5.5.10

Aku Bukan Seorang Salafi

Aku bukanlah seorang Salafi
Walau pun al-Qur'an dan as-Sunnah menjadi pedomanku terus
Berpandukan pemikiran tajam ulama' yang didasari dua sumber itu
Bukan sekadar mengikut kaku
Taksub melulu
Menjadikan tok-tok sheikh sebagai nabi selepas Nabi khatam
Ini adalah aku

Aku juga bukanlah seorang pengikut aliran itu
Firqah Muktazilah
Bukan jua Jabariyah
Jauh sekali Qadariyah
Bukan pula Jahmiyah
Aku berlepas diri daripada Murjiah
Jauhi kesesatan Aqlaniyah
Bukan jua Mutasyabihat
Ku hindari Jaafariyah dan Zaidiyah
Ku berlapang diri daripada Sufiyah dan Batiniyah

Aku hanyalah seorang hamba Allah
Pengikut Rasulullah hamba dan pesuruh Allah
Menjauhi kesesatan puak pemuja Nabi
Mengamalkan Islam yang syumul
Islam yang bersifat pertengahan
Jauhi daripada ketaksuban dan perlecehan
Sifat generasi al-Qur'an yang unik
Zaman Salafussoleh yang indah

Salafi bukanlah pandangan
Salafi bukanlah pemikiran
Salafi adalah pemahaman
Peri pentingnya kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah
Menghindari bida'ah dan kezaliman
Menyucikan Islam daripada pandangan bathil pihak berkepentingan
Melepaskan dairi daripada pihak yang sukan mengikut syahwat
Menentang pihak yang kufur terhadap aqidah Islamiyah
Berlepas diri daripada ketaksuban
Kembali kepada al-Qur'an dan Sunnah

Aku bukanlah Salafi
Walau pun ada yang berbangga dengan gelaran itu
Ingatlah teman
Tiada panggilan yang lebih tinggi selain daripada Islam
Maka ku berbangga dengan panggilan itu
Aku menggabungkan diri dalam ketaqwaan pihak yang ikhlas
Terimalah seluruh hidupku yang Allah
Seluruh hidupku hanyalah kepada-Mu

No comments: