11.10.10

Aku Kian Mengerti

Aku kian mengerti bahawa dunia ini sementara
Aku kian mengerti bahawa dunia ini luas
Aku kian mengerti bahawa kehidupan ini sementara
Aku kian mengerti bahawa manusia itu beraneka ragamnya

Suka duka dalam kehidupan
Mungkin sebagai asam garam dalam kehidupan
Mendidik manusia mengenal akar manusia
Mungki juga sekadar perencah berbahaya dalam hidup
Mungkin juga hanya pewarna sahaja

Namun perjuangan ini
Bukanlah apa-apa
Bukanlah mana-mana
Bukanlah siapa-siapa
Yang penting perjuangan dalam kehidupan ini ialah
"Siapa aku dalam dunia ini?"

Aku kian mengerti hakikat diri
Peranan dalam kehidupan 
Aku sudah semakin mengerti dunia ini
Sekadar singgahsana sementara 
Menuju singgah sana yang abadi
Di akhirat nanti

1 comment:

Mail said...

Dunia adalah cabarang buat mereka yang dahagakan perjuangan. Semoga thabat dalam perjuangan ya akhi! :) .:Mail Pemuda Kubang Kerian:.