15.7.12

Setahun Mendirikan Baitul Muslim...

Sudah lama blog aku tak update.

"Sibuk nak kahwin," alasannya.

Alhamdulillah, sudah ada kesempatan untuk update blog, setelah fb 'mengambil alih' update status diri dan keluargaku.

Membina baitul muslim? Sungguh sukar untuk menggerakkan jiwa untuk kekal aktif dalam memimpin masyarakat sayugia diri masih teraba-raba mencari tapak hidup bersama pasangan dan 'orang baru' dalam hidup ini.

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, merangkak demi merangkak. 6 bulan selepas berkerjaya, kami sudah mampu miliki semua kelengkapan rumah, kereta dan akan datang rumah sendiri. Keredhaan Allah atas segala-galanya.


 Pembahagian masa? Ya, aku peruntukkan masa seawal pukul 11 pagi hingga 7 petang untuk kerjaya (Isnin-Jumaat), pukul 7 hingga Isya' untuk keluarga (solat berjamaah Maghrib dan makan malam di rumah), selepas Isya' aku melaksanakan amanah masyarakat untuk terlibat dalam organisasi Islam - masjid di berhampiran rumahku. Tugasan sebagai S/U Tarbiyah Masjid sangat memeritkan jiwa. Takut tak terpikul amanah ini. Cuma, Khamis malam dan Jumaat malam kuperuntukkan masa untuk mengadakan kelas tuisyen kepada jiran tetangga selama sejam satu sesi. Sekadar nak eratkan ukhwah. Hujung minggu bercampur baur antara keluarga dan tanggung jawab masyarakat yang terpikul dibahuku.


Pengurusan kewangan? Musyawarah suami-isteri tentang pengurusan kewangan penting. Kami mengamalkan kaedah berjimat-cermat untuk melangsungkan kemandirian kami dalam menguruskan kewangan dengan baik.

Caranya: 1) Menghabiskan wang HANYA pada benda yang menjadi keperluan!
Contoh, beg plastik sampah hanyalah 'kitar semula' daripada beg plastik yang didapati percuma daripada pembelian barangan. Makanan ringan dan air minuman hanyalah dibeli dalam kuantiti 'keperluan dan bukan kehendak' kerana hanya ada 2 perut untuk diisi di rumah kami. Dari segi pembelian barangan, elakkan beli barangan yang 'murah' tetapi tidak bermanfaat seperti barangan alat bantu mengajar, barangan dapur dan perhiasan rumah yang tidak menjadi keperluan untuk diadakan dalam rumah tangga. Contoh juga membeli peralatan komunikasi mahal sedangkan tengah bulan kita dah berkira-kira nak makan megi! Itulah contoh kelemahan pengurusan kewangan. Takkan dah kahwin nak mintak kat mak bapak lagi ye =)

2) Meraikan nilai barangan, bukan harga barangan!
 Belilah barangan yang berkualiti ketika pesta jualan murah. Di Kuala Lumpur, hampir setiap bulan ada 'sale' bagi syarikat yang berbeza. Pandai2lah cari untuk dapat barangan berkualiti dengan harga yang murah. Setakat ini, hampir semua barangan 'orang baru' sudah dipenuhi, moga Allah titipkan kesabaran di dalam hati kami untuk sabar menanti kehadirnnya =).

3) Elakkan pinjaman pada bank atau syarikat lain atas dasar ansuran!
Hampir kesemua bank dan syarikat ansuran mengamalkan riba. Walau atas nama apa sekali pun, Islamik, murabahah, musyarakah, hatta muktazilah dan muhasabah sekali pun, masih diklasifikasikan sebagai riba. Jadi, cuba KURANGKAN atau ELAKKAN berinteraksi dengan syarikat2 ini agar kita tidak mudah sambil lewa dalam pembelian barangan. Peminjaman wang kaedah begini mampu menyebabkan muflis!

4) Menetapkan pembahagian wang pada sebelum dibelanjakan, bukan selepas dibelanjakan!
Beberapa hari sebelum menerima gaji, sudah diputuskan untuk : RM200 untuk makan-minum, RM100 untuk servis kenderaan, RM100 untuk kelengkapan bayi, RM100 untuk peralatan teknologi, RIM100 untuk takaful dan sebagainya. Keperluan sangat mendesak pada pembelian barangan yang mahal seperti hp, laptop dan sebagainya HANYA PADA BULAN yang BERBEZA. Bukan sekali gus. Sebabnya untuk mengelakkan peminjaman wang walau pun sudah bergaji.

5) Sedar diri!
Bebelanjalah mengikut keperluan, kemampuan dan pengurusan kewangan kita. Bukan atas dasar 'kehendak' dan 'caca marba'.

Alhamdulillah, kehidupan berumah tangga banyak mengajar diri kami untuk menguruskan kehidupan kami dengan lebih sistematik. Inilah yang difahami oleh kami "Manusia yang kuat lebih disukai Allah berbanding manusia yang lemah,". Untuk menjadikan diri kami seorang yang 'kuat', kami kena pastikan diri kami benar2 kuat.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami!


No comments: