13.2.10

Pertarbihan Adik-adik : Perlu Lebih Keseriusan

"Hai, ramai couple ye sekarang ni?" ujarku secara tidak sengaja semasa dalam perjalanan menuju ke kafeteria kolej kediaman. 'Seronok' juga tengok suasanan sedemikian rupa. Kebanyakan pasangan ini merupakan para pelatih ambilan Julai 2009. Ambilan terbaru, adik-adik baru.

Konfrontasi yang dicetuskan oleh pihak kuffar terhadap pihak Islam sudah lama berterusan. Namun, jarum-jarum halus kesesatan mereka itu sangat memberi kesan terhadap umat Islam tanpa kita sedari. Amat malanglah umat Islam tidak langsung menyedari mereka kini sebenarnya menjadi sebuah alat tunggangan penguasa dan pemikir Barat, tanpa atau dengan pengetahuan mereka.

Maka, lahirlah generasi umat Islam yang hanya gah pada nama, cara hidupnya tidak langsung mencerminkan akhlak sebagai seorang Islam.

Itulah fenomena yang kini sedang berlaku dalam khalayak umat Islam kin, namun tidak ramai yang ambil peduli tentangnya.

Antara golongan yang turut sama dilacurkan dalam hal ini adalah dalam kalangan generasi muda Islam. Mereka disemai dengan pelbagai pemikiran penjajah kuffar oleh pihak yang berkuasa semata-mata untuk memastikan legasi kuffar terus utuh dalam masyarakat kita kini.

Kelompok generasi muda ini termasuklah mereka yang bergelar 'pelatih guru' ini.  Mereka diletakkan pada tahap yang sangat menduka citakan, sedangkan mereka tidak mengetahui.

Salah seorang naqib aku pernah mengatakan, "Dalam dakwah ini, kita perlukan lebih menekankan kaedah yang berjaya menarik khalyak kepada kita. Sebagai contoh, pelaksanaan program dan usrah. Modul usrah mestilh satu modul yang bersifat santai dan ringkas. Serba ringkas. Banyk aktiviti daripada kuliah dan yang paling penting, berjaya menarik minat pelatih guru untuk sama-sama menghadiri usrah terbabit,"

Aku agak menghargai pandangan ini, namun, bagi diriku tidak semuanya memerlukan 'tarikan', dan tidak semua perlukan 'manjaan'. Pelaksanaan undang-undang yang tegas sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada manusia supaya mereka terus mengamalkan akhlak Islam, walau pun mereka tidak sukai.

Penggunaan platform yang sedia ada (Study Circle), selain memantapkan perundangan pencegahan maksiat di IPG perlulah diperhebatkan lagi..

Secara sebetulnya, aku masih lagi berharap agar ada sesiapa akan menyedari kepentingan melaksanakan tindakan 'amar makruf nahi munkar' kerana kebanyakan program yang dilaksanakan di IPG ini kebanyakannya adalah makruf, kebanyakan lagi, dari sisi lain adalah munkar.

Daya tarikan terhadap kemungkaran adalah tinggi, suatu lumrah, dan sebetulnya makruf nampaknya seperti nyawa-nyawa ikan di mana-mana shaja termasuklah di IPG ini.

Pihak berwajib perlulah lebih serius menangani isu akhlak guru pelatih ini dengan penggunaan pendekatan yang tegas namun boleh diterima oleh masyarakat.

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas bukanlah mustahil untuk dilaksanakan di IPG ini. Peruntukan peraturan kolej kediaman yang sudah lama terpakai di IPG ini perlulah di persenyawakan semula agar peraturan itu memberi manfaat, bukan sekadar sebagai senjata pihak yang berkepentingan.

Cadangan untuk penambah baikan tarbiyah di IPG ini harus diperhalusi. Terdapat beberpa cadangan yang perlu diperhatikan oleh semua pihak:
  1. Penguat kuasaan peraturan kolej kediaman yang lebih ketat
  2. Mewajibkan penyertaan pelatih guru dalam program Study Circle (terutamanya pelatih guru PPISMP)
  3. Memperbanyakkan program tarbiyah seperti qiamullail, zikir munajat, solat hajat,dan sebagainya berbanding dengan program dakwah yang dilihat sekadar meramaikan kehadairan pada waktu makan-makan sahaja.
  4. Mengurangkan aktiviti anjuran Biro Kerohanian dan Moral untuk memberi peluang kepada penggeraknya untuk melibatkan diri dalam aktiviti dakwah lapangan seperi melibatkan diri dalam sukan, rehlah dan aktiviti usrah.
Semua pihak sewajarnya mengambil pendekatan yang seimbagn bagi memastikan pembentukan generasi di IPG  ini bukan sekadar retorik, tetapi menerjah realiti. Kaedah ini memerlukan komitmen yang bukan sedikit untuk dilaksanakan dan aku percaya gandaingan mantap semua pihak dalam merencanakan diri menuju matlamat yang sama merupakan satu keperluan asasi dalam kaedah ini untuk memastikan semua perkara yang dibincangkan tadi sekdar dianggap bualan kedai kopi
,  tanpa penyelesaian yang diharapkan.

1 comment:

AHMAD ZHAFRAN BIN MD NOOR said...

Pengalamab hidup membantuku dalam menyelami perasaan masyarakat marhaen. Dunia ini amat luas dan sentiasa berputar. Kita akan merasai saat yang kita impikan. Hanya ketentuan Allah yang membezakan.