Peribadi




Nama sebenar Penulis ialah Ahmad Zhafran bin Md Noor, Mahasiswa Tahun Akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, Perak. Anak keempat daripada empat orang adik beradik. Pernah mendapat pendidikan di TADIKA Kemas Padang Pak Amat, Pasir Puteh (1994), Sekolah Kebangsaan Mulong (2), Kota Bharu (1995-2000), Maktab Sultan Ismail (2001-2005), MRSM Beseri (2004 - setahun sahaja), Kolej MARA Kulim (2006 - 3 bulan sahaja) dan IPG Kampus Ipoh (2006-2011). Hobi membaca, menulis dan mengembara. Makanan kegemaran dan minuman kegemaran ialah Nasi Kerabu dan Kopi Radix. Mengagumi ketokohan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr. Asri Zainul Abidin, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Maulana Asri Yusof dan ulama-ulama yang jujur pada ilmu mereka. Bakal menjadi seorang guru Matematik (insyaAllah) bermula tahun 2012. Berpewatakan ceria, serius dan tegas dalam menyatakan pendirian. Cita-cita seorang motivator, pensyarah dan peniaga yang berjaya.