19.12.09

Secangkir Kasturi Buat Saudara III

Seakan hati kecilku menerka
Setiap persoalan yang mungkin tercatat dilipatan sanubari semua
Hilang
Kosong
Sayu diriku mengenangkan ummah
Kasihan
Jahil dalam pencarian
Lenyap dalam hakikat
Hilang dalam kegelapan
Kelam
Itulah perkara yang membayangi benakku

Teringat sang kecil tika kuusai solat di surau
Duduk melangu membataskan fikirannya
Mendatangkanku khabar kejahilannya
Bergerak tanpa tujuan
Hidup ibarat keparat
Tanpa matlamat

Aku tersenyum memberi salam
Menanyatakan khabar serta mengharapkan jawapan
Mudah sahaja jawapannya "Aku tidak solat lagi bang"
Tika itu aku tertanya-tanya di mana ayahnya
Ibunya
"Di rumah" katanya

Si anak kecil ini bebas berkeliaran
Sedangkan maghrib kian derita
Kemudian kulihat bukannya semata
Ramai di kelilingku anak-anak muda
Berpeleseran tanpa tujuan
Anak gadis tidak berpakaian
Kehebatan muslim sejati tinggal khayalan
Terpasak nota jahil di dahi

Nah, itulah hakikat Islam kini
Didokong oleh masyarakat yang jauh daripada Islam
Seakan mereka berada di lembah yang lain
Sedangkan Islam berada di lembah yang berlainan
Ya Allah
Beratnya bebanan meluruskan umat

Tidak kuberkata
Namun luahan hatiku berbicara
Adakah nilai thiqah terhadap Islam dalam masyarakat kini
Adakah nilainya sekadar belah mulut dan talkin semata?
Baca doa makan bagi majlis yang wanita diperdagangkan
Ya Allah
Ampunkanlah kami

Saat itu kumemandang dalam riak matanya
Berkerlipan tanpa pesona
Hatiku membuat penilaian

Memerhatikan seluruh butir bicaranya
Kosong
Buta mata hatinya
Sedangkan si tuanya dengan ibadahnya
Khusyuk dalam kemurkaan Tuhan
Tak peduli
Kenapa?

Kemudian aku meminta diri
Tersenyum meninggalkan si kecil anak Pak Imam 
Sengsara mengingatkan nasib umat
Setahu aku tempat ini ramai ulama'
Ramai khalifah
Kenapa dibiarkan azab kejahilan itu bertapak
Khurafat bertapak
Sejadah solat diangkat
Sirah batil Ibn Ishak dicetak
Berkhutbah menerangkan fadilat Rejab
Nama Nabi disiat-siat
Ummah lemah
Islam digenggam oleh orang berkepentingan
Islam seumpama barang dagangan
Islam dicanangkan kehebatannya oleh Sang Penglipur Lara
Menceritakan Sirah dengan hawa nafsunya
Al-Qur'an sekadar bacaan Qariah
Riwayat Bukhari diletak di penjuru tepi
Kenapa?
Kembalilah kepada al-Qur'an dan Sunnah

Semangatku kembali bertapak
Kugenggam tanganku berbulat tekad
Demi Islam tercinta seluruh anggotaku bertekad
Aku sebahagian anggota tentera menekan firqah sesat
Rafidhah (Syiah)
Murjiah
Khawarij
Qadariyah
Jabariyah
Muktazilah
dan sebagainya yang merosakkan roh Islam dalam umat

Ya Allah
Si kecil ini bersuara
"kembalilah kepada al-Qur'an dan Sunnah"
Senang bicara

No comments: