11.11.10

Qunut Nazilah buat Si Bathil


Qunut nazilah ini kuhadiahkan buatmu teman
Bekalan untukmu semasa berhadapan dengan Allah taala di akhirat kelak
Menjadi saksi kebatilanmu di dunia ini
Merosakkan agama Allah yang suci ini
Menghalangi jalan juang yang murni ini
Demi keuntunganmu yang semantara itu

Kau kutahu
Menggunakan sepenuh kudratmu
Untuk menghalangi rumah-rumah Allah daripada dimasuki
Kau kutahu
Menggunakan pengaruh yang kaumiliki
Untuk menekan pejuang-pejuang agama Allah ini
Kau kutahu
Mempunyai matlmat bagi memastikan agama Allah agama mati
Untuk memastikan agama ini hanya sekadar tahlil dan bacaan Yaasin
Kau kutahu
Benci dengan agama Allah ini
Walau pun zikir di bibir dan nasyid dinyanyi
Kerana kau adalah puak yang bathil
Walau pun perawakan warak dan suka kepada keagamaan

Kukirimkan doa kehancuran
Buat yang mempersia-siakan hidayah ini
Kerana kami tahu
Tiada jalan lain kecuali bingkisan doa ini
Buat mereka yang mempermain-mainkan agama Allah
Menyekat risalah ini tersebar ke merata alam
Merendah-rendahkan para penegak kalimah Allah di muka bumi ini

Maka
Dengan ini
Kami berbesar hati
Ingin menghadiahkanmu teman
Doa sejati
Doa mustajab
Doa daripada Nabi yang ummi
Doa yang mengiringi para penegak kalimah Ilahi
Doa yang mampu menghalangi dirimu
Daripada terus berkuasa

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka


Maka inilah hadiahku kepadamu teman
Untuk dijadikan pedoman serta panduan kepada generasi mendatang
Kebatilan tidak akan sama sekali menang
Kamu memilih kebatilan 
Sekali gus kamu menolak kebenaran
Maka inilah bingkisan buatmu teman
Kami berlepas tangan di harapan Maha Penguasa 
Kami dah menyebarkan salam
Kau menyebarkan sialan
Inilah hadiah buatmu teman
Buat bekalan jalan pulang
Dan pedoman bagi puak yang mendokong kebatilan

2 comments:

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Mungkin terlalu emosional...namun teringatku tentang sirah perjuangan nabi junjungan. Daripada fitnah yang dibawa oleh Abdullah bin Ubaiy, pembinaan Masjid Dhirar (masjid munafik), penyebaran agama Syiah oleh Abdullah bin Saba' ketika zaman Ali r.a., penyelewangan puak falsafah melalui ajaran sufisme pada zaman Itba' Tabiin, mengandaikan bahawa sunnah Nabi ini perlu dipakai kembali.

Bukan menghukum, namun demi memelihara agama ini daripada terus dipermainkan.

Inilah hadiah yang mampu kubingkiskan buat agama ini, menyatakan kesedihan terhadap kerosakan umat kini.

Aku memohon hidayah dan doa,
Moga kita semua diberi hidayah dan
mengikut hidayah itu.

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Sunnah Nabi wajib dipakai kembali.