14.9.11

Sukarnya Menjadi Seorang yang Berpendirian

"Akhi...enta perlu tegas sikit terhadap ahli bawahan enta supaya mereka patuh kepada enta," kata seorang teman.

"InsyaAllah," balasku.

Minggu depan menjelma.

"Akhi, enta terlalu tegas terhadap ahli bawahan, takut mereka tertekan," kata teman tadi.

"Bahagian mana ana tegas?," balasku.

"Hmm....," ragu jawapannya.

"Ana diberi amanah oleh orang ramai dalam kepimpinan ini. Ana patut lakukan terbaik berdasarkan kemampuan ana," balasku.

"Ya lah. Tetapi tindakan enta menyebabkan ahli tertekan," jawabnya.

"Tindakan apa?," tanyaku.

"Tengok, belum habis jawapan lagi nak potong. Enta ni memang keras dan tak makan saman," katanya emosional.


4.9.11

Produk Muslim : Semakin Hilang Serinya?

Suatu Ketika Dahulu


"Alhamdulillah. Mujurlah ada kedai yang menjual produk halal buatan 100% muslim ni di sini. Jarang nak dapat ni," kata seorang pakcik tua semasa kami berbual di kaunter KOHALAL Medan Gopeng, Perak. Aku dan temanku, pekerja kedai itu tersenyum.


"Alhamdulillah. Ya, pakcik. Kita sampai peringkat wajib dah mengutamakan produk-produk muslim ini sementelah inilah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi membantu memantapkan ekonomi umat Islam di Malaysia kita ni," tambahku.


Temanku lantas menambah, "InsyaAllah pakcik, kalau begitu lain kali datanglah lagi ye,". Katanya tersengih-sengih.


"InsyaAllah," balas pakcik tadi tersenyum. Di sebelahnya mungkin isterinya dan dibawa juga anaknya yang dipanggil "Boy" itu.


Ya. Aku rasa sudah terlalu lama aku menyuarakan perkara ini kepada khalayak media baru (blog, facebook), namun aku rasa tidaklah banyak perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita kecuali terdapat tanda-tanda kemerosotan pencapaian korporat dalam kalangan industri produk muslim ini.



2.9.11

"Sukarnya nak Bawa Islam..."

"Sukarnya nak bawa (tegakkan) Islam..." keluh seorang pakcik tua di sebelahku.

"Ya, kenapa pakcik?," balasku seumpama ingin menyusup ke dalam hatinya.

"Itulah...pakcik tengok sukar nak bawak Islam ni. Kita tengoklah masyarakat kita la ni tak nak kepada Islam. Nak salah kepada deme (mereka) tak bleh juga pasal pemimpin pun kacau bilau...," bingkas pakcik itu seumpama seorang pemidato melontarkan hujahnya.

"Ya, pakcik. Tengoklah anak muda la ni. Yang datang ke kuliah ni pun tak ramai orang muda, (hampir) kebanyakannya orang yang berumur. Nilah negara kita pakcik....," telahanku sekadar menyatakan pandangan selain ingin menerka secara mendalam pemikiran pakcik ini.

"Isy, betul tu. Dunia...dunia....," geleng kepala pakcik itu. Keluar satu keluhan kuat dari dadanya membayangkan keperitan menjarah fikiran dan hati nuraninya tatkala memikirkan suatu persoalan ummah. Bukan apa dan siapa, dia orang tua. Perlu banyak berehat dan khatam Quran sekali dua lagi namun persoalan sebesar ini yang difahami dan dicerna oleh orang yang 'tak punya apa-apa'. Dia boleh saja menghabiskan masanya di pondok buruknya mengaji al-Quran atau pun mendodoikan cucunya di rumah yang serba indah, namun dia memilih untuk berpanas hujan di tempat ceramah ini semata-mata bagi menghindarkan dirinya tidak ketinggalan dalam isu-isu ummah. 


22.4.11

Lemah Semangat

Lemah Semangat

 "Sheikh, ana lemah semangat sekarang ini...," kata seorang teman.


"Kenapa akhi?," soalku.


"Entahlah. Rasa lemah semangat,"


"Punca?," tanyaku.


"Entahlah, ana tak tahu," jawabnya.

21.4.11

Antara Perniagaan Muslim dan Tanggung Jawab Ummah!

"Barang keluaran umat Islam ini agak mahal harganya," kata seorang teman.

Aku tersenyum. 


Teringat ubat gigi HPA berharga RM5.00 berbanding ubat gigi Colgate yang berharga RM4.50 dengan tambahan tulang haiwan (kalsium) lagi. 'Tambahan' 50 sen untuk 'perisa tambahan'.

"Ana rasa ana nak buat perniagaan yang boleh memberikan umat Islam ini sumbangan dari sudut mengurangkan harga jualan produk halal," katanya lagi.

Baguslah cadangan tu.

16.4.11

Wanita : Perlu banyak berhati-hati!

Pandangan 


"Dunia semakin nak kiamat Abe," kata seorang adik usrahku. 


Terkejut. 


"Kenapa akhi?," balasku kepadanya yang agak menonjol dari sudut 'tafsiran duniawinya'.


"Kita tengoklah sekeliling kita, gejala sosial banyak. Buang anak merata, zina dan pergaulan bebas melanda. Hari itu Fiq tengok pelajar M*ktab keluar berdua-dua naik kereta sekali, dua-dua. Macam-macam. Kes rogol semakin meningkat pun mereka tak berhati-hati lagi. Tak fahamlah Abe camno?," terangnya semula.


Aku tersenyum gembira. Ini kerana hasil tarbiah yang dititipkan oleh Biro Kerohanian mendatangkan hasilnya iaitu melahirkan golongan yang 'celik' dan golongan pemuda yang ingin bangkit menyatakan kebenaran dan ingin membawa perubahan.

15.4.11

Usrah Mestilah Menyeronokkan!!!

"Camne bang nak uruskan usrah?" kata adik usrahku yang baru sahaja ditaklifkan sebagai 'naqib'.

Aku yang memiliki dua pandangan berbeza : percakapan aku tidak semestinya isi hati aku.

Hati : "Handlelah, apa susah?,"

Percakapan : "Nak uruskan kumpulan usrah, mudah sahaja. Enta kena rapat dengan deme, selalu menjadi tempat rujukan mereka, selalu menjadi pendamping mereka dan selalu meluangkan masa dengan deme,"

"Contoh?," kata adik usrahku.

"Nta buat apa yang nta rasa nta dan mereka seronok buat : barbeku, mancing, main bola dsb. Banyakkan aktiviti," balasku.


11.4.11

Antara Hujan dan Airmata

Hujan ini menggamit kenanganku beberapa tahun lalu. Menunggu ketibaan saudara kembarku dari luar, seakan menyeksakanku. Aku masih ingat kenangan kami semasa kecil - hampir tidak pernah berpisah. Daripada kelas yang sama, sehinggalah setiap detik, setiap ketika kami akan berada di tempat atau waktu yang sama. Sangat sukar untuk melihat kami berada di dua tempat atau waktu yang berbeza.


Inilah hubungan akrab antara diriku dan kembarku. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Beseri menyaksikan 'perpisahan' kami. Kami dipisahkan selama beberapa bulan setelah kembarku itu berhenti daripada pengajiannya di MRSM itu disebabkan masalah kesihatan - lelah dan resdung. Maka, aku yang masih berada di situ menghabiskan sisa beberapa bulan berpisah dengannya dari sudut tempat dan waktu. Ku teringat, pengalaman itu sangat menyeksakanku walau pun kami ibarat kucing dan anjing - suka bertengkar ringan. Aku ditaklifkan dengan beberapa jawatan di sana, berjaya mengangkat namaku di mata cikgu2 dan rakan2.

Namun, keterikatan yang kuat antara aku dan kembarku menyebabkan diriku mengenepikan semua itu - mengambil keputusan yang sama untuk berhenti pengajian daripada MRSM dan 'kembali' ke Sultan Ismail College (SIC). Tindakan itu kuambil selepas setahun berada di MRSM iaitu pada Tingkatan 5 aku sudah bergelar pelajar di SIC.

Walau pun keputusanku meninggalkan MRSM dikaitkan dengan perasaan kecewa dengan sikap sesetengah 'orang agama' yang tidak 'menyokong orang agama', namun aku redha meinggalkan segala kenangan manis di MRSM - Rugbi cuba sambung legasi senior, Sofbol yang baru diperkenalkan, Kelab Kembara yang dibimbing guru penasihat yang selalu keluar dalam TV dalam program kembara, Kadet Polis yang sempoi dan BADAR yang 'menyokongku dari belakang', serta teman2 karib seperti Hazman, Fatimah, Fikri, Edi, pasangan kembar Meor, Hanis, Vallerie, Jeevan dan sebagainya.

Kenangan Batch 20, tahun 2004 - 2005 terus terpahat di dalam diri. Moga Allah berkati kami semua. Syukran semua!

27.2.11

Kehidupanku di Kuale...

Praktikum 3 

Alhamdulillah.

Hari ini (27/02/2011) kiranya dekat sebulan aku berpraktikum di Kuala Kangsar, Sekolah Kebangsaan Bendang Kering. Praktikum ke 3 ini akan mengambil masa 12 minggu untuk diselesaikan.



Sekolah yang terletak di Sayong ini merupakan sekolah katogeri luar bandar dengan jumlah murid 178 orang. Murid-muridnya terdiri daripada Melayu kecuali 25 orang Asli suku kaum Temiar.

Setiap tahun hanya ada sebuah kelas dengan jumlah murid bagi setiap kelas lebih kurang 24 - 28 orang.

Aku ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris bagi Tahun 2 dan Matematik bagi Tahun 4.

Guru Besar di sekolah ini sangat komited dengan tugasan. Guru Besar Cemerang yang pernah membawa sekolah lamanya di Chemor mendapat pengiktirafan ISO merupakan seorang yang tegas dengan pendirian dan agak sosial orangnya. Seorang yang akrab dengan jemaah Masjid Bendang Kering, Masjid Sayong dan Masjid Ridzwaniyah merupakan seorang yang pandai masak dan mempunyai pemikiran dan cita-cita yang kadang-kadang sukar difahami oleh guru-guru di sini. Namun aku menghormati beiau sebagai satu juzuk watak dalam pembentukan diriku sebagai seorang guru.


3.2.11

Antara Tuan Guru dan Maha Guru

Celoteh si kerdil menyatakan
Manakah lebih berharga
Antara Tuan Guru dan Maha Guru
Aku berkata
"Apakah bezanya?"
Jawabnya
"Banyak bezanya"
Aku menung
Mengenangkan maksud beliau itu

Tuan Guru
Seorang pemerintah adil
Mentadbir sebuah negeri kecil
Di Timur sana itu
Menjadi khalifah yang menerapkan kefahaman Islam
Dalam pemerintahan dan jiwa nurani rakyat
Beliau dikagumi kerana kefahaman agamanya
Bukan penguasaan bahasa Inggerisnya
Bukan janji-janjinya
Bukan penampilannya
Dia adalah insan mulia
Menterjemahkan al-Qur'an dan Sunnah dalam hidupnya
Mengamalkan seluruh prinsip Nabi dalam pemerintahannya
Bijak mentadbir menggunakan pendekatan Sunnah
Dia jujur dengan Tuhannya

Maha Guru
Dia seorang berfikiran jauh
Meranduk serta mencambuk
Menggunakan kudrat untuk berkuasa
Menguasai wilayah dengan kata-kata
Dipuji kerana ketangkasan akal
Namun
Agak suka menekan
Memaksa rakyat menanggung kesan
Fikirannya agak kelam tentang agama pilihan
Baginya kaumnya adalah bangsa pilihan
Diangkat Tuhan diantara semua kaum di dunia
Tidak faham

Antara keduanya manakah pilihanmu
Tanyalah dirimu sendiri

(Ditujukan khas buat Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tun Dr. Mahathir Mohamed)

Kisah di Mesir bukan Sejarah

Kisah di Mesir bukanlah sejarah
Sekadar mengulangi kisah-kisah silam
Pemerintah digulingkan

Rakyat menggulingkan
Sekadar cetusan hati rakyat yang ingin melihat
Agama didaulatkan pemerintahan diislahkan


Terusan Suez ini menjadi saksi
Kezaliman tidak terperi
Pemerintah yang boyot dengan harta makar
Melalui hari-hari dengan senyuman
Tika sana kanak-kanak kelaparan
Kota Kaherah menjadi saksi penderitaan mereka

Hancur sudah pemerintahan baath
Nasionalis Arab bertunjangkan kemegahan Firaun
Sekadar peringatan buat semua pemerintah
Tolak Islam semuanya melarat


Beberapa ketika dahulu
Anwar Sadat pernah mewarnai dunia ini
Dibunuh digantikan dengan si petualang yang satu ini
Memerintah negeri ini dengan penuh kenistaan
Membolot kekayaan dan pengaruh setempat
Ingin melihat negeri ini tidak tergugat

Al-Azhar ini menjadi saksi
Sheikh mereka disekat dan dikekang
Ilmu mereka hanyalah kepada hukum ahkam akhirat
Tiada berani disentuh hal ehwal setempat
Punca al-Qaradhawi disambut hangat di Qatar
Mempertahankan ketinggian ilmu daripada disebat
Si bathil bernama Hosni Mubarak

Kisah di Mesir bukanlah sejarah
Sekadar mengulangi kisah-kisah dalam kitab
Menceritakan semula perjuangan ikhwah akhawat
Ikhwanul Muslimun nama keramat
Membawa panji Islam menenggelamkan baath
Menjadi penangan buat di pengkhianat agama
Menekan Hamas dan Gaza melalui sekatan
Gaza
Mesir akan mendakapimu



Kemenangan Islam kian hampir
Tidak atau suka kena terima hakikat
Dunia ini adalah perjuangan
Dunia ini adalah sementara
Islam adalah matlamat
Islam adalah hakikat
Islam adalah agama benar
Bukannya baath

Berkuburlah nasionalis Mesir
Kamu akan melihat berbangkitnya al-Banna kedua
Bangkitnya Syed Qutb ketiga
Enkau akan lihat bukan satu, dua atau tiga
Bahkan seluruh masyarakat adalah orang yang tegar
Bangkit menyatakan pendirian
Bangkit menyatakan kebenaran
Bangkitlah Islam bersama-sama roh para syuhada
Doa seluruh muslimin mengiringimu
Mesir bumi al-Azhar dan anbia

Marhaban ya Islam
Marhaban ya Ikhwan
Marhaban ya syababul Islam
Marhaban ya pendamba Ma'thurat
Marhaban ya Misr
Islam kian bangkit
Menerjah ke pelosok hati ke bumi
InsyaAllah
Salam ke atasmu
Para syuhada

Aku akan mengiringimu kemudian...