11.10.10

Pidato Mahasiswa III






Arena ini menjadi saksi
Berdirinya sebuah legasi mahasiswa terpuji
Tidak dikongkong dengan mimpi-mimpi
Mendabik dada menegakkan sebuah panji suci

Berdirinya dia di hadapan
Membawa impian dan harapan
Sebuah sketsa masyarakat yang terbilang
Itulah pemuda harapan terbilang
Membawa watan ke medan harapan

Sama sekali dia tidak akan ampuh
Jauh sekali runtuh
Tegar mempertahankan prinsip-prinsip jagat
Membela masyarakat berdaulat
Memerah keringat
Perit kelat terpahat di liang lahad
Menjulang tinggi keadilan sejagat
Membawanya jauh ke medan akhirat

Berdirinya dia di pentas ini pada tika ini
Dengan bulat tekad
Gempur semangat
Mencetuskan era baru marhain melarat

Dia tega
Dia tekad
Tidak mudah diperdagangkan perjuangannya itu
Tidak dilacur dengan pangkat si penjahat
Tidak mudah lupa khianat si keparat
Tidak mudah tenggelam di balik khalayan yang sesat

Engkaulah mahasiswa pemberani
Menggempur gagah si tirani
Menokok prinsip keadilan dalam khalayak
Engkaulah mahasiswa terbilang
Usah dipeduli siapa yang datang
Engkau pasti menentang
Pasti jua menatang
Kerana engkaulah generasi harapan
Seorang mahasiswa yang jauh melangkah ke hadapan

Usahlah kauragu
Usahlah kautunggu
Teruskanlah mengobarkan jiwa yang sepi
Membangunkan ummah yang lemah ini
Kerana engkaulah seorang mahasiswa
Berdirilah teman!
Kerana kau harapan ummah
Ayoh!
Megahkanlah langkahmu
Menyusuri onak beribu batu
Kerana engkaulah seorang mahasiswa
Bangkitlah berjuang!
Engkaulah pemuda harapan
Buat umat akhir zaman

Kerana engkau adalah seorang mahasiswa

4 comments:

Anonymous said...

Moga mahasiswa terus gah menongkah arus kepemudaan...kerana mahasiswalah cerminan masa depan negara...

Anonymous said...

Post apa ya ni cikgu? Sajak ke lagu ? :) huhu

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

InsyaAllah. Mahasiswa adalah pemuda. Pemuda merupakan agen perubahan dalam semua sejarah ketamadunan manusia. Dalam a-Qur'an dan hadith pun banyak menceritakan tentang kepemudaan ini. Kisah ashabul kahfi dan ashabul ukhdud selain kisah para sahabat seperti Umar a-Khattab, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, Tariq bin Ziad, Zaid bin Harithat dan sebagainya.

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Sajak. InsyaAllah. Anak muda yang berguna tidak mudah dilacurkan untuk kepentingan pihak berkepentingan. Moga diberi kekuatan semua :) Hidup mahasiswa.