6.8.10

Warkah Buat Adik-adik Usrahku

Pengenalanku kepada satu konsep dinamakan sebagai "Usrah" bermula apabila aku menjadikan matlamat Islam sebagai cita-cita tertinggiku.

Teringat aku peristiwa tika usiaku baru menginjak dunia balighku, aku pernah bertanya kepada diri sendiri "Ke manakah arah tuju hidupku? Apakah tujuan aku dicampakkan di dunia ini sebagai manusia,"

Persoalan-persoalan ini menyebabkan diriku termanggu sendirian. Bertahun lamanya aku mencari makna diri, seorang diri. Tahajud malam dan cicitan ayam petang menggugahku sedar akan kelemahan dan kembali menghayati makna diri. Aku mencari, dan akhirnya kurasakan aku telah menemui. Menemui cinta Ilahi dan makna diri.

Sungguh berbeza kau dengan aku adikku. Aku mengerti, aku mencari Islam. Aku tega sukar menerima diriku andai aku menjadi muslim yang fasik, muslim yang nifak. Maka, kudatangkan hidupku dengan wajah serba baru. Mencari Islam dalam keterbatasan ilmu dan pertolongan ulama yang bermuka-muka dalam agama Allah, tidak menyebarkan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

"Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan kebenaran," luah diriku dalam satu sengkang waktu.

Menerjah tekad jitu. Kita adalah berbeza ya akhi. Engkau dicari, aku bermati-matian mencari. Adakah engkau mengerti bahawa tindakan mudah kau nanti akan memudaratkan engkau di akhir nanti.

Maka, adik usrahku. Kembalilah menghayati makna diri. Ingatlah bahawa Islam sama sekali tidak memerlukan kita, tetapi kitalah yang memerlukan Islam. Adakah engkau mengerti percakapanku ini?

Jika engkau melihat bahawa Islam sekadar secukupnya sahaja, fahamilah adik-adikku bahawa engkau silap...engkau sangat silap...

Kata-kata ini ditujukan khas buat seluruh anak Usrahku...

2 comments:

aMMar said...

insyaAllah... syukran ats peringatan..

azira anna althafunnisa' said...

salam ramadhan... semoga kali ini adalah ramadhan yang mana adalah lbih baik dari thn2 lepas..insyaAllah.... :-)