15.4.11

Usrah Mestilah Menyeronokkan!!!

"Camne bang nak uruskan usrah?" kata adik usrahku yang baru sahaja ditaklifkan sebagai 'naqib'.

Aku yang memiliki dua pandangan berbeza : percakapan aku tidak semestinya isi hati aku.

Hati : "Handlelah, apa susah?,"

Percakapan : "Nak uruskan kumpulan usrah, mudah sahaja. Enta kena rapat dengan deme, selalu menjadi tempat rujukan mereka, selalu menjadi pendamping mereka dan selalu meluangkan masa dengan deme,"

"Contoh?," kata adik usrahku.

"Nta buat apa yang nta rasa nta dan mereka seronok buat : barbeku, mancing, main bola dsb. Banyakkan aktiviti," balasku.



























"Selagi aktiviti itu tidak menyalahi syarak, buatlah," kataku tersenyum.

Adik usrah aku mengangguk perlahan.

Matlamat usrah adalah untuk :

  • Memantapkan kefahaman tentang agama
  • Membina hubungan berteraskan Islam (ukhwah Islamiyah) dalam kalangan ahli
  • Menjauhkan diri ahli daripada segala perkara munkar (negatif)
  • Memantapkan pemikiran ahli apabila mereka boleh berkongsi idea, masalah dsb dalam liqa usrah

Selamat berusrah! =)

No comments: