5.9.12

Nasihat kepada Saudaraku Golongan Salafi...

Aku menghormati segala pandanganmu. Aku menghargai komitmenmu pada perjuangan menegakkan al-Qur'an dan sunnah itu. Aku juga turut merasai perasaan ghairab untuk menaikkan panji-panji Islam dalam masyarakat.

Namun, nasihatku saudaraku. Perjuangan ini bukanlah perjuangan 'alif ba ta'. Perjuangan menegakkan syariat ini bukan sekadar melaungkan slogan 'memba

smi bida'ah'.

Saudaraku, Islam tidak pernah tertegak dengan kata-kata. Sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra juga menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan Islam ini adalah melalui 'revolusi dan perjuangan darah-air mata' dan bukanlah sekadar menjadi seorang optimis dan kemudian goyang kaki. Bahkan, bukan pula menjadi seorang pengampu dan penjilat regim yang memerintah - guna atas nama 'ketaatan kepada pemerintah'.

Saudaraku, aku menghargai kewujudan kelompokmu. Namun, benar2 harapkan agar engkau tidak pula menjadi musuh kepadaku dan teman2 yang menekankan aqidah perjuangan Islam dalam segenap ruang yang ada yang matlamat kami hanyalah untuk mendapat redha Allah. Benar, kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kelemahan. Engkau juga ada kelemahan. Begitu juga orang yang engkau ampu itu.

Adakah hatimu tertutup untuk menilai kaca dan permata - antara seorang muslim yang menjaga amalan dan mempasakkan seluruh gerakerja hidupnya pada Islam dengan seorang muslim yang fasik, kaki K-Pop, tidak menutup aurat, menyebarkan budaya porno, menghalalkan apa yang haram di sisi Allah, menganjurkan program2 yang bertujuan memalingkan masyarakat daripada Islam dan paling teruk menghina syariat Allah?

Gunalah akal dan qalbumu. Janganlah kamu menjual agama dengan harga yang murah. Allah swt tidak pernah mensifatkan seseorang sebagai anjing kecuali kepada orang yang berilmu tetapi menyembunyikan ilmunya itu semata2 untuk kepentingan peribadi.

Akhir kalam, aku benar2 berharap agar penyatuan Islam bermula daripada sifat berlapang dada antara pendokong Islam. Utamakanlah pihak yang menjadikan Islam sebagai matlamat dan bukan pula dengan pihak yang khianat pada Allah dan rasul-Nya. Siyasah syar'iyyah menekankan pelaksanaan kepimpinan berlandaskan syariat dan bukannya bertindak sebagai pengampu sepanjang zaman. Sekadar penulisan ringkas. Teguran terbuka. Harap boleh terima sepertimana engkau mengharapkan orang lain menerima nasihatmu.

Tribut : Salafi Mesir (yang menentang Ikhwanul Muslimin) dan Salafi Malaysia (yang menentang PAS).