
Beliau telah menerbitkan majalah bulanan ‘Tarjuman Al-Quran’ sebagai persediaan untuk jalan dakwah dan sesuai dengan amal Islam. Pada tahun 1936, beliau telah melancarkan serangan yang sengit terhadap parti kongres India.

Pada 1963, pemerintah merampas majalah ’Tarjuman Al-Quran’ dan memansuhkan lesennya dengan alasan (yang sengaja dibuat-buat) bahawa majalah itu berusaha merosakkan hubungan Pakistan dengan Iran. Pada 1964, pemerintah membubarkan Jami’at Islam dan segenap anggota Syura, seramai 60 orang ditangkap.
Mereka disumbat di dalam penjara dan rumah tahanan. Setelah itu Maududi dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan dan dijatuhkan hukuman gantung kepadanya sebagai balasan karangannya risalah ’al-masalah al-Qadiyaniah’ kerana menentang Mazhab Qadiyani kemudian hukuman ini diringankan menjadi hukuman penjara seumur hidup, kerana permintaan dunia Islam yang menyangkal keras sikap pemerintah Islam terhadap Jami’at Islam.
Di samping melancarkan dakwah Islam, Maududi telah memberi sumbangan besar kepada dunia Islam dengan buah penanya yang istimewa. Dengan kebijaksanaannya, dia mengarang beberapa kitab dan makalah-makalah yang sangat tinggi nilainya.
Sumber :
- Islam: fikrah, harakah dan perubahan—Fathi Yakan
- Tajdid Perspektif Sejarah dan Masakini—Mohd Kamil Abd Majid
No comments:
Post a Comment