13.12.09

Peranan Pimpinan Islam dalam Pembentukan Masyarakat Bertamadun


"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka" sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil." 

Agak sudah lama saya ingin menukilkan tentang permasalahan yang timbul dalam masyarakat massa. Gejala 'keruntuhan ummah' berlaku di mana-mana. Biarpun pelbagai nama diberi seperti 'gejala sosial', 'gejala keruntuhan moral', 'sesat' dan 'tidak menepati tuntutan Islam', namun puncanya hanya satu iaitu keruntuhan aqidah dalam kalangan ummah. Siapakah yang berperanan mengunbati keruntuhan ini?

Teringat kisah seorang teman yang sudah 4 kali terlanjur dengan teman wanitanya. Teringat pula tentang teman muslimah yang agak 'liar'. Apabila ditanyakan persoalan peribadi, dia pernah mengaku sepupunya pernah memeluknya ketika dia tidur.  Dia tidak melawan, bahkan terus membiarkan sepupunya melakukan perkara itu terhadapnya semalaman. Itulah dipanggil mukadimah zina. Semasa itu kami sama-sama berumur 20 tahun. Teringat pula kata-kata seorang anak usrahku yang menyatakan bahawa kawan wanita di IPG dia pernah beberapa kali mengajaknya untuk melakukan zina bersamanya! Itu tidak termasuk kebocoran gambar-gambar mengghairahkan sepasang pelatih guru sebuah IPG yang diambil semasa mereka sama-sama menghabiskan masa cuti hujung minggu mereka di Pulau Langkawi! Oh, rosak masyarakatku!

Teringat pula akan aksi beberapa orang kanak-kanak tahun 5  lelaki di sebuah sekolah rendah kampung di Mulong menunjukkan aksi hubungan seks lelaki perempuan di hadapanku semasa aku menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah tersebut, siap ada 'sound' lagi! Ini tidak termasuk data terbaru kes ROGOL dan ANAK LUAR NIKAH yang didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang sudah menjangkau ribu-ribu angkanya.

Dalam TV pula banyak memaparkan tayangan filem tahyul selain pendoktrinan sekular melalui iklan-iklan yang menggunakan pelakon-pelakon wanita yang tidak menutup aurat. Bahkan sesetengah iklan seakan mempromosi batang tubuh wanita itu untuk diperdagangkan! Tidak termasuk kelembapan institusi agama yang dilihat sebagai golongan yang banyak berehat dan sekadar makan gaji. Pihak jabatan agama Islam negeri, JAKIM, YADIM, para mufti, mana peranan antum semua dalam memastikan pemimpin Malaysia kini benar-benar menjalankan tugas kepimpinan dengan adil?

Itu tidak termasuk institusi masjid dan surau di Malaysia yang kurang menarik dan sekadar 'tenang' menjadi komuniti 'Kelab Orang Pencen'.

Tak termasuk sistem pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah kerajaan yang cuma sekadar mengajar seseorang itu sekadar menguasai fekah Mazhab Syafei, penekanan terhadap pelajaran fiqh sedangkan perkara-perkara berkaitan aqidah tidak pula ditekankan.

Serang Islam Liberal yang dipelopori oleh pihak yang berpenagaruh di Malaysia seperti Marina Mahathir, Nori Abdullah dan Zainah Anwar (sebagai penggerak Islam Libaeral), ditambah oleh kedajalan ulama' suu' dalam masyarakat seperti Astora Jabat dan beberapa lagi 'ulama' agama Melayu' yang tidak ingin kuberitahu, merupakan cerminan negara kita sebenarnya rosak!!! Hedonisme (pemujaan terhadap hiburan) berleluasa, serangan pemikiran oleh pihak Yahudi dan Kristian menjadi satu baja utama untuk menyuburkan anak bangsa. Rakyat banyak dicandu dengan isu perkauman, sedangkan kadang-kadang tiada beza antara orang Melayu dengan Cina; dari segi aurat, budaya berhibur, akhlak, penampilan. Isu perkauman usahlah dibangkitkan kerana pada pengamatan saya, biasanya mereka yang membangkitkan isu perkaumana ini merupakan seorang yang meraikan perresapan unsur Yahudi dan Kristian dalam masyarakat, namun menentang masyarakat 'ytang berbeza' atas nama warna kulit.

Itulah masyarakat kita.

Ramai 'cendekiawan' yang menyatakan bahawa punca keruntuhan ummah ini ialah akibat kurangnya didikan agama dalam masyarakat. Sesetengah pula mengemukakan pandangan bahawa puncanya ialah pengaruh rakan sebaya. Maka, ada pula yang 'agak cerdik' menyatakan bahawa puncanya ialah kepimpinan!

Maka, semua pihak saling tunding menunding jari menyalahkan antara satu sama lain tanpa memikirkan bahawa tiadalah gunanya pertengkaran itu selain menambahkan jurang perbezaan gerak kerja dan masa yang akan diambil untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang timbul itu.

Terdapat beberapa perkara yang patut semua pihak renungi dan perhalusi dalam memastikan masyarakat kembali menghayati tuntunan agama ini iaitu:
  1. Pihak yang berkuasa (ulul amri) perlulah memainkan peranan yang progresif dalam memastikan kebajikan rakyat dari segi kefahaman tentang Islam itu berjaya diterapkan dalam masyarakat. Mereka perlulah bertindak dalam memastikan unsur-unsur aqidah tidak dicabuli serta diperkotak-katikkan oleh 'musuh-musuh Islam'.
  2. Alim 'ulama' memainkan tugasan yang besar sebagai penasihat kepada pihak yang berkuasa tadi. Barisan 'ulama' yang menganggotai 'sidang penasihat' ini mestilah seorang yang benar dalam perkataan, luas pandangan agama serta memahami peri penting peranan mereka dalam menjalankan amanah mereka.
  3. Pihak ibu bapa juga perlulah memberi didikan kepada anak-anak dari sudut pengamalan agama (disiplin,penegasan hukuman, kejelasan tindakan), penghayatan agama (ilmu dan amal berdasarkan tuntunan al-Qur'an dan Sunnah) serta pendidikan menggunakan Islam sahaja tanpa menyerap mana-man unsur pihak kuffar dan munafikin (ideologi, penghayatan fikrah dan sebagainya)
  4. Individu terbabit juga memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan bahawa mereka juga menjadi golongan yang 'berkehendak' terhadap sebarang usaha penambah baikan dalam beragama ini.

    Peranan yang sebenarnya adalah terpikul di bahu para pimpinan negara ini samada mereka ingin membawa negara ini menghayati Islam secara keseluruhan, menjadikan al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan dalam urusan seharian atau pun sekadar menjadikan al-Qur'an ini dibaca pada acara pembukaan sesuatu majlis yang bersifat 'keagamaan' tanpa memandang betapa tingginya kewajipan untuk menegakkan hukum Allah di muka bumi ini.

    Pengetahuan tentang peranan tersendiri ini penting bagi memastikan krisis yang membarah ini tidak akan terus menerus menjadi satu titik bingik dalam pembentukan masyarakat bertamadun berlandaskan al-Qur'an dan Sunnah di negara yang bernama Malaysia ini.

    No comments: