1.11.10

Belasungkawa Kehidupan : Aku Hanyalah Manusia Biasa

'Tohmahan' dalam Dakwah


"Ko ni cakap je pandai, tengok tak ada apa2 plak," kata seorang teman, suatu ketika dahulu.


Aku terdiam. 


Diketika yang lain.


"Enta memiliki sifat2 yang dikeji oleh Allah taala. Enta boleh rujuk Muktasar Abi Jamrah (ringkasan himpunan hadith riwayat Bukhari). Ada cerita tentang seorang lelaki yang ditanya oleh penghuni neraka tentang kenapa dia boleh berada dalam neraka, sedangkan dia selalu menyeru manusia ke arah kebaikan. Jadi, ciri-ciri orang tersebut ada pada enta," kata seorang sahabat seperjuangan.


Aku terdiam lagi. Seakan mengiyakan kata-kata sahabat seperjuangan tersebut.


"Pendekatan yang akh pakai tidak sesuai dalam usrah kita ini. Kalau boleh, usrah kita ni buat suka-suka, tidak serius. Barulah anak usrah akh seronok datang ke usrah akh," kata adik usrah sekian lama dahulu membangkangi perkataanku yang menyatakan bahawa liqa usrah ini perlukan keseriusan kerana ianya adalah satu perjumpaan untuk menimba ilmu. Perjumpaan santai sehingga boleh dibuat lawak dan gelak-gelak boleh dilakukan semasa luar daripada konteks usrah. Itulah perkara yang aku praktikkan di dalam liqa usrahku selama ini. Kurangkan gelak ketawa dalam liqa' usrah, sekadar menghormati ilmu yang diberikan oleh sang murabbi di hadapan...


'Pujian' dalam Dakwah


"Abang suka pendekatan Zhafran berdakwah ni, boleh masuk dengan semua orang. Kadang-kadang, terfikir juga Abang Ji, jarang orang 'agama' boleh turun bersembang dengan kami tentang topik-topik macam ini. Baguslah, sekurang-kurangnya, ilmu yang Zhafran miliki tentang muzik ini boleh digunakan untuk mengajak orang lain ke arah kebaikan, orang kata berdakwah. Abang harap kita boleh saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. InsyaAllah," kata Abang Ji, seorang pengawal keselamatan yang selalu ku lepak bersamanya.


"Aku anti betul dengan semua 'budak surau'. Berlagak nak mampus. Cara depa tengok aku masa aku pi surau pun semacam je. Cara mereka tegur kesalahan kita pun menyakitkan hati. Mereka ni pun jenis yang tak bergaul dengan masyarakat sangat. Aku suka tengok Abang Zhaf tu, dia boleh masuk dengan semua orang. Cara dia tegur pun aku boleh terima, kalau budak surau lain...sorilah!," lapor seorang anak usrahku tentang fenomena 'anti-budak surau' yang berlaku di IPG-ku suatu ketika dahulu.


Begitulah ragam kehidupanku sejak bergelar 'aktivis mahasiswa' ini. Beberapa pengalaman berguna dapat diambil sepanjang kehidupanku dalam menggerakkan gerakan Islam di IPG ini. Ada pengalaman manis, namun, kebanyakannya adalah pengalaman pahit.


Teringat satu ketika dahulu, ketika aku berumur 10 tahun, "Ma harap Abe Nik (panggilan keluargaku) belajar rajin-rajin. Ma abah harap Abe Nik dan adik beradik semua boleh berjaya dalam hidup. Biarlah ada orang yang buat khianat terhadap keluarga kita, tapi ingat, kuatkan semangat dalam menempuhi dugaan ini. Ramai orang dengki tentang kita kerana kita orang baik. Bayangkan kalau kita jahat, tak akan ada orang yang dengki kepada kita kerana kita orang jahat," kata ibu kesayanganku pada suatu hari. Kuanggap itu azimat yang berharga dititipkan buatku. Taujihat buatku pada hari muka.


Teringat pula aku akan satu ayat Qur'an perkara ini.

Apakah kalian mengira akan dibiarkan begitu saja, padahal belum terbukti bagi Allah orang-orang yang berjuang diantara kalian?” (QS At Taubah (9):16)
Dugaan dalam kehidupan...sesetengahnya kita wajar menerimanya sebagai satu 'teguran' atau penambah baikan bagi gerak kerja ini, namun, sesetengah yang lain, kita wajar mengenepikannya atas sebab-sebab tertentu. Orang lain berhak menegur kita, namun, kita berhak menilai setiap teguran itu. Andai tiada nilai kebenaran, adalah lebih patut kita biarkannya terus berlalu begitu sahaja.
Akhiran
Termasuklah dalam perkara ini. Ketegasanku dalam beberapa perkara terutamanya berkaitan ikhtilat, aurat dan pembaziran amat tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Maka, mereka seolah-olah cuba mencari kelemahan aku untuk dibangkitkan sebagai 'bom tangan' kembali kepadaku. Aku pernah terfikir, adakah pendekatan dalam berdakwahku ini tidak sesuai? Anggapan ini akhrnya kutolak ketepi. Penyelesaian terbaik yang dapat kuambil ialah dengan 'bersifat tegas dan bongkak' dengan sesetengah pihak yang ego dan sukar menerima teguran (walau pun dia mahu tegurannya terhadapku diterima bulat-bulat olehku). 
Syukur, segala tohmahan dan 'teguran membunuh'nya itu dapat kukurangkan. Manusia, mereka suka 'menindas'. Andai kita tidak lawan,selagi itulah dia 'naik tocang'. Itulah pandanganku.  Itulah dugaan dalam perjuangan. Teringatku dalam sebuah hadith:
“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi. Kemudian baru orang-orang yang lebih rendah darjatnya, berurutan secara bertingkat. Seseorang diuji menurut kadar agamanya. Jika ia kuat dalam agamanya, maka ujiannya sangat berat. Dan jika lemah agamanya, maka ia akan diuji Allah sesuai tingkat ketaatannya pada agamanya. Demikianlah bala’ dan ujian itu senantiasa dilimpahkan kepada seorang hamba sampai ia berjalan di muka bumi tanpa dosa apapun.”(HR. Tirmidzi)
Inilah ujian bagiku. Kebanyakannya kuhadapi berseorangan, tanpa teman seperjuangan di sisi. Tahulah aku di mana kawan, di mana lawan yang sebenar.
"Sesungguhnya Islam pada permulaannya asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka keuntungan besarlah bagi orang-orang yang asng," (H.R. Bukhari)
"Sentiasa suatu golongan di antara umatku tetap berjaya, sampai datang kepada mereka ketentuan Allah, sedang mereka tetap berjaya dalam kebenaran" (H.R. Bukhari)
Ini adalah ujian buatku. Seakan ayat-ayat Qur'an dan hadith tadi mengenai diriku. InsyaAllah, inilah ujian buatku untuk mematangkan diriku dalam perjuangan ini. 
"Setiap manusia (pernah) melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat," (H.R. Ahmad, hassan)


Inilah jalanku.

2 comments:

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

rileks zhaf... jgn tacink2.. ko bagus sbnrnye... bese la tu... org mne suke tgk org lain snang.. kn... so minimakn kelemahan. maksimakn hasil/kelebihan.. bia org nmpk sndiri... kn3?

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Begitulah Wak. Aku takde apa2, rilek je. InsyaAllah, terus tenang menikmati hari2 seterusnya dengan al-ma'thurat dan doa rabithah!