1.10.10

Demokrasi di Kampus : Masihkah Berbaki?

"Akta 174 menyatakan bahawa peranan seseorang anggota Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) ialah :

(a) membantu dan menggalakkan, tertakluk kepada arahan Ketua Eksekutif, kemajuan   kemudahan-kemudahan   bagi   pelajar-pelajar   seperti kemudahan-kemudahan   rekreasi   dan   pembekalan   makanan   dan minuman;
(b) membuat   rayuan   kepada   Ketua   Eksekutif  mengenai   perkara-perkara berhubung dengan keadaan-keadaan dalam mana pelajar-pelajar tinggal dan berlajar,
(c) mengusahakan apa-apa aktiviti   lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif dari semasa ke semasa;
(d) untuk memupuk semangat  hidup sebagai  suatu persatuan di  kalangan pelajar-pelajar Institusi; dan
(e) membantu pihak berkuasa Institusi memelihara disiplin pelajar.

Pendemokrasian IPT yang masih berbaki dalam penggubalan Akta 174 (Akta Institusi-institusi Pelajaran) setelah berlalunya dekad 80/90-an (setelah dekad 70-an dikenali sebagai dekad gelombang kebangkitan mahasiswa) ini sebenarnya sangat menguntungkan mahasiswa yang mampu menggali 'khazanah' yang tercatit dalam akta tersebut.

Ketiadaan perkataan "Peranan JPP adalah untuk menjadi mata-telinga HEP" atau "Peranan JPP adalah untuk membantu HEP dalam menganjurkan program HEP" dalam akta ini merupakan bukti bahawa JPP adalah bukan 'budak suruhan' HEP .

Malah, izinkan saya menyatakan bahawa kepercayaan bahawa JPP adalah 'budak suruhan HEP' merupakan satu kepercayaan khurafat, salah satu bentuk pencabulan hak seorang mahasiswa di IPG selain merendahkan martabat mahasiswa yang berketrampilan yang cuba dihasilkan di kesemua 28 kampus IPG di seluruh Malaysia.

Jadi, saya berharap agar JPP yang bakal dilantik ini mampu membawa legasi mahasiswa yang progresif dan cemerlang sentiasa dijunjung dan didambakan oleh seluruh koalisi mahasiswa yang bebas dan bermaruah. Ingatan sekali lagi, gunakanlah segala kepercayaan yang diberi oleh warga kampus ini sebaik mungkin untuk memastikan kebajikan mahasiswa terjaga dan nasib mereka akan terbela.

Salam pilihanraya, salam mahasiswa.

No comments: