31.8.10

Ikhtilat : Couple atau Kawan?


Couple atau kawan?


"Bang, kami hanya kawan biasa je," pernah aku mendengar kata-kata itu diucapkan oleh seseorang. Raut wajahnya menampakkan kegugupan Aku tersenyum memandangnya. Dia tunduk ke bawah, tidak memandangku lama-lama.


Saat itu merupakan zaman gelojak kebangkitan isu couple di dalam kampus ini (IPG Kampus Ipoh). 

Ketika itu aku sedang berada di pondok pengawal, sekadar untuk menegur junior-junior yang melewati pondok pengawal itu.


Lantas aku kemukakan beberapa perkara persoalan kepadanya yang kurasakan mampu menempis 'alasan' yang diberikan olehnya itu.


"Oh, kawan. Tetapi tak seronoklah tengok jalan berdua-duaan ni. Tak tahu apa yang akan jadi kalau orang yang berbeza jantina ni berjalan berdua-duaan," kataku pantas.


Dia tunduk lagi. Mencari kad di dalam bekas kad, kononnya.


Aku tersenyum lagi.


"OK, jumpa lagi ye, insyaAllah," ujarku.


"OK bang. InsyaAllah," balasnya.


Aku terpana seketika. Couple atau kawan?


Kekeliruan Dalam Memahami Ikhtilat


Kerap kali juga isu 'kawan' dijadikan alasan untuk mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir - rakan sekelah, rakan study group, rakan satu persatuan dan sebagainya. Adakah tindakan ini dibenarkan oleh syara' iaitu bolehkah syara' menerima 'alasan' yang diberikan ini.


Namun, ada pula yang bersifat terlalu keras dalam isu ini iaitu tidak pula menjaga hubungan dengan kawan perempuan - mengenepikan rukhsah yang diberikan syara' dalam beberapa perkara berkaitan dengan ikhtilat ini seperti tidak menjaga perasaan pihak berlainan jantina dan sebagainya.




Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.


Namun, dari sudut syara', kita wajar memerhatikan beberapa persoalan berkaitan perkara ini: Adakah percampuran antara wanita ajnabi (asing) dengan lelaki ajnabi sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?


Mestilah tidak samakan.


Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (al-Isra':32)


Maka,  pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Terdapat pelbagai 'sekatan' yang perlu kita fahami untuk menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan kancah zina. Dan, semestinya zina hanya berlaku kepada seorang lelaki ajnabi dengan seorang perempuan ajnabi.


Maka kalaulah itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.


Dalil Pengharaman Ikhtilat Ini?








"..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."






[24:30]




"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.."






[24:31]




"..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..."






[24:32]





"..Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.."






[24:33]

Habis Macam Mana? Nak kawan pun tak boleh ke?













Nanti dulu. Kita tengok pandangan daripada ulama' berkaitan isu ini
Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:



Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah) Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Unsur Darurat
Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.
Apabila Wujud Keperluan atau Hajat
Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.
Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian waita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.
Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat
Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.
Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dnegan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.
Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan s
Kedua:Harus kerana keperluan(hajat) :Ulama berkata, hajat mengamb




il peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
  1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
  2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
  3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
  4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
  5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).
  6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
  7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.
  8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
  9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat­kan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
  10. Ikhtilat dalarn suasana yang teiah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.


Jadi?

Jagalah akhlak kita sebagai seorang muslim. 

Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh sama dengan orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi? Patutkah (pula) Kami menganggap orang-orang yang bertakwa sama dengan orang-orang yang berbuat ma`siat? (QS. 38:28)

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran. (QS. 38:29)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an ataukah hati mereka terkunci? (QS.47:24)

Inilah penyelesaian bagi permasalahan ini.

Wallahua'lam.

Bolehkah Kita Ikhlas Dalam Perjuangan?

Bolehkah kita ikhlas dalam perjuangan?
Menapaki jalan yang panjang ini kerana Allah semata
Menempuhi medan juang ini dengan penuh ketabahan dan ketaqwaan
Bukan mengandaikan agama milik kita semata

Ikrar pejuang dalam perjuangan
Jangan diketepikan musuh yang datang
Menongkah laut yang membadai
Dengan penuh tulus
Tanpa kepentingan
Itulah ikrar pejuang
Bukan kisah tukang cerita yang menyesakkan jiwa
Inilah perjuangan bangsa
Mendaulatkan agama di mata dunia

Perlukah kita mendoakan kesejahteraan dunia
Andai kita mengarah diri kita ke arah kehancurannya
Apabila tidak menjadikan al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan semata

30.8.10

Inilah Islam

Inilah Islam
Dizahirkan melalui perawakan
Hasil cernaan di jantung suci
Hasil benih lisan yang paling tulus
Dua kalimah syahadat

Dunia ini sangat terkesan
Kemunculan generasi salaf menerajui umat
Nabi yang ummi menjadi pelakar
Membentuk generasi Qur'an yang unik
Menjadi pedoman
Seantero maya persada

Adakah dunia akan haru biru
Andai tiada udara di serata alam?
Adakah dunia akan keliru
Andai tiada matahari dan bulan di langit?
Adakah dunia akan sangsi
Andai tiada kitab suci pewaris nabi?
Adakah dunia akan tidak peduli
Andai tiada generasi salaf untuk menjadi karekter
Menatijahkan kandungan wahyu Ilahi ke dalam realiti?
Adakah dunia akan musnah
Andai semua gunung menjadi tanah dataran?

Semua persoalan itu tidak akan mampu dijawab
Tidak wajar dijawab
Tidak boleh dijawab
Tidak seronok dijawab
Andai masih ada jiwa keji
Menutup Islam di sebalik jubah sendiri
Mengenepikan Islam bawaan Nabi
Menolak ke tepi sunnah Nabi
Membawa haluan sendiri
Aqidah dan Ibadat kepada rabbul jalil
Itulah persoalan ummat ini

Inilah Islam
Tiada kata kecuali Qur'an dan Sunnah prinsip utama
Qias dan Ijma' ulama pandangan bahagia
Menuntun ummat mengenal rahsia dua sumber suci
Menjadi khalifah Rabbi di alam ini
Inilah Islam
Tidak payah
Tidak sukar
Kecuali kepada manusia yang engkar

Aku Ingin Menjadi Lebih Dewasa

Aku ingin menjadi lebih dewasa
Ku ingin bebas daripada penjajahan kuasa
Tangan dan kata-kata

Ku ingin lari daripada perkara biasa
Ku ingin mencipta dunia yang berbeza
Ku ingin mengangkat tahap pemikiran jiwa
Ku ingin merungkai persoalan yang berada di dalam dada

Dunia ini bukanlah apa
Tiada apa-apa kecuali binasa
Namun dengan dunia inilah
Aku dewasa
Mencari makna di sebalik jiwa hamba
Namun tidak terkongkong oleh pemikiran massa
Membawa panji-panji Islam ini ke serata dunia

Aku ingin menjadi lebih dewasa
Agar semangatku sentiasa membara
Menerima hakikat kuterpaksa menggenggam dunia
Mencabar syurga di jiwa
Kembali kepada fitrah hamba
Melaksanakan amanah yang diterima
Kembali dengan jantung yang setia
Mengucap syukur kepada Tuhan yang Esa
Kembali kepada-Nya dengan wajah yang bercahaya
InsyaAllah itulah matlamat perjuangan kita

26.8.10

Kekasihku

Aku sangat menangisi kehilangannya
Bakal kehilangannya

Setelah agak lama tidak bersua
Kuterka kami agak segan-segan bertentang mata
Bersua secara berdua bukanlah perkara biasa
Bibir diucap dan bibir mengucap
Memahami maksud tersirat di balik kelat pekat malam
Suaranya indah kuamati semahu-mahunya
Membayangkan keindahan diri empunya suara

Sayangku
Sudah lama kutidak menatap wajahmu itu
Di balik hijab itu yang indah itu
Tersimpan wajah mulus
Kuitnya putih indah menawan
Meragut separuh nyawaku andai kukehilanganmu

Sayangku
Pertemuan di pantai kehidupan ini sangat bermakna buat diriku
Aku tidak mengetahui adakah engkau juga begitu
Di balik tingginya kemuliaan dirimu
Disanjung serta dijunjung
Adakah aku bisa mendapatkanmu sayangku

Kegusaran daam hati tidak terbendung lagi
Persoalan demi persoalan merajai diri
Adakah aku mampu meraih cintamu
Tuntas menghiasi kalbu diriku
Membantu diriku kembali ke fitrahku
Adakah engkau benar-benar mampu menjadi milikku
Atau bisa sahaja aku tidak layak mendapatkanmu

Sayangku
Aku tahu kita akan berpisah jua
Kerana aku tahu engkau milik Yang Esa
Izinkan aku merasai kasih sayangmu itu dahulu
Sebelum mataku berada di sekitar kapanku

Sayangku
Aku memohon kepada-Nya
Agar ku bisa mendapatkanmu
Kerana engkaulah pujaan hatiku
Pujaan seuruh manusia yang berakal
Engkaulah sayangku
Ramadhan al-Mubarak

25.8.10

Kesabaran Ada Batasnya

Tiada dendam
Tiada harapan
Cuma tinggal harapan
Aku memaafkan dirimu
kerana aku yakin dosaku terhadapmu lagi tinggi dan banyak
Aku berdoa supaya Allah berikan kebenaran pada lidahmu
Doaku seumpama doa Imam Ahmad bin Muhammad
Imam mazhab kita

Tiada namun di sini
Aku sudi memaafkanmu
Kuharapkan perkara yang sama daripadamu

Sebenarnya
Aku sudah terlalu bosan dengan perkara ini
Kelemahan berulang dan terus berulang
Kau tidak nampakkah sahabat di sisi
Merana diri termasuklah aku di sini
Kau tidak nampakkah keperluan menghormati orang lain
Di sisi
Bukan sekadar dijadikan teman untuk memback up kita
Tetapi teman sejati
Teman akhirat
Tidak nampakkah?

Teman
Andai aku berundur daripada jalan dakwah ini
Satu yang kuminta agar kau refleksi diri
Jangan ulangi kelemahan silam
Engkau akan tahu kenapa sebabnya nanti

Kelemahan terus berulang
Sudah jenuh penuh putus dah kufikirkan
Adakah aku adalah pengacau kepada gerakan Islam ini
Aku akan berdosa

Namun
Aku semakin letih teman
Menghadapi perjuangan ini berseorangan
Sedangkan kau diam membantu di atas bahtera ini
Bisu mengerling dari kejauhan
Melihatku dan beberapa orang teman yang tidak berguna ini
Hanyut di dalam kayak karam
Tiada kata taujihat
Tiada kata semangat yang diberikan
Hanya kerlingan yang diberikan

Maaflah temanku
Aku tidak mengetahui adakah ini merupakan penulisan terakhirku kepadamu
Namun sekadar ingatan teman
Selepas aku pergi
Adakah kau meyakini akan ada seseorang di sini
Membantumu memuhasabah diri
Tugasan yang berat yang kupikul selama ini
Untuk menjaga ukhuwwah ini

Maafkanlah aku teman
Tguran yang membina
Janganlah bersifat ideologi kuku besi
A pilihan engkau maka A lah jawapannya
Aku dan teman-temanku adalah manusia
Kami tidak rela diperkuda
Diperhamba digunakan untuk kepentingan dirimu
Menaikkan diri mengikut hawa nafsu
Maafkan aku teman aku juga manusia

Walau pun aku tega mempertahankan pendirianku di balik kemungkaran
Namun aku ingan engkau tahu
Aku juga adalah manusia
Perlukan ukhuwah di sisi
Merasa diperlukan di hati
Kerana masaku itu telah kukorbankan untuk Islam bersama-samamu
Bukanlah untuk bersama teman-teman gadangan yang lain

Temanku
Hayatilah ukhuwwah ini
Aku bukanlah yang terbaik buatmu
Namun
Aku harapkan Ramadhan ini membawa 1001 perubahan
Kepada gerakan Islam kita
Andaiku gugur di sini
Usahlah kau jaja namaku sebagai pengkhianat agama
Namun jajalah namaku sebagai seorang akhi yang terkorban
Untuk membawa 1001 kebaikan untuk para pejuang yang akan datang
Ingatlah teman
Mati itu benar
Hidup itu benar
Malaikat itu benar
Allah itu benar

Allah itu maha benar

24.8.10

Dunia Adalah Penipu

Dunia adalah penipu
Bagi orang yang suka menipu
Maka dia mudah menipu
Bagi orang yang mudah ditipu
Akan terus ditipu oleh sang penipu
Maka dunia adalah penipu

Syukran Wahai Saudara...

Syukran wahai saudara...
Nta telah membantu ana mengenal erti kehidupan ini
Mengenal erti suka duka dalam menempuhi ranjau berduri
Mengenal erti hakikat duniawi
Mengenal erti hakikat perjuangan menegakkan kalimah suci ini
Dan mengenal erti ragam manusia yang sungguh unik ini
Syukran wahai saudara...

Syukran wahai saudara
Kerana dikaulah peneman kepada diri musuhku
Tatkala aku diterjah badai fitnahan dan momokan
Engkaulah antara yang mengerti
Tanggung jawab engkau adalah untuk menyebarkannya
Bukanlah bersama-samaku mengharungi suka duka orang yang diuji

Syukran wahai saudara
Aku pernah diuji dengan wanita
Engkau telah membantuku dengan menyebarkannya
Bahkan hatimu yang mulia itu telah mengeluarkan kata-kata nista
Bersenda untuk mempersenda
Syukran kerana bersama-sama mempersenda

Syukran wahai saudara
Tatkala aku diuji dengan teman-teman seperjuangan
Engkau ada disampingku
Turut menekan dan mempersendaku
Pada hakikatnya aku tahu engkau pun mengerti
Teman-teman seperjuanganku itu bukanlah nabi
Membentuk kelompok terasing
Mengamalkan assabiyah diri
Tetapi syukran kerana bersama-sama mereka cuba memujukku
Untuk meninggalkan jalan juang yang suci ini

Syukran wahai saudara
Aku pernah diuji dengan teman daripada Sungai Petani
Fitnahan dan nistaan dihamburkan
Aku berbangga kerana memilikimu teman
Kerana engkaulah antara penjilat beliau
Mempercayai dan membawa berita itu ke seluruh alam
Menjadi agen kedamaian
Menyebarkan fitnah yang binasa
Dan engkaulah yang setia menyebarkan berita itu sepanjang masa

Syukran wahai saudara
Kerana sedia membebatkanku
Disamping melukakan pula hatiku
Tatkala ku diuji dengan kepanasan yang tinggi
Di musim H1N1
Batuk, demam dan selesema
Kau sentiasa berada di sisi
Tiada kata semangat yang dilontarkan
Ku percaya ku akan dapatnya andai aku tidak mengenalimu
Syukran wahai saudara

Syukran wahai saudara
Kerana besarnya sumbanganmu dalam Islam
Menidakkan perananku dalam bersama-samamu
Menggerakkan tarbiyah ruhiyah ahli
Aku tidak tahu kenapa
Peranan murni engkau untuk menidakkan perananku itu
Diberikan alasan "Takpe, ana bergurau sahaja"
Itu merupakan satu alasan yang terbaik
Kepada orang yang mempunyai banyak kelebihan menjilat
Tidak berpendirian
Mencemarkan namaku di hadapan ketua yang kusegan
Menidakkan tahajud, buah fikiran dan sumbangan masa yang kuberikan
Untuk membawamu kembali menghayati tanggung jawabmu itu
Menggerakkan tarbiyah ahli

Syukran wahai saudara
Kerana banyak memberi dorongan kepadaku
Tatkala ku diuji dengan mama kesayanganku yang gering
Engkau di sini
Bermasam muka tidak mengerti
Kepulanganku di kampung halaman meninggalkan tugasanku itu
Difahami engkau sebagai satu kebaikan
Untuk menunjukkan reaksi wajah yang seumpama Abu Jahal
Engkau mengerti
Bahawa aku bukanlah perlu untuk difahami
Walau pun mama kesayanganku itu terpaksa kupapah sepanjang masa
Itulah amanahku di rumah
Terhadap kedua ibu bapaku
Terlalu rendah nilainya kepada orang yang berkepentingan

Syukran wahai saudara
Ujian kegagalan dalam peperiksaan bukanlah satu impian
Menerbitkan satu perasaan gagal dalam dalam diri
Terima kasih teman kerana sentiasa di sisi
Di sisi orang lain yang boleh memberikanmu tuntunan nafsu nafsi
Sedangkan jiwaku meronta
Mengharapkan motivasi dan taujihad teman sejati
Bersama-sama mencari keredhaan Ilahi
Tetapi maaf saudara
Engkau tidak pernah berkata "Takpe, teruskanlah usaha"
Tetapi engkau tega berkata "Malam ni ada meeting, jangan tak hadir pulak,"
Hebat benar engkau teman
Hebat benar ukhuwwah kita
Kurasakan lebih baik sikit daripada ukhuwwah Ibn Saba dan Ali a.s.
Hebat benar ukhuwaah kita

Syukran wahai saudara
Aku diuji lagi dengan wanita bukan Islam
Engkaulah penyelamatku
Menasihati diriku untuk kurangkan wajahku di hadapan
Menegakkan amar makruf nahi mungkar
Besarnya jasamu pada Islam ya akhi

Syukran wahai saudara
Aku diuji dengan beberapa siri kemalangan
Syukran kerana menjadi agen penyebar
Musuh-musuh dakwahku saban waktu menggelakkanku
Sedangkan kau bermasam muka kepadaku tatkala aku tidak menyenangi tindakanmu itu
Keaibanku terserlah
Kata-kata hinaan terserlah
Hebat dirimu itu
Agak sukar bagiku untuk menyatakan betapa pandainya dirimu itu

Syukran wahai saudara
Aku baru sahaja kehilangan moyang tercintaku
Sangat-sangat kucintai
Allahyamah sangat berbakti kepadaku
Mengajarku erti fadilat Yaasin
Bukan sekadar bacaanmu di malam Jumaat itu
Tetapi sunnah untuk si sakit dan si mati
Lebih baik daripada amalanmu itu
Namun kukorbankan masaku untuk mengabulkan permintaanmu
Sedangkan aku sangat inginkan dia di sisi
Melihat wajahnya buat kali terakhir
Akhir kata
Tiada satu pun ungkapan takziah yang didapati
Hebat ukhuwwah kita akh
Sangat bertentangan dengan akhlak sahabat nabi
Sangat bertentangan
Aku sangat mengerti engkau lebih mengerti

Besarnya sumbangan dirimu kepada diriku
Mengajarku erti nifak dan ukhuwwah bathil
Mengajar diriku erti kerosakan andai agama sekadar di bibir
Bukan di hati bukan di dalam diri
Mengajar diriku bahayanya agama andai berada di tangan individu
Sangat bahaya
Teman
Terima kasih atas segalanya
Izinkan aku mengundurkan diri daripada penulisan ini
Kerana aku tahu engkau bukanlah jenis yang suka mengerti
Syukur Allah tidak bersifat manusia
Kita akan dihisab di akhirat nanti
Kita akan dinilai nanti
Ingatlah teman aku nasihati
Ketepikanlah kepentingan dirimu
Kerana aku risau ujub yang ada pada dirimu
Mengangkat dirimu setinggi Tuhan yang esa
Ingatlah teman
Aku doakan agar kita akan diberikan hidayah
Dan taufiq dalam menggapai redha-Nya
Selamat berjuang

23.8.10

Untukmu Kader Dakwah

Pada malam tadi aku telah diberi amanah untuk menyampaikan kuliah daam satu liqa' kubra kumpulan usrah di IPG aku ini. Kuliah tersebut ialah "Dakwah Islamiyah & Amar Makruf Nahi Munkar".

Dukacitanya kehadiran semalam sangat mendukacitakan. Ramai anak usrah menguzurkan diri atas pelbagai alasan - kadang-kadang alasan yang diguna pakai sudah dapat kami para nuqaba' agak - sekadar alasan ringkas untuk menguzurkan diri.

Aku berbaik sangka dengan adik-adik ini. Namun, bagi pihak kami perlu banyak lagi penambah baikan bagi pelaksanaan liqa' kubra ini, kelemahan pelaksanaan usrah ini tidak wajar diletakkan kepada adik-adik yang bagiku sungguh muda dalam mengenal erti dakwah dan Islam ini. 

Aku mengerti benar perkara ini.

Seperti biasa beberapa orang dalam kalangan adik-adik usrah kami 'ada kerja'. Aku sukar mengerti apakah yang mereka fikirkan. Adakah ilmu agama bagi mereka adalah murah? Bimbingan dan ukhuwwah yang diberikan oleh para nuqaba' selama ini adakah tidak cukup bagi menjadikan mereka golongan yang bersyukur? Adakah sukar untuk meraikan program tarbiyah yang dikendalikan oleh para nuqaba' yang bersengkang mata bagi memastikan mereka tergolong dalam kalangan yang tidak leka? Inilah sikap umat Islam sekarang terhadap nikmat yang Allah s.w.t. berikan selama ini.

Teringat aku akan pengalamanku dahulu yang sanggup memperuntukkan masa untuk mencarir pengisian dalaman. Sekarang, sumber pengisian yang ada. Adakah kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur?

Namun, biarlah keikhlasan kami dalam memegang panji-panji Islam ini menjadi saksi ketaqwaan yang mendalam menggerakkan risalah Islam di bumi ini. Moga Allah berikan kekuatan kepada kami. Amin.
 

21.8.10

Dakwah, Tarbiyah dan Tauliah... (Siri 2)

Kerap kali aku berjumpa dengan seseorang yang suka menggelarkan diri mereka 'pendakwah', 'golongan dakwah', 'da'ie', 'golongan haraki' dan sebagainya. Situasi ini mengingatkan diriku akan sekelompok manusia di Pulau Pinang yang secara terang-terang menggunakan label 'Ahli Sufi' untuk memperkenalkan cara hidup mereka. Aneh! 

Sebenarnya tanggung jawab untuk menyebarkan dakwah bukanlah terdiri daripada kelompok yang ekslusif. Bahkan sebenarnya merujuk terus kepada kelompok yang bergelar 'umat Muhammad'.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. (Ali Imran: 110)

Bahkan Allah s.w.t. juga telah berfirman:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Al-Baqarah: 104).

Kemudian, aku membelek lagi al-Qur'an, dinyatakan.

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As-Soff: 14)

Beberapa helaian al-Qur'an lagi menarik perhatianku.

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
(Fussilat:33)

Ya, Allah, banyak lagi dalil-dalil dakwah dalam kitab-Mu ini.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."(Yusuf:108)

Indahnya kitab-Mu ini. Ada lagi dalil.

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan. (Al-Ma'idah: 35)

Maka, aku tersenyum. Aku adalah seorang pendakwah walau pun tanpa tag nama kerana aku adalah orang Islam dan umat Islam wajib berdakwah.