19.11.10

Cuti Kuliah dan Pengisiannya!

Sudah hampir satu minggu aku bercuti di rumah. Seronok. Pelbagai perancangan telah bermain di fikiranku, tega untuk ku laksanakan dalam cuti yang teramat panjang ini.

Perancanganku tentang Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM), sebuah koalisi mahasiswa lokal; organisasi usrah di kampus, tarbiyah ruhiyah pelatih IPG sementelah aku tetap dilantik sebagai 'penasihat tidak rasmi' perjalanan organisasi dakwah di kampusku ini.

Kadang-kadang sangat memenatkan. Kadang-kadang bersemangat. Kepenatan itu bukanlah disebabkan keletihan jasmani, tetapi lebih kepada keletihan rohani atau ruhiyah mungkin akibat terlalu lama tidak menyentuh 'aspek tarbiyah ruhiyah' dalam gerak kerjaku itu.Namun, sekarang gerak kerjaku amat menyeronokkan dan mengujakan kerana aku serba sedikit mendapat kekuatan daripada Allah berupa serba sedikit kefahaman berkaitan dengan dakwah dan islah. 

InsyaAllah aku akan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharianku.

Kadang-kadang penyakit hati bertapak di dalam jantungku (qalbi); samada penyakit riya', takabbur, ujub, perasaan terhadap sahabiah perjuangan, dan sebagainya ; natijah kekurangan tarbiyah di dalam hidupku. Sungguh pelik seorang yang kurang tarbiyah diberi peranan untuk memegang tarbiyah, sungguh pelik!

Namun, itu bukanlah bermakna aku hipokrit. Kepada-Nya aku berserah, aku telah cuba sedaya upayaku untuk menjadi seorang hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya. Aku harap doa aku ini diterima.

Ya, cuti ini amat panjang. Aku dijangka 'terpaksa' melibatkan diri dalam kerja-kerja mengecat rumahku, selain cuba memenuhi masa mudaku ini untuk menuntut ilmu bersama ulama' -ulama' (Maulana Asri, Maulana Shaari, Ustaz Naseem) dan berjuang dalam mengangkat darjat Islam melalui beberapa buah wadah yang hanya teman-temanku mengetahui.

Seronok. Mestilah seronok. Bersama teman-teman seperjuangan samada di kampung halaman mahu pun di kampus. Bezanya cuma tempat. Semangat dan gerak kerjanya lebih kurang sama. InsyaAllah akan aku gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin agar aku tidak menyesal nanti.

Daripada isu Wahhabi, Ahbashi, Sufiyah sehinggalah bida'ah, aku agak terbuka dengan menerima sebarang pandangan. Namun pandangan itu hendaklah selari dengan nas al-Qur'an dan Sunnah, itulah pandanganku setakat ini. InsyaAllah akan kukaji semada cuti ini. Semoga Allah mudahkan.

Namun, secara kesimpulannya, cuti kali ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang kurasakan berfaedah buatku. Moga segala perancangan ini berjalan dengan lancar. Salam perjuangan.


No comments: