20.8.10

Pembelian Allah Terhadap Diriku

"Ana tengok abang terlalu banyak komitmen. Buat takaful lagi, buat HPA lagi, pegang anak usrah lagi, kesian ana tengok. Tak rasa letih ke?,"

Kata salah seorang anak usrahku pada satu pertemuan singkat di Pusat Islam al-Hidayah. IPG Kampus Ipoh. Aku tersenyum. 

Anak usrahku yang memiliki daya pemikiran kritis yang tinggi ini seakan mengerti tanggung jawab yang 'perlu' dan 'terpaksa' dipikul olehku.Aku sekadar tersenyum. Banyak perkara yang bermain di fikiranku tika itu tentang pertanyaannya itu.

Aku menarik nafas panjang. Bukan mengeluh, sekadar melempiskan perasaan kagum akan kecekapannya dalam memahami situasi yang sedangku alami sekarang ini.

"Takpe akh. Enta akan tahu suatu hari nanti," kataku, cuba mengalih tajuk perbualan kami itu kepada topik lain. Lalu kutersenyum. Kutanyakan beliau beberapa perkara yang serasaku mampu menghilangkan ‘kerisauannya’ itu.

Aku tersenyum lagi. Teringat diriku dengan keterlibatan diriku dengan sebuah syarikat takaful separuh masa (eTiQa), HPA, KOHALAL dan beberapa lagi perniagaan muslim. Diriku sekadar membantu sekadar yang termampu kecuali keterlibatanku dalam urusniaga syarikat takaful itu kuanggap sebagai ‘punca ekonomi utamaku’ di kampus untuk menampung kehidupanku selain perniagaan yang telah ku 'sub-'kan kepada Lujnah Ekonomi, Biro Agama & Kerohanian.

Itu adalah 'sumber ekonomi'ku.

Aku juga terlibat dengan beberapa buah kelab di IPG iaitu Kelab Rukun Negara (KRN) dan Lujnah Riadah & Rekreasi (RnR), Biro Agama & Kerohanian selain menjadi ‘penasihat tidak rasmi’ kepada beberapa buah kelab iaitu Kelab Dikir Barat, dan Kelab Rekreasi. 

Keterlibatanku pada awalnya sebagai sebahagian daripada ahli Kelab Ragbi walau bagaimana pun terpaksa ku kurangkan atas banyaknya komitmen pada petang hari.

Ya, tak  ramai orang memahaminya, namun itulah realitinya.Untuk mengikat hati-hati manusia kita perlukan pengorbanan. Pengorbanan masa dan kepentingan diri kita adalah perlu sebagai satu usaha untuk memastikan penghayatan Islam meresap dalam diri masyarakat yang sakit ini.

Bahkan kuandaikan keterlibatanku ini hanyalah untuk memastikan Islam itu ‘ada di mana-mana’, bukan sekadar berada pada beberapa buah platform berwajah Islam. Itulah kurasakan sekadar usaha kecilku pada Islam di sini.

Inilah jalanku. Inilah usahaku. Ya Allah, aku ingin melihat ganjaranku ini di syurga-Mu kelak! Moga Engkau ikhlaskanlah perjuanganku ini hanya kepada-Mu. Amin.


No comments: