27.2.11

Kehidupanku di Kuale...

Praktikum 3 

Alhamdulillah.

Hari ini (27/02/2011) kiranya dekat sebulan aku berpraktikum di Kuala Kangsar, Sekolah Kebangsaan Bendang Kering. Praktikum ke 3 ini akan mengambil masa 12 minggu untuk diselesaikan.



Sekolah yang terletak di Sayong ini merupakan sekolah katogeri luar bandar dengan jumlah murid 178 orang. Murid-muridnya terdiri daripada Melayu kecuali 25 orang Asli suku kaum Temiar.

Setiap tahun hanya ada sebuah kelas dengan jumlah murid bagi setiap kelas lebih kurang 24 - 28 orang.

Aku ditugaskan untuk mengajar Bahasa Inggeris bagi Tahun 2 dan Matematik bagi Tahun 4.

Guru Besar di sekolah ini sangat komited dengan tugasan. Guru Besar Cemerang yang pernah membawa sekolah lamanya di Chemor mendapat pengiktirafan ISO merupakan seorang yang tegas dengan pendirian dan agak sosial orangnya. Seorang yang akrab dengan jemaah Masjid Bendang Kering, Masjid Sayong dan Masjid Ridzwaniyah merupakan seorang yang pandai masak dan mempunyai pemikiran dan cita-cita yang kadang-kadang sukar difahami oleh guru-guru di sini. Namun aku menghormati beiau sebagai satu juzuk watak dalam pembentukan diriku sebagai seorang guru.






Terdapat 21 orang guru di sekolah ini. Di sini, aku memainkan peranan seorang yang ramah dan sentiasa bersama-sama guru-guru lain dalam setiap aktiviti yang mereka adakan.

Mungkin pengalaman baruku, aku melihat bahawa guru di sini (mungkin boleh diwakilkan dengan sekolah luar bandar yang lain) merupakan kelompok yang bersatu antara satu sama lain, namun dari sisi yang lain kurang bersosial antara satu sama lain di luar waktu kerja 5 petang. Ini merupakan pengalaman baruku. Faktor penyebabnya mungkin disebabkan oleh kurangnya tekanan kerja di sini (selain melayan tuntutan visi dan misi pentadbiran) dan keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan sekampung berbanding rakan sejawatan.

Mungkin benar telahan aku, mungkin silap.


Situasi ini sangat berbeza dengan pengalaman praktikumku di 2 buah sekolah yang lepas di Ipoh iaitu S.K. Methodist (ACS) Ipoh dan Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam.




Tetapi, tiada masalahku di sini kecuali desakan untuk melakukan yang terbaik dalam praktikum ini didorong oleh perasaan bahawa ini merupakan praktikumku yang terakhir serta guru-guru dan pensyarah-pensyarah bimbingan aku ini merupakan kelompok yang sangat komited dengan tugasan mereka. Guru pembimbing matematik aku adalah seorang Jurulatih Utama (J.U.) Kuala Kangsar, guru Bahasa Inggeris merupakan seorang yang karismatik. Begitu juga para pensyarah pembimbing subjek Matematik dan Bahasa Inggerisku merupakan para pensyarah yang 'terkenal' dengan pemikiran kritis dan sentiasa mahukan yang terbaik dalam setiap 'persembahan' aku di dalam kelas.

InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik!



Tempat Tinggalku


Aku tinggal di Kuarters Institusi Pendidikan (K.I.P.) Kg. Basong, kira-kira 5 km daripada sekolahku di Sayong.

Seronok tinggal di KIP ni.

Hanya 800 m daripada Bandar Kuala Kangsar, 50 m daripada KOHALAL Kuala Kangsar (yang telah dijual hak milik, bukan lagi milik KOHALAL Medan Gopeng), 1 000 m (1 km) daripada Masjid Ridzwaniyah dan 1 800 m daripada Masjid Ubudiyah, kehidupanku di sini dianggap 'mini' berbanding kehidupanku di Ipoh yang memerlukan kumemecut DBF 3170 (no plat motoku) ke tempat-tempat tujuan.

Sepanjang kuberada di KIP ini, aku cuba menghidupkan Surau al-Muhtadeen, tempat solat bagi KIP Kg Basong. Bagiku, aku ingin menjadikan Surau ini bukan sekadar tempat solat, tetapi pusat Islam di Kg Basong. Ini kerana surau ini merupakan satu2nya surau yang ada di kampung ini sementelah surau asal kampung ini di dalam penambaikan bangunan.

Agak melucukan, Surau Kg Basong hanya terletak lebih kurang 10 m sahaja daripada Surau al-Muhtadeen.

Aku tinggal di kuarters ni bersama-sama 3 orang teman - seorang sekolah yang sama denganku dan 2 orang lagi berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Sayong - 1.2 km daripada sekolahku di Bendang Kering.

Hari-hari pagi kami diserikan dengan aktiviti perlumbaan ke sekolah merentasi Sungai Perak (sangat tidak ada kerja). Itulah kehidupan seharian kami di Sayong.





Pengisian Rohani


Pengisian rohani amat penting bagi diriku kerana roh ibarat tubuh yang perlu dibelai, diambil peduli dan ditatang bagaikan minyak yang penuh. Tanpa penekanan terhadap pengisian ini, seseorang itu akan kurang komited terhadap amanahnya sebagai hamba Allah di muka bumi.

Setakat ini yang aku mampu lakukan ialah dengan mewajibkan diriku menunaikan solat fardhu secara berjemaah di Surau al-Muhtadeen, selain menghadiri Kuliah Hadith setiap malam Isnin di Kg Talang. Kitab yang ditekankan dalam kuliah ini ialah Sahih Bukhari - sebuah kitab yang paling sahih di sisi Ahlu Sunnah Wal Jamaah selepas al-Qur'anul Karim. Seronok pengisian oleh ustaz ini, seorang yang agak zuhud, muka bercahaya dan rendah diri - ciri-ciri yang selalu ada pada para ulama' hadith yang kukenali termasuklah Maulana Asri Yusof, seorang ulama' hadith dari Kelantan.



Selain itu, aku turut menghadiri kuliah Maghrib di Masjid Ridzwaniah. Saban hari masjid ini menjemput penceramah haraki untuk menyampaikan taujihatnya terhadap orang yang berakal.

Selain itu, aku akan mengendalikan 2 kumpulan usrah anak muda di sini - satu taklifan yang kuterima dengan hati yang terbuka. Moga tanggung jawab dakwah ini tidak akan sama sekali menjadi fitnah terhadap diriku di sini.

No comments: