16.4.11

Wanita : Perlu banyak berhati-hati!

Pandangan 


"Dunia semakin nak kiamat Abe," kata seorang adik usrahku. 


Terkejut. 


"Kenapa akhi?," balasku kepadanya yang agak menonjol dari sudut 'tafsiran duniawinya'.


"Kita tengoklah sekeliling kita, gejala sosial banyak. Buang anak merata, zina dan pergaulan bebas melanda. Hari itu Fiq tengok pelajar M*ktab keluar berdua-dua naik kereta sekali, dua-dua. Macam-macam. Kes rogol semakin meningkat pun mereka tak berhati-hati lagi. Tak fahamlah Abe camno?," terangnya semula.


Aku tersenyum gembira. Ini kerana hasil tarbiah yang dititipkan oleh Biro Kerohanian mendatangkan hasilnya iaitu melahirkan golongan yang 'celik' dan golongan pemuda yang ingin bangkit menyatakan kebenaran dan ingin membawa perubahan.





"Habis tu, enta buat apa?," tanyaku semula.


"Fiq tengok je lah,"


Wanita.


Subjek penting bagi penulisan ringan ini.


Kata Ustaz Azhar Idrus "Jangan main (ambil mudah) perempuan ini, tok imam pun boleh tumbang,", mungkin agar betulnya.


Aku tidak mahu menulis panjang lebar, menyatakan statistik, pandangan tokoh2, keputusan2 kajian dan sebagainya, anda boleh rujuk di halaman sesawang yang melambak-lambak di talian, namun sekadar menyatakan pandangan berkaitan kebejatan sosial yang berlaku dalam masyarakat mutakhir ini.


Sekali gus barah dalam masyarakat ini akan dihubung kaitkan dengan wanita.












Takwilan


Aku mengambill pendirian tidak menyatakan berat sebelah dalam menyatakan pendirianku, bagiku sesiapa yang 'bersalah' adalah pendirian subjektif. Mana2 pihak boleh menyatakan 'kebenaran', 'pandangan' dan 'pendirian' masing-masing dan aku tahu kebanyakan perkara itu menyokong puak masing-masing - baik lelaki mahu pun perempuan.


Ingin aku tegaskan di sini, Wanita Perlu Berhati-hati! 


Perihal seorang kawan wanita yang menaiki bas dari Ipoh sehingga ke Pulau Pinang, mahu pun menaiki kereta api dari Ipoh ke Melaka, bagiku bukanlah isu kecil yang perlu kita tenggelamkan dalam khalayak masyarakat yang sudah 'pening'.


Buah masyarakat semakin memburuk, dari sudut aqidah yang kurang mantap, dari sudut penguat kuasaan syariah yang celaru dan tersangat daif. Disusuli dengan kebanjiran video lucah yang mudah didapati di mana-mana hatta di dalam internet, wayang gambar 'buatan Malaysia' yang mendapat iktiraf 'U' walau pun ada ungkapan dan pemakaian pelakonnya menjadi 'serangan seksual' kepada mana2 pihak yang berakal. Bahkan majalah hiburan pula tidak lari daripada gambar artis perempuan berpakaian ketat, bangga dengan 'saiz', senyuman menggoda selain tidak langsung menepati syariah Allah dari sudut pakaian - maka apakah yang kita harapkan daripada masyarakat kita terutamanya generasi muda negara kita yang terdedah dengan bahan-bahan pornografi ini.


Ingin saja aku menyatakan bahawa pandangan orang lelaki sekarang ini 'tembus di sebalik pakaian wanita' hatta seorang yang berpakaian menutup aurat dan bertudung labuh sekali pun! Tunggu nak 'ngap' sahaja. 


Aku tidak berfikiran kotor, jauh sekali menuduh. Sekadar menyatakan pandanganku selaku seorang lelaki biasa -mempunyai fitrah semula jadi selaku seorang lelaki.


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).


Apakah penghalangnya?


“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)


Pernah ada seorang wanita menyatakan kepada kawanku apabila ditegur "Jangan jaga kain orang lain, jaga kain awak sendiri le!," bentak perempuan itu.


Bahkan gurauan seorang teman apabila ditegur ,"Kubur masing2 ok!," 


Aku tersenyum mendengar kata2 itu. "Sape nak angkat ko ke dalam kubur. Jalan sendiri boleh?," bingkasku di dalam hati.


Sudah menjadi tanggung jawab seorang muslim untuk menegur seorang muslim yang lain.


‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.” (H.R. Muslim)


Tegurlah! Tegurlah!


Maka di sini aku ingin menegur muslimat2 semua, jangan terlalu 'percayakan' dunia!


Kaedah untuk menyelamatkan kamu ada beberapa perkara:


1.Berpakaian menutup aurat.


“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Berpakaian menutup aurat juga syaratnya hendaklah 'berpakaian' dan bukan 'bertelanjang' seperti mana yang disebutkan dalam nas2 berikut :

Dua golongan dari ahli neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitulah) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambuk mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.” (HR Muslim)


Perkataan kasiyaat ‘ariyaat (berpakaian tetapi bertelanjang) ditafsirkan oleh para ulama sebagai:

  1. Wanita yang menerima nikmat-nikmat daripada Allah tetapi tidak bersyukur. Dia tidak melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak meninggalkan maksiat dan keburukan dalam keadaan dia menerima nikmat yang berupa harta dan selainnya.

  1. Hadith juga membawa maksud wanita-wanita yang berpakaian yang tidak menutup auratnya disebabkan nipis atau pendek pakaiannya, maka ia tidak memenuhi maksud berpakaian menutup aurat.
 
Manakala perkataan ma-ilaat (مائلات) pula membawa maksud: Cenderong kepada maksiat dan perkara-perkara keji, dan mengurangkan kefardhuan seperti solat dan seumpamanya.
Mumilaat (مميلات) pula ialah:
 
Menyeru orang lain kepada kejahatan dan kerosakan. Dengan perkataan dan perbuatan, mereka memalingkan orang lain kepada kejahatan dan maksiat.


2. Hindarkanlah bertabarruj

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ramai wanita (khususnya remaja perempuan) yang 'agak menutup aura' namun ditambah 'bonus' menarik perhatian atau pun 'seksi'. Seksi dari sudut solekan, pakaian yang menarik perhatian dan mengghairahkan, memekan wajah dan suara yang menarik perhatian. Inilah yang dimaksudkan dalam ayat Quran di atas.


3. Hindarkanlah keluar rumah tanpa pengetahuan si penanggung (mahram)

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallâhu'anhu, ia berkata: Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda:
“Seorang wanita tidak boleh bermusafir kecuali bersama mahramnya, dan seorang laki-laki tidak boleh masuk menemui wanita kecuali bersama wanita itu ada mahramnya”. Maka seorang laki-laki berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya berkehendak keluar di dalam tentera ini dan itu, sedangkan isteriku berkehendak melakukan haji”. Maka Nabi bersabda: “Keluarlah engkau (berhaji) bersama isterimu! (H.R. Bukhari dan Muslim)

Maka, sudah menjadi pertanyaan berapa ramai muslimat kita yang keluar rumah tidak mendapat keizinan daripada pihak mahram. Maka, jadilah peristiwa culik sepertimana yang heboh dalam masyarakat kita sekarang ini.

4. Hindarkanlah menonjolkan diri dalam masyarakat umum tanpa sebab yang diizinkan syarak

Dan  katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat  pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara  kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh  mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup  belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka  memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,  atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau  anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi  saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara  mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba  mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak  berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti  lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki  untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;  dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang  beriman, supaya kamu berjaya. [an-Nur:31]

Wanita adakah bagus pergi ke hadapan menyanyi2, memperagakan fesyen dan sebagainya?


5. Hindarkanlah keluar rumah tanpa ditemani mahram

“Seorang wanita tidak boleh bermusafir kecuali bersama mahramnya...(H.R. Bukhari dan Muslim)

Hindari gejala rogol yang menjadi satu 'budaya' dalam masyarakat kita sekarang ini (PDRM: 2005)

6. Hindarkanlah berdua-duaan atau berada dalam kelompok2 yang memudaratkan diri

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)

Seorang laki-laki tidak boleh masuk menemui wanita kecuali bersama wanita itu ada mahramnya (H.R. Bukhari dan Muslim)

 “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (at-Tirmidzi)

Pelik juga seorang wanita boleh berada dalam kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dan penumpang yang lainnya juga lelaki?


7. Hindarkanlah meraikan 'kebiasaan' dan 'adat' dalam masyarakat.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)



Tengok tabarruj dalam majlis kenduri kendara, solekan, majlis2 penyampaian hadiah, pakaian beragam dan 
semuanya.


Semuanya perlu penilaian semula!













4 comments:

Anonymous said...

assalamualaiku,.mohon pandangan mengenai wanita yang ke hadapan utk berdebat atau berpidato.adakah sama tarafnya dengan wanita yang menyanyi dll.?

Dx said...

salam, semalam ada tibe jer terbuat perjumpaan dengan beberapa orang min....berbincang kaitan antara min n mat.....perlulah diakui....silap2x langkah boleh ke neraka, jawapnya

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

i'Allah. Ana akan kemukakan pandangan ana pada waktu yang terdekat.

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Ya...semua pihak perlu berhati2. Jaga ikhtilat dan prinsip kehidupan.