21.8.10

Dakwah Tarbiyah dan Tauliah... (Siri 1)

Dakwah...tauliah...?  Pelik...!!!


Aku menelek-nelek wajahku di cermin muka. Takde!


Pelik! Aneh! dan Ajaib!


"Ustaz, baguslah ustaz rapat dengan kitaorang. Macam kitaorang ni...siapalah kan. Cari rezeki macam ni, apalah sangat kerja 'guard-guard' ni. Orang tak suka, walau pun kita cari kerja halal...yalah kan. Sapalah kita ni," kata Abang Jee, sorang Pak Gad muda di IPG aku.


Aku berfikir lagi.


"Kerja orang dakwah dulu, suka sangat menghukum. Tak pasal-pasal kita plak dikatakan akan masuk neraka. Serba-serbi tak kena. Pasal tulah saya tak suka cara pendakwah dulu. Nampak depa terus kita lari. Tak suka. Tengok TV pun masuk neraka...," kata Abang Yan, tauke Tabaruk Enterprise, Ulu Kinta.


Hmm...aduss. Penatnya fikiran ku.


"Zaf, aku pun dah lama tak keluar (berdakwah). Aku tahu keje dakwah ni susah.Payah nak maintain. Sebab tu tak ramai orang nak keluar berdakwah,"


Kumenung lagi.


"Saya tak mahu bercakap pasal peringkat-peringkat dakwah ini, kaedah pelaksanaan dan pendekatannya. Masing-masing ada pandangan tertentu tentang dakwah ni. Cukuplah kita berpegang kepada ayat daripada Surah al-Baqarah, ayat 110: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah


Teringat pula satu ucapan Dr. Asri Zainul Abidin, mantan Mufti Perlis yang telah menyampaikan satu kuliah yang bertajuk "Dakwah & Tarbiyah" kepada sekumpulan mahasiswa luar negara suatu ketika dulu.


Tapp!!! Aku dah temui jawapan bagi kekusutanku ini.


DAKWAH TIDAK PERLUKAN TAULIAH! Aku membelek sekali lagi kepalaku. Tiada perkataan 'DA'IE' di dahiku. Aku juga tidak mendapat sebarang surat kebenaran untuk menyebarkan Islam kepada orang ramai daripada mana-mana pihak Jabatan Agama negeri. Aku TIADA TAULIAH!


Aku memegang beberapa kumpulan usrah, malah kerap juga berada di hadapan hadirin di Pusat Islam untuk menyampaikan kuliah maghrib kepada mahasiswa, namun, aku TIADA TAULIAH. 


Kasihan Peter, kasihan Steve, kasihan Sanisha, kasihan Prabu, kasihan Pertip. Aku takde tauliah untuk menyebarkan Islam kepada mereka! Apa nak buat?

No comments: