30.11.09

GEMPAR!!!! SEJADAH RUKU'!!!. (Bahagian Pertama)

KOTA BHARU 30 Nov - Sangat menggemparkan! Penuh 'realiti' dan persoalan yang membingungkan fikiran!Itulah perkataan yang mampu dipaculkan daripada lidah keramat masyarakat marhaen yang dijangkiti dengan isu yang sangat mengesankan ini. Kejadian ini berlaku di beberapa buah tempat di negara kita.


Antaranya ialah Surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut (Pasir Mas, Kelantan), Surau Maahad Ar-Rahman Kenali (Kubang Kerian, Kelantan), Madrasah Kampung Gual Pasu Hantu (Rantau Panjang, Kelantan), Masjid Kristal (Kuala Terengganu, Terengganu) dan Surau Kampung Air Tawar (Merlimau, Melaka).


Terdapat beberapa kesimpulan berdasarkan kes-kes yang telah dicatatkan iaitu kebanyakan kejadian ini berlaku di Kelantan (mungkin ada kena mengena dengan perlawanan bola sepak hari itu?) dan kesemua kes yang dicatatkan ini sangat memberi kesan terhadap masyarakat dari sudut meramaikan kehadiran masyarakat ke persekitaran kawasan kejadian sementelah kisah-kisah mistik menjadi hidangan harian di kaca-kaca TV dan pawagam mutakhir ini (hai, pelik betul...).

 
Pelbagai pandangan dikemukakan oleh ramai pihak seperti para dukun (pengamal perubatan tradisional) , tok lebai, penebar roti canai, penganggur kehormat, sehinggalah ahli agama setempat, pelbagai hujuh-hujah dikemukakan namun kadang-kadang agak melucukan.


Dalam Majalah Mastika keluaran Disember 2009 telah memuatkan satu artikel berkaitan fenomena ini di bawah tajuk "Sejadah Bersolat di Malam Lailatul Qadar". Penulisan ini membongkarkan satu  lagi kisah terbaru berkaitan fenomena ajaib ini yang dikatakan berlaku di sebuah rumah di K*mpung N*lam P*ri, Kota Bharu Kelantan (dirahsiakan demi menjaga ketenteraman awam).


Namun, apa yang menariknya, kisah sejadah bersembahyang pada kali ini bukanlah pada postur tahiyat akhir (seperti yang dilaporkan dalam kes-kes sebelum ini), namun sejadah ini ditemui dalam postur ruku'!!!




Gambar saksi pertama : Adek Nick (bukan nama sebenar)


Menurut saksi pertama kejadian ini iaitu Adek Nick, kejadian ini dikatakan berlaku pada 28 November yang lepas di sebuah lokasi yang dirahsiakan. Beliau merupakan tuan rumah tempat kejadian merangkap seorang pengkritik sosial yang berjaya.


Berikut merupakan sebahagian wawancara pihak Buletin Masyarakat melalui wartawannya Saifuddin Abdullah (bukan nama sebenar) dengan Adek Nick (juga bukan nama sebenar) bertempat di kediaman rasmi beliau pada 30 November 2009 yang lepas. Temubual ini bermula pada pukul 9.00 pagi.

Buletin Masyarakat
(BM)                       : Boleh saudara...(nak panggil apa ni?)

Adek Nick (AN)     : Adek Nick..Panggil je Adek Nick. Kan dah 3 kali ana bagitau.

BM                          : Oh.... (mencatat nama di buku nota) Saudara Adek Nick ceritakan serba sedikit          
                                  kejadian yang telah menggemparkan masyarakat ini?

 AN                          : "Pada malam kejadian, saya tidur awal. Sebelum tidur, saya telah membentang
                                   -kan tilam di bahagian ruang tamu rumah saya tersebut sebelum memperuntukkan
                                   masa saya untuk menggosok gigi di dapur. Itulah rutin harian saya sebelum tidur,"

BM                          : Berbalik kepada soalan asal saya tadi, macam mana, lagu mano jadi mugo ni?

AN                           : Haha. Tadi sekadar mukadimah je. Haha (beliau ketawa besar).

BM                           : Haha (turut ketawa besar)

AN                            : Kejadian ini... (wajah bertukar muram), berlaku semasa saya sedang menelaah
                                   sebuah kitab yang sudah lama ingin saya habiskan, namun tidak kesampaian
                                   disebabkan oleh kesuntukan masa. Kitab itu saya beli di Pulau Pinang, sebelah                                                KOMTAR. Pernah sampai ke Pulau Pinang?

BM                             : Eh, pernah. Banyak kali jugak.

AN                             : Oh, buat apa sana?

BM                             : Hari tu saya pergi melawat adik saya di sana. Seronok jugak dok sana. Tempat     
                                     lawa. Haha. (ketawa).

AN                             : Haha. Pernah sampai KOMTAR? Ke dah sampai Pantai Bersih ni? Hehe.
                                    (katanya sambil mengenyitkan mata).

BM                             : Pernah sampai. Seronok sana! Hai, tau-tau dia ye. Hehe.

Maka, sesi temubual ini berlangsung dengan lebih santai. Fokus perbincangan pula mencapah kepada isu-isu mutakhir seperti isu Royalti Minyak Kelantan, isu peragut yang dibelasah penduduk di Kampung Belimbing, yang dimuatkan dalam akhbar watan, Sinar Harian dan isu-isu keluarga...

Temubual ini disambung pada pukul 2.00 petang hari yang sama.

BM                             : Alhamdulillah. Selesai sudah menjamu selera. Terima kasih Saudara....

AN                              : Adek Nick. Adek Nick. Adek Nick. (beliau mengulang perkataan itu sebanyak 3
                                     kali).


BM                              : Oh, Adek Nick ye?

AN                               : Iya.


...........................................bersambung Bahagian 2............................................................................









No comments: