21.12.10

Kemalangan Bas : Salah Pemandu, Syarikat atau Jalan raya?

Tergamam diriku melihat tajuk muka hadapan akhbar Sinar Harian pada hari ini (21 Disember 2010) - "NAHAS TERBURUK Bas persiaran bawa pelancong terbabas lalu melambung ke laluan bertentangan mengakibatkan 27 maut". Nahas bas lagi! 
Nahas bas yang terburuk berlaku di Malaysia ini berlaku di Kilometer 15, Jalan Cameron Highland pada pukul 11.40 pagi.Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada seorang rakyat tempatan (pemandu) dan 26 orang pelancong Thailand. 

Kemudian keluarlah pelbagai reaksi daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan kemalangan maut tersebut. Seperti biasa, masing-masing akan menunding jari antara satu sama lain. 

Namun, pihak yang selalunya ditekan dalam kes ini ialah pihak syarikat bas tersebut. Pihak syarikat bas tersebut akan disiasat oleh pihak berkuasa. Sudut kajian pihak berkuasa terhadap syarikat bas tersebut ialah lesen syarikat, lesen memandu pemandu, lesen bas, kes saman terhadap pemnadu bas, kondisi bas semasa kemalangan berlaku, kelulusan keselamatan kenderaan dan kelajuan bas dipandu. Namun kadang kala, isu cuaca menjadi faktor utama kemalangan selain mengelak kemalangan kenderaan lain.

Jarang kita dengar kemalangan-kemalangan ini dikaitkan dengan kelemahan pihak berkuasa dari sudut pengurusan jalan raya, pemantauan terhadap kenderaan (bas) dan keselamatan jalan raya itu sendiri. Seolah-olah kemalangan itu cuba dipalitkan kepada pihak syarikat bas sahaja dan sama sekali pihak berkuasa tidak bersalah sama sekali. Benarkah begitu?
Kemalangan ini merupakan kemalangan bas yang kesebelas berlaku pada tahun ini. Dari sudut logikal akal yang sihat, kita dapat menilai suatu kepincangan terhadap isu ini apabila kes ini hanya dipalitkan kepada satu pihak sahaja (syarikat pengurusan bas), dan bukan pihak 'yang satu lagi' (pihak berkuasa).

Jadi, cadangan dariku, usahlah kita asyik menunding jari terhadap orang lain. Pihak berkuasa perlu lebih serius
dalam menangani isu ini agar isu ini dapat diselesaikan dengan lebih benar kerana pihak berkuasa adalah pihak yang diberi amanah untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.





 

13.12.10

Akan Kubina Keluarga Islam

"Akhi ana dah nak kahwin"
Itulah ayat yang menerajang jiwaku
Namun kutahu engkau juga begitu
Bukanlah kerna iri
Bukan pula berkecil hati
Tambah - tambah lagi nak pengaruhi
Keperluanmu sudah tiba
Jodohmu sudah datang
Itulah impianmu
Itulah harapanmu
Itulah tersurat dalam Qada' Qadar hidupmu

Aku pula akan menyusul kemudian
Berkat jiwa selamat
Islam sebagai hakikat
Islam sebagai matlamat
Islam sebagai wasiat
Itulah diriku
Pembentukan diriku begitu
Itu yang aku mahu dalam seluruh hidupku
Termasuklah dalam melayari zaman mudaku
dalam belaian kasih seorang ibu kepada zuriatku
Melayari gelojak diri dan gelora kehidupan ini dengan redha
Redha kerna menjadikan Allah matlamat
Bukanlah sekadar untuk beranak-pinak
Jauh lagi kerna nafsu syahwat

Bagiku
Matlamat keluarga Islam ini bukanlah tepu
Memperbanyakkan pasangan merpati yang berkopiah dan bertudung labuh
Bukan sama sekali
Kerna ramai sungguh pasangan itu namun ummah masih lagi tidak terbela
Hanyut dalam buaian dunia
Tinggalkan Islam kerna keluarga
Bukan sama sekali

Bagiku
Matlamat keluarga Islam ini berperanan besar
Menyatukan pasangan yang benar (haq)
Menyerahkan diri mereka sebetul-betulnya pada Islam
Memegang panji Islam damai di dalamnya
Dengan redha sabar
Menginfakkan seluruh hidup mereka dan keluarga
Dalam perjuangan yang biasa
Jalan yang dilalui Salaf yang mulia
Kewajipan bagi  seorang muslim yang beriman
dan Berakal sempurna
Dalam memahami tuntutan agama
Inilah matlamat keluarga Islam
Pada pemahamanku
Pada hematku
Itulah matlamatku

Akan kubina keluarga Islam
Kerna kutahu inilah kewajipan
Selaku seorang hamba dan khalifah Yang Maha Esa

(Nukilan khas buat pasangan haraki yang menginfakkan seluruh hidupnya pada jalan Allah s.w.t.)

Surat Cinta dari Timur

Wahai temanku
Wahai impian 
Ingin kukhabarkan sesuatu
Sesuatu yang teramat penting buat dirimu
Dan diriku jua
Amat bermakna
Sangat bermakna
Jiwa sentosa

Islam ini mengajarku erti dewasa
Matang dalam berbicara 
Matang dalam berkelakuan
Matang dalam memahami hakikat kehidupan
Kerana ini sudah diterangkan dalam Kitab dan Sunnah junjungan
Moga kita lebih memahaminya

Wahai temanku

Kepenatan terasa bergerakerja
Membawa panji Islam di serata
Di kampung halaman persis 
bergerakerja di kampus pengajian
Malah kurasakan lebih menduga jiwa raga
Kerna aku benar-benar berhadapan dengan masyarakat 
Pelbagai ragam
Pelbagai daya fikir
Pelbagai amalan agama

Namun
Kutak merasakan itu bebanan
Kerna ini amanah diberikan kepadaku
Memegang tanggung jawab sebagai seorang khalifah
Seorang pejuang agama-Nya
Seorang penyeru kepada agama-Nya
Dan 
Seorang hamba-Nya

Temanku

Moga Allah berikan kekuatan kepada kita
Memikul Islam yang sungguh tenat kini
Bukan kerana sifat Islam itu
Namun kerana kebodohan umat Islam
Membiarkan Islam dilacur sedemikian rupa
Neraka jawabnya

Temanku

Aku hanyalah manusia biasa
Sama sepertimu
Namun aku mudah berbicara
Mudah juga bergerakerja
Kerana kutahu Islam itu adalah dunia
Bukan sekadar akhirat di sana
Salam perjuangan dariku
Buat teman di sana

(Nukilan ini ditujukan khas buat para penggerak Pertubuhan Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM) yang mengerahkan seluruh jiwa raga untuk mendaulatkan Islam di bumi Mulong. Malah, ditujukan juga nukilan ini kepada penggerak Islam di mana-mana jua tempat di dunia.)

30.11.10

Mahasiswa Islam sebagai Agen Perubahan Masyarakat




1. Matlmat tarbiyah adalah untuk melahirkan masyarakat Islam yang boleh bergerak dan tidak layu dalam masyarakat yang lebih luas dan pelbagai.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.                                             (Ali Imran : 110)


2. Masyarakat yang mendapat tarbiyah ini mampu menjadi suri tauladan kepada seluruh anak muda dan segenap lapisan masyarakat dengan gerak kerja Islam yang mantap.

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.                                                                                                               (al-Ahzab: 21)



3. Kelemahan dari sudut pengurusan organisasi Islam di kampung halaman (institusi masjid dsb) boleh dijadikan dalil untuk menidakkan kewajipan kita dalam memegang panji Islam di lokaliti.

Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada tauladan yang baik bagimu; (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (pahala) Allah dan (keselamatan pada) Hari Kemudian. Dan barangsiapa yang berpaling, maka sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha kaya lagi Maha Terpuji.                                                                                           (al-Mumtahanah:6)



4. Kewajipan menyebarkan Islam tidak hanya terletak pada bahu-bahu sesetengah kelompok sahaja (contoh: kelompok kepimpinan), tetapi terletak pada bahu semua. 

Semua kamu adalah gembala (pemimpin). Semua kamu akan bertanggung jawab terhadap rakyatnya (kepimpinannya).                                                                              (H.R Bukhari, Muslim)



5. Seronok melihat kebangkitan Islam di tangan anak-anak muda yang tegar dalam menyebarkan Islam di tengah-tengah masyarakat yang kian rosak mutakhir ini.

Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.                                                                                                                 (al-Kahfi:13)

Akan wujud segolongan daripada umatku yang berani melahirkan kebenaran. Tidak akan memberi mudarat kepada mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya hingga datangnya perintah Allah.                                                                                               (H.R. Bukhari)


6. Kita adalah pendokong bagi gerakan ini. Biarlah 'amanah' untuk sekadar jadi 'penyokong' ini digalas oleh pihak-pihak yang kurang ilmu dan amalnya. Namun, ini tidak bermakna kita melebihi mereka dari sudut ilmu dan amal kita.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."  (al-Baqarah : 30)



7. Gerakerja berjemaah adalah wasilah (jalan), bukanlah matlamat. Matlamat kita adalah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t..

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.                                                                                                                                  (az-Dzariyat :56)

Wajiblah kamu bersama-sama jamaah Muslimin dan pemimpin mereka. 
                                                                                                                                    (Muttafaqun 'alaih)

19.11.10

Cuti Kuliah dan Pengisiannya!

Sudah hampir satu minggu aku bercuti di rumah. Seronok. Pelbagai perancangan telah bermain di fikiranku, tega untuk ku laksanakan dalam cuti yang teramat panjang ini.

Perancanganku tentang Gabungan Mahasiswa Mulong (GMM), sebuah koalisi mahasiswa lokal; organisasi usrah di kampus, tarbiyah ruhiyah pelatih IPG sementelah aku tetap dilantik sebagai 'penasihat tidak rasmi' perjalanan organisasi dakwah di kampusku ini.

Kadang-kadang sangat memenatkan. Kadang-kadang bersemangat. Kepenatan itu bukanlah disebabkan keletihan jasmani, tetapi lebih kepada keletihan rohani atau ruhiyah mungkin akibat terlalu lama tidak menyentuh 'aspek tarbiyah ruhiyah' dalam gerak kerjaku itu.Namun, sekarang gerak kerjaku amat menyeronokkan dan mengujakan kerana aku serba sedikit mendapat kekuatan daripada Allah berupa serba sedikit kefahaman berkaitan dengan dakwah dan islah. 

InsyaAllah aku akan cuba mengamalkan dalam kehidupan seharianku.

Kadang-kadang penyakit hati bertapak di dalam jantungku (qalbi); samada penyakit riya', takabbur, ujub, perasaan terhadap sahabiah perjuangan, dan sebagainya ; natijah kekurangan tarbiyah di dalam hidupku. Sungguh pelik seorang yang kurang tarbiyah diberi peranan untuk memegang tarbiyah, sungguh pelik!

Namun, itu bukanlah bermakna aku hipokrit. Kepada-Nya aku berserah, aku telah cuba sedaya upayaku untuk menjadi seorang hamba-Nya yang benar-benar beriman kepada-Nya. Aku harap doa aku ini diterima.

Ya, cuti ini amat panjang. Aku dijangka 'terpaksa' melibatkan diri dalam kerja-kerja mengecat rumahku, selain cuba memenuhi masa mudaku ini untuk menuntut ilmu bersama ulama' -ulama' (Maulana Asri, Maulana Shaari, Ustaz Naseem) dan berjuang dalam mengangkat darjat Islam melalui beberapa buah wadah yang hanya teman-temanku mengetahui.

Seronok. Mestilah seronok. Bersama teman-teman seperjuangan samada di kampung halaman mahu pun di kampus. Bezanya cuma tempat. Semangat dan gerak kerjanya lebih kurang sama. InsyaAllah akan aku gunakan masa yang ada ini sebaik mungkin agar aku tidak menyesal nanti.

Daripada isu Wahhabi, Ahbashi, Sufiyah sehinggalah bida'ah, aku agak terbuka dengan menerima sebarang pandangan. Namun pandangan itu hendaklah selari dengan nas al-Qur'an dan Sunnah, itulah pandanganku setakat ini. InsyaAllah akan kukaji semada cuti ini. Semoga Allah mudahkan.

Namun, secara kesimpulannya, cuti kali ini turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang kurasakan berfaedah buatku. Moga segala perancangan ini berjalan dengan lancar. Salam perjuangan.


11.11.10

Renungan


Teman
Jangan kita anggap jalan ini hanyalah jalan biasa
Jalan kita hanya untuk kita dapat pahala
Jalan yang tidak perlukan kita berusaha
Jalan yang biasa-biasa sahaja yang mampu ditempuhi semua

Teman
Inilah jalan ciptaan Ilahi
Dilalui para Nabi dan golongan salafi
Membawa manusia mengenal Rabbi
Membawa manusia cintakan Ilahi
Inilah jalan yang kita lalui

Sebenarnya
Usah kita katakan kita dah berusaha
Menegakkan kalimah Allah dan meninggikannya
Ironisnya kita masih gagal 
Membawa diri kita menghadami risalah ini

Kutahu teman
Jalan dakwah yang kita lalui ini sangat berat
Namun teman
Andai kita penuhi diri kita dengan noda dan dosa
Maksiat bermaharaja lela
Kebersihan hati tidak dijaga
Sangat berat lagi jalan ini
Bukan kerana beratnya jalan dakwah ini
Kernanya dosa di sisi Ilahi
Rabbi

Teman
Aku berbicara ini
Atas dasar akhi yang menginsafi
Jadikanlah diri kita pejuang Rabbi
Bukan pejuang diri
Jadikanlah jalan dakwah ini indah
Walau pun perit
Jadikanlah dia manis seperti yang dilalui Nabi
Bukanlah perit
Seperti golongan yang membenci agama ini
Jangan sesekali

Teman
Andai dunia berada di sisi
Akan kita genggam dengan kaedah Ilahi
Kita akan menghadap Ilahi di akhirat nanti
Pasti

Risalah Cinta dari Ataktahu

Risalah cinta kuterima dua minggu lepas
Risalah indah bersulamkan wangian bunga kemboja
Bintikan menawan sumber ilham
Indah nian di persada jiwa
Membawaku menuju ke arah dunia khayalan

Risalah ini dikirimkan oleh si gadis setia
Cantik rupawan indah pekerti
Tutur katanya terjaga
Terpelihara daripada segala noda dunia
Cantik rupawan

Inilah risalah daripada alam indah
Alam yang dihuni Rasul junjungan
Alam yang kekal abadi
Alam yang menjadi sumber ilham
Alam yang didambakan manusia yang beriman
Itulah matlamat jiwa yang tenang

Dunia adalah persinggahan
Moga risalah yang kuterima ini
Bakal kupenuhi dari sudut jiwa yang mengharap
Dunia adalah persinggahan
Akhirat sana adalah tujuan
Tunggulah aku wahai gadis pujaan
Akan ku penuhi panggilanmu sayang

Salam perjuangan.

Qunut Nazilah buat Si Bathil


Qunut nazilah ini kuhadiahkan buatmu teman
Bekalan untukmu semasa berhadapan dengan Allah taala di akhirat kelak
Menjadi saksi kebatilanmu di dunia ini
Merosakkan agama Allah yang suci ini
Menghalangi jalan juang yang murni ini
Demi keuntunganmu yang semantara itu

Kau kutahu
Menggunakan sepenuh kudratmu
Untuk menghalangi rumah-rumah Allah daripada dimasuki
Kau kutahu
Menggunakan pengaruh yang kaumiliki
Untuk menekan pejuang-pejuang agama Allah ini
Kau kutahu
Mempunyai matlmat bagi memastikan agama Allah agama mati
Untuk memastikan agama ini hanya sekadar tahlil dan bacaan Yaasin
Kau kutahu
Benci dengan agama Allah ini
Walau pun zikir di bibir dan nasyid dinyanyi
Kerana kau adalah puak yang bathil
Walau pun perawakan warak dan suka kepada keagamaan

Kukirimkan doa kehancuran
Buat yang mempersia-siakan hidayah ini
Kerana kami tahu
Tiada jalan lain kecuali bingkisan doa ini
Buat mereka yang mempermain-mainkan agama Allah
Menyekat risalah ini tersebar ke merata alam
Merendah-rendahkan para penegak kalimah Allah di muka bumi ini

Maka
Dengan ini
Kami berbesar hati
Ingin menghadiahkanmu teman
Doa sejati
Doa mustajab
Doa daripada Nabi yang ummi
Doa yang mengiringi para penegak kalimah Ilahi
Doa yang mampu menghalangi dirimu
Daripada terus berkuasa

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka


Maka inilah hadiahku kepadamu teman
Untuk dijadikan pedoman serta panduan kepada generasi mendatang
Kebatilan tidak akan sama sekali menang
Kamu memilih kebatilan 
Sekali gus kamu menolak kebenaran
Maka inilah bingkisan buatmu teman
Kami berlepas tangan di harapan Maha Penguasa 
Kami dah menyebarkan salam
Kau menyebarkan sialan
Inilah hadiah buatmu teman
Buat bekalan jalan pulang
Dan pedoman bagi puak yang mendokong kebatilan