23.8.10

Untukmu Kader Dakwah

Pada malam tadi aku telah diberi amanah untuk menyampaikan kuliah daam satu liqa' kubra kumpulan usrah di IPG aku ini. Kuliah tersebut ialah "Dakwah Islamiyah & Amar Makruf Nahi Munkar".

Dukacitanya kehadiran semalam sangat mendukacitakan. Ramai anak usrah menguzurkan diri atas pelbagai alasan - kadang-kadang alasan yang diguna pakai sudah dapat kami para nuqaba' agak - sekadar alasan ringkas untuk menguzurkan diri.

Aku berbaik sangka dengan adik-adik ini. Namun, bagi pihak kami perlu banyak lagi penambah baikan bagi pelaksanaan liqa' kubra ini, kelemahan pelaksanaan usrah ini tidak wajar diletakkan kepada adik-adik yang bagiku sungguh muda dalam mengenal erti dakwah dan Islam ini. 

Aku mengerti benar perkara ini.

Seperti biasa beberapa orang dalam kalangan adik-adik usrah kami 'ada kerja'. Aku sukar mengerti apakah yang mereka fikirkan. Adakah ilmu agama bagi mereka adalah murah? Bimbingan dan ukhuwwah yang diberikan oleh para nuqaba' selama ini adakah tidak cukup bagi menjadikan mereka golongan yang bersyukur? Adakah sukar untuk meraikan program tarbiyah yang dikendalikan oleh para nuqaba' yang bersengkang mata bagi memastikan mereka tergolong dalam kalangan yang tidak leka? Inilah sikap umat Islam sekarang terhadap nikmat yang Allah s.w.t. berikan selama ini.

Teringat aku akan pengalamanku dahulu yang sanggup memperuntukkan masa untuk mencarir pengisian dalaman. Sekarang, sumber pengisian yang ada. Adakah kita tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang bersyukur?

Namun, biarlah keikhlasan kami dalam memegang panji-panji Islam ini menjadi saksi ketaqwaan yang mendalam menggerakkan risalah Islam di bumi ini. Moga Allah berikan kekuatan kepada kami. Amin.
 

2 comments:

Anonymous said...

ITUlah Jalan DakwaH...... bukan dihampar dengan karpet HIjau....

Abu Umawiy az-Za'faraniy said...
This comment has been removed by the author.