3.2.11

Antara Tuan Guru dan Maha Guru

Celoteh si kerdil menyatakan
Manakah lebih berharga
Antara Tuan Guru dan Maha Guru
Aku berkata
"Apakah bezanya?"
Jawabnya
"Banyak bezanya"
Aku menung
Mengenangkan maksud beliau itu

Tuan Guru
Seorang pemerintah adil
Mentadbir sebuah negeri kecil
Di Timur sana itu
Menjadi khalifah yang menerapkan kefahaman Islam
Dalam pemerintahan dan jiwa nurani rakyat
Beliau dikagumi kerana kefahaman agamanya
Bukan penguasaan bahasa Inggerisnya
Bukan janji-janjinya
Bukan penampilannya
Dia adalah insan mulia
Menterjemahkan al-Qur'an dan Sunnah dalam hidupnya
Mengamalkan seluruh prinsip Nabi dalam pemerintahannya
Bijak mentadbir menggunakan pendekatan Sunnah
Dia jujur dengan Tuhannya

Maha Guru
Dia seorang berfikiran jauh
Meranduk serta mencambuk
Menggunakan kudrat untuk berkuasa
Menguasai wilayah dengan kata-kata
Dipuji kerana ketangkasan akal
Namun
Agak suka menekan
Memaksa rakyat menanggung kesan
Fikirannya agak kelam tentang agama pilihan
Baginya kaumnya adalah bangsa pilihan
Diangkat Tuhan diantara semua kaum di dunia
Tidak faham

Antara keduanya manakah pilihanmu
Tanyalah dirimu sendiri

(Ditujukan khas buat Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tun Dr. Mahathir Mohamed)

2 comments:

Anonymous said...

Takbirr!!al ulama warithatul anbiyaa'

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Antara ulama' dan umara'...kedua-duanya perlu bersekali. Kedua-duanya perlu melengkapi. Ulama' tanpa amal bermasalah, umara' tanpa amal pun bermasalah. Kurangkanlah masalah kita.