16.12.09

Sekitar Program Dakwah Lapangan "Sayengi Sek-sek Kito"


KOTA BHARU 15 Dis - Sekumpulan anak muda seramai 13 orang lelaki dan 6 orang perempuan pelajar yang terdiri daripada para pelajar IPT tempatan dan sekolah menengah telah terlibat sebagai peserta program dakwah lapangan ini.

Program yang diadakan di Kompleks Membeli -Belah KB Mall, Kota Bharu, Kelantan dimulakan dengan sesi taklimat kepaa para peserta pada pukul 10.00 pagi.

"Matlamat program ini adalah untuk menggerakkan anak muda yang mendapat tarbiyah di kampus masing - masing supaya berperanan dalam masyarakat setempat. Agak mengejutkan apabila mereka kurang berperanan dalam pembentukan biah solehah di Kelantan berbanding di kampus masing-masing. Matlamat gerakan dakwah tidaklah mahu melahirkan golongan retorik, yang hanya tahu bercakap tentang Islam di kampus,  tetapi penghayatan dari sudut kasih sayang terhadap ummah ini tidak menjadi perhatian utama. Kita berhasrat ingin melahirkan golongan yang ikhlas berdakwah kerana Allah, bukannya berdakwah untuk mendapat laba (habuan) dari sudut nama dan penghormatan manusia," ujar Mujahid Page selaku pengarah bersama program terbabit semasa sesi taklimat ringkas yang diadakan.

"Program ini merupakan inisiatif yang sangat baik terutamanya dalam menyediakan platform yang berguna kepada anak-anak muda yang mempunyai sikap cakna (ambil peduli) terhadap kebejatan sosial yang berlaku dalam masyarakat, tahniah kepada semua yang terlibat.," ujar Saifuddin Abdullah, Ahli Jawatankuasa Program merangkap pengerusi bersama program.


"Program ini diharap dapat diteruskan lagi pada waktu yang akan datang kerana memberi serba sedikit pengalaman dan pengetahuan baru tentang dakwah kepada para peserta terhadap masyarakat sebenar terutamanya di tempat-tempat awam seperti di pasaraya ini. Saya seronok menyertainya," ujar Anuar, seorang peserta yang merupakan mahasiswa tahun pertama UniMas.  

"Program seumpama ini amatlah bermanfaat kepada seluruh para penggerak dakwah di IPT. Kami dapat mempraktikkan segala ilmu yang kami ada dalam menyebarkan Islam dalam masyarakat kita secara berhadapan. Pelbagai ragam dalam masyarakat dapat kita lihat. Program ini sangat memberi bantuan berupa pengalaman kepada kami dalam berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam ini," ujar Fifi, seorang mahasiswi di sebuah IPT tempatan.
 

Program yang diharap menjadi perintis kepada modul dakwah lapangan kepda mana-mana pihak yang berminat untuk memperkembangkannya di tempat masing-masing ini berakhir pada pukul 1.00 petang dengan sesi refleksi dan sola Zohor.

 Berikut merupakan gambar-gambar sekitar program:


2 comments:

Shahril said...

Salam..
abg Zhaf..sori lar..Shahril mmg nk g doh..
adoh ruginyo...
x brapo sehat hari tu...
nnti bwat pulok program supo gini deh...

Saifuddin Abdullah az-Za'faraniy said...

InsyaAllah. Kalu ado kesempatan kito akan buat lagi.