22.2.14

Isu PBS : Perlu Kajian Segera!

Himpunan 222 Mansuhkan PBS.

Pada hemat saya isu pendidikan tidak wajar dipolitikkan namun pihak berwajib sewajarnya perlu mengkaji dasar sesuatu sistem pendidikan sedalam-dalamnya sebelum diimplementasikan di sekolah.

Pandangan kelompok pelaksana sistem iaitu guru perlulah juga diambil perhatian kerana merekalah 'front line' yang akan memastikan keberkesanan perjalanan sistem ini.

Tindakan ini penting agar masa depan anak bangsa tidak dipertaruhkan dalam kajian demi kajian yang lebih bersifat teorikal berbanding praktikal.




21.4.13

PRU 13 : Pemutus Kata Bicara

Sudah heboh sekalian Malaysia bahawa buang undi PRU 13 akan dijalankan pada 5 Mei 2013.

Tiada niat nak kempen sesiapa, namun nasihatku pilihlah pimpinan yang amanah, tekun, tiada kepentingan dan ikhlas kerana Allah menggunakan kudratnya untuk menjadikan Malaysia lebih baik.

Namun, jika calon bukan muslim, tiada masalah untuk menyokong mereka (pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, Yusod al-Qaradawiy) andai kurang mudarat berbanding calon muslim yang lebih banyak mudarat.

Selamat berjuang dalam mengahadapi PRU13 sahabatku. Moga Allah permudahkan segala urusan kita.


5.9.12

Nasihat kepada Saudaraku Golongan Salafi...

Aku menghormati segala pandanganmu. Aku menghargai komitmenmu pada perjuangan menegakkan al-Qur'an dan sunnah itu. Aku juga turut merasai perasaan ghairab untuk menaikkan panji-panji Islam dalam masyarakat.

Namun, nasihatku saudaraku. Perjuangan ini bukanlah perjuangan 'alif ba ta'. Perjuangan menegakkan syariat ini bukan sekadar melaungkan slogan 'memba

smi bida'ah'.

Saudaraku, Islam tidak pernah tertegak dengan kata-kata. Sirah Rasulullah saw dan para sahabat ra juga menunjukkan bahawa perjuangan menegakkan Islam ini adalah melalui 'revolusi dan perjuangan darah-air mata' dan bukanlah sekadar menjadi seorang optimis dan kemudian goyang kaki. Bahkan, bukan pula menjadi seorang pengampu dan penjilat regim yang memerintah - guna atas nama 'ketaatan kepada pemerintah'.

Saudaraku, aku menghargai kewujudan kelompokmu. Namun, benar2 harapkan agar engkau tidak pula menjadi musuh kepadaku dan teman2 yang menekankan aqidah perjuangan Islam dalam segenap ruang yang ada yang matlamat kami hanyalah untuk mendapat redha Allah. Benar, kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kelemahan. Engkau juga ada kelemahan. Begitu juga orang yang engkau ampu itu.

Adakah hatimu tertutup untuk menilai kaca dan permata - antara seorang muslim yang menjaga amalan dan mempasakkan seluruh gerakerja hidupnya pada Islam dengan seorang muslim yang fasik, kaki K-Pop, tidak menutup aurat, menyebarkan budaya porno, menghalalkan apa yang haram di sisi Allah, menganjurkan program2 yang bertujuan memalingkan masyarakat daripada Islam dan paling teruk menghina syariat Allah?

Gunalah akal dan qalbumu. Janganlah kamu menjual agama dengan harga yang murah. Allah swt tidak pernah mensifatkan seseorang sebagai anjing kecuali kepada orang yang berilmu tetapi menyembunyikan ilmunya itu semata2 untuk kepentingan peribadi.

Akhir kalam, aku benar2 berharap agar penyatuan Islam bermula daripada sifat berlapang dada antara pendokong Islam. Utamakanlah pihak yang menjadikan Islam sebagai matlamat dan bukan pula dengan pihak yang khianat pada Allah dan rasul-Nya. Siyasah syar'iyyah menekankan pelaksanaan kepimpinan berlandaskan syariat dan bukannya bertindak sebagai pengampu sepanjang zaman. Sekadar penulisan ringkas. Teguran terbuka. Harap boleh terima sepertimana engkau mengharapkan orang lain menerima nasihatmu.

Tribut : Salafi Mesir (yang menentang Ikhwanul Muslimin) dan Salafi Malaysia (yang menentang PAS).

17.7.12

"Tarbiyah Harakiyah" : Antara Mitos dengan Realiti

Massa

"Ustaz tu biar dia betulkan diri dia dahulu sebelum dia TARBIYYAH orang lain!," tegas seorang artis popular terhadap seorang personaliti tv yang menukarkan 360 darjah hidupnya kepada perjuangan Islam.

"Aku mendapat TARBIYYAH oleh seorang ustaz yang berusrah dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir," kata seorang teman daripada sebuah NGO Islam.

"Kita mestilah menjaga TARBIYYAH diri kita selalu agar ada kekuatan dalam perjuangan ini," kata seorang pimpinan mahasiswa Islam.

"Usrah adalah tunjang TARBIYYAH!," tegas seorang naqibku di alam kampus dahulu.

Fikirku dahulu :

"TARBIYYAH adalah suatu BENDA YANG SUCI!,"

15.7.12

Setahun Mendirikan Baitul Muslim...

Sudah lama blog aku tak update.

"Sibuk nak kahwin," alasannya.

Alhamdulillah, sudah ada kesempatan untuk update blog, setelah fb 'mengambil alih' update status diri dan keluargaku.

Membina baitul muslim? Sungguh sukar untuk menggerakkan jiwa untuk kekal aktif dalam memimpin masyarakat sayugia diri masih teraba-raba mencari tapak hidup bersama pasangan dan 'orang baru' dalam hidup ini.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, merangkak demi merangkak. 6 bulan selepas berkerjaya, kami sudah mampu miliki semua kelengkapan rumah, kereta dan akan datang rumah sendiri. Keredhaan Allah atas segala-galanya.

14.9.11

Sukarnya Menjadi Seorang yang Berpendirian

"Akhi...enta perlu tegas sikit terhadap ahli bawahan enta supaya mereka patuh kepada enta," kata seorang teman.

"InsyaAllah," balasku.

Minggu depan menjelma.

"Akhi, enta terlalu tegas terhadap ahli bawahan, takut mereka tertekan," kata teman tadi.

"Bahagian mana ana tegas?," balasku.

"Hmm....," ragu jawapannya.

"Ana diberi amanah oleh orang ramai dalam kepimpinan ini. Ana patut lakukan terbaik berdasarkan kemampuan ana," balasku.

"Ya lah. Tetapi tindakan enta menyebabkan ahli tertekan," jawabnya.

"Tindakan apa?," tanyaku.

"Tengok, belum habis jawapan lagi nak potong. Enta ni memang keras dan tak makan saman," katanya emosional.


4.9.11

Produk Muslim : Semakin Hilang Serinya?

Suatu Ketika Dahulu


"Alhamdulillah. Mujurlah ada kedai yang menjual produk halal buatan 100% muslim ni di sini. Jarang nak dapat ni," kata seorang pakcik tua semasa kami berbual di kaunter KOHALAL Medan Gopeng, Perak. Aku dan temanku, pekerja kedai itu tersenyum.


"Alhamdulillah. Ya, pakcik. Kita sampai peringkat wajib dah mengutamakan produk-produk muslim ini sementelah inilah salah satu kaedah yang paling berkesan bagi membantu memantapkan ekonomi umat Islam di Malaysia kita ni," tambahku.


Temanku lantas menambah, "InsyaAllah pakcik, kalau begitu lain kali datanglah lagi ye,". Katanya tersengih-sengih.


"InsyaAllah," balas pakcik tadi tersenyum. Di sebelahnya mungkin isterinya dan dibawa juga anaknya yang dipanggil "Boy" itu.


Ya. Aku rasa sudah terlalu lama aku menyuarakan perkara ini kepada khalayak media baru (blog, facebook), namun aku rasa tidaklah banyak perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita kecuali terdapat tanda-tanda kemerosotan pencapaian korporat dalam kalangan industri produk muslim ini.