2.2.10

Kehidupanku Di Luar (Pembongkaran Realiti)

"Ma, abe nak tinggal kat luar." Itulah perkataan yang kuluncurkan tidak lama dahulu. Ringkas. Namun, mengandungi pengertian yang sangat besar dalam seluruh perjalanan hidupku dan membawaku ke satu dimensi yang berbeza dalam hidupku. Ungkapan secara lembut ini kutujukan kepada bondaku yang tercinta.

Genap 3 hb Januari 2010, aku secara tidak rasmi keluar daripada petempatanku di kolej kediaman IPG Kampus Ipoh meninggalkan segala kenangan manis dan payau, mencari satu penghidupan baru yang kuharap mampu mengubah lanskap pemikiranku. Tinggallah masih di bilik lamaku teman sebilik dan sedikit barangan yang kurasakan tidak seberapa penting bersama tekad yang membara untuk berjaya dalam semua lapangan. Hasutan akademik yang melanda diriku ini membawaku jauh meninggalkan kehendak mana-mana pihak yang berekemungkin besar tidak mengerti segala kekalutan yang melanda hidupku selama ini.

Tekadku, aku tetap akan menjadi seorang aktif di dalam walau pun tinggal di luar. Dan, aku telah berjaya buktikan.

Kehidupanku di luar banyak diwarnai dengan pengalalaman memilih ayam dan sayur di pasar segar Bercham Raya, selain perancangan ekonomi yang kuharap bukan sekadar perancangan sahaja. Jauh dari itu, aku mampu memanfaatkan ruang yang ada untuk mbersama-sama teman-teman sekelasku mengulangkaji pelajaran, bermain futsal, riadah, makan dan solat bersama-sama.

Rumahku yang terletak di Bandar Baru Tambun, kira-kira 10 minit perjalanan daripada IPGku itu kebanyakannya dihuni oleh kaum Tiong Hwa. Jiran-jiran kami temauklah Ustaz Fairuz Dalili - seorang penceramah bebas di Hulu Kinta selain Puan Umaimah (pensyarah Jabatan Bahasa) dan Ustaz Asad (Ketua Jabatan JAPIM). 

Indah nian pengalaman tinggal di luar. Jauh dari hiruk pikuk batasan tanpa ikhtilat antara pelatih lelaki dan perempuan, selain sentimen negatif terhadap guru pelatih beragama lain dan beberapa orang kerat pensyarah yang dirasakan terlalu mendesak, memberikan satu semangat baru kepada diriku ini.

Dari sudut akademik, aku tidak perlu bersusah payah (sebenarnya masih perlu, namun kurang) untuk memantapkan akademik aku kerana teman-teman sekelasku sedia membantu.

Oh, tugasanku sebagai ahli Lujnah Riadah dan Rekreasi, selain jawatan dalam Komuniti Study Circle, merupakan satu 'kelebihan' kepadaku untuk mula berjinak-jinak kembali dalam aktiviti riadah pada petang hari.

Ragbi, futsal dan dikir barat. Tiga aktiviti bukan akademik yang aku dambakan ini merupakan salah satu kehendak aku dalam merapatkan jurang antara sukan dan penggerak Biro Agama & Kerohanian. Moga Allah permudahkan!  

1 comment:

Dx said...

rajinlah bersukan.......sihat untuk beribadah