7.10.10

Bila Si Ruwaibidhoh Berbicara

Bila si Rawaibidhoh itu berbicara
Semua manusia kagum akan tutur bicaranya
Kagum akan susunan prosa katanya
Tunduk akan pengakuan setianya
Lenyap kata bicara
Kerana menyambutmu wahai si Ruwaibidhoh

Orang benar dianggap dusta
Pendusta juga dianggap benar
Orang amanah dianggap khianat
Orang khianat dianggap amanah
Itulah alamat akhir usia dunia ini
Sebelum qiyamah atau pun sang dajjal al-Masih turun

Maka
Ketika itu lahirlah segolonganmu
Si Ruwaibidhoh
Sang lekeh yang cuba membicarakan hal orang awam

Si Ruwaibidhoh
Bilangan engkau banyak di akhir zaman ini
Cuba memimpin ummah sedangkan engkau tidak mampu
Cuba memberikan sesuatu ilmu sedangkan engkau tidak tahu
Cuba memberikan sumbangan jasa mempengaruhi manusia
sedangkan engkau tidak layak
Engkaulah si Ruwaibidhoh yang dijanjikan Allah
Melalui lidah Nabi pilihan
Bersedialah kami ummat Muhammad
Akan tanda akhir zaman ini
Membawa masyarakat rosak
Dengan kalam fatwanya yang sesat
Keinginannya untuk emnguasai masayarakat
Sangat melucukan sangat menghairankan
Berbicara bagi orang yang tidak selayaknya

Maka
Kembalilah manusia mengenal dirinya
Insafi diri muhasabah peribadi
Mungkin hadith ini mengenai kita sendiri
Ubahlah diri
Agar kita tidak digelar si Ruwaibidhoh
Yang fatwanya merosakkan masyarakat
Iaitu orang masyhur atau tidak memberikan pandangan batil
Inilah dunia hakiki
Dunia realiti
Akhir zaman ini

2 comments:

Anonymous said...

Apakah maksud sebenar ruwaibidhoh? Anyway, sedap sajak ni...

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Nta boleh rujuk kepada penulisan Dr Asri yang bertajuk "Bahaya Golongan Al-Ruwaibidhoh" dalam drmaza.com. InsyaAllah akan serba sedikit jelas berkiatan perkara tersebut.