23.4.10

Kewajipan Hadir Ke Pusat Islam al-Hidayah

KELAB ORANG-ORANG TUA

Aku rasa itulah nama yang selayaknya digelar kepada pusat-pusat ibadat Muslim (masjid atau surau) sekarang ini. Ya. Itulah hakikatnya. Pengunjung pusat ibat ini kebanyakannya adalah kelompok 'veteren' disamping anak-anak kecil sebagai peneman kepada ayah atau tok ki masing-masing.

Bertambah lucu apabila dikatakan pusat-pusat ibadat ini hanya 'dihadiri' tiang dan beberapa orang tua.

Itulah realitinya masyarakat Islam kini. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan serata dunia. Namun, harus diingat bahawa kehadiran hadirin ke pusat ibadat ini dilihat oleh penulis sebagai cerminan kepada situasi yang berlaku dalam masyarakat. Andai masyarakat yang ada adalah masyarakat soleh, maka ramailah pengunjungnya. Andai sebaliknya berlaku, ya, kesan sebaliknya juga berlaku.




Kini, penulis sedang melanjutkan pembelajaran di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di Ipoh. Situasi itu juga berlaku di Pusat Islam ini.

Hanya sekitar 10 % sahaja pelatih guru muslim yang hadir ke Pusat Islam ini. Penulis tergerak untuk merujuk kepada Akta 174 - satu akta yang berperanan memelihara kerukunan IPG, kolej matrikulasi, dan politeknik : 

4.Diwajibkan menghadiri sesuatu kuliah/tutorial, kelas, lain-lain pengajaran berhubung dengan kursus pengajian atau apa-apa aktiviti yang dijalankan dengan kebenaran institusi dan perlu mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Eksekutif institusi sekirangnya tidak dapat mengikuti/menghadirinya.

Jadi, klausa ini sebagai contoh Akta 174 sebenarnya boleh membantu kita mengekalkan kehadiran pelatih guru muslim ke pusat ibadat (Pusat Islam) melalui kewajipan kehadiran ke Pusat Islam ATAU/DAN menghadiri program anjuran Biro Agama & Kerohanian.

Namun, pendekatan secara berhikmah perlu dilakukan, mungkin secara berperingkat-peringkat melalui kewajipan menghadiri program anjuran biro agama kepada pelatih guru muslim yang baru masuk ke IPG ini.

No comments: