30.11.09

GEMPAR!!!! SEJADAH RUKU'!!!. (Bahagian Ketiga)






 Gambar tempat Kejadian

KOTA BHARU 1 Dis - Gempar! Itulah yang dapat dibayangkan melalui satu fenomena aneh yang dikatakan
berlaku di beberapa buah tempat yang berbeza iaitu fenomena sejadah bersolat. Namun, terdapat 'keistimewaan' bagi peristiwa kali ini kerana dikatakan sejadah tidak berada dalam keadaan tahiyat (seperti lazimnya dilaporkan oleh berita massa), sejadah kali ini berada dalam KEADAAN RUKU'!!!

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah penempatan masyarakat Melayu campuran Jawa-Pattani di sini. Kejadian misteri ini dikatakan berlaku pada 28 November yang lalu.

Tuan rumah kejadian, Adek Nick (bukan nama sebenar) telah berkata, kejadian hujan lebat berlaku beberapa hari yang lalu di Kelantan sehingga menyebabkan masyarakat Kelantan lebih suka duduk di rumah menikmati pisang goreng bersama teh O panas.

Saksi kedua, Juhha (bukan nama sebenar) atau nama sebenarnya Mohd Zulhaimi bin Mohd Naim telah berkata "Saya sebenarnya baru sampai ke tempat kejadian semasa kejadian aneh ini berlaku. Ketika ini, di ruang tamu (tempat kejadian) ada saya, Adek Nick dan seorang teman saya lagi Ahmad Hisammudin bin Razaki sedang menikmati juadah biskut kering dan air teh O yang disediakan oleh tuan rumah (Adek Nick).

Seketika kemudian, semasa kami sedang berborak-borak, kedengaran bunyi deruman yang kuat bermula dari halaman rumah sehingga menggegarkan gegendang telinga kami. Rupanya, abang kepada saksi tersebut telah pulang ke rumah dengan menunggang CBRnya. Kemudian.....

Pintu terbuka dan terpacul di muka pintu wajah abangnya yang telah kami kenali sejak kecil lagi sambil mengucapkan salam. Kami menjawab salam tersebut. Kami semua bangun bersalaman dengan beliau,"



Saksi kedua, Juhha (bukan nama sebenar)

Menurut seorang lagi saksi, Ehse (bukan nama sebenar), sahabat karib Juhha semenjak dari kecil, telah mengulas berkaitan fenomena ajiab ini dengan penuh perasaan sekali.

"Saya benar-benar meyakini peristiwa ini dilakukan oleh Nenek Kebaya! Ini merupakan perbuatan makhluk ini yang dikatakan marah apabila sejadah ini kerap kali digunakan sebagai selimut oleh segelintir penghuni rumah terbabit yang dikatakan menggunakan sejadah ini sebagai selimut semasa tidur di ruang solat di hadapan sana," tunding beliau ke arah satu lagi sudut rumah terbabit. Beliau yang mempunyai serba sedikit ilmu berkaitan makhluk ghaib ini bekerja sebagai Mandor di sebuah kilang permainan kanak-kanak di Kawasan Perindustrian K*bang K*rian, di sini.

Apabila ditanya, bagaimanakah beliau benar-benar yakin derngan dakwaan terbabit. "Saya selalu menonton drama seram "Nenek Kebaya" yang disiarkan di TV3 setiap Isnin sampai Khamis bermula jam 4.30 petang. Tengoklah, rugi tak tengok. Banyak ilmu baru berkaitan makhluk ghaib yang kita akan dapat melaluinya, seronok! Saya pun tahu (berkaitan perkara ghaib ini) melalui drama tersebut," ujar beliau sambil tersenyum.



Gambar saksi ketiga Ehse


Berikut merupakan beberapa gambar ekslusif tenpat kejadian yang menggemparkan ini.


 Gambar Adek Nick sedang berdoa selepas solat Zohor untuk kecemerlangan sepupunya dalam peperiksaan SPM yang  sedang berlangsung. Dok sebelah dia sejadah itu.










KIRI - TAKJUB!!! Gambar sejadah ruku' pada pandanngan hadapan.














KANAN - Gambar sejadah berkenaan yang ruku'














KIRI - Pandangan sisi sejadah ruku'


Apa yang penting, masyarakat kita memang suka percaya benda-benda pelik ni. Sepertimana kisah sebenar yang diakui oleh satu sumber yang dipercayai, rupanya kejadian sejadah yang dikatakan solat itu yang berlaku di beberapa buah surau sekolah dan kampung itu sebenarnya disusun oleh budak-budak sebagai satu bentuk gurauan berdasarkan kisah sejadah solat yang berlaku di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas, Kelantan.

Di sebuah sekolah yang terletak di Kg. Belukar berhampiran Kedai Mulong, Kota Bharu, Kelantan, tindakan rotan dikenakan kepada 3 orang murid sekolah rendah terbabit kerana dikatakan terlibat dalam menyusun sejadah-sejadah tersebut di surau sekolah rendah terbabit. Kisah terbabit juga dilaporkan kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah oleh pihak pentadbiran sekolah. Saya rasa sepatutnya pihak pentadbiran sekolah dan orang-orang dewasa yang percayakan kisah tersebut lebih afdal dirotan disebabkan kecerdikan mereka mempercayai benda-benda khurafat tersebut. Kenapa haris persalahkan murid yang dikatakan kurang akal tersebut sedangkan orang dewasa yang dikatakan berakal itu pun lebih kurang cerdiknya dengan budak-budak. Hai...

No comments: