27.4.10

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-kata

Pelbagai retorik dan ide-ide fasik melanda kebanyakan gerakan dakwah di kampus. Penilaian terhadap ke'thiqah'an seseorang kini bukan terletak pada akhlaknya pada Allah s.w.t. dan makhluk, tetapi merujuk kepada kepada sejauh mana hebatnya gerak kerja seseorang.

Zaman akhir ini, golongan yang menonjol akan diagung-agungkan termasuklah dalam kalangan 'orang agama'. Mereka disanjung dan dipuja oleh ramai orang sehinggakan dirinya dan masyarakat terlalu memujanya atas kelebihannya itu melebihi had yang sepatutnya.

Bahkan, seseorang itu dipuja melebihi pujian terhadap Tuhannya! Itulah realiti yang membekas dalam masyarakat termasuklah dalam kalangan masyarakat du'at di dunia.

Kesan akhlak yang teruk terhadap Allah s.w.t. ini ialah Islam hanyalah sekadar melahirkan golongan penghafal ilmu agama yang bodoh, tidak mengetahui ke mana arah ilmu yang dimiliki. Malah, mereka berbangga dengan kebodohan mereka itu dengan mempromosikan amalan-amalan bida'ah tanpa memahami perkara itu ditegah oleh syarak.

Termasuk juga kesan ini ialah masyarakat kian tidak jujur dalam mengamalkan seluruh prinsip Islam termasuklah dalam gerak kerja Islam dan ukhuwwah.

Kita lihat ramai dalam kalangan para du'at yang hebat bicara, lemah segala. Mungkin ianya seorang yang hebat mempengaruhi masyarakat dengan pidatonya yang segar dan isi ide yang bernaf, namun ianya merupakan seorang yang jauh daripada tuntunan Ilahi. Amalan fardhi dijadikan sekadarnya sahaja, tidak ditekankan. Amalan yang boleh menaikkan namanya, maka dia merupakan golongan yang terkehadapan dalam amalan ini. Kita boleh tanya mana-mana pimpinan Islam setempat dan kampus, berapa ramai yang menganggap amalan qiyamullail sebagai amalan 'perlu dan sangat dituntut'. Saya rasa tidak ramai yang menyatakan dengan pasti bahawa "Amalan di atas sangat-sangat dituntut". Tidak ramai, percayalah!

Begitu juga dalam pengamalan akhlak Islam yang laiin seperti ukhuwwah, adab berjemaah dan sebagainya. Kita dapat melihat banyak pihak berbantahan termasuklah pihak yang menyatakan bahawa mereka memperjuangkan agama. Di kampus, berapa ramai golongan mahasiswa yang mendakwa diri mereka sebagai 'ar-rijalud dakwah' ini mengamalkan akhlak Islam. Ikhtilat? Penyakit hati (hasad, dengki, 'ujub, riya', takabbur, ingat zina), amalan wajib, amalan sunnah dan sebagainya. Maka.

1 comment:

insidewinme said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.