30.11.10

Mahasiswa Islam sebagai Agen Perubahan Masyarakat




1. Matlmat tarbiyah adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang boleh bergerak dan tidak layu dalam masyarakat yang lebih luas dan pelbagai.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.                                             (Ali Imran : 110)


2. Masyarakat yang mendapat tarbiyah ini mampu menjadi suri tauladan kepada seluruh anak muda dan segenap lapisan masyarakat dengan gerak kerja Islam yang mantap.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.                                                                                                               (al-Ahzab: 21)



3. Kelemahan dari sudut pengurusan organisasi Islam di kampung halaman (institusi masjid dsb) boleh dijadikan dalil untuk menidakkan kewajipan kita dalam memegang panji Islam di lokaliti.

Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada tauladan yang baik bagimu; (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (pahala) Allah dan (keselamatan pada) Hari Kemudian. Dan barangsiapa yang berpaling, maka sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha kaya lagi Maha Terpuji.                                                                                           (al-Mumtahanah:6)



4. Kewajipan menyebarkan Islam tidak hanya terletak pada bahu-bahu sesetengah kelompok sahaja (contoh: kelompok kepimpinan), tetapi terletak pada bahu semua. 

Semua kamu adalah gembala (pemimpin). Semua kamu akan bertanggung jawab terhadap rakyatnya (kepimpinannya).                                                                              (H.R Bukhari, Muslim)



5. Seronok melihat kebangkitan Islam di tangan anak-anak muda yang tegar dalam menyebarkan Islam di tengah-tengah masyarakat yang kian rosak mutakhir ini.

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.                                                                                                                 (al-Kahfi:13)

Akan wujud segolongan daripada umatku yang berani melahirkan kebenaran. Tidak akan memberi mudarat kepada mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya hingga datangnya perintah Allah.                                                                                               (H.R. Bukhari)


6. Kita adalah pendokong bagi gerakan ini. Biarlah 'amanah' untuk sekadar jadi 'penyokong' ini digalas oleh pihak-pihak yang kurang ilmu dan amalnya. Namun, ini tidak bermakna kita melebihi mereka dari sudut ilmu dan amal kita.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."  (al-Baqarah : 30)



7. Gerakerja berjemaah adalah wasilah (jalan), bukanlah matlamat. Matlamat kita adalah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t..

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.                                                                                                                                  (az-Dzariyat :56)

Wajiblah kamu bersama-sama jamaah Muslimin dan pemimpin mereka. 
                                                                                                                                    (Muttafaqun 'alaih)

19.11.10

Cuti Kuliah dan Pengisiannya!

Sudah hampir satu minggu aku bercuti di rumah. Seronok. Pelbagai perancangan telah bermain di fikiranku, tega untuk ku laksanakan dalam cuti yang teramat panjang ini.

Perancanganku tentang Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM), sebuah koalisi mahasiswa lokal; organisasi usrah di kampus, tarbiyah ruhiyah pelatih IPG sementelah aku tetap dilantik sebagai 'penasihat tidak rasmi' perjalanan organisasi dakwah di kampusku ini.

Kadang-kadang sangat memenatkan. Kadang-kadang bersemangat. Kepenatan itu bukanlah disebabkan keletihan jasmani, tetapi lebih kepada keletihan rohani atau ruhiyah mungkin akibat terlalu lama tidak menyentuh 'aspek tarbiyah ruhiyah' dalam gerak kerjaku itu.Namun, sekarang gerak kerjaku amat menyeronokkan dan mengujakan kerana aku serba sedikit mendapat kekuatan daripada Allah berupa serba sedikit kefahaman berkaitan dengan dakwah dan islah. 

InsyaAllah aku akan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharianku.

Kadang-kadang penyakit hati bertapak di dalam jantungku (qalbi); samada penyakit riya', takabbur, ujub, perasaan terhadap sahabiah perjuangan, dan sebagainya ; natijah kekurangan tarbiyah di dalam hidupku. Sungguh pelik seorang yang kurang tarbiyah diberi peranan untuk memegang tarbiyah, sungguh pelik!

Namun, itu bukanlah bermakna aku hipokrit. Kepada-Nya aku berserah, aku telah cuba sedaya upayaku untuk menjadi seorang hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya. Aku harap doa aku ini diterima.

Ya, cuti ini amat panjang. Aku dijangka 'terpaksa' melibatkan diri dalam kerja-kerja mengecat rumahku, selain cuba memenuhi masa mudaku ini untuk menuntut ilmu bersama ulama' -ulama' (Maulana Asri, Maulana Shaari, Ustaz Naseem) dan berjuang dalam mengangkat darjat Islam melalui beberapa buah wadah yang hanya teman-temanku mengetahui.

Seronok. Mestilah seronok. Bersama teman-teman seperjuangan samada di kampung halaman mahu pun di kampus. Bezanya cuma tempat. Semangat dan gerak kerjanya lebih kurang sama. InsyaAllah akan aku gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin agar aku tidak menyesal nanti.

Daripada isu Wahhabi, Ahbashi, Sufiyah sehinggalah bida'ah, aku agak terbuka dengan menerima sebarang pandangan. Namun pandangan itu hendaklah selari dengan nas al-Qur'an dan Sunnah, itulah pandanganku setakat ini. InsyaAllah akan kukaji semada cuti ini. Semoga Allah mudahkan.

Namun, secara kesimpulannya, cuti kali ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang kurasakan berfaedah buatku. Moga segala perancangan ini berjalan dengan lancar. Salam perjuangan.


11.11.10

Renungan


Teman
Jangan kita anggap jalan ini hanyalah jalan biasa
Jalan kita hanya untuk kita dapat pahala
Jalan yang tidak perlukan kita berusaha
Jalan yang biasa-biasa sahaja yang mampu ditempuhi semua

Teman
Inilah jalan ciptaan Ilahi
Dilalui para Nabi dan golongan salafi
Membawa manusia mengenal Rabbi
Membawa manusia cintakan Ilahi
Inilah jalan yang kita lalui

Sebenarnya
Usah kita katakan kita dah berusaha
Menegakkan kalimah Allah dan meninggikannya
Ironisnya kita masih gagal 
Membawa diri kita menghadami risalah ini

Kutahu teman
Jalan dakwah yang kita lalui ini sangat berat
Namun teman
Andai kita penuhi diri kita dengan noda dan dosa
Maksiat bermaharaja lela
Kebersihan hati tidak dijaga
Sangat berat lagi jalan ini
Bukan kerana beratnya jalan dakwah ini
Kernanya dosa di sisi Ilahi
Rabbi

Teman
Aku berbicara ini
Atas dasar akhi yang menginsafi
Jadikanlah diri kita pejuang Rabbi
Bukan pejuang diri
Jadikanlah jalan dakwah ini indah
Walau pun perit
Jadikanlah dia manis seperti yang dilalui Nabi
Bukanlah perit
Seperti golongan yang membenci agama ini
Jangan sesekali

Teman
Andai dunia berada di sisi
Akan kita genggam dengan kaedah Ilahi
Kita akan menghadap Ilahi di akhirat nanti
Pasti

Risalah Cinta dari Ataktahu

Risalah cinta kuterima dua minggu lepas
Risalah indah bersulamkan wangian bunga kemboja
Bintikan menawan sumber ilham
Indah nian di persada jiwa
Membawaku menuju ke arah dunia khayalan

Risalah ini dikirimkan oleh si gadis setia
Cantik rupawan indah pekerti
Tutur katanya terjaga
Terpelihara daripada segala noda dunia
Cantik rupawan

Inilah risalah daripada alam indah
Alam yang dihuni Rasul junjungan
Alam yang kekal abadi
Alam yang menjadi sumber ilham
Alam yang didambakan manusia yang beriman
Itulah matlamat jiwa yang tenang

Dunia adalah persinggahan
Moga risalah yang kuterima ini
Bakal kupenuhi dari sudut jiwa yang mengharap
Dunia adalah persinggahan
Akhirat sana adalah tujuan
Tunggulah aku wahai gadis pujaan
Akan ku penuhi panggilanmu sayang

Salam perjuangan.

Qunut Nazilah buat Si Bathil


Qunut nazilah ini kuhadiahkan buatmu teman
Bekalan untukmu semasa berhadapan dengan Allah taala di akhirat kelak
Menjadi saksi kebatilanmu di dunia ini
Merosakkan agama Allah yang suci ini
Menghalangi jalan juang yang murni ini
Demi keuntunganmu yang semantara itu

Kau kutahu
Menggunakan sepenuh kudratmu
Untuk menghalangi rumah-rumah Allah daripada dimasuki
Kau kutahu
Menggunakan pengaruh yang kaumiliki
Untuk menekan pejuang-pejuang agama Allah ini
Kau kutahu
Mempunyai matlmat bagi memastikan agama Allah agama mati
Untuk memastikan agama ini hanya sekadar tahlil dan bacaan Yaasin
Kau kutahu
Benci dengan agama Allah ini
Walau pun zikir di bibir dan nasyid dinyanyi
Kerana kau adalah puak yang bathil
Walau pun perawakan warak dan suka kepada keagamaan

Kukirimkan doa kehancuran
Buat yang mempersia-siakan hidayah ini
Kerana kami tahu
Tiada jalan lain kecuali bingkisan doa ini
Buat mereka yang mempermain-mainkan agama Allah
Menyekat risalah ini tersebar ke merata alam
Merendah-rendahkan para penegak kalimah Allah di muka bumi ini

Maka
Dengan ini
Kami berbesar hati
Ingin menghadiahkanmu teman
Doa sejati
Doa mustajab
Doa daripada Nabi yang ummi
Doa yang mengiringi para penegak kalimah Ilahi
Doa yang mampu menghalangi dirimu
Daripada terus berkuasa

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka


Maka inilah hadiahku kepadamu teman
Untuk dijadikan pedoman serta panduan kepada generasi mendatang
Kebatilan tidak akan sama sekali menang
Kamu memilih kebatilan 
Sekali gus kamu menolak kebenaran
Maka inilah bingkisan buatmu teman
Kami berlepas tangan di harapan Maha Penguasa 
Kami dah menyebarkan salam
Kau menyebarkan sialan
Inilah hadiah buatmu teman
Buat bekalan jalan pulang
Dan pedoman bagi puak yang mendokong kebatilan

7.11.10

Kenapa Bodoh Sangat?



Da'ie Sebagai Pendengar yang Baik


"Kenapa bodoh sangat? Mereka lebih percaya kepada puak-puak munafik itu daripada diriku," kata seorang kenalan.Membuta-tuli. Memegang kepalanya menandakan dirinya mempunyai masalah.


Aku menghampirinya. 


"Kenapa akhi?," tanyaku.


"Ana pening kepala akh memikirkan masalah ana ni. Banyak fitnah dan tohmahan yang dikenakan kepada diri ana ketika ini.Ramai pulak yang bodoh, percaya dengan khabar angin ini," ujarnya.


"Fitnah apa? Tohmahan apa?," ujarku sambil menenangkannya.


"Pasal wanita. Pasal janji. Konon-kononnya ana ada couple dengan seorang perempuan ni lah, ana dikaitkan dengan perempuan inilah. Janji tak tepatilah. Macam-macam," terang beliau.


"Jadi, adakah semua tuduhan terhadap enta tadi tidak benar?," soalku.


"Akhi, ana pun manusia biasa. Lakukan juga kesilapan. Namun, takdelah sampai ana bercouple-couple ni. Pasal janji tu, ana akui ana lupa. Ana pun manusia biasa," terang beliau.


"Akhi, sabarlah. Inilah dugaan kuat bagimu. Usahlah berduka. Janji Allah adalah segala-galanya," terangku kepadanya.


Aku menggeleng-gelengkan kepala mengenangkan nasib yang menimpa sahabatku ini. Seorang yang thiqah atas ilmu agamanya, dipercayai dan dihormati oleh masyarakat kampus.

Namun, ada juga orang yang mahu bermusuh dengannya. 




Berita Daripada Orang Fasik


Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat : 6)
Ayat di atas menjelaskan satu kejadian di zaman Nabi. Ketika itu Al Harits menghadap Nabi. Dan Nabi mengajaknya masuk ke dalam Islam. Al Harits pun bersyahadah masuk ke dalam Islam. Nabi mengajaknya untuk membayar zakat.
Al Harits menyanggupinya dan berkata: “Ya Rasulullah, aku akan pulang kepada kaumku dan mengajak mereka masuk Islam dan membayar zakat. Aku akan mengumpulkan zakatnya. Jika telah tiba waktunya, kirimlah utusan untuk mengambil zakat.”
Akhirnya Nabi mengutus Al Walid bin ‘Uqbah untuk mengambil zakat pada Al Harits. Namun sebelum sampai di tempat, Al Walid takut dan akhirnya pulang dan memberi laporan palsu pada Nabi. Katanya Al Harits tidak mau membayar zakat bahkan mengancam akan membunuhnya.
Kemudian Nabi mengirim utusan yang lain untuk menemui Al Harits guna memeriksa kebenaran berita itu. Di tengah perjalanan, utusan tersebut bertemu Al Harits  beserta sahabatnya yang sedang pergi untuk menemui Nabi. Al Harits bertanya kepada utusan itu: “Kepada siapa kamu diutus?”
Utusan itu menjawab: “Kami diutus kepadamu.”
Al Harits bertanya: “Mengapa?”
Mereka menjawab: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutus Al Walid bin ‘Uqbah. Namun ia berkata bahwa engkau tidak mau membayar zakat dan bahkan ingin membunuhnya.”
Al Harits berkata: “Demi Allah yang telah mengutus Muhammad, aku tidak melihatnya. Tidak ada yang datang kepadaku.”
Ketika mereka sampai di hadapan Rasulullah SAW, bertanyalah beliau: “Mengapa engkau tidak mau membayar zakat dan ingin membunuh utusanku?”
Al Harits menjawab: “Demi Allah yang mengutus engkau dengan sebenar-benarnya. Aku tidak berbuat demikian.” Maka turunlah ayat Al Hujuraat:6 sebagai peringatan kepada kaum mukminin agar tidak mempercayai satu berita secara sepihak tanpa memeriksanya kepada kaum yang dituduh. (HR Ahmad).
Begitu juga yang terjadi kepada sahabatku itu. Perkara yang sama terjadi. Perselisihan faham dalam menaggapi sesuatu permasalahan yang timbul dijadikan sebagai hujah untuk mengenepikan haknya untuk menikmati nama yang suci dan bersih daripada segala tohmahan dan cacian.
Tambah-tambah berita itu disampaikan oleh orang yang fasik -  orang yang  menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan (al-Jurjani, At-Ta’rîfât. I/211). Sedangkan al-Manzhur lebih lanjut menjelaskan bahwa fasik (al-fisq) bermakna maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar. Fasik juga berarti menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Allah Swt. berfirman:

فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ

Mereka kemudian berbuat fasik terhadap perintah Tuhannya. (QS al-Kahfi [18]: 50).
Dalam ayat di atas, frasa berbuat fasik terhadap perintah Tuhannya artinya keluar dari ketaatan kepada-Nya.
Fasik juga berarti keluar dari kebenaran (al-khurûj ‘an al-haqq). Karena itu, fasik kadang-kadang berarti syirik dan kadang-kadang berarti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasik (fâsiq/fasîq) jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasik juga berarti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Karena itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat (al-‘âshî) disebut orang fasik (ibnu Manzhur, Lisân al-‘Arab, 10/38).
Ana berfikir kembali nama-nama orang yang menyebarkan tohmahan terhadap sahabatku itu tadi - antaranya top-10 couple dalam kampus, istiqamah menangguh-nagguhkan solat, istiqamah 'subuh gajah', sentiasa menyakiti hati teman-teman dan sentiasa mengumpat dan merendah-rendahkan orang lain.
Maka, antara si fasik dengan teman yang mungkin terkhilaf, mana satu anda lebih percayai?






Mengumpat Tanpa Hak
Mengumpat ialah menceritakan, menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui orang yang mendengarnya. Rasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud,


“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Muslim).
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat. Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Sabda Rasulullah,


“Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar di akhirat. Pada rekod amalan mereka, akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud,


“Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah, “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab, “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.
Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.




Nasihat Buat Teman


"Akhi. Bersabarlah. Inilah dugaan enta untuk mematangkan lagi diri enta dalam kehidupan ini. Tambah-tambah kita antara orang yang sudi menyahut seruan Allah untuk berdakwah melalui jemaah ini,"


"Ana kemukakan satu hadith sebagai penguat semangat enta," kataku tersenyum. 


Aku membacakan hadith tersebut.


"Senantiasa ada segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, tidak membahayakan mereka orang yang menghinakan mereka sehingga datang keputusan Allah," (H.R. Muslim).


"Maka, ana pasti, ana dan enta adalah antara golongan yang Nabi s.a.w. maksudkan dalam hadith tersebut. Bersabarlah," kataku menepuk bahunya.


Dia pun tersenyum.


"Syukran," akhirnya bingkas bangun mengambil wudhu' dan kemudian menunaikan solat sunat 2 rakaat.


"Betapa bodohnya mereka yang percaya akan sesuatu berita tanpa mengkaji secara mendalam kebenaran berita tersebut. Sesuatu beritu itu perlulah datang daripada sumber yang sahih" 
(az-Za'faraniy)