16.5.10

Terima Kasih Semua! : Tautan Ukhuwwah Lujnah RnR



Pada 13/05/2010 (Khamis) dan 15/05/2010 (Sabtu), Lujnah Riadah & Rekreasi (RnR), Biro Agama & Kerohanian, IPG Kampus Ipoh telah mengadakan dua program tarbiyah berkembar iaitu : Iftar Jamaie (Khamis) dan Pagi Ukhuwah RnR. Program berkala (2 minggu) sekali ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada ahli tentang kepentingan gerak kerja secara kolektif (berjemaah).

Selain itu, ahli juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Bagi program Iftar Jamaie, kami telah mengadakan program ini di Pusat Islam al-Hidayah. Program ini bermula sebelum azan Maghrib lagi dengan aktiviti menyediakan juadah : samada tanak nasi dan beli lauk pauk di Pasar Malam Selekoh. Program ini lagi bermakna apabila turut dihadiri oleh beberapa orang ahli baru (5 orang).

Syukri, Haslam, Akmal dan Hanafi hadir pada Iftar itu. Manakala seorang lagi ahli lujnah baru yang berpindah daripada Lujnah Tarbiyah ialah Hazrifitri dan Zulhafzal tidak dapat datang dengan sebab yang rasional. Diharap dengan kemasukan mereka mampu memperkasakan lagi RnR! Takbir!!!

Malam yang sama juga diadakan sedikit sesi taaruf dan penjelasan gerak kerja kepada ahli. Moga Allah berkati ukhuwah dan usaha atas agama kita. InsyaAllah.



Taufiq menemaniku mencari kedai yang menawarkan hidangan yang enak di Pasar Malam Selekoh untuk juadah berbuka.

Selamat berbuka kepada ahli-ahli baru lujnah RnR! (Dari kiri: Ridhwan (bakal masuk), Syukri, Hanafi dan Haslam. Semuanya pemalu :)


Kemudian pada hari Sabtu (15/05/2010) pula, kami telah mengadakan Pagi Ukhuwah RnR. Antara program yang kami adakan ialah Qiamullail, Riadah (main petanque), Jalan2 Cari Makan (makan sarapan kat kedai berdekatan) dan Jamuan Mengejut! (untuk menyambut ulang tahun kelahiran ahli RnR yang lahir pada bulan Januari hingga Mei.

Gambar: Sila klik!

No comments: