30.11.09

GEMPAR!!!! SEJADAH RUKU'!!!. (Bahagian Ketiga)






 Gambar tempat Kejadian

KOTA BHARU 1 Dis - Gempar! Itulah yang dapat dibayangkan melalui satu fenomena aneh yang dikatakan
berlaku di beberapa buah tempat yang berbeza iaitu fenomena sejadah bersolat. Namun, terdapat 'keistimewaan' bagi peristiwa kali ini kerana dikatakan sejadah tidak berada dalam keadaan tahiyat (seperti lazimnya dilaporkan oleh berita massa), sejadah kali ini berada dalam KEADAAN RUKU'!!!

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah penempatan masyarakat Melayu campuran Jawa-Pattani di sini. Kejadian misteri ini dikatakan berlaku pada 28 November yang lalu.

Tuan rumah kejadian, Adek Nick (bukan nama sebenar) telah berkata, kejadian hujan lebat berlaku beberapa hari yang lalu di Kelantan sehingga menyebabkan masyarakat Kelantan lebih suka duduk di rumah menikmati pisang goreng bersama teh O panas.

Saksi kedua, Juhha (bukan nama sebenar) atau nama sebenarnya Mohd Zulhaimi bin Mohd Naim telah berkata "Saya sebenarnya baru sampai ke tempat kejadian semasa kejadian aneh ini berlaku. Ketika ini, di ruang tamu (tempat kejadian) ada saya, Adek Nick dan seorang teman saya lagi Ahmad Hisammudin bin Razaki sedang menikmati juadah biskut kering dan air teh O yang disediakan oleh tuan rumah (Adek Nick).

Seketika kemudian, semasa kami sedang berborak-borak, kedengaran bunyi deruman yang kuat bermula dari halaman rumah sehingga menggegarkan gegendang telinga kami. Rupanya, abang kepada saksi tersebut telah pulang ke rumah dengan menunggang CBRnya. Kemudian.....

Pintu terbuka dan terpacul di muka pintu wajah abangnya yang telah kami kenali sejak kecil lagi sambil mengucapkan salam. Kami menjawab salam tersebut. Kami semua bangun bersalaman dengan beliau,"



Saksi kedua, Juhha (bukan nama sebenar)

Menurut seorang lagi saksi, Ehse (bukan nama sebenar), sahabat karib Juhha semenjak dari kecil, telah mengulas berkaitan fenomena ajiab ini dengan penuh perasaan sekali.

"Saya benar-benar meyakini peristiwa ini dilakukan oleh Nenek Kebaya! Ini merupakan perbuatan makhluk ini yang dikatakan marah apabila sejadah ini kerap kali digunakan sebagai selimut oleh segelintir penghuni rumah terbabit yang dikatakan menggunakan sejadah ini sebagai selimut semasa tidur di ruang solat di hadapan sana," tunding beliau ke arah satu lagi sudut rumah terbabit. Beliau yang mempunyai serba sedikit ilmu berkaitan makhluk ghaib ini bekerja sebagai Mandor di sebuah kilang permainan kanak-kanak di Kawasan Perindustrian K*bang K*rian, di sini.

Apabila ditanya, bagaimanakah beliau benar-benar yakin derngan dakwaan terbabit. "Saya selalu menonton drama seram "Nenek Kebaya" yang disiarkan di TV3 setiap Isnin sampai Khamis bermula jam 4.30 petang. Tengoklah, rugi tak tengok. Banyak ilmu baru berkaitan makhluk ghaib yang kita akan dapat melaluinya, seronok! Saya pun tahu (berkaitan perkara ghaib ini) melalui drama tersebut," ujar beliau sambil tersenyum.



Gambar saksi ketiga Ehse


Berikut merupakan beberapa gambar ekslusif tenpat kejadian yang menggemparkan ini.


 Gambar Adek Nick sedang berdoa selepas solat Zohor untuk kecemerlangan sepupunya dalam peperiksaan SPM yang  sedang berlangsung. Dok sebelah dia sejadah itu.










KIRI - TAKJUB!!! Gambar sejadah ruku' pada pandanngan hadapan.














KANAN - Gambar sejadah berkenaan yang ruku'














KIRI - Pandangan sisi sejadah ruku'


Apa yang penting, masyarakat kita memang suka percaya benda-benda pelik ni. Sepertimana kisah sebenar yang diakui oleh satu sumber yang dipercayai, rupanya kejadian sejadah yang dikatakan solat itu yang berlaku di beberapa buah surau sekolah dan kampung itu sebenarnya disusun oleh budak-budak sebagai satu bentuk gurauan berdasarkan kisah sejadah solat yang berlaku di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas, Kelantan.

Di sebuah sekolah yang terletak di Kg. Belukar berhampiran Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan, tindakan rotan dikenakan kepada 3 orang murid sekolah rendah terbabit kerana dikatakan terlibat dalam menyusun sejadah-sejadah tersebut di surau sekolah rendah terbabit. Kisah terbabit juga dilaporkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah oleh pihak pentadbiran sekolah. Saya rasa sepatutnya pihak pentadbiran sekolah dan orang-orang dewasa yang percayakan kisah tersebut lebih afdal dirotan disebabkan kecerdikan mereka mempercayai benda-benda khurafat tersebut. Kenapa haris persalahkan murid yang dikatakan kurang akal tersebut sedangkan orang dewasa yang dikatakan berakal itu pun lebih kurang cerdiknya dengan budak-budak. Hai...

GEMPAR!!!! SEJADAH RUKU'!!!. (Bahagian Kedua)

BM         : Alhamdulillah kembali lagi kita kepada sesi temubual saya dengan seorang saksi kejadian sejadah
                 solat...name...

AN          : Adek Nick (sambil mengepal tapak tangan kemarahan)

BM          : Oh, Adek Nick.

AN           : Hmm... saya rasa ada kekuranganlah kaedah penulisan saya ni...panjang sangat. Boleh saya
                   gunakan kaedah penulisan berita?

BM            : Ikut mu lah, kijo mu ke nih. Bakpo tanyo aku pulok! (Ikut kamulah. Inikan kerja kamu.
                    Kenapa tanya aku pula! (haha)

AN             : Haha...

Ok...sambung Bahagian 3.






 Gambar Sejadah Ruku'!


..........................................................sambung Bahagian 3..........................................................................

GEMPAR!!!! SEJADAH RUKU'!!!. (Bahagian Pertama)

KOTA BHARU 30 Nov - Sangat menggemparkan! Penuh 'realiti' dan persoalan yang membingungkan fikiran!Itulah perkataan yang mampu dipaculkan daripada lidah keramat masyarakat marhaen yang dijangkiti dengan isu yang sangat mengesankan ini. Kejadian ini berlaku di beberapa buah tempat di negara kita.


Antaranya ialah Surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut (Pasir Mas, Kelantan), Surau Maahad Ar-Rahman Kenali (Kubang Kerian, Kelantan), Madrasah Kampung Gual Pasu Hantu (Rantau Panjang, Kelantan), Masjid Kristal (Kuala Terengganu, Terengganu) dan Surau Kampung Air Tawar (Merlimau, Melaka).


Terdapat beberapa kesimpulan berdasarkan kes-kes yang telah dicatatkan iaitu kebanyakan kejadian ini berlaku di Kelantan (mungkin ada kena mengena dengan perlawanan bola sepak hari itu?) dan kesemua kes yang dicatatkan ini sangat memberi kesan terhadap masyarakat dari sudut meramaikan kehadiran masyarakat ke persekitaran kawasan kejadian sementelah kisah-kisah mistik menjadi hidangan harian di kaca-kaca TV dan pawagam mutakhir ini (hai, pelik betul...).

 
Pelbagai pandangan dikemukakan oleh ramai pihak seperti para dukun (pengamal perubatan tradisional) , tok lebai, penebar roti canai, penganggur kehormat, sehinggalah ahli agama setempat, pelbagai hujuh-hujah dikemukakan namun kadang-kadang agak melucukan.


Dalam Majalah Mastika keluaran Disember 2009 telah memuatkan satu artikel berkaitan fenomena ini di bawah tajuk "Sejadah Bersolat di Malam Lailatul Qadar". Penulisan ini membongkarkan satu  lagi kisah terbaru berkaitan fenomena ajaib ini yang dikatakan berlaku di sebuah rumah di K*mpung N*lam P*ri, Kota Bharu Kelantan (dirahsiakan demi menjaga ketenteraman awam).


Namun, apa yang menariknya, kisah sejadah bersembahyang pada kali ini bukanlah pada postur tahiyat akhir (seperti yang dilaporkan dalam kes-kes sebelum ini), namun sejadah ini ditemui dalam postur ruku'!!!




Gambar saksi pertama : Adek Nick (bukan nama sebenar)


Menurut saksi pertama kejadian ini iaitu Adek Nick, kejadian ini dikatakan berlaku pada 28 November yang lepas di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Beliau merupakan tuan rumah tempat kejadian merangkap seorang pengkritik sosial yang berjaya.


Berikut merupakan sebahagian wawancara pihak Buletin Masyarakat melalui wartawannya Saifuddin Abdullah (bukan nama sebenar) dengan Adek Nick (juga bukan nama sebenar) bertempat di kediaman rasmi beliau pada 30 November 2009 yang lepas. Temubual ini bermula pada pukul 9.00 pagi.

Buletin Masyarakat
(BM)                       : Boleh saudara...(nak panggil apa ni?)

Adek Nick (AN)     : Adek Nick..Panggil je Adek Nick. Kan dah 3 kali ana bagitau.

BM                          : Oh.... (mencatat nama di buku nota) Saudara Adek Nick ceritakan serba sedikit          
                                  kejadian yang telah menggemparkan masyarakat ini?

 AN                          : "Pada malam kejadian, saya tidur awal. Sebelum tidur, saya telah membentang
                                   -kan tilam di bahagian ruang tamu rumah saya tersebut sebelum memperuntukkan
                                   masa saya untuk menggosok gigi di dapur. Itulah rutin harian saya sebelum tidur,"

BM                          : Berbalik kepada soalan asal saya tadi, macam mana, lagu mano jadi mugo ni?

AN                           : Haha. Tadi sekadar mukadimah je. Haha (beliau ketawa besar).

BM                           : Haha (turut ketawa besar)

AN                            : Kejadian ini... (wajah bertukar muram), berlaku semasa saya sedang menelaah
                                   sebuah kitab yang sudah lama ingin saya habiskan, namun tidak kesampaian
                                   disebabkan oleh kesuntukan masa. Kitab itu saya beli di Pulau Pinang, sebelah                                                KOMTAR. Pernah sampai ke Pulau Pinang?

BM                             : Eh, pernah. Banyak kali jugak.

AN                             : Oh, buat apa sana?

BM                             : Hari tu saya pergi melawat adik saya di sana. Seronok jugak dok sana. Tempat     
                                     lawa. Haha. (ketawa).

AN                             : Haha. Pernah sampai KOMTAR? Ke dah sampai Pantai Bersih ni? Hehe.
                                    (katanya sambil mengenyitkan mata).

BM                             : Pernah sampai. Seronok sana! Hai, tau-tau dia ye. Hehe.

Maka, sesi temubual ini berlangsung dengan lebih santai. Fokus perbincangan pula mencapah kepada isu-isu mutakhir seperti isu Royalti Minyak Kelantan, isu peragut yang dibelasah penduduk di Kampung Belimbing, yang dimuatkan dalam akhbar watan, Sinar Harian dan isu-isu keluarga...

Temubual ini disambung pada pukul 2.00 petang hari yang sama.

BM                             : Alhamdulillah. Selesai sudah menjamu selera. Terima kasih Saudara....

AN                              : Adek Nick. Adek Nick. Adek Nick. (beliau mengulang perkataan itu sebanyak 3
                                     kali).


BM                              : Oh, Adek Nick ye?

AN                               : Iya.


...........................................bersambung Bahagian 2............................................................................









14.11.09

Pidato Mahasiswa II

Sudut ini seumpama menerka
Detik sejarah yang berlalu bagaikan gah
Menghambat diriku  daripada realiti massa
Sedetik bersama dunia seakan merenggut jiwa noda
Menzahirkan diriku di persada dunia

Di persada ini dunia mengiktiraf diri
Meragut kerinduan pada sang petapa yang menunggu
     malam menerjah
Penuh gusar menunggu lambaian bayu pagi
Sepertinya gelodak ombak petang
Kedua-dua berlari mencerpelai
Dunia semasa memerlukan seorang pemuda
yang gagah kuasa

Kudengar bisikannya
Luluh pintu jiwaku tatkala mendengar firasatnya
Mentakwil dunia dengan ketaqwaan
Suaranya menerjah seantero persada
Meluahkan gerobak jiwa yang setia
Merindu alam yang binasa

Suara gemuruh disambut dunia
Menggenggam maya dengan tangan biasa
membulat tekad menguasai arena dunia
Itulah janji seorang mahasiswa

Hakikat Dunia

Hakikat dunia
Mesti ada yang binasa
Jiwa menerjah kepalsuan
Bingit menempuh dunia yang fana
Letih dalam membayangkan segala
Apa yang pasti
Dunia bukanlah baqa'

Aku berada di medan ini
Meneropong seluruh persekitaranku
Membayangkan indahnya dunia
Sehingga kuterlupa Tuhan
Kau berkuasa atas segala-galanya
Membayangkan nikmat pancaindera dan khayalan
Bukanlah mudah untuk dibezakan
Setiap titik wajib ada penafsiran berbeza

Ya Tuhan
Aku redha atas segala-galanya
Aku berserah kepada-Mu
Aku redha terhadap segala ketentuan-Mu
Inilah hakikat duniawi
Kefasikan terserlah dengan kepayahan yang memanjang
Izinkanku sujud kepada-Mu
Membayangkan kepasrahanku
Mengatasi segenap ruang kekuranganku

Kaulah Tuhanku
Pentadbir seluruh alam ini

Aku Ingin Berbicara dengan-Mu Tuhan

Sayogia diri
Tenang dalam membayang kitab yang kuhadami
Jerit perit tahajud masih membekas dalam sanubariku
Zikiran masih bermain di bibir
Dingin pagi mengusik jiwaku
Maha Suci Allah!
Lantas
Hembusan angin pagi seumpama membisikkan al-Ma'thurat
Indah
Tenang dalam membayangkan
Pagi yang berlangsung terus menerpa diriku dengan sebarang pertanyaan
"Adakah aku bisa ketemu Tuhan?"
Mencari redha Sang Pencipta buana
Maha
Tega dalam segala-galanya
Itulah nikmat seorang hamba

Mencarik persoalan di benak orang-orang jahil
Itulah natijahnya
Daku yang penuh dengan dosa noda ini terus membayangkan
Aku akan kembali kepada-Nya
Adakah daku sudah bersedia?
Mendepani hari-hari yang tidak pasti

Inginku
Menukar hati dan mindaku yang telah rosak
Mencernanya menjadi sesuatu yang baharu
Agar kudapat menumpukan seluruh hidupku
Dalam gerhana cintaku terhadap-Mu
Membayangkan nikmat-Mu kepadaku
Sungguh
Sungguh banyak tidak terkira
Maka aku ingin berbicara dengan-Mu Tuhan
Menzahirkan seluruh persaan syukur
Yang termampu cuma
Luahan secebis perasaan akibat segala kelemahan manusiawi
Aku pasrah
Aku tahu
Diriku yang penuh noda ini hanya mengharapkan belas ihsan-Mu

Maka sudilah Kau bertemuku yang Allah

11.11.09

Warkah Kematian

Pertemuan pertama itu
Mengungkapkan jawapan bagi seluruh permasalahan
Diriku terkesima
Sukar membayangkan sesuatu
Tega lidahku berbicara
Menusuk naluri kemanusiaan yang direnggut
Fatamorgana hati mati
Tinggalkan kubersama realiti
Itulah hakikat kehidupan
Mengenalikehidupan dari kaca mata Tuhan

Gerak gempita dunia dirasakan
Seluruh tubuhku menggigil
Kurasakan seluruh jasadku tidak berguna lagi
Ketakutan yang amat membayangkan lembaga yang mendatang
Di sebalik sebakan musuh tangisan teman
Aku berbicara sendiri
"Apakah seterusnya?"
Tangisan ibu dan bingitan Yaasin
Doa dan sedekah Fatihah
Tidak sama sekali kuhiraukan
Bahkan lidahku
Jiwaku
Penglihatanku
Seakan memandang saat mendatang yang tidak pasti

Akan amalan menjadi pembela
Qur'an dan solat malam menjadi peneman
Saat mendatang yang tidak pasti
Ke syurga atau ke neraka
Liang yang sempit membayangkan segala
Aduhh! Sukar untukku bayangkan

Ya teman
Ingatlah mati itu pasti
Azab kubur itu pasti
Seksaan Munkar Nakir itu pasti
Yang tak pasti adalah kesudahan kita
Sekadar menikmati sepoi angin di dalamnya
Atau
Bahan yang membara
Sekadar menanti masa yang tidak lama
Sebelum akhirat menjelma

Kembalilah kepada Allah dan rasulNya