21.4.10

Akta 174 :Senjata buat Para Penggerak Dakwah Kampus

Akta 174 : Jadual II (Seksyen 6,22, dan 23), Kaedah-kaedah Institutsi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar), 1976, Bahagian II, K. 3 - 4 (Tatatertib Am) ada menyatakan :

3. Seseorang pelajar tidak boleh:

a) Berkelakuan yang boleh memudaratkan dan merosakkan kepentingan keselamatan, nama  baik dan ketenteraman institusi, kakitangan dan pelajar-pelajar lain.

b) Melanggar mana-mana peruntukan/ undang-undang bertulis samada di dalam atau di luar kampus.

Akta ini diguna pakai di beberapa institusi pengajian tinggi awam seperti Institut Pendidikan Guru (IPG), politeknik dan kolej matrikulasi di Malaysia.

 Jadi, kita sebagai generasi yang mengabdikan diri kepada Allah perlu menggunakan peruntukan yang sedia ada untuk dijadikan medium yang sesuai bagi menyebarkan dakwah di kampus masing-masing.

Penggunaan akta ini merupakan pemilihan terhadap pendekatan secara berhikmah untuk memantapkan gerak kerja dakwah di kampus masing-masing. Allah s.w.t telah berfirman :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
                                                                                                                                   (Surah an-Nahl :125)



Peraturan di atas sebenarnya boleh ditafsirkan berdasarkan kefahaman tersendiri dan boleh disesuaikan dengan persekitaran (waqi') kampus masing-masing.

Sebahagian orang menilai bahawa dakwah dapat membawa konflik antara agama kerana ajaran ini terkandung anjuran untuk menggantikan agama seseorang dengan agama yang lain, yakni Islam. Namun, Allah s.w.t telah berfirman :
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam): sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.” (Al-Baqarah: 250)

Ingatlah janji Allah dalam Surah Al- Hajj : Ayat 41 :

(iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat maaruf...
                                                                                                                           (Surah al-Hajj: Ayat 41)

No comments: