yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik'. (al-Ahzaab; 21)

Bahkan, Islam menyanjung tinggi mereka yang berakhlak mulia ini melalui sebuah hadith : "Sesungguhnya orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya." (HR. Al Bukhari dan Muslim, dari sahabat Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash ).

Maka, tuntutan akhlak mulia dalam kalangan umat Islam ini bukanlah sekadar perkara 'sunat' atas kehendak individu, tetapi merupakn tuntutan yang mempengaruhi nilai kita di sisi Allah taala.

Maka, sewajarnya kita sebagai para pimpinan Islam kampus menyemai akhlak yang mulia dalam diri kita untuk memastikan diri kita tidak dipertikaikan oleh masyarakat kampus itu sendiri.

Andai kita pun jenis yang bermasalah di dalam mengamalkan agama dalam kehidupan seharian seperti suka mengabaikan solat, tidak menjaga ikhtilat (batas-batas pergaulan), suka berbohong dan mencarut serta tidak melaksanakan amanah kepimpinan dengan baik, maka tiada apa yang kita harapkan daripada perkara ini selain kepimpinan baru atau perubahan yang baru dalam jiwa pemimpin tersebut.

Pengalaman silam banyak membantu penulis mengenal pemimpin yang berkaliber atau bukan. Penulis tidak terus menilai mereka, tetapi perkara utama yang penulis akan tanya (andai dirinya seorang muslim), " Adakah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ini seorang yang mementingkan solat berjemaah?,".

Andai jawapan yang penulis terima adalah negatif (seperti mana yang berlaku di kebanyakan kampus IPG dan IPT), penulis akan mengangkat tangan dan berlapang dada dengan pemerintahan mereka pada waktu yang sama penulis akan berusaha untuk mencetak kader-kader yang bakal menggantikan pemerintahan mereka itu.

Sebagai penutup, hayatilah satu hadith:

Dari sahabat Abu Yahya Shuhaib bin Sinan berkata: “Rasulullah bersabda: “Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, kerana seluruh perkaranya baik. Dan tidak akan terjadi hal tersebut kecuali bagi orang beriman yang jika dia mendapatkan kesenangan dia bersyukur, maka hal itu baik baginya, dan jika dia ditimpa musibah dia bersabar maka hal itu pun baik bagi dia.“ (HR. Muslim).

18.4.10

Aduhai Puteriku Sayang!

NISA' - atau wanita bukanlah satu subjek penting dalam hidupku kecuali yang bergelar muhrim bagiku. Kenangan lalu yang melibatkan wanita (kecuali yang mahram) banyak merunsingkan diriku, sementelahan semenjak sekolah rendah lagi aku diuji dengan wanita. Alhamdulillah, aku masih 'terpelihara' dari sudut batas-batas pergaulan walau pun dugaan wanita ini kadang-kadang 'mencabar kelakianku'.

Pengalaman menyelamatkan dua orang perempuan muda yang berusia ligkungan 18 tahun dua tiga hari lepas benar-benar mengujakanku.

Bukan apa, kedua-duanya enggan untuk dibukakan tudung sedangkan pemakaian mereka sangat ketat dan menarik perhatian lelaki!

Aku menggelengkan kepala mengenangkan segala perkara yang berlaku.

Mujurlah 'sang penyelamat' mereka bukanlah orang yang nak mengambil kesempatan dan kerja-kerja menyelamat dilakukan tanpa melibatkan sebarang  perkara yang 'tidak diingini'.

Kedua-duanya kurasakan memiliki peminat lelaki yang ramai atas anugerah kecantikan yang Allah s.w.t. berikan itu.

Salah seorang daripada mereka pengsan akibat hentakan kepala yang kuat di belakang kereta yang mereka langgar itu (tidak berdarah). Seorang lagi sekadar terseliuh kakinya selain mengalami pening-pening sikit akibat perlanggaran tersebut.

Pada mulanya, kedua-duanya seolah-olah menolak untuk tudung mereka dibukakan, namun seorang kakak yang menjaga mereka terus buka tudung mereka setelah diarahkan oleh seorang lelaki di situ.

Ya, pembukaan tudung atau melonggarkan tudung merupakan salah satu prosedur biasa untuk rawatan awal seseorang yang terlibat dalam kemalangan.Atau lebih tepat lagi, kita perlu melonggarkan seluruh pakaian mangsa untuk menggalakkan pengaliran udara ke dalam badan samada melalui celahan pakaian atau melalui pernafasan (udara dapat mengalir dengan lebih laju ke dalam peparu).

Begitu juga arahan untuk membuka jaket ketat (unzip) yang dipakai oleh salah seorang daripada mereka (gadis yang pengsan) juga dilakukan oleh kakak tersebut. Aku sendiri agak malu apabila jaketnya yang ketat itu dibuka di khalayak ramai.

Begitu juga, baju ketatnya itu turut menampakkan bahagian pusatnya. Aku ambil tudungnya lalu menutupi bahagian perutnya itu. Malunya aku!!!

Seusai membantu mereka (selaku ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, aku rasa bertanggung jawab!), aku balik mengenangkan 'fenomena' ini dan menceritakan kepada teman-teman serumahku, "Biasalah zaman la ni. Ko rasa pelik ke?, berlambak kot," bingkas salah seorang teman.

Ya, budaya pemakaian ketat terutama dalam kalangan muslimah semakin tinggi. SEMAKIN TINGGI! Apa yang mereka fikirkan sebenarnya? Seronokkah tubuh menjadi santapan lelaki-lelaki yang 'tidak sihat mentalnya' itu. Aku kian keliru apakah yang difikirkan oleh muslimat-muslimat ini.

Kemudian, datanglah beberapa dalil daripada al-Quran dan hadith yang menceritakan tentang aurat wanita ini.

Nas pertama:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur:31}


Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]


Nas Ketiga

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.”

(Surah An-Nur ayat 31)


Nas Keempat

“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat dari dirinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah).


Nas Kelima

Imam Baihaqi juga meriwayatkan hadith yang berasal dari pertuturan Asma’ binti Umays. Ia bertutur demikian:

“Rasulullah saw pernah masuk ke kamar Aisyah binti Abu Bakar, sementara ia bersama dengan saudaranya Asma’ binti Abu Bakar, yang saat itu sedang mengenakan pakaian tipis yang bahagian lengannya longgar.

Ketika Rasulullah saw melihatnya, beliau segera bangkit dan kemudian keluar kamar. Aisyah lantas berkata sambil mengikuti Rasulullah saw. Rasulullah tampak seperti melihat sesuatu yang tidak disukainya sehingga Aisyah pun menghampirinya. Akan tetapi kemudian, Rasulullah saw masuk kembali. Baginda lantas ditanya oleh Aisyah, mengapa baginda sampai bangkit dan keluar? Baginda kemudian bersabda ‘Tidakkah engkau melihat keadaannya? Ia seperti bukan wanita muslimah yang seharusnya hanya menampakkan ini dan ini.’

Baginda berkata demikian seraya mengambil kain dan menutupkannya pada kedua tangannya sehingga yang tampak hanya jari-jemarinya. Baginda melilitkan kain tersebut dengan kedua tangannya ke arah kepalanya hingga yang tampak hanya bahagian wajahnya.”


Perbahasan ulama tentang aurat wanita

Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).

Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita di hadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabenornya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)  beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

Peringatan kepada semua

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}

Maka, taatilah Allah s.w.t. dengan sepenuhnya..

11.4.10

Teman Akhirat

Sahabat...
Tika aku memerlukanmu
Kamu sentiasa di sisiku
Walau pun jerih perit yang kulalui
Kurasakan hilang apabila bersua denganmu

Keikhlasanmu dalam persahabatan ini
Membawaku ke satu daerah baru penghidupanku
Aku memerlukanmu
Kamu memerlukanku
Walau pun kamu sebenarnya tidak memerlukanku
Mampu menerjah awan tanpa tunjuk ajarku

Namun, engkau merendah diri
Menerimaku seadanya
Menerimaku dengan segala kelemahan yang ada
Membimbing diriku menjadi seorang yang berguna
Membangkitkan semangatku untuk menjadi seseorang
Agamawan dan negarawan yang terbilang
Menjunjung tinggi prinsip Islam
Mengotakan janji
Berjuang bersama kendiri
Sampai mati

Adakah ukhwah ini akan dibatasi
oleh kekangan hawa nafsu dan kelemahan diri
Adakah dunia akan menangisi perpisahan ini
Sedangkan kita mengetahui akhirat itu pasti
Inginku menziarahimu di syurga nanti

Ya Allah...
Jadikanlah mereka temanku yang sejati
Jadikanlah mereka temanku yang berbakti
Mmebawa diriku mencapai redha-Mu
Engkaulah teman sejatiku,
Wahai pemuda syurga.

4.4.10

Sajak Buat Bintang

Sajak buat bntang hati
Menggapai rembulan di langit
Fatamorgana ini menetapkan
Diriku dan dirimu sama
Kita serupa
Matlamatnya sama
Pemikirannya sama
Fikrah yang hampir sama
Pendekatan jua yang berbeza
Namun kita mengarah ke destinasi yang sama

"Mencari redha Allah"

Terasa damai di hati
Setiap saat yang berlalu seakan bersorak sorai
Dunia luas terasa lapang
Membentangkan jalan kepada kita berdua

Teman

Aku ingin berbicara
Engkau jua semacam itu juga
Matlamat kita sama haluan pun sama
Pendekatan jua berbeda
Dan insyaAllah suatu hari nanti akan sama...



Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA : Gempur Ipoh!!!

PJE Cikgu Sani bin Hj Ibrahim
Pengarah Program PBC Ipoh
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ipoh
Tarikh: 3 - 4 April 2010
Bekas guru lulusan MPIK (IPG Kampus Ipoh)


 PJS Cikgu Safariah binti Ibrahim
Isteri kepada PJE Cikgu Sani
Pembantu setia suaminya dalam program ini
Bersama PJE Sani, kembar, Zhafri dan seorang peserta lain
Aku sedang berucap semasa sesi pembentangan
Sesi penyampaian penghargaan dari pihak urusetia disampaikan oleh PJS Cikgu Zuhaidi, teman dari S.K. Methodist (ACS) Ipoh (sekolah tempatku praktikum)
Zhafri sedang mengacarakan pembentangan kumpulan aku
Khusyuk mendengar pembentangan yang disampaikan oleh PJE Sani
Aku dan kembarku Zhafri semasa menghantarnya ke Pulau Pinang di Stesen Bas Medan Gopeng, Ipoh.
 
Bersama di dalam bas Kurnia Bistar - bas kilang ke Pulau Pinang
Selamat berjuang teman-teman se-PBC-ku!!!

Kenangan bersama Kembarku di IPG Kampus Ipoh (02/04/2010)


Diriku, kembarku dan anak-anak usrahku, adik-adik junior daripada IPG Kampus Ipoh bergaya disamping motosikal MantaRay aku (bila ada nama ni) DBF 30170 Honda Wave 100 hitam aku di hadapan Pusat Islam al-Hidayah, IPG Kampus Ipoh.
Sungguh bergaya dan berlagak semua yang ada di dalam gambar.
Jangan silap! Diriku berdiri mengenakan jaket hitam manakala Zhafri berkopiah dan duduk di atas motor.
Hehe...selamat datang IPG kami, moga mendapat kenalan dan pengalaman baru di sini (duduk setengah jam je di sini). 
Gambar agak kabur, mungkin ada lintasan esntiti di hadapan!